Dengan lafaz bismillah...saya mula mengarang entry utk kali ini...biarlah apa yg disampaikan ini,dapat kita ambil iktibar..bercampur baur perasaan ini...ya,sesuatu perkara,apa yg kita suarakan itu lah Allah akan uji...kita akan diuji dengan apa yg kita perkatakan...
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." ( As-saff : 2-3)
Jika bercakap mengenai seorang pemimpin dalam organisasi islam,ciri apa yg perlu ada pada seorang pemimpin??adakah seorang pemimpin itu perlu bermain dengan emosi yang tahap melampau dalam menjalankan gerak kerja Islam?!
Adakah pemimpin itu perlu hanya bercakap2...sibuk mencari kesalahan sahabat lain?merendah2kan orang disekelilingnya?mungkin ini semua dia tidak sedari,tapi ini lah hakikat sebenarnya yg telah bermain2 dlm dirinya...
BERLEMAH LEMBUT
Banyak ciri yg perlu ada dalam seorang pemimpin yang baik..tetapi saya hanya mahu menyentuh beberapa perkara. Sifat berlemah lembut. Sifat ini,lawannya KASAR dan KERAS HATI..
Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya Allah itu lemah lembut dan mencintai sifat lemah lembut dan Dia memberi kepada sifat lemah lembut kepada apa yang tidak diberikannya kepada orang yang bersifat kekasaran dan apa yang tidak diberikan kepada yang lainnya."
sesiapa yang rasa dirinya adalah pemimpin dalam organisasi islam, check balik diri, adakah cukup dengan sifat lemah lembut???atau sentiasa berMASAM MUKA andai keadaan sekeliling tidak disukai dalam hatinya sendiri??macam mana orang lain nak respect kalau diri sentiasa berpaling dari tempat sebenar?macam mana orang sekeliling nak respect kalau diri tuh kurang menjalankan amanah yang diberi??kehadiran dalam meeting..ok ke??adakah kehadiran dalam meeting tu boleh dikategorikan 100%?atau 1%?aduhhhhh..nih ke pemimpin Islam???baru sentuh hal kehadiran dlm meeting...belum lagi menyentuh dalam hal HUBUNGAN SESAMA PEMIMPIN...
TAWADHU'
tidak membanggakan diri kepada manusia. Dengan adanya tawadhu',semua hati2 akan terhimpun pada pimpinan.Sebaliknya kesombongan akan menjauhkan hati mereka daripadanya. Kesannya sama dengan kesan lemah lembut dan KEKERASAN HATI.
hmmm..mulut sekadar berkata2,merendahkan diri..tetapi tindakannya membuat orang sekeliling makin jauh dari dirinya...Wahai pemimpin Islam, Rasulullah saw contoh terbaik pemimpin. ikut lah jejak baginda...rendah hati..jgn hanya 'rendah hati' pd kata2...tapi aplikasikannya pada tindakan anda!!
MEMAAFKAN, MENAHAN KEMARAHAN
Biasanya, pemimpin akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. kadang2 sehingga membangkitkan kemarahan. kadang2 ragam dari sahabat pimpinan itu sendiri. Setiap orang pun ada kelemahan tersendiri..Perlukah kita pamerkan kemarahan itu dengan sehingga menampakkan kita nih GAGAL dlm menjadi pemimpin islam yg sebenar.Sebenarnya,tindakan seorang pemimpin yang mudah marah, tidak memaafkan dan membalas kejahatan dengan kejahatan hanya akan MEROSAKKAN organisasi yang dipimpin dan menambahkan lagi musuhnya tiap2 hari.
"Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."( Surah Ali 'Imran : 134)
Sama2 lah kita muhasabah diri kita semula..jika kehadiran kita dalam sesebuah organisasi tidak dapat membantu membaik pulih organisasi tersebut, ianya lebih baik dari kehadiran kita dalam sesebuah organisasi itu hanya menyusahkan lagi organisasi tersebut.Jangan libatkan emosi yang keterlaluan,handle emosi dengan sebaik mungkin,jangan terlalu cepat meletakkan kesalahan pada orang lain.jangan merasakan dirinya lah yang terbaik dikalangan sahabat2 pimpinan.dan seperti biasa,jangan hanya manis dibibir.Kata2 yang jelas kedengaran seakan2 merendah diri..tapi tindakan??ntah lah..dan tolong JAGA ADAB dengan sahabat pimpinan lain serta sahabat2 dalam organisasi tersebut...Jangan sampai anda dilabel pemimpin kurang ajar.ingat!anda sedang dinilai oleh orang sekeliling. so,apa lagi..paham2 la sendiri.
Tolong..tolong dan tolong muhasabah diri sendiri..kalau tak sedar jugak, panggil orang terdekat minta ketuk kepala tuh..
Wallahualam...
Pengalaman beli rumah (Siri 4)
5 months ago
No comments:
Post a Comment