Thursday, December 2, 2010

Salah ke bertudung labuh??

Selepas selesai ambil wudhuk,saya bergegas masuk untuk tunaikan solat zohor..tiba2 je,muncul suara yang buat saya terdiam..

"eeeeeeee...labuhnya tudung dia..."suara sapa tah...tak kenai....lagaknya seperti pelik memandang cara pemakaian tudung labuh.

Saya pandang kiri kanan saya...cuma saya seorang berdiri di situ bersama empunya suara yang menyeramkan tu,dia bersama sorang teman disisi..

Aduh,salah ke bertudung labuh???

Lebih kurang 20 minit kemudian,saya keluar dari surau menuju tangga MSU yang dihadapannya kelihatan highway yang sibuk..nak guna lif,perlu berebut2. Ada sesuatu dah mula 'menyanyi' minta diisi dengan sesuatu yang boleh mengenyangkan...Langkah makin laju menuruni anak tangga.Sekali lagi,saya terdengar suara yang lebih menyeramkan...

"peerrrghhhh...nih fesyen jenis aper nih!!!!"....seseorang yang lagaknya seperti pengkid, memandang saya...saya pandang sekeliling saya...

Laaaaaa....dia kata kat saya rupanya...issshkkkkk3x...takkan dia tak pernah tengok kot fesyen yang saya gayakan nih...ketinggalan zaman!!nih lah fesyen seorang puteri berketurunan Daeng Perani, si pahlawan bugis tuh...kesiannn...tak tahu apa2 la tuh..

Aduh...salah ke bertudung labuh???
Setakat nih,tak pernah lagi kami membeli kain buat tudung tuh guna duit anda2 yang mempunyai suara yang menyeramkan tuh..salah ke??dan kami pun manusia biasa..tak perlu lah nak pandang semacam...

Ada pula sesetengah dari mereka anggap,sesiapa yang bertudung labuh nih, tak boleh buat itu ini...kalau terbuat salah sikit,

"laaa..ingatkan baik sangat!sama je!"
"tak sangka dia macam tuh..luar macam malaikat,dalam tak tau nak kata apa.."
nih dah macam mula nak jadikan alasan taknak bertudung???atau lain2 alasan yang sekadar nak lepaskan diri dari dibelenggu suasana hidup yang tak bebas???!!!!

kami pun manusia biasa,kami sekadar ikut cara pemakaian yang lebih selamat untuk kami,dan sekaligus nak 'selamatkan' nafsu2 mereka yang kurang sikit dapat menjaga mata yang Allah kurniakan.kami juga tak terlepas dari melakukan kesalahan. jangan terlalu menganggap kami nih sempurna 100%..bila terbuat salah,terus disisihkan. bila mahu buat sedikit perubahan,

"wahhh....dah maju dah dia..bukan main yer!"

kata2 yang kureng???usah dipeduli...
"tak up to date langsung!"...kata2 nih dah biasa didengar untuk mereka2 yang memakai tudung labuh sikit dari biasa...aduh,salah ke bertudung labuh??

salah ke bertudung labuh???
Pemakaian yang dah mengikut syariat Islam dikatakan tak up to date??
Tudung yang dilabuhkan untuk selamatkan maruah diperendah2 kan??
Pakaian yang longgar dikatakan buruk mata memandang??


Luahan ini bukanlah kerana diri ini,tetapi sedih dengan mereka yang memandang sebelah mata pada suruhan Allah...sedih,kecewa...pelbagai nikmat yang kita dapat,sudah la taknak bersyukur, diperendah2kan pula apa yang ada dalam Islam itu sendiri..

kenapa nak rendah2kan semua nih??Islam itu cantik..islam itu indah...indah pada mereka yang menjaga imannya...betapa tingginya hikmah di sebalik setiap suruhan Allah...Allah lebih tahu apa yang sepatutnya diperlukan setiap hambaNya..

Masih nak rendah2kan apa yang ada dalam Islam itu sendiri??
Wallahualam...

4 comments:

Ul@t Buku Yang Menulis said...

Salam.. Shu, tak salah.. Yangs salah mereka yang gagal memahami antara berpakaian mengikut syariat atau berpakaian mengikut fashion.. La tahzan Shu.. Sabar tau.

Anonymous said...

Masa zaman sekolah dulu2, saya ingat yg hanya orng tua2 je yg pakai tudung2 labuh ni. Saya brsekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah biasa.

Hinggalah pada tingkatan3 saya terserempak dgn bbrapa perempuan yg pakai tudung labuh.sebelum tu sy rasa xpernah nampak perempuan2 muda atau murid2 skolah yg pakai tudung labuh.mulanya rasa cam agak janggal tp bila tgk muka, fuh, cun. bukan je diorng yg cun kat sekolah. ada lagi yg lain, tp ramai yg xbrtudung labuh.

Tp yg bertudung labuh ni, rasanya lain.. kalu yg brtudung pendek tu(tudung wajib bg pelajar pompuan di sekolah saya), saya xkisah je rasa nak mendekatinya (kadng 2 serabut jugak tengok sstghnya). yg bertudung labuh tu pulak, nak pandang wajahnya pun rasa segan,sebab takut2 trsalah pandang(kang dia ingat mata kernjang lak. kalu perempuan2 yg lain tu,xdehal) + rasanya diri ni xlayaklh(x alim cam diorng-mesti aku ni bnyk dosa drpd diorng). tp sebenarnya dlam hati.. aku pun nak yg mcm ni..hehe

Tp hari ni, alhamdulillah, dah bertemu dgn rakan2 yg bantu betulkn pndngnku pd dunia ini dan Islam. betulkan niat, itu penting.

Justeru, sy xhairan bila mereka yg mungkin kehidupn mereka sblm ni xpernah jumpa dgn gadis2 brtudung labuh krn mereka xkenal mereka

di sekolah sy sendiri pun dulu ada budak melayu (anak orng berada) yg bila diajak solat brsama, baru diketahui (setelah cikgunya bertanya) dia xtau smbhyng, mak ayahnya xpernah ajar smbhyng, bahkan rumahnya ada tmpt simpanan arak dan dia sendiri ada anjing peliharaan yg kadang2 tidur brsamanya.

itu cerita bbrp tahun lps.. kalu masa skrg, sy xheran kkalau kisahnya lg teruk...

Syuhada Salleh said...

salam shah..
syukran...adeh...ana ok je..x sedih2 mana pun...

Syuhada Salleh said...

anonymous...

ermm...tuh lah..lagi menyedihkan dengan keadaan mereka yang langsung x gaya islam...

ni salah 1 tnggujwb kiter jugak la yg faham utk memahamkan mereka2 yg ada disekeliling kita ut lbih dekat dgn islam...

wallahualam..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...