Tuesday, May 31, 2011

Inilah cerita perjalanan kami,Shah Alam-Melaka-Johor(tapi tak sampai)

"Ada,akak minta maaf,tiba2 last minit akak x dapat nak join g walimah kak as..."kak mas minta maaf sungguh2...hati ni dah mula risau + sedey giler...waaaaaaa...

Saya,kak husna,kak mas,kak salmah,kak su dan nabila merancang untuk sama2 ke walimah kak as,salah seorang mantan pimpinan PMIMSU, 28 mei lalu.
Jumaat lalu,lebih kurang jam 4 ptg kak husna dah tiba ke shah alam..rancangnya lebih kurang jam 5.30 ptg kami akan mula bertolak dari shah alam dgn kereta kak husna dan bermalam di rumah kak husna di melaka,dan kemudian pagi sabtu kami bertolak ke johor bersama2 kak mas...

"Syu,ada masalah lagi nih!"kak husna menceritakan respon mak ayahnya selepas dapat tahu salah sorang ahli konvoi kami tak dapat join sekali...

"nak seorang teman lelaki utk join konvoi kita??!!"....adusss..mana nak cari last minit mcm nih...disebabkan destinasi kami tuh agak jauh dan risau akan keselamatan kami,syarat ditetapkan seperti itu.
Petang itu juga kak husna dan kak salmah berhempas pulas bertanya teman yg dapat join kami..dan akhirnya,ditetapkan sorang teman kak husna yg tinggal di muar utk ikut konvoi kami..
Nak dipendekkan cerita,setelah dibincang,saya perlu membawa kereta sekali atas sebab2 tertentu...Malam itu lebih kurang jam 8.30mlm,kami bertolak dari shah alam ke melaka...

Nak dipendekkan cerita lagi,pagi itu,teman kak husna,tiba2 tak dapat ikut atas masalah yg tak dapat dielakkan,maknanya,kami tak dapat teruskan perjalanan ke johor andai tak ada peneman lelaki.Jadi,apa lagi..masing2 mula check phone,tercari2 shbt2 muslimin yg boleh bantu kami.
hmmm....terasa lemahnya kaum wanita...ya..lemah bukan sebarang lemah..tapi lemah kerana dirimu terlalu beharga,perlukan pelengkap mereka yg bernama lelaki..buat melindungi dirimu.

Namun.....

Seorang gadis itu
Yang lembut fitrah tercipta,
Halus kulit, manis tuturnya,
Lentur hati…telus wajahnya,
Setelus rasa membisik di jiwa,
Di mata cahaya, dalamnya ada air,
Sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
Ceritera hidupnya…

Seorang gadis itu…
Bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
Tabah dan tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
Pengubat duka dan laranya…. bijaksana ia,
Menyimpan ilmu, si teman bicara,
Dialah Aishah, penyeri taman Rasulullah,
Dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah……

Seorang gadis itu…
Bisa setabah Maryam,
Meski dicaci meski dikeji,
Itu hanya cerca manusia,
Namun sucinya Allah memuji….
Seperti Fatimah kudusnya,
Meniti hidup seadanya,
Puteri Rasulullah……kesayangan ayahanda,
Suaminya si panglima agama,
Di belakangnya dialah pelita,
Cahaya penerang segenap rumahnya,
Ummi tersayang cucunda Baginda…. bisa dia segagah Nailah,
Dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
Meski akhirnya bermandi darah,
Meski akhirnya khalifah rebah,
Syahid menyahut panggilan Allah…
petikan sajak : http://zinnirah08.blogspot.com )

Sambung balik cerita tadi....
"jam 9 pagi,kita berhenti cari mana2 sahabat lelaki..sebab kalau dah bertolak ke ulu tiram tuh pun,dah jauh,takut dah lewat sangat.."pesan kak husna

"3 minit lagi nak jam 9 pagi kak..."detik makin cemas...kami-->R.E.D.H.A....

bermacam2 usaha dah dibuat untuk ke walimah kak as..namun,kita merancang,Allah yang tentukan semuanya...ya,saya akui..Allah lebih berkuasa...Allah lebih mengetahui disebalik semua kejadian...ada hikmah disebalik suratan takdir...

Seseorang hamba Allah itu....jika Allah benar2 dihatinya,segala yang terjadi dalam kehidupannya walaupun ianya pahit,dia akan tetap redha kerana dia yakin Allah dah merancang yang terbaik buat hamba2Nya dan Allah lebih mengetahui segala2nya..

Jadi,alang2 dah sampai ke Melaka...kak husna bawa kami semua berjalan2 ke Bandar Hilir...pusing sana..pusing sini...dapat la ubati kesedihan tak dapat ke walimah kak as..huuuuuuuuu...

takper...semuanya ada hikmah....tertunggu2 la sahabat2 yg dapat hadir ke walimah kak as utk upload gambar2 yg penuh detik2 kebahagiaan buat pasangan johorian nih...buat kak as dan suami,selamat pengantin baru..syu doakan mudah2an bercinta sampai ke syurga...akhirnya kak as dah bergelar isteri orang...boleh lah share petua2 utk jadi isteri baik,mcm kak as dok bagi kami semua petua masa kak bujang dolu2..minta maaf tak dapat sampai walimah kak as,nk buat mcam mana..suratan takdir..uhuk3x....=p


cilok gambar nih dari facebook sorang teman nih..maap la yer..huhu

dan ahad yang lepas,dapat juga pusing2 melaka bersama kak mas dan husna dan sempat ke walimah sorang sahabat kak mas di melaka...=)

Wallahualam....

Saturday, May 21, 2011

"eh..tak nak insyaAllah2....kena hadir jugak!!"

"boleh janji tak pergi program nih nanti??"
"insyaAllah...saya cuba hadir.."
"eh..tak nak insyaAllah2....kena hadir jugak!!"
Situasi biasa,walaupun anda dah berniat untuk hadir,dan anda meletakkan anda akan hadir ke program andai diizinkan Allah.

"eh,nanti ingat tau,bawa barang2 yang diperlukan,"
"insyaAllah...."
"jangan insyaAllah je....kena janji betul2 nih.."
"ok2..nanti aku bawa semua sekali barang2 tu..."
"haaaahhhh...gitu lah...nampak la ko betul2 janji.."
apa??!!adakah perkataan 'insyaAllah' melambangkan orang itu tak janji betul2 dan sekadar nak melepaskan diri??

Hakikatnya...itulah situasi umat islam sekarang nih...menganggap penggunaan 'insyaAllah' sekadar utk melepaskan diri dan seakan2 dia akan menunaikan janji sedangkan dalam hatinya dah berniat tak nak buat..

kebiaasaan bila kita berjanji dengan seseorang...bila kita rasa kita mampu tunaikan janji kita,kita akan berkata.."OK,esok aku akan settlekan..." sedangkan kita merancang,Allah yang tunaikan...dan kebiasaannya juga,kebanyakan dari kita menganggap, bila berkata "insyaAllah..." macam nak tak nak je kan???tapi bila berkata .."OK".....yesss..orang tu akan tunaikan...

Allah SWT dah ajar makhlukNya agar mengucapkan kalimah ini. Kalimah ini sangat suci. Kalimah ini menunjukkan manusia yang mengucapkannya mempunyai rasa rendah diri terhadap RabNya. Rendah diri dengan mengakui bahawa hanya Allah SWT sahaja yang dapat memakbulkan dan merealisasikan apa yang diingini dan dirancangnya.

Allah SWT telah mengajar RasulNya, Muhammad SAW untuk mengucapkan kalimah ini. Ini telah diterangkan di dalam ayat 23-24, Surah Al Kahfi (Gua):
“Dan jangan sekali kali kamu mengatakan tentang sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi (23) kecuali (dengan menyebut): “Insya Allah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini” (24)

Situasi biasa juga...bila seseorang diajak ke sebuah program...dalam hati memang taknak join sekali,tapi ketika sedang diajak sahabatnya,oleh sebab taknak nampak sangat dia menolak..maka..terkeluarlah...

"insyaAllah..saya pergi.."

Jadinya,lepas nih,jangan salah anggap dan jangan salah gunakan 'insyaAllah' lagi...fahami betul2 penggunaannya yer =)

Wallahualam...

Thursday, May 19, 2011

Istikharah cinta..ehem..ehem...

Topik hangat ketika smart group( usrah ) bersama sahabat2 di Perdana baru2 ini..berkaitan soal jodoh..jeng3x...istikharah..

"kak, macam mana kita nak tahu istikharah kita tu,satu petunjuk atau tak??" tanya salah sorang shbt usrah.

"kita kena check jugak sama ada istikharah kita tu valid atau tak..sebabnya takut2 terdorong perasaan yang terlalu suka pada orang yang kita istikharah kan tuh..kena buat berulang kali..dan jangan anggap petunjuk tu hanya datang melalui mimpi..ada juga melalui sekeliling.."saya menenerangkan seakan2 sudah berpengalaman dalam hal nih...heeeee...maka bermulalah perbincangan yang panjang lebar....huhu...

Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya temukan berkaitan dengan istikharah.ehem3x..=p

Sumber : http://www.zaharuddin.net/

Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout), Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.

Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.
Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”

Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”

Perlu juga diingat bahawa :-

Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)

Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.

Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.


Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71)

Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)

Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Bagaimanapun, pada hemat saya, ia perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu, dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlualah diutamakan. Wallahu a’lam.




Saturday, May 14, 2011

Jika dulu....dulu...dan...dulu....

Kadang-kadang...hati dan minda mula bertentangan arus....
Tidak menjadi sekata...
Iman mula gugur layu satu persatu....
Akal lesu menjadi bisu...
Takkala nafsu mula bermaharajalela....

Sekadar merenungi apa yang terjadi..

Jika dulu ketika berada dibangku sekolah...masing2 ayu bertudung litup...
tetapi sekarang masing2 sibuk berlumba2 mempamerkan mahkota diri di facebook buat tatapan sang mata keranjang..sibuk berlumba2...siapa paling 'hot'...
sibuk berbangga dengan gaya berfesyen yang konon2 up to date tapi keredhaan Allah entah ke mana...sedangkan DULU!!"wehhh...budak laki tuh dah nampak rambut aku panjang mana...abis lah...dah dosa...."--->sambil teresak2 menangis...tetapi sekarang...bangga dengan diri yang tak cukup kain...tudung yang menutup kepala dulu,dah terbang ditiup angin taufan...



jika dulu...mana2 kawan lelaki tersentuh tangan mereka...."habis lah...aku berdosa...tadi si polan dah terpegang tangan aku...abis lah aku...Allah nak ampunkn aku ke tak..."
tetapi sekarang....tak segan silu tayang gambar berpelukan dengan buayafriend masing2...aduhhhhh....

Jika dulu....terpancar wajah seorang anak lelaki yang baik dari air muka masing2..terlalu baik...sampaikan pijak semut....semut pun tak sedar dirinya dipijak...
tetapi sekarang...terpancar wajah2 yang merosakkan si gadis yang perasan dirinya dicintai dari lubuk hati...

Jika dulu...masing2 berpakaian sopan...ayu...memang gadis melayu habis!tapi sekarang...mengalahkan artis barat...

Allah....mudahnya manusia berubah..

Manusia...hidupnya mengalir fitrah.Namun perlu diingat..fitrah itu kadang2 dengan mudahnya dilanggar oleh manusia yang berakal dan pemikiran yang sempurna..
Sempurnahkah akal bila sesuatu yang fitrah ditolak mentah2 tanpa biarkan akal dan minda membuat penilaian....?

Namun,fitrah yang terpesong bukan selamanya berada dilandasan yang tidak lurus itu.. Kita mampu betulkan apa yang sudah terpesong jauh... Biarlah akal, iman dan minda bersama2 di landasan yang satu...Membuat keputusan yang mampu membetulkan keadaan..

Bukan mudah nak jadi baik...dan bukan susah nak jadi jahat...andai diri ingin menginsafi segala2nya...tekadkan hati....pasakkan niat...hidayah milik Allah..andai diri perolehinya...genggamlah erat2...jangan biarkan ia pergi..sekali datang...andai terlepas,takut2 tiada lagi kunjung tiba...andai kita rasa sudah mula tersesat, jangan biarkan kita makin tersesat jauh...sebaliknya berpatah balik dan kembalilah ke jalan yang satu...

Iman...Jangan biarkan akal dan nafsu menguasaimu... andai iman juga mula dinodai, nafsu akan bertakhta dan setiap langkah yang hadir akan sentiasa dalam keadaan prasangka yang belum kita tahu dimana pengakhirannya....

Renungi kembali dirimu yang dulu..jika dulu kau seorang yang sempurna menutup aurat..kembali lah pada dirimu yang dulu..jika dulu kau seorang yang tegas dalam pergaulan lelaki dan perempuan..kembali lah pada dirimu yang dulu..sampai bila kau harus begitu..tiada rugi malah menguntungkan buat dirimu yang bakal bergelar seorang isteri suatu hari nanti..



Ingin hasilkan produk yang berkualiti...sediakan bahan asas yang berkualiti juga..
inginkan suami yang beriman..dirimu juga perlu berusaha memenuhi kriteria seorang wanita idaman buat sang pejuang Islam...

Berusaha + doa...insyaAllah...Allah akan makbulkan..=)

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...