Monday, November 8, 2010

Surprise untuk anak mak..huhu~

Tengahari tuh,sedang asyik menelaah 'muka buku',huhu....tiba2..

"akak siap..."dipanggil mak untuk bersiap...bersiap ke mana??jeng3x..

"aik..nak pi mana mak??"saya masih tertanya2...

"pi Hi-Tea ngan chef wan..mak dah tempah 3 tempat..."mak menjawab sambil tersenyum...barangkali seronok membuat surprise utk anaknya..

"wahhhh..bestnya...ok2..siap sekarang!!heeee..."saya berlalu ke bilik sambil tersengih2 macam kerang wangi!!...ntah aper2 lah...

Lebih kurang 1 jam kemudian...saya,kak ngah dan mak mula bertolak ke tempat yang dituju...sebaik sahaja sampai,kami terus ke meja pendaftaran..dapatkan nombor meja...baru ku tahu,rupa2nya Hi-Tea nih dianjurkan oleh SMK Seri Samudera sempena Program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran...minum petang amal...

Program ini merupakan pendidikan khas untuk pelajar2 yang mengalami masalah seperti sindrom down, terencat akal, cerebral palsy, autisme, disleksia dan slow leaner.

Selepas selesai ucapan dari pengetua sekolah, dan beberapa pihak lain, kami mula dihiburkan dengan persembahan dari pelajar2 pendidikan khas...untuk yang pertama, mereka mempersembahkan lagu..'tobat maksiat'...mantop!...teruja saya..

Selesai persembahan pertama,chef wan mula bertapak di depan hadirin...makin ceria dewan tersebut dan masing2 terhibur dengan keletah dr chef wan..beliau mula menunjukkan demo untuk 3 menu, ayam kuzi, nasi valenciana dan kek epal...

Kesemua sesi demo diselang-seli dengan beberapa persembahan lain dari pelajar2 berkenaan...paling membuat saya teruja sekali, persembahan tarian zapin..sangat2 mengasyikkan...kesemuanya pelajar lelaki.mereka membuat gerak tari yang sgt tersusun rapi..hadirin yang ada masing2 teruja...ya,setiap yang diciptakan Allah mempunyai kelebihan tertentu...jika seseorang itu kurang dari sudut pembelajaran,mungkin kelebihannya pada sudut lain...namun kita perlu membongkar dan menyelongkar apakah kelebihan pada diri kita...dan gunakan sebaiknya dalam medan dakwah..jika setiap dari kita yang mempunyai pelbagai kelebihan bersatu,akan membawa impak yang besar dalam dunia sekarang..macam misha omar kata, "bila bunyi bersatu,kau milikku.."...uihhh...mantop!sayangnya mereka yang tahu ada kelebihan dalam bidang tertentu,tak berkeinginan untuk bergabung dalam sesebuah jemaah islam..ada yang saling tuding menuding bila dikatakan umat islam x berjaya,mengata itu ini,tak puas hati dengan pihak tertentu, tetapi diri sendiri taknak melakukan sesuatu untuk islam..tanya diri kita,check diri kita..apa yang kita dah sumbangkan untuk islam!sebanyak mana markah yang boleh diberikan atas sumbangan kita pada islam?? 10 dari 10 markah??atau 5 dari 10 markah??atau 0 dari 10 markah?!!!sayang seribu kali sayang...

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)

Di akhir sesi,sempat chef wan memberi sedikit yang saya anggap tazkirah ringkas..bagus!!ditekankan berkaitan amalan bersedekah dan juga hubungan dengan ibu bapa....untuk Hi-Tea kali ini pun dibawa ibunya bersama..dari wajah ibunya,terpancar kebahagiaan..ke mana sahaja chef wan pergi,pasti ibunya ada di sisi...hubungan dengan ibunya sangat dijaga...berulang kali chef wan mengulangi berkaitan pentingnya menjaga hubngan dengan ibu bapa...



"haaaa...mana wan pergi, situ jugak la wan bawa mak pergi sana...dah jalan sakan dah mak wan.."..mata mereka yang hadir 'singgah' pada ibu chef wan...kelihatan ibunya tersenyum sahaja...ibu mana yang tak bahagia melihat anaknya berjaya...dan kini giliran dia pula menjaga dan membahagiakan ibunya...alangkah bahagianya...=)

bukannya menyanjung ikut hari2 tertentu macam mana barat sana tuhh..xyah..hari ibu tiap2 hari...takkan la nak tunggu hari tuh,baru nak ucap,"mak..mak..chek sayang sangat2 kat mak.."..maknanya setahun sekali la yer ucapan macam tuh..dan jugak bila nak minta maaf pun,tunggu hari raya ja ka??aduii..raya baru ja lepas..raya pertama,minta maaf kat mak,syarat utk lepas duit raya yang sedang menanti untuk hadir ke tangan kita..alahai anak mak...dan untuk mereka yang jauh di negeri orang,nak ucapkan kata rindu pada mak pun susah??tapi pada gelifriend atau buayafriend,berkali-kali ucap kata rindu pun..takpa aihh.."i rindu kat u larr.."...alahai anak mak..

hablumminallah wa habluminannas..mantopkan hubungan dengan Allah,kuatkan hubungan dengan manusia..

dalam kereta,masa pulang dari Hi-Tea,"mak,terima kasih yea bawa akak ngan kakngah pi jumpak chef wan...heeee..."

"ya mak,terima kasih yea..seronok..huhu..."sambung kakngah.senyumnya makin lebar lepas dapat sebuah buku resipi chef wan..al maklumlah,bakal bergelar isteri orang,kena la terer bab2 nak 'ikat' suami..hoho~..dan mak sekadar senyum puas...dapat membahagiakan anaknya..sekali anak tersenyum,mak bahagia tak terhingga...seperti prinsip ustaz hasrizal,erti hidup pada memberi...

Sayangi mak ayah kita =)

2 comments:

BungaSahara said...

yerr :) sy sayang mak sy juga...

Anonymous said...

lamenyer org pompuan bersiap..lepas 1 jam kemudian..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...