Monday, November 28, 2011

Saat2 malaikat Izrail merenung wajah kita..kita pulak...

Cuma nak sharing sesuatu...semalam,sempat menonton satu cerita bertajuk '100 hari'
cerita yang menarik dan membawa peringatan yang bagus...menitis jugak la air mata ni...sedih campur takut...Allahu Robbi...hanya Allah yang tahu ajal kita semua...

'100 hari' mengisahkan tentang 2 orang lelaki iaitu sorangnya bos dan sorang lagi pemandu dia..bosnya agak lalai sikit dalam kehidupannya dan pemandunya tu yang hidup bersederhana dan pentingkan agama...dan dua2 meninggal dalam kemalangan..kisah nih nk ingatkan kita tanda-tanda kematian...dan ingat..malaikat Izrail datang mengintai kita 70 kali sehari...

Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35) Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.


Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Cer kita bayangkan,setiap hari,

saat2 malaikat izrail datang merenung wajah kita,kita sedang bergelak tawa,ntah apa yg seronok sangat tuh..."wahahahaha...lawak giler larr citer ko nih...memang patut pun kita gelakkan dia..."

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang berdating sakan dengan buayafriend/gelifriend.."rindunya kat darling,ari ni kita dating lama2 ye..meh kita dok kat tempat gelap sikit..baru lah orang tak nampak..." anda ingat anda berdua??tettttttt!!!salahhhhh!!!!sebenarnya anda bertiga..malaikat Izrail temankan sekali..jeng..jeng..jeng...

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang menggenggam erat tangan buayafriend/gelifriend sambil berkata "owh sayang,abang takkan tinggalkan sayang..tiada saper yg dapat pisahkan kita..."---->kamu ingat kamu tu berkuasa sangat?!!

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang berpelukan dengan buayafreind/gelifriend

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang asyik bersuka ria hingga lupa pada Allah sedangkan kita akan bertemu dengan Allah sebentar lagi..."jom kiter g lepak2 kat Times square..enjoy2 beb..hidup cuma sekali!"

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang melakukan maksiat

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang asyik dok makan 'ketupat'(mengumpat)...nyumm..nyumm..sedapnya 'ketupat' yg dia makan sampai tak pandang kiri kanan dah.

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang lalai dalam kehidupan

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,aurat kita terbuka sana sini...kita sedang membungkus aurat bukannya menutup aurat..

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang meninggalkan solat

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang makan di siang hari di bulan Ramadhan

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang memberikan rasuah

saat2 malaikat izrail datang merenung wajah kita,kita sedang mempertikaikan lagi bab hukum Allah

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita pulak asyik dok merenung gambar2 atau video2 yg 'kebiruan' dan bukan2 di internet,majalah,hphone atau mana2 lahh...

Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’

”Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

xder saper pun yang dapat tau keadaan dan bila ajalnya akan tiba...tak kira tua,muda,sihat,kaya atau miskin...bersiap sedia lahhh..
MEMANG xder siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab tuh ramai yang masih leka dan xder persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Kita masih leka....
Wallahualam....

Thursday, November 24, 2011

Cemburunya kat dia....

Semalam,usrah pertama setelah cuti agak lama...dan dipenghujung sesi usrah,salah seorang sahabat berkongsi tentang kehidupanya setelah berkahwin...masih bergelar pengantin baru...inai pun masih dijari =)...agak lucu bila mendengar cerita,bagaimana risaunya perasaan dia setelah berkahwin...mula timbul perasaan cemburu pada suaminya...dan tiba2,saya terkenangkan satu sesi usrah,4 tahun yg lalu...hari itu,entah macam mana boleh termasuk bab bidadari syurga....biasa lah,usrah akhowat,memang akan terlencong sikit dari topik asal...kejap-kejap sharing...cerita atau tips..macam2...

Selesai usrah...saya ditegur naqibah saya..mungkin dilihatnya saya lebih banyak mendiamkan diri kalau nak dibandingkan hari2 biasa,saya sering bercakap tanpa ada signal nak berhenti...

"syu cemburu kat bidadari syurga...nanti dia ambil suami syu kat sana...."..saya menjawab dengan wajah penuh kesedihan...ishk...ishk...

"syu,tak perlu rasa cemburu...sebab nanti kita yang jadi ketua bidadari..."naqibah saya tersenyum...bila terkenangkan semula situasi berkenaan,aduh,4 tahun lepas,pemikiran saya yang kurang matang...huhu..malunya...dan kemudian,oleh kerana risau dengan perasaaan cemburu saya pada bidadari syurga yang berlanjutan sehingga 2 tahun selepas sesi usrah berkenaan,saya dihadiahkan sebuah buku yang sangat menarik..."Bidadari syurga...agar engkau lebih mulia darinya"...


Buku berkenaan dihabiskan dan dihadamkan betul-betul...dan tak cukup dengan itu...saya search di internet...perihal cemburu pada bidadari syurga ( sampai macam tu sekali yea tahap cemburu ni)...ishk...ishk...ishk....

Seorang penceramah di suatu majlis ilmu tidak lama dulu pernah berpesan : “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci dan cemburu di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyattttt..

Memang tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang
bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Hmm…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham
pun bila mendengar atau membaca Qur’an.

Ini jawapan Ustaz dato Abu Hassan Din al-hafiz tentang cemburu pada bidadari syurga

“Di syurga nanti, selagi kita tak berenggang dengan suami,suami kita seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah kita risau sangat. Yang penting sekarang,usahakan agar kita bersama suami dapat menjadi ahli syurga."

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari.Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.(fuhh..lega)



So,dah nampak kan?? cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang je kan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.hohoho~

Dan ingatlah,apabila kita memilih untuk patuh sebagai hamba Allah lalu membuktikan kehambaan kita dengan menjadikan setiap aktiviti hidup sebagai ibadah untuk dipersembahkan kepada Allah, menjaga setiap peraturan yang Allah tetapkan dalam syariat walaupun terpaksa mengharungi seribu rintangan dan cabaran, maka kita telah pun menempuh jalan kebenaran.Jalan kebenaran ini secara automatik melayakkan kita menandingi pesona lahir dan batin para bidadari di syurga.Ketika itu, tiada lagi kebimbangan , tiada lagi kecemburuan kerana pastinya suami yang menjadi ahli syurga akan lebih terpesona dengan isterinya yang telah mencipta banyak kenangan pahit , manis, susah dan senang ketika di dunia.


Jika kecantikan lahiriah tidak mampu kita miliki di dunia, maka jangan kecewa. Usahakanlah setakat yang termampu dicapai berpandukan syariat,tetapi yang paling penting ialah memfokuskan usaha kepada membina kecantikan dalaman hati yang penuh rasa kehambaan kepada Allah.

Bagi mereka yang telah dikurniakan kecantikan lahiriah di dunia, lebih-lebih lagi perlu bersyukur dan pastikan kecantikan dalaman juga menghias di diri..Segalanya bermula di sini...Di dunia nih.Allah beri kita peluang.Terpulang kepada diri untuk merebutnya....

Dah la..tak payah risau.Relekssss larrr...Perasaan cemburu tu sebab kurangnya kefahaman tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

Kalau nak sentiasa bersama suami disyurga nanti banyak-banyakkanlah amalan bersama suami supaya boleh masuk syurga sama-sama....InsyaAllah....

~Semoga Allah tunjukkan jalan buat kita....Amiin~

Pssstttt...ader cemburu lagi ke??hehe...

Tuesday, November 22, 2011

Pemuda itu...

Assalamualaikum teman2 imtiyaz...sekadar nak sharing sesuatu.

Petang tadi,singgah di Giant untuk settle kan segala mcm bil kat rumah sewa ni.lepas dah uruskan sumenya,saya menunggu kak linda yang tengah excited beli chocolate blog yang sodap tu...sambil menunggu tu..tiba-tiba seorang pemuda yang saya jangka usianya lebih kurang 23-25 melintas di hadapan saya...saya hanya terpandang dan tertunduk...dan dia tersenyum dan tertunduk...sesuatu yang membuatkan saya terfikir sesuatu....

Sebelah kakinya dah xder...dia berjalan menggunakan tongkat kiri dan kanan...perlahan-lahan dia melangkah....dari air mukanya,seperti seorang ustaz...tiada gaya seperti bekas mat rempit....

"kesiannya...mungkin accident tu..." adik kak linda berbisik pada saya...ya..mungkin juga...

ya Allah...aku bersyukur dengan nikmatmu ini...kaki yang sangat2 berguna...terfikir saya bagaimana dia menguruskan kehidupan harian...bagaimana dia ingin mengambil wudhuk jika di tempat berkenaan takder bangku khas disediakan....

Terdetik dalam hati.Alhamdulillah,saya masih ada kaki.Betapa nikmatnya rezeki. Cuba nak bezakan sikit dengan pemuda tu.kehidupan kita lebih baik. Sekurang-kurangnya. Boleh guna dua kaki dengan sempurna.kalau nampak kucing,boleh kejar..kalau ternampak harimau,leh lari...kalau ternammpak gas pemedih mata dilepaskan,boleh berlari sepantas kilat...Kalau taknak berjalan kaki,merangkak...Guna kemudahan yang ada.Mudah bukan?Semudah 1,2,3...Jadi, kenapa yang dah sempurna ni mahal sangat nak mengangkat tangan menadah syukur?


Ya,saya sendiri pun terkadang TERRRRlupa,TERRRRlalai atau pandang enteng dgn tuntutan dariNya.InsyaAllah. Di perbaiki dari semasa ke semasa.

Muhasabah semula,
Pernahkah kaki ni dibawa ke disko atau tempat hiburan?
berapa kali kaki nih ke masjid?dua kali setahun?(raya puasa dengan raya haji)
pernahkah kaki ni dibawa ke tempat2 ceramah agama??
Pernahkah kaki ini menyepak kucing,binatang kesayangan Rasulullah( memang nak kena sekeh laju2 kalau dia ada depan saya)

mungkin ada diantara kita menganggap...nikmat adalah rezeki yang kita dapat(duit,makanan)...sedangkan,nikmat yg Allah bagi terlalu banyak...tapi terlalu sedikit kita bersyukur dan menunjukkan tanda syukur kita dengan nikmatnya yang ada...

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu sesunggguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ( An-nahl : 18)

dan ingat..kaki ini lah yang menjadi saksi di sana kelak...apa yang sudah kita lakukan dengan kaki yang ada??

Janji Allah SWT: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7

Buat pemuda itu,
saya mendoakan agar saudara tabah menghadapi ujian,jangan terasa rendah diri dan ingatlah andai diri bermanfaat pada islam,saudara lebih sempurna dari mereka yang lengkap kedua-kedua belah kaki tetapi menggunakan kaki ke arah maksiat.mudah-mudahan saudara sentiasa diberi petunjuk Allah dan dilindungi Allah.

Jadikan kesempurnaan itu satu perkara yg buat kita lebih menadah syukur padaNya...

Wallahualam...

Sunday, November 13, 2011

Surat untuk Abang dari adik

Sedihnya kisah ni..

-Surat Untuk Abang Dari Adik-

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..




Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku....

Friday, November 11, 2011

Rindunya pada arwah tokwan...

Alhamdulillah...baru pulang dari sekolah adikku...atas urusan,'ambil buku rekod pelajar....terasa seperti pergi ambil buku rekod anak pula ya..=p

Sekarang,masih menunggu kepulangan bonda tercinta pulang dari kerja..dan kemudian kami akan berangkat ke kampung,di Pulau Pinang...

Sejak arwah tokwan meninggal,makin jarang kami pulang ke kampung...Rindunya pada arwah tokwan...seseorang yang kerap memanggil saya dengan gelaran 'doktor syuhada'...sentiasa membakar semangat diri ini untuk terus menuju ke matlamatku...

Masih saya ingat,hari yang sama,Jumaat...pada 10 Julai 2009...arwah pergi meninggalkan kami selama-lamanya...

"Tokwan meninggal...tiba2 rebah..." suara kakakku tersekat2...

Saya menangis...blur...terkejut...terdiam...terduduk dalam surau di kolej...

"Ya Allah...ubati aku dengan ayat-ayat cintaMu Ya Allah..."sambil memegang terjemahan Al-Quran...saya terus membuka kalam suci itu...hati terubat olehnya....



Pemergianmu,dengan cara yang baik...tokwan meninggal,tiba2 rebah ketika menyampaikan khutbah jumaat...khutbahnya disambung oleh imam ke 2....

Setiap kali hendak tidur,harapan ku agar dapat 'bertemu' tokwan dalam mimpi...hanya sekali saya bermimpi...saya lihat arwah hanya tersenyum dari jauh melihat diri ini...

Ketika arwah masih ada,hidupnya lebih banyak dihabiskan di masjid...imam masjid....kejap2,tokwan pergi nikahkan mereka yang dah sampai seru...kehidupannya sibuk dengan program2...

Arwah seorang yang kuat semangat..rajin melayani kerenah cucunya...cucu yang kecil dilayani kerenah mereka..cucunya yang dah besar,dinasihati dan mendengar luahan masing2....arwah juga seorang yang penyabar,mungkin juga disebabkan kata orang,"biasalah..orang lama...mestilah penyabar..."..tapi bagiku,disebabkan imannya yang menebal dalam jiwa...masih ingat saya suatu ketika dahulu..."ishk,tokwan tak marah ka kat depa...tak baik depa buat lagu tuh...geram kaksu.."

"takpa lah...buat apa nak marah...biaq p lah...toksah dok amik kisah lah..." aduh...penyabar tokwanku...alhamdulillah..patutnya,saya kena contohi...ya..tokwan sentiasa berusaha mencontohi akhlak2 Rasulullah saw...subhanallah...

ketika saya kecil...masih saya ingat...apabila mendengar imam membaca khutbah selepas solat sunat aidilfitri...saya bertanya pada bonda..."mak,suara imam ni macam suara tokwan kan..."

"memang tokwan pun..."bonda menjawab sambil tersenyum....

"la ya kaa..."saya terus menyelak sedikit tabir...terlihat arwah tokwan,sedang berdiri di hadapan...

Masih terasa kesedihannya,lepas saya terbaca post mengenai arwah,di blog yang saya tidak kenali empunya blog tersebut...berkemungkinan seorang, guru http://ependidikanislam.blogspot.com/2009/08/imam-basiri-masjid-lebai-hashim.html



keratan akhbar metro ni masih ku simpan sampai sekarang...Hanya doa yang mampu diri ini kirimkan buatmu....
~Al-Fatihah~

Tahun 2009,membawa iktibar pada diri ini...Julai 2009,arwah tokwan meninggal ketika melaksanakan tugasnya sebagai imam...pada bulan Julai 2009 juga,allahyarhamah Yasmin Ahmad meninggal dunia ketika masih dalam kariernya sebagai penulis,pengarah filem dan penerbit dan kemudian allahyarham Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia ketika masih bergelar pendakwah dalam dunia nasyid...masing-masing meninggal dalam karier mereka...

Apakah karier kita??siapa kah kita??jika kita seorang pejuang Islam,meninggal ketika masih dalam medan dakwah...subhanallah..alhamdulillah....

Bayangkan jika hidup kita,siang malam,tak henti2 langgar perintah Allah...tidak tahu bersyukur atas apa yang Allah dah berikan...masih mempersoalkan 'kenapa nak pakai tudung?'...masih menganggap dirinya muda dan ajal maut hanya untuk mereka yang sudah 'tua'..solat masih diremehkan...puasa tunggang langgang...zakat susah nak dikeluarkan...mata tak pernah dijaga...zina mata,zina hati,zina tangan...dan Izrail menjalankan tugasnya ketika hidup kita dalam kemungkaran...nauzubillah....

Renung-renungkan lah...kita masih ada waktu...

Mudah-mudahan,diri ini juga menjadi seseorang yang mana,lahirnya ke dunia,dia menangis,dunia gembira...dan bila dia meninggal,dunia menangis,dia gembira...

Wallahualam...

Tuesday, November 8, 2011

Fantastiknya Mr. Fox

Pagi tadi,dengan secara tak sengaja,tertekan channel StarMovie di astro..dan dalam masa yang sama,cerita yang agak best ditayangkan...Fantastic Mr. Fox...wuuuu..comel2 la watak2 dalam filem ni...

Apa yang best sangat filem ni??apa yang baagusss sangat filem ni..sebab dia bagus la saya terasa nak sign in dekat 'www.blogger.com' dan terus klik 'new post',then mengarang sikit pagi ni sebelum menjalankan kerja2 suri rumah separuh hari..hehe...sebaik menonton filem ni,saya terfikirkan sesuatu...ada perkara yang menarik boleh diambil iktibar dalam cerita ni...



Filem ni dihasilkan dari rakaman pergerakan patung2 kecil yang chumel...Ia menggunakan teknik stop motion dan berdasarkan novel Fantastic Mr Fox (1970) karya Roald Dahl (1916 – 1990), seorang lagi pengarang yang amat saya minati cerpen-cerpen beliau. Pengarah filem ni, Wes Anderson pun minat banget pada Roald Dahl.Memang detail lar setiap pergerakan tu..Misai MrFox tu pun ada bergerak-gerak..hehe



ni lah the brains...Mr Fox...=)



and this is his wife, the brains behind the brains,Mrs Fox...ibarat sayap kiri seorang pejuang...hehe =)



The gang...=)

Ok, sekarang nak cerita sikit tentang MrFox ni..watak ni George Clooney yang bawa.Kisahnya tentang seekor musang yang suka mencuri...ishk3x..nak buat macam mana,dah tak ada apa nak buat...Dia mula berubah setelah bertemu Mrs. Fox...ehem..ehem...mereka berkahwin dan memulakan hidup baru di sebuah rumah banglo(dalam pokok)..Berhampiran dengan rumah tu ada 3 orang jiran yang akhirnya jadi musuh MrFox ni..

Paling kelakar bila part meet the neighbours time..hoho...Ada sorang pengusaha ladang ayam, ermm..lagi 2 orang lupa sapa tah..(kalau rajin,download la citer ni)..Macam mana diorang boleh jadi musuh nih????jeng...jeng...jeng...Mestilah disebabkan MrFox tu suka pergi mencuri di ladang-ladang manusia ni..Hampir tiap malam kena ceroboh..Siapa tak tension kan??Then,ada la sorang peladang yang agresif dan bengis tu melancarkan misi besar-besaran untuk tangkap si Mr Fox ni..

Memang kelakarlah!!! Especially bila tengok diorang pakat-pakat gali tanah melarikan diri dari peladang-peladang tu..

Gang2 peladang tu ada menangkap salah sorang kawan Mr.Fox ni..eh..silap..salah seekor kawan Mr Fox ni...so..Mr Fox and the gang nak dapatkan semula kawan mereka...selepas Mr Fox memberikan sedikit taujihad,baru lah semua gang dia bersemangat..huhu...apa yang menarik part ni??bila mana,Mr Fox bertanyakan setiap dari mereka,apakah kelebihan masing-masing...ada yang boleh berlari laju..ada yang boleh menggigit kayu.dan ada yang badannya kecil,mampu menyusup ke mana2 lubang.




Sama seperti kita yang berada dalam gerakan islam...mungkin ada individu merasakan diri mereka tak ada kelebihan yang boleh disumbangkan pada jemaah...dun worry...juz look at ur self...and try to check again...maybe ada bakat yang tersekat yang patut dikeluarkan...

Ada yang boleh menjadi ketua...ada yang bijak dalam hal kewangan...ada yang pandai menguruskan hal2 pentadbiran...ada yang mampu membuat kerja2 IT...setiap dari kita,penting pada jemaah...berdiri di posisi mengikut kelebihan atau minat masing2...teringat pada perumpamaan yang diberikan salah seorang sahabat...dalam berpersatuan,ibaratnya seperti lengkapnya sebuah rumah...ada yang boleh menjadi tingkap,ada yang boleh menjadi lantai,bumbung,tiang dan sebagainya...

So..come on la sahabat...kuatkan semangat...cari kelebihan yang ada pada diri...bangun dan terus maju...setiap dari kita ada kelebihan tersendiri...(^___________^)

Wallahualam...

Sunday, November 6, 2011

Aku dah terkorban??

Alhamdulillah....malam ni cuba mencuri sedikit masa untuk mengisi ruangan Imtiyaz...agak busy dirumah....almaklumlah,raya kan...Sebelum tu,nak ucap Selamat menyambut aidiladha...mudah2an...kita mengambil iktibar di hari yang suci ini...

Jika kita imbas kembali,peristiwa pengorbanan yang berlaku pada dua insan mulia dalam mentaati perintah Allah swt,mungkin kita patut renungi pada diri kita,sejauh manakah pengorbanan kita untuk Islam?adakah cukup keyakinan kita pada Allah selama ini?apa yang kita dah lakukan untuk naikkan Islam?Allah....muhasabah semula...



P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N



Satu perkataan yang terlalu mendalam maksudnya...mungkin juga boleh dikaitkan dengan pengorbanan seorang ibu untuk anaknya?
atau pengorbanan seorang ayah untuk anaknya?
mungkin juga pengorbanan seorang suami untuk isterinya??atau pengorbanan seorang isteri untuk suaminya??
ke pengorbanan seorang buayafriend untuk gelifriendnya??eeeyaaarrkkk..."lautan api sanggup ku renangi..."

terlalu banyak untuk kita kaitkan...

Pengorbanan juga tidak boleh dipisahkan dengan individu2 yang bergerak dalam dunia perjuangan.Tingginya pengorbanan yang perlu dicapai agar tetap dalam jalan dakwah....

Pesan murobbi..."berkorban lah untuk Islam...siap sedia untuk berkorban segala2nya...dan juga,pastikan...sejauh mana kalian sanggup berkorban untuk islam ketika di alam kampus,hebat dalam dunia perjuangan..begitu juga lah kalian perlu tetap bila dah keluar dari dunia kampus...ingat,di luar sana sangat2 perlukan kita semua...jangan jadi seperti sahabat2 kita yang dah 'syahid'...masa kat kampus,bukan main hebat,sanggup berkorban masa study,masa hujung minggu untuk program2..tapi bila dah keluar kampus,kahwin,hilang semua pengorbanan tu..lari entah ke mana...cuba contact,langsung tak dapat...takut2 dirasakan pengorbanannya utk islam dah banyak...dia nak rehat sat...ingat,tiada istilah rehat dalam kamus hidup seorang pejuang islam...rehat kita cuma kat sana yang kekal abadi..."

Bondaku juga penah berpesan.."penting sangat pengorbanan dalam hidup berpersatuan nih...dalam gerakan...kita kena korbankan harta,masa dan tenaga...lagi satu,ada jugak anak2 perempuan ni,sebelum kahwin,aktif dalam gerakan...tapi bila dah kahwin,payah dah nak aktif...pasai suami tak bagi bergerak,suami tak paham..pasai tu pentingnya kaksu kena cari suami yang paham...senang nak bergerak...biar sama2 bergerak...sama2 sanggup berkorban..."pesanan bonda yang agak membuatkan saya berdebar2....ya,buat mereka yang bergelar srikandi islam...sudah tentu mengharapkan pertemuannya dengan pejuang Islam juga...yang mengizinkan dirinya untuk terus berkorban untuk Islam....tips dari seorang ustazah untuk teman2 muslimat,hadiahkan Al-Fatihah buat roh bakal suami kita setiap kali sebelum tidur..untuk saya,kalau mampu,setiap kali lepas solat fardhu hadiahkan Al-Fatihah buat dirinya...mudah2an Allah lindungi dirinya dari fitnah dunia dan berdoalah untuk bakal suami kita....siapakah jodoh kita??jeng..jeng...jeng.....

"Ya Allah,andai ketika ini dia bukanlah seorang pejuang Islam,Kau berikanlah dia hidayah dan bukakan lah jalan untuknya ke medan dakwah...andai ketika ini dia adalah seorang pejuang islam,kau tetapkan dirinya dalam medan ini...Kau jadikan lah dia seorang mukmin sejati...Kau berilah dia hidayah dan curahkanlah rahmat ke atas dirinya....Lindungilah dia dari fitnah dunia...mudah2an baitulmuslim yang terbina antara kami dapat melahirkan generasi penyambung perjuangan Rasulullah saw..."

Teruskanlah berdoa agar kita dan si dia,sama2 dapat berkorban untuk Islam...

Kesempurnaan pengorbanan terletak pada adanya sesuatu yang terkorban dari orang yang berkorban.

Pertama: Pengorbanan harta benda
Apabila harta benda dikorbankan, berlaku kekurangan harta benda dan wang ringgit miliknya. Hingga diri dan keluarganya hidup di tahap paling sederhana. Tidak boleh mendakwa dirinya pejuang yang banyak berkorban andainya hidup semakin mewah, semakin senang dan harta semakin bertimbun.
Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a pernah ditanya apabila beliau mengorbankan semua hartanya ke jalan Allah, apa lagi yang tinggal untuknya? Beliau menjawab: "Allah dan Rasul!"

Kedua: Pengorbanan masa
Untuk membangunnya kejayaan umat, banyak masa perlu digunakan. Tidak boleh "part time" atau kalau ada masa baru hendak berjuang. Melainkan hilang segala masa relaks, masa santai dan privacy. Terlalu sempit ruang waktu untuk urusan peribadi dan keluarga.
Sayidina Umar Ibnu Khattab pernah berkata: "Aku tidak dapat tidur di siang hari kerana bimbang urusan aku dengan rakyat tidak selesai, dan aku juga tidak dapat tidur di malam hari kerana bimbang kalau urusan aku dengan Tuhanku tidak selesai."

Ketiga: Pengorbanan tenaga
Diri sendiri itulah merupakan sumber tenaga untuk dikorbankan. Tenaga yang tercurah untuk perjuangan Islam itu tidak lagi dapat digunakan untuk menambah pendapatan atau mengumpul kekayaan.

Keempat: Pengorbanan perasaan
Kedapatan juga umat yang mahu berkorban membangunkan Islam tetapi memilih dalam bentuk yang seronok, pujian dan sanjungan. Atau bentuk-bentuk yang tidak sampai menanggung derita jiwa kerana menghadapi tentangan. Apa jua jenis risiko yang bakal dihadapi akan diusahakan menghindarinya. Sedangkan memang menjadi sunnatullah para pejuang terpaksa banyak menekan perasaan kerana risiko yang dihadapi.

Kelima: Pengorbanan fikiran
Sayidina Umar Ibnu Khattab sangat dukacita andainya umat ini terdiri dari orang yang lemah mentalitinya walaupun bertaqwa. Anehnya kepintaran dan ketinggian mental umat Islam lebih banyak digunakan untuk membangunkan material. Umat perlukan mastermind yang mampu merancang, buah fikiran yang bernas, minda yang bersih. Kepintaran diperlukan untuk mengupas isi Al Quran dan mencapai ilmu Islam yang lainnya. Individu muslim yang pintar perlu berkorban demi kedaulatan Islam.

Keenam: Pengorbanan nyawa
Ini yang dilakukan oleh para sahabat. Milik manusia yang paling disayangi ialah nyawa. Para sahabat menukar ganti nyawa mereka demi untuk kemuliaan Islam kerana Allah SWT.

So..apa lagi..tanya pada diri,jawab sendiri...
Adakah kita berkorban atau kitakah yang terkorban. Apa yang terkorban dalam hidup kita demi kepentingan Islam?

Perlu lahir dari kalangan umat ini semangat pengorbanan yang dimiliki oleh Rasulullah dan para sahabat. Perlu ada di kalangan umat ini "figure" yang memiliki jiwa besar umpama Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.

Perlu ada golongan yang keluar merentasi desa, menyeberangi lautan, mendaki bukit bukau, mengharungi onak dan duri, berkelana di rimba, terbang ke tujuh benua demi membuktikan kecintaannya kepada agama Allah SWT mengatasi kecintaan kepada yang lain.

Perlu ada golongan yang mengorbankan hartanya, masa, tenaga, perasaan, fikiran malah nyawa sekalipun. Jika bukan kita yang berkorban untuk Islam, siapa lagi yang boleh kita harapkan?

Bangun jangan tak bangun....
Wallahualam...

Tuesday, November 1, 2011

Apa pandangan orang pada kita??

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.



"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Ingatlah,biarlah 1000 manusia memandang rendah pada kita asalkan Allah yg 1 memandang mulia pada kita...Dan jangan lupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...