Saturday, August 2, 2008

PeMiSAh AnTaRa...........


Sebaik sahaja mendengar cerita dari kak faiz...mengenai seorang pengkaji laut....yang memeluk Islam selepas berhadapan dengan ciptaan Allah...yang membuatkan kita ta'jub dengan kebesaran Allah.Ianya membuatkan saya berfikir panjang....

Mungkin sebelum ini..saya pernah mendengar fenomena seperti ini..tetapi...saya tak terfikir untuk terus kaji dan meneliti perkara ini....

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing."(Surah Ar-Rahman : 19-20)

Dalam ayat ini, perkataan barzakh digunakan untuk menunjukkan makna pemisah atau pengasing antara dua benda, tetapi bukan dalam bentuk jisim. Selain tu, perkataan maroja bermaksud, berjumpa atau bercampur. Pengunaan dua perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza dan menyukarkan ahli-ahli tafsir pada zaman dahulu yang mana,mereka membuat tafsiran mengenai kedua-duanya, iaitu berjumpa dan bercampur, tetapi pada masa yang sama terdapat panghalang atau pemisah antara kedua-duanya.

Namun, sains moden ada juga menjumpai satu fenomena di mana apabila air tawar(sungai) dan air masin (laut) berjumpa dan bercampur, terdapat pemisah antara kedua-dua air ini. Ini menyebabkan terdapat perbezaan antara kedua jenis air ini, dari segi suhu, kemasinan dan kepekatan.

Photobucket
Air laut Mediterranean ketika masuk ke lautan Atlantik di teluk Gibraltar.

Sains moden sekarang dapat memberi penjelasan tentang fenomena ini( terdapat pemisah antara kedua-dua jenis air ini). Pada peringkat awal, memang terdapat pemisah antara dua jenis air ini, apabila bertemu di kuala sungai. Tetapi apabila memasuki kawasan laut, air tawar (sungai) dengan sendirinya menjadi masin.

Fenomena yang terdapat dalam al-Quran dijelaskan oleh dr. William Hay, seorang saintis marin dan Profesor Sains Geologi di University Colorado, Amerika Syarikat.Fenomena ini juga diceritakan dalam ayat al-Quran seperti di bawah.

".....dan menjadi suatu pemisah antara dua laut?"(Surah An-Naml : 61)

Fenomena ini berlaku di beberapa buat tempat contohnya pemisah antara Lautan Mediterranean dan Lautan Atlantik di Giblartar. Apabila al-quran menyebut tentang kewujudan "dinding dan batas" bersama-sama pembahagi tersebut.

Photobucket
menunjukkan kadar garam di suatu muara. Dapat dilihat di sini adanya perbezaan antara air sungai dan air laut. (Introduction Oceanography, Thurman, p. 301)

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang mnghalangnya."(Surah Al-Furqan : 53)

Sains moden telah menemui bahawa di kuala-kuala sungai , iaitu suatu tempat di mana kedua-dua jenis air tadi bertemu, berlaku keadaan yang berbeza daripada apa yang berlaku di tempat dua lautan bertemu. Sains moden juga menemui bahawa bahan yang menyebabkan penukaran air sungai menjadi air masin apabila memasuki kawasan lautan di kuala-kuala sungai dikenali sebagai pycnocline zone with a marked density discontinuity separating the two layers. Fenomena ini juga hanya berlaku di sesetengah tempat; antaranya di Mesir, di mana sungai Nil bertemu dengan Lautan Mediterranean......

Wallahualam.....

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...