Tuesday, March 30, 2010

MEREKA LEBIH TAKUTKAN ALLAH SWT???

Brunei lebih takut laknat Allah...
Macam mana dengan negara kita????? besar lagi kilang arak kat tepi federal highway tuuuuuuu kan....menjadi panorama buat orang ramai yang lalu lalang setiap hari....



Bandar Seri Begawan(Brunei) : Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli parlimen, goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.
"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.
"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka malah mereka boleh mandi arak.
"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran."tegasnya.


untuk renungan bersama..

Tuesday, March 23, 2010

PENANDA ARAS : MERISIK AKHLAK CALON SUAMI

Assalamualaikum buat sesiapa yg mengunjungi di teratak imtiyaz..=p
juz nk share petikan dari blog shbt...bungasahara.blogspot.com
mcm menarik.....tapi memang menarik pun...hehe...jeng3x....

kenapa tetibe yek tajuk ni...:) hehehee..suka suki je sebenarnye..n maybe there's something in my mind..

A little bit opinion..
- Kaum hawa tak mampu memilih siapakah ibu atau ayah mereka, tetapi kaum hawa boleh memilih siapakah, apakah, bagaimanakah, calon suami yang mereka inginkan dan mereka suka untuk menjadi suami...



Dalam soal memilih calon suami, ada panduan yang telah di tetapkan syariat kepada wanita dan walinya...

Nabi SAW bersabda : " Apabila telah datang meminang lelaki yang kamu (wanita/wali) percayai akan AGAMANYA dan KEJUJURANNYA (amanah); maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya di tolak maka tunggulah terjadinya fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar" (Riwayat Tirmizi)

So girls, as guidline in searching ur Prince Charming, yang bukan saja charming harapkan muka je, tapi yang lebih tinggi lagi ialah charming dari segi agamanya, there's something i wanna share..dari pembacaan yang tak seberapa..

Antaranya...

1. See how he speak with you, contohnya, adakah dia suka memberi salam apabila bertegur sapa, atau sekadar say 'hai' tak pun 'helo' je ke..Adakah cara die bercakap tu, merendah diri atau sebaliknye..

2. See how his relationship with his family. Adakah dia mempunyai hubungan yang baik dengan keluarganya atau seorang yang bermasalah <--- ni penanda aras yang baik untuk menilai akhlak dia

3. Risik-risik hubungannya dengan rakan-rakan sekerjanya

4. Selidik juga hubungannya dengan jiran-jiran dan ahli masyarakat setempat di mana dia tinggal. Misalnya adakah orang masjid dan surau mengenalinya. Adakah dia di senangi oleh jiran-jiran atau tidak... so...you have the right to choose..how is he (prince charming) that will be your lifetime soulmate.. Pilihan yang perlu dibuat biarlah bersama seiring dengan meminta petunjuk dari ALLAH... penting nih... sekian...

p/s : huhu..semoga bertemu yang sentiasa membawa ke jalan yang diredhai Ilahi..Ya ALLAH.dan semoga dia(???) itu sentiasa istiqamah...

dari imtiyaz : sedikit pesanan dari salah sorng sahabat....hadiahkan al-fatihah buat bakal suami setiap kali b4 kita tidur...even tak tau saper kah bakal suami itu...=p

Saturday, March 6, 2010

Cabaranku.....

Alhamdulillah....selesai berjumpa Miss Mathevi..merangkap supervisor...saya bergegas ke Masjid Jamek di Seksyen 16...semalam...6 mac...berlangsungnya sambutan maulidurrasul...pelbagai aktiviti..dan Nisa' Shah Alam antara NGO yang bertanggungjawab menguruskan Nisa' Indoor Games(NIG)..NIG bermula pagi hingga ke tghari...diri nih sepatutnya berada di tempat program sebagai urusetia NIG..tapi apa kan daya....perlu selesaikan hal yang lebih penting...lebih kurang jam 1 tghari...saya tiba di tempat program....NIG pun dah berakhir..alamatnya tolong2 kemas je lah...

"ye cik syuhada...jemput lah petang ni...ada memanah...RM 10 utk join..ada 11 kali percubaan..tapi utk krew Nisa' Shah Alam..free jer...datang yer.."salah sorng urusetia muslimin...Khider mengingatkan...
apa??!!!!memanah??ishk..tak sabar dah nih...saya mula memasang angan2...untuk tubuhkan kelab memanah Nisa'...wahhh.....

"ok syu..apa lagi...petang ni syu pergi main..survey dulu...akak tunggu syu untuk tubuhkan kelab memanah nisa'....cabaran nih syu..."..kak lin..Ketua Nisa' Shah Alam berharap sesuatu..sambil tersenyum dalam keletihan..huhu..kesian akak..all out utk NIG kat masjid nih...

Selepas solat Zohor...saya sebagai presiden kelab memanah Nisa' Shah Alam(secara tak rasminya..hehe) dan kak yuni sebagai timbalan presiden(secara tak rasminya juga)...menjalankan tugas yang diberi..jeng3x..mission imposible....
Tiba di tapak aktiviti memanah...petugas yang kendalikan aktiviti ini menerangkan serba sedikit langkah2 yang patut di ambil....rasa macam sedang dilatih untuk pergi berperang lak..=p..saya yang terawal di beri peluang melancarkan serangan..ehem3x....

Sebaik sahaja tangan saya memegang busur...mula merasakan aura lain macam...seperti berada dalam peperangan zaman dulu2.berdebar2 lak....mula terkenangkan Rasulullah saw....para sahabat..dan juga Sa'ad ibn Abi Waqqas yang merupakan pemanah terbaik di kalangan para sahabat Nabi..Sa'ad dilantik menjadi panglima perang ketika Peperangan Qadisiyyah menentang Parsi Sassanid. Sesuai dgn kegemarannya, Sa'ad telah menerapkan kemahiran memanah di dalam tenteranya utk menewaskan tentera Parsi yg ketika itu menggunakan tentera bergajah.

Serangan panah yg banyak dari jarak jauh mampu membuatkan struktur serangan tentera bergajah Parsi kucar-kacir dan menyebabkan pasukan ini tewas dan maut. Dengan langkah yg bijak, ini dapat menjimatkan jumlah tentera pejalan kaki daripada bertempur secara berdepan dgn tentera Parsi.subhanallah.....kagumnya...

Sebaik sahaja meletakkan satu panah pada busur..dengan berhati2 dan penuh strategi...saya melepaskan panah berkenaan.....tapi....tak kena....oh tidak....cuba lagi....dan langkah berikutnya...alhamdulillah....semakin mahir memanah....dah tak terkeluar sasaran.....mula timbul keazaman....APA YANG SAYA SASARKAN...PASTI SAYA AKAN CUBA SAMPAI DAPAT...insyaAllah....jadi langkah saya selepas percubaan memanah pada petang itu...senaraikan 100 perkara yang ingin saya capai dalam hidup....dan tubuhkan Kelab Memanah Nisa' Shah Alam...=)

Moga Allah permudahkan segalanya...

* seronok memanah nih..tak caya...cuba la..nanti join Kelab memanh Nisa' Shah Alam...=p

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...