Sunday, August 12, 2012

"lama jugak ni awak kena stay di ICU..."


“syu,mlm ni kalau free call akak..dah lama tak dengar suara awak..”saya menerima mesej dari kakrin, salah seorang ustazah yang sering saya bertalaqi dengannya.(mempelajari Al-Quran terus dari sebutan guru)


“hehe…baikkk kak rin…” tokojut den ahhh…rindu lah tuhh…huhu..bukan main susah selama ni kak rin nak mengatakan ‘rindu’ atau ‘sayang’ pada saya..jika rindu katakan rindu,jika sayang luahkan sayang...biasalah, tuk guru hamba kan…hehe

Agak lama tiada kesempatan untuk berjumpa dengan kakrin sejak saya pulang dari menunaikan umrah 3 minggu lepas…memandangkan kakrin agak sibuk bila memasuki bulan Ramadhan…

Perkenalan saya dengan kakrin di sebuah kedai jubah, tika itu (fuhh..mcm tajuk lagu la plak ) sedang asyik membelek2 jubah, ditegur oleh seseorang… “beli lah..memang sesuai pun dengan awak…” itulah kali pertama kami berkenalan…ketika itu dia menjadi pembantu kedai….dan tak lama kemudian, kami  bersua kembali di sebuah program sehinggalah dia menjadi sifu untukku…

Jika diimbas kembali kenangan lalu,hampir setahun lebih saya mengambil masa untuk membetulkan makhraj dan beberapa cara bacaan yang lain…mungkin sebelum ini saya kurang terdedah kepada individu yang dapat membantu dengan lebih dekat lagi….

Teringat saya ketika berada di madinah…ditegur oleh jemaah dari Mesir… “ Malizia??” dengan dialek arab,dia bertanya adakah saya berasal dari Malaysia…

“aiwah…”saya menjawab sambil tersenyum…

“saya dengar, orang dari Malaysia, semuanya mengaji dengan merdu…boleh awak bacakan ini untuk saya?” ( dah translate yerr…hehe…) sambil dia menunjukkan Surah Al-fatihah…

Sambil tersenyum plus malu-malu kucing( geli la plak ), saya  menyambut permintaannya….setelah selesai,wajahnya kelihatan sungguh………….tak tau nak habaq lagu mana….”subhanallah…masyaAllah…your voice is very good…and your makhraj is very clear…..in Malizia,is it got any class that teach about quran?” dia bertanya sekadar ingin mengetahui situasi di Malaysia…

Saya menjelaskan serba sedikit situasi di Malaysia….. rupa-rupanya beliau adalah seorang ustazah yang mengajar kelas Al-Quran di Mesir….dan ketika itu, wajah kakrin bermain2 dalam fikiran saya….kerana dial ah yang banyak membantu saya dalam mendalami lebih banyak ilmu…

“akak rasa pas dengar cara bacaan quran awak ni,nak kena masuk ICU ni…..lama jugak ni nak kena stay dalam ICU…” itulah teguran kakrin beberapa tahun yang lepas….harus lah saya lebih berusaha dengan gigih…

Perasaan yang paling gembira bila mana saya dah grad dari ‘kolej kakrin’ dan seterusnya dibenarkan untuk mengambil sanad di Yayasan Restu…..ya…saya berharap ,sebelum saya meninggalkan dunia ini, biarlah saya dapat menyempurnakan cara bacaan Quran mengikut sebagaimana kekasih hati saya Rasulullah saw…

Bidang pembacaan al-Quran amat mengutamakan sandaran dalam memastikan ketepatan bacaan. Imam Ibn Jazari (wafat 833H) telah menggariskan antara rukun pembacaan al-Quran yang sahih adalah kesahihan sanad (sandaran) periwayatan bacaan. 

Al-Dani (wafat 444H) menyatakan Kesahihan sanad pembacaan al-Quran adalah suatu yang dituntut, terutamanya bagi seseorang yang bertaraf ahli atau pakar dalam bidang bacaan al-Quran dalam memperteguhkan dakwaan mereka terhadap sesuatu bacaan. Ini kerana pembacaan al-Quran yang tepat itu pasti dikaitkan dengan sumber pengambilan bacaan tersebut dari guru sebelumnya secara pembelajaran sebutan dari mulut ke mulut. 

Keahlian dan kepakaran seseorang yang bertaraf Qurra’ dalam pembacaan al-Quran hanya akan dapat dibuktikan dengan adanya kesinambungan periwayatan bacaan tersebut tanpa putus kepada Rasulullah s.a.w. yang disertai dengan pengiktirafan guru yang menganugerahkan beliau Sanad tersebut.Sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi pembacaan al-Quran telah diwarisi secara penyampaian dari mulut ke mulut bagi menepati bacaan yang telah di turunkan kepada Baginda s.a.w. secara Tartil (bertajwid) menepati firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya:

“Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)”  (Al-Furqan: 32) 

Mungkin ada segelintir dikalangan kita yang memandang ringan pada makhraj huruf….apa itu makhraj??makhraj ialah tempat keluar huruf, untuk sesiapa yang belum tahu atau terlupa…
aiippp…jangan main-main…kesalahan makhraj ni boleh lari maksudnya tau….tetapi saya bukanlah orang yang paling layak untuk sampaikan ilmu ini,sekadar berkongsi…



 Cara Sebutan Asas Huruf Arab (Makhraj)
  1. Alif - Membuka bibir dan belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan
  1. Baa - Merapatkan kedua bibir
  1. Taa - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
  1. Tha - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
  1. Jim - Tengah lidah ditekan ke lelangit
  1. Ha - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
  1. Kho - Mengangkat belakang lidah hingga bersambung ke lelangit lembut
  1. Dal - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
  1. Zhal - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
  1. Ro - Belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan dengan bergetar
  1. Zai - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
  1. Sin - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
  1. Syin - Tengah lidah ditekan ke lelangit
  1. Sod - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
  1. Dhod – tepi lidah ke gigi geraham atas,kiri atau kanan,kanan lebih baik.
  1. Tho - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
  1. Dho - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
  1. Ain - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
  1. Ghain - Mengangkat belakang lidah sehingga bersambung ke lelangit lembut
  1. Fa - Permukaan bibir bawah ditekan kehujung gigi kacip atas
  1. Khob - Pangkal lidah ditekan ke anak tekak
  1. Kaf -Pangkal lidah ditekan ke lelangit belakang
  1. Lam - Bahagian depan lidah ditekan ke gusi hadapan
  1. Mim - Merapatkan dua bibir dengan merendahkan tutupan
  1. Nun- Hujung lidah ditekan kegusi hadapan
  1. Wau - Membulatkan dua bibir
  1. Ha - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
  1. Lam Alif - Menyambungkan sisi lidah dengan gusi
  1. Hamza - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
  1. Ya - Tengah lidah ditekan ke lelangit

Lepas tarawikh, baru teringat mesej kakrin petang tadi…..

Tuutt…tuutt….tuutt…tuutt… “Assalamualaikum akak….”sembang panjang kami…..terus saya menceritakan detik2 pertemuan dengan ustazah dari Mesir ketika di Madinah….

Terdengar suara kakrin ketawa kecil mungkin dek kerana lawak yang saya selitkan ketika bercerita….”ececeecece…kembang lah tuh kak, ada orang  puji makhraj syu….ecececewahhh…”…yalah,guru mana yang tak seronok bila melihat anak didiknya makin bertambah baik dengan apa yang diajar…

Pelajarilah lagi ilmu quran...bukan sahaja makhraj,tetapi panjang panjang pendek,ilmu tajwid dan lain-lain....InsyaAllah….mudah-mudahan kita sentiasa tergolong di kalangan mereka yang berusaha mendekatkan diri dengan Al-Quran….

Wallahualam....

Sunday, August 5, 2012

Allah's Guest Part 1 ( Aku tiba di Kota Cahaya )

Dengan lafaz Basmallah, saya memulakan kembali untuk mengisi teratak imtiyaz yang sudah lama agak bersawang...buzy sangat kot...huhu.... Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman menjadi tetamu Allah..International exposure to jeddah, program bersama-sama teman2 satu kos dan beberapa orang lecturer..

Alhamdulillah pada pagi Jumaat, 6 Julai 2012 yang lalu,kami selamat tiba di airport Madinah... Sebaik sahaja kaki ini melangkah keluar dari flight, terasa bahangnya keadaan di sana dan kami dimaklumkan suhu ketika itu hampir 50 darjah celcius... "akak...panasnya...silau mata syu..tak tahan..." saya sedikit mengadu pada kak suraya yang baru saya kenali sebelum menaiki flight... 


"syu....macam mana Rasulullah dan sahabat2 dulu berjuang ya..." kak suraya bermuhasabah sebentar...

Airport Madinah

Allahurobbi...terus mengalir air mata saya...Allah...teringat saya bagaimana hebatnya Rasulullah dan sahabat2 baginda menghadapi peperangan dahulu kala antaranya Perang Badar, Perang Uhud.....hebatnya mereka...kalau nak diikutkan dengan ketahanan fizikal dan mental, ianya dimiliki oleh semua orang tapi apa yang mereka miliki ialah keimanan yang tinggi dan kesatuan yang utuh. Hebatnya tentera Islam dahulu kala.. bukan sahaja hebat di medan perang bahkan hebat juga hubungan dengan Sang Pencipta..

Selepas memasuki ruangan airport Madinah, menanti untuk 'ditapis' oleh bahagian imigresen...tapis jangan tak tapis...sampai di sana, saya dah dapat merasakan orang arab ni agak garang-garang ye..itu di mata kita..tapi di mata mereka,bukan lah garang mana pun..huhu..

Selepas selesai segala urusan,kami mula menaiki buroq kami menuju ke hotel...hotel berkenaan terletak agak dekat dengan masjid nabawi...sebaik tiba sahaja di hotel berkenaan....

ini lah bilik kami =)




Sementara menunggu giliran untuk mendapat kunci bilik, kami ambil masa pusing2 di kedai yang berada di sekitar hotel...


"malaysia bagus...one malaysia....mari beli..." tegur salah seorang pak arab dari sebuah kedai sebaik ternampak kami.

"ni mesti banyak tengok tv3 nih..." bisik salah seorang teman saya...terpengaruh dengan media la ni pak2 arab ni..kui..kui..kui...

"erkk..miss...diorang boleh cakap melayu lahhh..."miss halijah tersenyum melihat gelagat kami yang terpinga2 dengan suasana di situ...

"Miss, mana masjid nabawi??"saya terpusing2 di sekitar hotel mencari masjid nabawi...ingin melepaskan rindu yang selama ini bersarang di hati...


"cuba awak pandang belakang awak..." tegur Miss Halijah sambil tersenyum...

Subhanallah, Masjid Nabawi tersergam indah di depan saya...Ya Allah...terasa sebak di hati...tak sangka diri ini dapat hadir ke sini...

"ok..lepas ni,mandi,siapkan diri,6.30 tunggu kat lobi kita pergi solat maghrib..jangan lupa bawa uncang kasut ya....kat sana banyak air zam-zam...merata-rata...minum lah puas2 nanti...."pesan Miss Halijah bertindak sebagai ummi kami di sana...

"Baikkkkk...." bersemangat kami...tak sabar nak menjejakkan kaki ke sana...tak sabar nak solat berjemaah di sana..tak sabar untuk segala2nya lah....

Kami mula bergerak menuju ke masjid...hati makin berdebar-debar...



Tiba sahaja di pintu masjid, kelihatan pegawai keselamatan wanita yang lengkap berpurdah sedang membuat pemeriksaan beg para jemaah...masuk sahaja dalam ruangan masjid, Miss halijah menunjukkan tempat air zam-zam...wahh...berderetan air zam-zam....

deretan air zam-zam dalam masjid


Azan maghrib berkumandang merdu memecah kesibukan kota Madinah petang itu...berpusu-pusu penduduk di situ memasuki masjid untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang muslim....

Selesai solat maghrib...saya bermuhasabah sebentar...diri ini seakan-akan masih tidak percaya telah tiba di bandar Islam yang pertama...Alhamdulillah ya Allah....

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...