Wednesday, April 14, 2010

PERHATIAN!!!!

TEMUDUGA SAF PIMPINAN BARU PMIMSU 10/11

TARIKH : 16 APRIL 2010
HARI : JUMAAT
MASA : SESI UJIAN AKAN DIBUKAN DARI JAM 3 PTG HINGGA 6 PTG.
TEMPAT : C213 (JIKA TERDAPAT SEBARANG PERTUKARAN AKAN DIMAKLUMKAN)
"SESUNGGUHNYA ALLAH MENCINTAI ORANG-ORANG YANG BERPERANG DIJALANNYA DALAM BARISAN YANG TERATUR, MEREKA SEAKAN-AKAN SEPERTI SUATU BANGUNAN YANG TERSUSUN KUKUH."(AS-SAFF : 551)
JOM...RAMAI2 CALONKAN DIRI UNTUK JOIN DALAM KAPAL JIHAD..=)

Saturday, April 10, 2010

Hari Malas Sedunia.....

Dari pagi..entah apa yang dibuat...selalunya...ada saja kerja yang hendak dibuat...paling kurang pun..keluar jumpa sahabat dan selesai apa yang patut dibuat..
"akak pelik gak tengok ADA hari nih..selalunya jarang motor ADA ader kat rumah..nih seharian ADA langsung tak keluar.....hehe.."tegur salah sorang housemate...Adusss....ntah kenapa terasa malas benar...nak keluar jumpa sahabat pun malas...nak buat sesuatu kerja lagi lah malas....kalau nak ikutkan kerja...ada je kerja yg hendak dibuat...warrggghhh..bencinya situasi nih...saya pun..apa lagi...pergi ke lap top...go to google....search 'MALAS'...hoho..macam tak ada benda lain yang hendak dicari..semuanya kerana MALAS....terjumpa la website ehem3x....hehe...Irfan Khairi ......macam2 info....so terbaca entry dia berkaitan 'MALAS'....owh tidak2x...jgn disebut2 lagi perkataan tuh....

-----------------------------------------------------------------------------

Petikan dari blog Irfan Khairi...

Malas… bagaimana hendak membenterasnya? Untuk mengetahui cara membenteras penyakit malas, kita perlu faham, mana datangnya sifat “malas” ini.

Malas berpunca dari kita terlalu selesa dengan keadaan semasa kita (zon selesa/comfort zone). Untuk keluar dari zon selesa kita, kita akan rasa berat dan susah. Ini adalah normal bagi semua orang- setiap kali kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psychology akan menarikkan kita kembali ke zon selesa.

Berita baiknya adalah, zon selesa manusia berubah-ubah. Apa yang anda perlu lakukan adalah keluar dari zon selesa tersebut secara sedikit-demi sedikit dan pegang pada keadaan semasa yang baru. Lama kelamaan, zon selesa anda akan mengubah mengikut keadaan semasa anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda rajin membaca buku 30 minit sehari sahaja. Lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa anda). Anda perlu paksa diri anda keluar dari zon selesa itu secara perlahan… mungkin baca selama 45 minit. Sehingga suatu masa nanti, zon selesa anda akan berada pada tahap 45 minit. Apabila ingin membaca lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa baru). Apa yang anda perlu lakukan adalah ulangi langkah sehingga anda mencipta zon selesa baru.

Untuk membenteras sikap malas, anda perlu fahami “zon selesa” anda. Semua orang mempunyai zon selesa tersendiri dan ianya boleh diperbaiki. Bagi diri saya, membaca buku sehingga 4 jam adalah zon selesa saya. Membaca lebih dari 4 jam… terasa malas…
-----------------------------------------------------------------------------

Salah satu cara lagi untuk mengatasi sifat malas ialah dengan menghayati sabda Nabi:
“Orang yang CELAKA ialah orang hari ini lebih teruk dari semalam, orang yang RUGI ialah orang hari ini sama seperti semalam manakala orang yang BERUNTUNG ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
InsyaAllah kalau kita sematkan hadis ini di dalam hati kita, ia mampu menjadi satu garis panduan yang tidak ternilai dalam mengubah disiplin kita ke arah menjadi seorang manusia yang cemerlang di dunia dan di akhirat…

Psstt....tiba2 je dah jadi rajin balik...hehe..=p






Friday, April 9, 2010

Minggu Kesedihan....

Entah kenapa...dalam minggu nih...saya merasa kesedihan seperti bersarang dalam hati...boleh lah dianggap minggu kesedihan buat saya...kerana sahabat???atau sesuatu yang lain yang sukar diungkapkan...mula lah saya terasa bahang kerinduan pada sahabat2 yang jauh...kak masitah..kak muslihah di Mesir...Kak siti khadijah di Kedah...rindu pada nasihat yang pernah di berikan..kata2 semangat...saat2 manis rehlah bersama...usrah..senyuman....


Sedihnya hati saya...siapa yang tahu...sekadar mampu tebalkan lagi kesabaran...memikirkan keadaan sahabat..buatkan saya rasa sakit jantung....terlalu sayangkan sahabat...hanya mampu menangisi seorang diri....tak mampu nak diluahkan pada sesiapa..hanya mampu menyerahkan maruah saya sepenuhnya pada Dia yang Maha Penyayang...adakah saya terlalu sibuk...sehinggakan terabai sedikit tanggujawab sbg seorang sahabat???adakah sahabat memahami keadaan saya yang mempunyai tanggunjawab sana sini...adakah saya kurang beri perhatian pada sahabat...atau adakah saya yang kurang ambil tahu keadaan sahabat????bukan mudah nak menjaga hati sahabat...bukan mudah nak puaskan hati semua orang...nak jaga hati yang ini...yang itu terasa hati..tak dapat tunaikan permintaan yang itu...yang ini pula bermasam muka....astaghfirullah.....

saya kembali mendapat kekuatan...selepas menghadiri iftar bersama kak mas(ex-ketua nisa malaysia) semalam...saya terlalu rindukan kata2nya..kata2nya yang sentiasa terkena pada saya...yang sememangnya tepat kena pada sasaran hati seorang insan yang sedang bersedih...yang sedang lemah..lemah memikirkan kekurangan diri sendiri...lemah memikirkan andai amanah yang diberikan tak terlaksana...lemah memikirkan perihal sahabat..lemah memikirkan andai saya tak melaksanakan hak seorang sahabat....saya sayangkan sahabat2 saya....terlalu sayang...

Lebih kurang jam 9.30 mlm..kak mas tiba di dewan bunga kertas TTDI jaya...dari raut wajahnya...sememangnya dapat dilihat keadaan dia yang penat...tetapi digagahkan juga untuk hadir atas dasar sayangkan sahabat2 Nisa' Shah Alam....syukran kak mas..

Sahabat yang baik...sahabat yang mampu untuk menegur..dengan cara berhikmah...atas dasar SAYANG..bukan kerana atas dasar TANGGUNGJAWAB....bukan mudah untuk menegur sahabat..adakah sahabat yang menegur sahabat yang lain..dia rasa dia dah jalankan dengan penuh hati2???atau sekadar..terlepas satu tanggungjwab??untuk saya...takkan sampai ke hati jika seseorang itu menegur hanya kerana tanggujwab....mungkin saya akan ikut..tapi masih TERbekas di hati....yang mampu...fikir positif...

Rasulullah sendiri memberi pesanan...dalam apa jua perkara kita buat...jaga lah kelembutan..hilang kelembutan..hilanglah keindahan...jika tak memikirkan kata Rasulullah nih...mungkin dah lama saya gagal menjalankan tanggungjwb saya...jika terlalu mengikut perasaan...dah lama saya bermasam muka dengan semua orang disebabkan kesedihan ni...atas dasar sayangkan sahabat2...cuba digagahkan juga mengukir senyuman walaupun kadang2 dalam masa yang sama...sahabat pula yang 'membaling batu'....pesan kak mas...sahabat baling batu...kita baling bunga...orang baling batu...saya nak baling bunga rose lah..wangi sikit..biar sahabat kita tuh dapat cium wanginya rose tuh walaupun batu yang dibaling..akan saya ambil batu tuh...baling balik kat dia dua kali ganda..eh2x..silap2...akan saya ambil batu tuh dan letak kan dalam akuarium..buat penghias....

Saya merayu..sahabat2...fikirlah positif pada sahabat2 kita...jika sahabat kita tak memahami kita..adakah selama ini kita memahami diri mereka..jika nak sahabat memahami kita....kita dulu yang bertindak memahami diri mereka...bukan menuduh mengata itu ini...berlapang dada pada sahabat..jgn terlalu mengikut perasaan...

Senyum pada sahabat..tebalkan lagi kesabaran hadapi kerenah sahabat...semuanya atas dasar SAYANG...

Ya Allah....Bukannya aku tak tahan dengan ujian Mu ya Allah, hanya nak mengadu pada Mu tempat aku kembali suatu hari nanti...

Monday, April 5, 2010

Beranilah untuk bermimpi!!

Assalamualaikum wbt buat teman2 imtiyaz...
hmmm..bercakap tentang impian..setiap org pun ada impian yg ingin dicapai...
apa impian kalian???
saya???owh..terlalu byk...sehingga braper yer..lupa pula nak kira...kadang2 mungkin kita pernah terfikir..
"aku mampu ke utk capai apa yg ku ingin capai nih???"

silap2...ada yang ketawakan kita atas impian yg kita inginkan tuh...
ada tips....jom kita cuba...first...senaraikan semua impian yang kita nak capai...macam tips yg saya dpt...senaraikan 100 impian yang hendak dicapai...tulis di tempat yg senang kita lihat....tp kdg2 malu kan...
tengok video nih....



cuba????
pasnih banyak2 kan lah bermimpi..=p

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...