Sunday, June 21, 2009

Sayang ayah...=)



Sempena hari bapa nih..saya nak ucapkan Selamat menyambut hari bapa kepada seluruh kaum bapa....terutamanya of course la ayah saya..hehe..

Nih untuk ayahanda ku....=)

Ayah....

Sejak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh....
Aku dimanjakan persis puteri raja....
namun takkan aku sia-sia kan segala-galanya....
Kau sentiasa ukirkan senyuman anak-anakmu dengan gurauanmu yang indah...
Kau sentiasa berusaha penuhi impian kami....
Kau tegas menegur kami.....tentang agama...
Petunjuk bahawa sayangmu pada kami atas teguranmu....
Cinta mu pada Allah kau semaikan pada kami....
Sunnah Rasulullah SAW sentiasa kau ingatkan pada kami...

Tiap saat aku menghitung kerinduanku padamu....
Ketika aku mengalah..kau semangatku...
Ketika aku sedih...kau air mataku..
Ketika aku ketawa...kau lah riangnya...
Tetapi ketika kau berduka..adakah aku mampu menjadi penawarmu....
Terlalu banyak kesalahanku padamu...
Kau hanya sabar kerana sedar anak-anak adalah tanggungjawabmu....
Kau gigih dalam mencari rezeki..
setiap detik yang kau gunakan juga semata-mata untuk mendapatkan keberkatan Ilahi..
Kadang aku sebak melihat wajahmu yang kepenatan....
Betapa sabarnya engkau....

Ayah,

Terima kasih untuk segala penat lelahmu...
Tidak pernah gagal untuk menyayangi kami...
Terima kasih untuk air mata mu....
Tidak pernah gagal perhatian untuk kami...
Terima kasih untuk segala nasihatmu....
Tidak pernah gagal mengasihani kami...
Terima kasih kasih untuk sayangmu yang takjub....
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu....
Terima kasih atas segala susah payah.....
Tidak pernah gagal memanjatkan doa untuk kami...
Terima kasih untuk segala-galanya...

SELAMAT HARI BAPA......AYAH IS THE BEST MAN IN MY LIFE...(^_^)

Friday, June 19, 2009

Diri kita????


Selepas membelek2 blog sahabat...saya terjumpa satu entry tentang ikhtilat atau pergaulan...

tertarik dengan entry nya...

Tambah2 dengan quotation nya...."Usah bicara soal perjuangan, Andai terkapai-kapai meninggalkan keMAKSIATan..."

Hmmm...ada je...dirinya...kalau bercakap psl perjuangan islam..dia lah yang terPOWER sekali...kalau bagi tazkirah..bukan main lagi...wahhhh....sungguh power...power sungguh...macam2 power dia ada...nak 'tarik' orang pun dia terer...bagus lah...semangat perjuangkan islam tuh ada...TETAPI...kenapa tak boleh nak jaga ikhtilat tuh sikit..kalau kat friendster...uiiii...bukan main lagi.....kat testimonial tuh...ramai sungguh peminat...di layannya juga......macam mana orang nak thiqoh kat dia.....rajin pula nak meseg kata2 semangat kunun2 nya kat sahabat2 muslimat....wahhh....manyak sungguh kredit dia...dah habis ke kasi meseg kata2 semngat kat sumer muslimin??

Di sini nak share entry dari salah sorang sahabat blogger saya....Akh Asyraf

Sama2 lah kita muhasabah diri kita...termasuk lah saya sendiri...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

PERGAULAN (khususnya FRIENDSTER & YM)

MUHASABAH KITA BERSAMA

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus”.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. “Chop awal2” Untuk berkahwin

“Mcm mane cik? Saya redha je kalau org tu dah ada empunya.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.’

4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Firman Allah Subhanahu Wataala : Rasulullah s.a.w bersabda,“ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)

RENUNGKANLAH…Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini.

Wallahu ‘alam.


Friday, June 12, 2009

Mata....


Malam tuh...saya tidur awal sedikit dari biasa...ntah angin apa pun taktau la...

Lena sungguh....tiba2...tgh2 mlm tuh...saya terjaga...buka mata je...aik...awat gelap semacam je nih....tadi rasanya ada gak sikit2 cahaya lampu kat luar...nih..gelap...panas plak tuh...ishk....kat mana nih...kat bilik ke...atau di alam bunian...huhu....

Pastuh....dengar macam ada orang jatuh tangga...jeng3x...apa pulak tuh....dengar lah sayup2 suara adikku merintih...rupa2 nya...letrik xder...atau...xdak karan(kata org kedah la..)..seri manjung lebih gelap dari biasa malam tuh...=p

Hmmmm..nak sambung tidur...dah tak boleh....panas...rimas pun ada gak...mula la teraba2...nak cari bahan yg boleh dibuat kipas tangan....dah mcm org buta.....kaki pun terlanggar anak tangga....

Time tuh...zapppp....hati nih tersentak...macam mana lah orang yg langsung xder penglihatan tuh...betapa kuatnya mereka hadapi kehidupan mereka..tanpa penglihatan....nikmat untuk melihat...suatu yang amat besar..tiada tandingnya....tanpa penglihatan..boleh ke kita tahu apa itu warna merah...warna hijau..bagaimana rupa mak...ayah kita...segala2nya...betapa nikmatnya dapat melihat....subhanallah....segala ciptaan Allah....sepatutnya kita yang boleh melihat nih...lihat lah segala2 nya...dengan mata hati....dengan penuh kesyukuran....tapi....selama nih...bagaiman diri kita??

bila tengok sawah yg terbentang luas...menghijau...."hmm...cantik3X...."

bila tengok air terjun......"uiiii...bestnya dpt mandi.."

bila tengok mak ayah kita..."hmmm....cantik dan hensem sungguh....mak ayah aku.."

bila tengok pantai yg dihiasi ombak yg dtg x henti2...."bestnya pantai nih..kalu ada motorboat lagi best nih..."

pernah tak kita terfikir masa tuh....saudara2 kita yg tak dapat nikmati semua tuh...adakah kita bersyukur????!!


Subhanallah....betapa nikmatnya dapat melihat....


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? ( Ar-Rahman : 13)


Wallahualam...


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...