Sedang asyik bersembang dengan seorang sahabat,kak bi,tiba2 dia menyentuh hal menunaikan hak seorang sahabat.
"kalau kita tak tunaikan hak sahabat kita, kita akan dipersoalkan nanti masa hari kiamat..."
"hah..betul ke kak bi..."..terkejut saya mendengarnya..lalu saya mula memikirkan apakah sudah saya tunaikan hak sahabat saya...
"ia syu..."jawab kak bi sambil tersenyum..
Rasulullah bersabda..."Tidak ada seorang jua pun yang bersahabat dengan orang lain walaupun hanya satu saat sahaja, kecuali ia akan ditanyai pada hari kiamat nanti tentang hak persahabatannya,apakah ia telah tunaikan padanya hak Allah atau tidak."
Seorang sahabat mestilah menjaga adab2 terhadap sahabatnya :
- Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya.Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian maka sekurang2nya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa2 yg lebih dari hajat dirinya.
- Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum berkehendak sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia.
- Menyembunyikan rahsia sahabatnya
- Menutup keaiban sahabatnya.
- Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya
- Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.
- Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika ia bercakap2
- Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.
- Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.
- Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.
- Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.
- Menegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri.
- Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya.
- Memaafkan daripada sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya maka janganlah ia mencelanya.
- Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah ia mati.
- Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas daripada kematian sahabatnya.
- Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tangunggjawab, bahkan hendak ia meringankan daripadanya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya.
- Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.
- Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak diluar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.
- Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabatnya.
- Meluaskan tempat duduk kepada sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah tempat duduknya itu ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian.
- Hendaklah ia bangkit menghantarkan sahabatnya itu ( sehingga sampai ke pintu rumahnya) ketika ia keluar dari rumahnya.
- Hendaklah ia berdiam diri ketika sahabatnya bercakap2 sehingga ia selesai daripada percakapannya dan jangan lah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap2.
kesimpulannya....kita bersahabatlah dengan cara yang disukai...tapi kita akan sering diuji dengan sahabat kan??sama2 lah berusaha...
Rujukan : 'Bidayatul Hidayah' ( Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a)
Pengalaman beli rumah (Siri 4)
5 months ago
3 comments:
As salam..
Ooo..ini hak-haknya.
Terima Kasih atas perkongsian
thanks 4 the reminder...... inshallah akan buat yg terbaik dlm menunaikan hak seorang sahabat... moga allah memeberkati niat suci ku... amin....
syukran syu :)
insyaALLAH.. akan dilaksanakan sebaiknya... ^_^
Post a Comment