Friday, December 24, 2010

Dah genap 27 tahun!

Pada tanggal 11 Disember 1983,bermulanya saat2 yang ditunggu2,jam 5 petang,di Bukit Minyak,Pulau Pinang,berpasang2 mata menyaksikan 'penyerahan' kuasa oleh seorang ayah kepada bakal menantunya..MOU( memorandum of understanding) diantara suami isteri...setelah mula mengenali antara satu sama lain, janji diikat,ingin sehidup semati,niat di hati membina baitul muslim yang berjaya...alhamdulillah.....dan segala2 mula bertukar....dan 24 Disember 1983 merupakan tarikh majlis resepsi untuk kedua2 belah keluarga...

gelaran dihadapan nama,secara automatiknya bertukar dari 'cik' ke 'Puan'...
dari hanya menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak,kini bertambah tanggungjawab.
sebagai seorang suami...sebagai seorang isteri..

setelah mendapat gelaran 'suami'...harus ada perancangan yang teliti untuk membina sebuah baitul muslim...harus mempunyai ilmu untuk mendidik anak2...paling penting,harus mempunyai ilmu nak pujuk isteri...hehe....
dan setelah mendapat gelaran 'isteri'.....harus mempunyai ilmu nak tambat hati suami..ilmu menjadi seorang 'permaisuri di hati seorang suami' perlu ada...segala2nya ilmu...dan perlu terus mencari ilmu....

Kini, genaplah 27 tahun mak dan ayah bergelar suami isteri... segala pahit manis dalam melayari rumah tangga di hadapi bersama...alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah

segala2nya dihadapi bersama...
kerenah ibu dan ayah mentua dihadapi bersama...
kerenah ahli keluarga yang lain dihadapi bersama...
kerenah anak2 dihadapi bersama...
termasuklah kerenah Ray dan kucing2 yang pernah menjadi penyeri hidup dihadapi bersama....hoho~

manis...manis...manis....semuanya manis...walaupun kadang2 terselit kepahitan yang terpaksa dilalui....itu lah asam garam dalam kehidupan rumahtangga..
saling lengkap melengkapi...

andai mak merajuk,ayah pujuk....

andai ayah panik,mak tenangkan...
andai ayah tersenyum,mak berganda2 bahagia...
andai mak menangis,ayah la yang jadi saksi...
andai ayah marah,mak naturalkan...
andai mak pening,ayah urutkan...
andai ayah kepenatan,mak hilangkannya...
andai mak nak g kursus,ayah nak ikut...
andai ayah g kursus,mak kena ikut...
andai mak dan ayah berjauhan,saling merindui...
andai mak dan ayah kesedihan,hanya padaNya tempat mereka mengadu...



majlis resepsi kakngah dan abg ngah..depa la plak yg kena jadi pengapit mak ayah waktu ni...huhu..=p


alhamdulillah...akak doakan mak dan ayah terus bercinta sampai ke syurga....






masa ayah bawa kami sekeluarga g mendaki bukit Engku Busu...di Manjung...








Wallahualam....

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...