Wednesday, March 30, 2011

Hikmah hukuman 100 sebatan...

Allah lebih mengetahui keperluan hamba-hambaNya... 100 sebatan untuk penzina yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi penzina yang sudah berkahwin...agak2 la kan....anda rasa berat ke hukuman nih??pernah anda terfikir mengapa sebegini yang ditetapkan Allah??Sesungguhnya Allah lebih mengetahui... Jika dikaji semula hikmah hukuman sebegini ditetapkan.....mungkin kita boleh kata..."oooooooo..patut lahhhh....subhanallah...."

Apabila Allah menjadikan manusia, Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri. Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukum dengan hukum hudud antaranya adalah hukum bagi mereka yang melakukan perzinaan. Apabila sabit kesalahan, terdapat 2 jenis hukuman bagi 2 kategori manusia yang melakukan kesalahan itu:

1. Sebat 100 kali untuk pesalah yang belum berkahwin.
2. Rejam sampai mati untuk pesalah yang sudah berkahwin.

HIKMAH DI SEBALIK PELAKSANAAN HUDUD INI: 1. Kehebatan Daya Tubuh Badan Manusia dan AIDS Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berkaitan dengan Imuniti Humoral atau T Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel (Cell-Mediated Immune System). B Limfosit dan T Limfost kedua-duanya di hasilkan di satu tempat di dalam badan manusia iaitu di bahagian belakang badan manusia, Sitem Sum-sum Tulang Belakang, or Tulang Tunjang Belakang.

AIDS ialah satu virus yang makanan kegemarannya adalah sel darah putih, yang mana kegemarannya virus AIDS ini ialah sel darah putih @ menghancurkan pertahanan manusia. Apabila pertahanan sel darah putih dihapuskan, maka dengan mudahnya manusia dihidapi pelbagai jenis penyakit. Sebab itu virus AIDS dikenali sebagai VIRUS KURANG DAYA TAHAN PENYAKIT

Apabila virus AIDS menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS (Acquired Immunologic Dificiency Syndrome). Jadi, bagaimana kita nak menghapuskan virus AIDS yang sudah pun memasuki badan manusia? Untuk menghapuskan virus AIDS, kuantiti Sel Darah Putih mestilah melebihi jumlah virus AIDS yang telah memasuki badan dengan nisbah 400%-500% persoalannya, bagaimanakah untuk menghasilkan 400%-500% antibodi itu?

HIKMAH KEPADA PENZINA YANG BELUM BERKAHWIN:

Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang pesalah itu dihinggapi HIV selepas perzinaannya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati sel-sel sum-sum tulangnya tidak lagi dapat menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel-sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia (air mani). Badan akan lemah dan AIDS akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.

Tetapi dengan syarat:

Ia mesti disebat dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru. Cara yang terbaik ialah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh dari AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi 2-5 kali ganda jumlahnya daripada jumlah virus AIDS di dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada virus AIDS sehingga ia dapat memusnahkan virus AIDS dan manusia terselamat daripada penyakit AIDS.

BAGAIMANA PULA DENGAN PENZINA YANG SUDAH BERKAHWIN??:

Jika sekiranya pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan mengahasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus AIDS dan rejam hingga mati merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Dan akhirnya, virus AIDS akan terkubur bersama pesalah tersebut, dan sekaligus menyelamatkan isteri dan anak-anak pesalah daripada dijangkiti AIDS. Tambahan pula, mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang halal lagi baik, tapi mereka sanggup mencari wanita lain yang haram hubungannya lalu berzina.

Maha suci Allah yang telah menciptakan kita. Dia yang menciptakan kita, Dia paling tahu segala-galanya tentang kita, makhluk-Nya yang lemah. Berbanding dengan hukuman zina pada hari ini, hanya dikenakan denda RM2,000-RM5,000. Yang manakah lebih baik?

Wednesday, March 23, 2011

Melaka Sentral....

Alhamdulillah..Allah izinkan semuanya berjalan lancar seperti mana yg dirancang.lebih kurang jam 9.45 pagi,bas yang saya naiki mula menyusur keluar dari Seri Manjung...yessss...perjalanan bermula...
Kerana ukhwah fillah,kaki ini digagahkan jugak melangkah ke Melaka semata-mata nak bersemuka dengan sahabat2 yg dah lama berpisah dari medan dakwah di MSU...kak husna dan kak mas..hamba dah on the way...huhu...

Sepanjang perjalanan,kejap2 dibuai mimpi,kejap2 'menatap' buku "Alahai pengantin baru"..buku yang dipinjam Cikgu Sabarinah,dimintanya saya menghabiskan bacaan buku tersebut..katanya sebagai persediaan..adeh...ikut je lah apa cikgu suruh..buku yang menarik...dapat jugak isi ilmu2 baru tentang kasih sayang, kekeluargaan,banyak lagi..saper2 yg terjumpa buku nih...sila lah beli yer...heeeeee

Lebih kurang jam 4.30 petang,saya selamat sampai di Melaka Sentral...wahhhhh..hati berdebar2..tak sabarnya nak berjumpa kak husna dan kak mas..

"syu tunggu kat dalam sentral tuh yerk...akak on the way..lambat sikit..huhu.."....kak husna dah on the way...

Saya pun terus melilau dalam sentral..mencari sesuatu..agak kepenatan sikit ditambah beg yg berat pusing keliling Melaka sentral,dengan wajah yg sedikit blur...adeh lahh..tunggu kak husna datang menjemput...

Tiba2.."dik...cari saper dik??"...mak cik guard menegur saya..

"errr...saya cari....kerusi..."...dgn jwpn blurrr..

"alahai..siannya dik..tuh kat hujung sana ada..."mak cik guard tuh jawab sambil tersenyum...

"err....terima kasih mak cik..saya tunggu kawan saya sebenarnya..."saya sekadar tersenyum...huhu..malunya...

Diri ini masih tak sangka dah sampai ke Melaka...ukhwah fillah...manisnya...
Wallahualam...

*sambil2 post entry sikit,sambil2 borak ngan kak husna...entah jam berapa la tido mlm nih...macam2 kisah di kongsi...

Wednesday, March 16, 2011

Mana fesyen tudung paling menarik???

Tengahari itu,sempat saya dan kak mas berjalan2 sambil survey buku2 yg besh2...kak mas ke shah alam atas sedikit urusan...lepas hampir 30 minit pusing2 dlm PKNS...baru kami sedari dah masuk waktu Zohor...jadi apa lagi,kaki nih melangkah lah ke surau...sebaik sampai depan surau.....

"Alamak Ada....Ada nampak tak apa yang akak nampak??!!!"kak mas bersuara..

"nampak2...banyaknya kasut..means ramainya orang kat surau...ala,nak cepat nih..."saya tiba2 mengeluh sesuka hati...

"astaghfirullah...ishk..tak baik kita mengeluh..kenapa nak mengeluh...bersyukurlah,dah makin ramai yang still ingat nak solat walaupun sibuk membeli belah..."kak mas redakan kembali...

Betul jugak tuh...adeh..ramai yg solat..tapi kenapa masih teruk masalah sosial..teringat saya dengan sorang teman nih...

"aku nih,rempit ngan boyfriend aku pun,tapi kami still jaga solat..."wahh...dia cuba pertahankan sesuatu..

yer,sama macam bertudung..makin ramai yang bertudung..tapi sayang berbilion-bilion kali sayang...dalam ramai2 yang bertudung,tak ramai yang menepati syariat islam....
bertudung,tetapi tak melabuhkan bahagian depan...bertudung,tapi baju sendat macam balut nangka..bertudung,tetapi pakai tudung,kainnya mcam lampin bayi...

teringat saya kata2 kak linda..."ishk Ada...tadi akak tengok rancangan kat tv nih...dia tayangkan model yg bertudung..tapi tudung dia...teruknya...betul2 mcm dah kembali ke zaman jahiliah dulu...dengan sanggul yg tinggi kat tudung dia,pastu ader satu model tuh,sama macam fesyen yg firaun dok pakai tu...teruk betul lah!!!..."

hmmm...nak menggalakkan utk bertudung,tetapi still x menepati ikut apa yg islam inginkan...
macam2 jenis tudung sekarang nih...

Tudung anda jenis yang mana satu???

a)Tudung transparent
kain yang nipis,sehingga boleh menampakkan leher...leher tuh aurat kan??




b)Tudung lampin bayi



c)Tudung jambul
menampakkan sedikit jambul kat depan tuh...



d)Tudung siput babi
lilit sehabis2nya...



e)Tudung unta








f)Tudung biarawati







g)Tudung tempurung



h)Tudung saji




Masih banyak lagi fesyen2 tudung terkini...tudung anda jenis mana satu??
ingat teman2 hawa sekalian, tak salah utk berfesyen,tapi biar lah kena pada hukum yg islam dah tetapkan...

Sabda Rasulullah s.a.w. Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun” (riwayat Muslim)


Ini lah kejayaan musuh Islam...berjaya mempengaruhi pemikiran umat islam..dalam hal pemakaian islam yang sebenar...

Sekadar peringatan... masing2 tak sempurna...tapi kita boleh berusaha utk menjadi lebih baik kan...=)



Wallahualam...

Wednesday, March 9, 2011

U.K.H.W.A.H

Jam dah menunjukkan 10.30 pagi...keadaan makin mencemaskan...aduh!!!lagi 3 jam lebih je sempat nk review apa2 yg patut utk paper ptgnya...Hari pertama n paper pertama utk final exam...

"Assalamualaikum Ada,Ada ader kat mana??"tiba2 je kak mas call...aduss,makin rindu lak kat kak mas...

"Ada kat umah kak,naper kak??"

"ok2...jap g akak sampai umah Ada yer..."..waaaaaaaaaaa...kejutan apakah ini...kak mas tiba2 dtg shah alam...

Alhamdulillah..kedatangan kak masitah ke teratak kami Rhaudahtunnisa 3 jam sebelum exam,buatkan saya lebih bersemangat..rindu...rindu sgt2...semalam baru lepas hantarkan kak muslihah yang pulang dari mesir...cuti kak mus yang ada diisi dgn menziarahi sahabat2 di mana2 je...yer..ukhwah perlu di jaga..rupa2nya kak mas dtg ke shah alam nak jumpa kak mus jugak...kerana ukhwah,seseorang sanggup berkorban utk sahabatnya....

kak mas dan kak mus,syukran...selama ni akak2 sekalian banyak membantu dan memberi semngat dari pelbagai hal...

sebelum kedatangan kak mas,kak mus bermalam lebih kurang 2 malam di sini,esoknya kak fizah pula datang bersama puterinya yang comel....sempat kak fizah share tips2 dan pengalaman menjadi ibu...riuh rendah dibuatnya...

kedatangan kak nani dan kak husna ternanti2 dalam masa yang terdekat ni..huhu..


itu lah kemanisan sebenar,bertemu di medan dakwah,ukhwah kerana Allah...takkan mudah melatah,biar terpisah jasad,namun doa sentiasa dikirimkan.

Wallahualam...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...