Thursday, June 27, 2019

Menindas Mental Orang lain?

Tiga hari lepas, saya menerima seorang pesakit wanita berusia 20-an..mengalami high depression.

"Suami dia ibarat bidadara kat dunia ni doktor...semua urusan rumah suami dia banyak bantu..dari awal perkahwinan sehingga sekarang, suami dia masih bantu dalam urusan kerja-kerja rumah.." luah ibu kepada pesakit itu dan ya, dia hanya mengangguk tanda setuju.

"Ada perkara yang kak nak kongsi?"

Selepas diselidiki, rupa-rupanya ini berkaitan kes 'buli' di tempat kerjanya. Kebanyakan kerja yang sepatutnya disiapkan pekerja lain, diletakkan semua pada bahunya. Dia tak mampu mengatakan 'tidak'.

"Lepas balik kerja, suami dia yang banyak uruskan hal anak. Pernah satu hari tu kan, dia tension sangat, sampai dia cuma duduk menyendiri kat hujung bilik..katanya nak bawa lari jauh anaknya dari tempat kerja..." si ibu bercerita lagi.

Barangkali, mereka yang gemar 'menindas' rakan sekerja atau junior di tempat kerja merasa seronok dan puas hati dengan apa yang dilakukan. Ingat ya, anak cucu cicit nanti jugak akan bekerja di suatu tempat dan mungkin akan berulang kembali.

Masyarakat sekarang terlalu sakit..Parah...Nilai kemanusiaan dah makin hilang entah ke mana. Kerana buli juga, seseorang boleh bertindak berhenti kerja dan sehingga ada yang boleh bunuh diri. Ada yang boleh bertukar wajah, dari seekor kucing bertukar menjadi singa.

Satu pertiga dikalangan rakyat Malaysia, hadapi masalah depression. Pelbagai faktor yang menyumbang.

Ada seseorang yang saya kenali, dia sering dibuli ketika di sekolah rendah. Namun sebaik sahaja mula memasuki tingkatan 1, dia bertekad untuk jadi pembuli pula. Pantang dicuit, lebam la kawan yang cari pasal. Namun, tak lama kemudian, dia kembali sedar dengan sikap berkenaan yang tak sepatutnya dia amalkan. Alhamdulillah dia sedar. Tapi kat luar sana, masih ramai yang jadi 'pembuli' dari pelbagai usia sama ada di sekolah atau di tempat kerja, kanak-kanak atau dewasa.

Moga Allah bantu kita didik generasi akan datang untuk jadi insan yang lebih sifat kasihnya.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...