Petang itu,sambil2 saya menggoreng cekodok yang sodap,dari dapur kelihatan ayah yang berada di library rumah,sungguh leka menaip nama-nama jemputan.taip dan print direct atas kad jemputan walimah kakandaku,cik hafizah..opppsss..tak lama lagi..bertukar!!Puan Hafizah..hoho~ alahai ayahandaku, excitednya nak dapat menantu..almaklumlah, menantu pertama dalam keluargaku..huhu...
Selesai kerja di dapur,saya singgah di library jap,saja nk kacau ayah wat koje..teliti sungguh ayahhandaku...sambil2 menaip,ayah menyuap satu persatu cekodok yang sodap tadi...saya ambil satu kad yang dah di print nama jemputan atasnya...
"ayah,Datin Rohimah nih sapa??"..saja saya bertanya...nak kenal nama-nama jiran..keluarga kami mula berpindah ke Desa Bayu nih lebih kurang dalam bulan ogos 2009...jadinya saya yang kadang2 balik nih,kurang sikit kenal jiran2...adeh~
"Datin Rohimah nih antara orang yg berpengaruh gak kat sini..dia orang kuat masjid sini gak...orang sini panggil 'mak tok' kat dia..."jelas ayah saya sambil tersenyum...
tersentak saya mendengar gelaran 'mak tok'...ermm...'mak tok'...Ya Allah...dah lama tak panggil gelaran tuh...last saya panggil gelaran 'mak tok' lebih kurang 15 tahun yang lalu...rindunya kat allahyarhamah mak tok..tak sempat nak sambut cucu menantu..
Waktu sekarang dah suntuk, hari bahagia dah makin hampir..huhu...bonda dan ayahanda makin tak senang duduk..
"mak,akak tengok mak excited sangat nak dapat menantu nih..heeee.."aper punya soalan daa...mesti lah excited kan..kan..kan..tapi disebabkan saya nih bukanlah seorang ibu,jadi saya ajukan la jugak soalan nih...nak tau jugak apa perasaannya..
"mestilah mak seronok,nak dapat menantu..menantu yang berkualiti.."senyuman mak makin lebar...wahhhh...'menantu yang berkualiti'...apa ciri2 nya??mestilah seorang engineer TNB gak??heeee...atau seorang doktor??atau seorang businessman??atau anak datuk??anak tan sri??
Owh,tidak..tidak..tidak...of course la berkualiti dari sudut agamanya..berpendidikan..2 in 1...pengetahuan agama yang mantop!dunia pun dia berjaya..akhirat pun dia dapat...
Yer,ibu mana yang taknak menantu yang berkualiti..demi menjamin kebahagiaan anak perempuannya...lelaki mukmin yang sejati..sukar dicari di zaman ini..impian setiap wanita,( solehah atau tak..oppsss..jangan kecik hati yer..)mendambakan seseorang yang soleh.seorang lelaki yang mampu membina baitul muslim yang berjaya..tanya la mana2 wanita pun...kebanyakannya memilih agar mendapat seorang suami yang mantop dari sudut agamanya..
Namun,untuk mereka yang bergelar srikandi islam pula,mendambakan seorang pejuang islam yang dapat memudahkan lagi urusannya dalam medan dakwah ini...yang mampu menyempurnakan keperluan perjuangan...ibarat berusaha menjejaki jalan yang lurus menuju Allah dan menuju kepada pengakhiran yang baik.
KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kerenah manusia, tawadhu' penuh kepada Allah swt.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Moga dapat manfaat~
Wallahualam...
pssssttt...koje menghias goodies tak habis2 lagi nih..adeh~..cool...releks lar cik syuhada..tangan tuh kan dah makin cekap buat koje2 tuh..hoho~ bukan saya kata,kakngah yang kata...heeee~
Pengalaman beli rumah (Siri 4)
5 months ago
2 comments:
Salam.. Coming Soon "Menantu Berkualiti" buat Syu pula.. Amenn
salam shah..
wahhh...lajunya..baru beberapa minit post entry nih...hehe..=p
insyaAllah...
Post a Comment