Saturday, December 20, 2008

PaRasiT???


Assalamualaikum......sahabat2 yang disayangi....

agak lama blog saya nih tak terisi dengan coretan-coretan yang mana nak dikatakan power..tak lah power sangat pun..just rasa nak berkongsi....

Sekarang baru lah ada idea apa yang nak dikongsikan...

Pada beberapa hari yang lepas....masa time lab parasitology....kami semua diberi tugas untuk observed parasit under microscope..then lukiskan...masa tengah observed tuh....saya ternampak satu makhluk....wahhh..cantik...warnanya pun cantik...padahal dah tau semua tuh disebabkan staining....dari observed under 10x..pegi ke 40x..last sekali under 100x..nampak terang jelas dan nyata......fuhhh...struktur parasit tuh...memang menakjubkan...betul-betul menakjubkan ciptaan Allah....teliti sungguh....

Tiba-tiba..saya terfikir pula pasal diseases yang disebabkan parasit tuh...macam2 lagi lah...lama-lama...teringat pula...parasit nih..hidup dia macam tuh jer...kadang-kadang jadi bahan uji kaji...

tak lama tuh...teringat pula..apa tujuan saya hidup di muka bumi nih...apa matlamat saya hidup...

Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi diri kepada-Ku. (Az-Zariyat: 56)

Betapa besarnya tanggujawab kita sebagai khalifah Allah...terlampau banyak sangat tanggujawab kita di muka bumi nih...tetapi kita alpa...terlupa sebentar dengan tanggungjawab kita tuh.....alpa..atau sengaja buat-buat alpa??!!!terlupa atau still tak sedar-sedar diri lagi?!!!


Wallahualam...

Thursday, November 13, 2008

Tajuk biasa..tapi isinya....


Assalamualaikum wbt...

Suatu hari..seperti biasa...saya akan melayari internet..sambil-sambil melayari friendster,check emel yang diterima..tiba-tiba saya terbaca tajuk emel yang diterima..dari bonda tercinta.."Kisah Tukang kapak.."..uitttt..macam kisah budak-budak je nih..takper2..mesti mak send pun sebab kisahnya menarik...saya pun terus melayarinya......

Kisahnya.........
Tukang Kapak.....

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.
Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."
Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.
Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.
Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.
Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.
Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.
Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.
Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.
Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir.
Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.Apa yang kau buat di sini?
Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.Apa harta yang kau ada sekarang?
Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.
Dari mana kau dapat kapak ni?
Aku membelinya.
Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.
Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?
Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.
Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?Kat hutan mana ada orang punya pokok.
Adakah kau pasti?
Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.
Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?
Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.
Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.
Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.
Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.
Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya.
Hmmm....tak terbayangkan macam mana di sana nanti....
Sebaik sahaja membaca emel tuh..saya bertambah risau..adakah apa yang saya miliki selama nih...saya gunakan sebaik2nya....h'phone..guna untuk aper??mesej kat siapa??lelaki ke perempuan??kalau lelaki...untuk aper send mesej kat dia??penting atau tidak??Call siapa??untuk apa call??

"Astaghfirullah...mak..takutnya mak......."...bonda hanya mampu tersenyum melihat reaksi saya sebegitu.....Sampaikan..saya penah bermimpi...kisah seperti tukang kapak nih...saya bermimpi saya sudah meninggal dunia dan sudah dikebumikan..ketika dalam kubur..saya terdengar satu suara..bertanyakan semua kad kredit yang saya ada..digunakan untuk apa...beli apa..benda halal atau haram...itu ini ditanya.padahal kad kredit pun takder..

"Ya Allah..ampunkan aku Ya Allah......aku leka selama nih Ya Allah...."

Wallahualam....

Thursday, October 30, 2008

BeriLaH aku PeLuanG.....

akak-akak yang kusayangi..


huhu..rindunya...


ala..gadoh x bermakna benci...=p





akak-akak yang sama-sama di medan dakwah..

Sgala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikmu
Kuhanya HambaMu yang berlumur dosa
Tunjukkan Aku jalan lurusMu
Untuk menggapai surgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku
Karena… ku tau… hanya Kau Tuhanku…..
Allahu Akbar… Allah Maha Besar
Kumemujamu di setiap waktu
Hanyalah padaMU… tempatku berteduh
Kumohon Ridho dan ampunanMu….

...Cuti nih..memang agak membosankan bagi saya...
tengok tv...
internet...
tengok tv...
internet...
menghafaz...

Ya Allah..aku mengharapkan keredhaanMu...bantu lah aku ya Allah....
Saya terlampau rindukan halaqah bersama akak-akak di kolej...
Rindu untuk sama-sama berkongsi masalah..untuk luahkan suka duka...
Rindu untuk sibukkan diri di jalan dakwah....
Rindu untuk merasai ukhwah yang terjalin kerana Allah....
Rindu untuk merasa manisnya suatu perjuangan walaupun kadang-kadang perit untuk menghadapi...

Teringat saya dalam novel 'Tautan Hati'....

apa yang menyakitkan itulah sebenarnya reward dan apa yang nikmat itu kadangkala satu punishment..

bila di sini...apa yang dirasakan hanya kesenangan....dan dengan itulah..saya tak dapat nak merasakan kembali kemanisan yang selama ini saya rasakan ketika disana...

mungkin disini..saya tak punya sahabat-sahabat yang sanggup bersusah payah di jalan dakwah...

ya..saya mengaku..kadang-kadang saya kecewa dengan sahabat disini..bila diajak halaqoh..semuanya tak berkesempatan...tapi yang lain....

saya tahu..saya tak sepatutnya kecewa..nih la adat dalam mengajak untuk ke jalan Allah...bukan mudah..memerlukan sedikit pengorbanan...dan ketabahan...dan yang paling penting..hidayah tuh milik Allah....

saya berharap sangat sahabt-sahabat saya disini turut merasai betapa manisnya dalam medan nih..terlampau manis...bila keluar dari medan nih..pasti rindu tuh bertamu...

Sahabat-sahabat ex-ACS...kalau kalian terbaca luahan ini..tak bermakna aku benci dan bosan dengan kalian..tapi aku terlampau sayang pada kalian semua...sayang sangat-sangat dan aku nak kalian semua turut merasai kemanisan nih....Berilah aku peluang wahai sahabat yang aku SAYANGI....

Tuesday, October 28, 2008

Bila diri dah terasa begitu gah maka manusia lupa akan asal usulnya……


Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara .

4. Beliau pernah menegaskan bahawa 'negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin..

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya 'siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?' oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan' beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang MenyeksakanDi saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada dia sehingga dia rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan padanya...
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana dia merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkannya.Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, dia menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar dia ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan dia akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 september 1938, dia pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi dia hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu dia meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat dia.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan dia datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Wallahualam.....

Tuesday, October 21, 2008

TeoRi Big BanG....



Gagasan Kuno Abad 19: Alam Semesta Kekal
Gagasan yang umum di abad 19 adalah bahwa alam semesta merupakan kumpulan materi berukuran tak terhingga yang telah ada sejak dulu kala dan akan terus ada selamanya. Selain meletakkan dasar berpijak bagi paham materialis, pandangan ini menolak keberadaan sang Pencipta dan menyatakan bahwa alam semesta tidak berawal dan tidak berakhir.Materialisme adalah sistem pemikiran yang meyakini materi sebagai satu-satunya keberadaan yang mutlak dan menolak keberadaan apapun selain materi. Berakar pada kebudayaan Yunani Kuno, dan mendapat penerimaan yang meluas di abad 19, sistem berpikir ini menjadi terkenal dalam bentuk paham Materialisme dialektika Karl Marx.
Para penganut materalisme meyakini model alam semesta tak hingga sebagai dasar berpijak paham ateis mereka. Misalnya, dalam bukunya Principes Fondamentaux de Philosophie, filosof materialis George Politzer mengatakan bahwa "alam semesta bukanlah sesuatu yang diciptakan" dan menambahkan: "Jika ia diciptakan, ia sudah pasti diciptakan oleh Tuhan dengan seketika dan dari ketiadaan".
Ketika Politzer berpendapat bahwa alam semesta tidak diciptakan dari ketiadaan, ia berpijak pada model alam semesta statis abad 19, dan menganggap dirinya sedang mengemukakan sebuah pernyataan ilmiah. Namun, sains dan teknologi yang berkembang di abad 20 akhirnya meruntuhkan gagasan kuno yang dinamakan materialisme ini.

Astronomi Mengatakan: Alam Semesta Diciptakan
Pada tahun 1929, di observatorium Mount Wilson California, ahli astronomi Amerika, Edwin Hubble membuat salah satu penemuan terbesar di sepanjang sejarah astronomi. Ketika mengamati bintang-bintang dengan teleskop raksasa, ia menemukan bahwa mereka memancarkan cahaya merah sesuai dengan jaraknya. Hal ini berarti bahwa bintang-bintang ini "bergerak menjauhi" kita. Sebab, menurut hukum fisika yang diketahui, spektrum dari sumber cahaya yang sedang bergerak mendekati pengamat cenderung ke warna ungu, sedangkan yang menjauhi pengamat cenderung ke warna merah. Selama pengamatan oleh Hubble, cahaya dari bintang-bintang cenderung ke warna merah. Ini berarti bahwa bintang-bintang ini terus-menerus bergerak menjauhi kita. Jauh sebelumnya, Hubble telah membuat penemuan penting lain. Bintang dan galaksi bergerak tak hanya menjauhi kita, tapi juga menjauhi satu sama lain. Satu-satunya yang dapat disimpulkan dari suatu alam semesta di mana segala sesuatunya bergerak menjauhi satu sama lain adalah bahwa ia terus-menerus "mengembang".
Agar lebih mudah dipahami, alam semesta dapat diumpamakan sebagai permukaan belon yang sedang mengembang. Sebagaimana titik-titik di permukaan belon yang bergerak menjauhi satu sama lain ketika belon membesar, benda-benda di ruang angkasa juga bergerak menjauhi satu sama lain ketika alam semesta terus mengembang.
Sebenarnya, fakta ini secara teori telah ditemukan lebih awal. Albert Einstein, yang diakui sebagai ilmuwan terbesar abad 20, berdasarkan perhitungan yang ia buat dalam fisika teori, telah menyimpulkan bahwa alam semesta tidak mungkin statis. Tetapi, ia mendiamkan penemuannya ini, hanya agar tidak bertentangan dengan model alam semesta statis yang diakui luas waktu itu. Di kemudian hari, Einstein menyadari tindakannya ini sebagai 'kesalahan terbesar dalam hayatnya'.
Apa erti dari mengembangnya alam semesta? Mengembangnya alam semesta bererti bahwa jika alam semesta dapat bergerak mundur ke masa lampau, maka ia akan terbukti berasal dari satu titik tunggal. Perhitungan menunjukkan bahwa 'titik tunggal' ini yang berisi semua materi alam semesta haruslah memiliki 'volume kosong', dan 'kepadatan tak hingga'. Alam semesta telah terbentuk melalui ledakan titik tunggal bervolume kosongl ini.
Ledakan raksasa yang menandai permulaan alam semesta ini dinamakan 'Big Bang', dan teorinya dikenal dengan nama tersebut. Perlu dikemukakan bahwa 'volume kosong' merupakan pernyataan teori yang digunakan untuk memudahkan pemahaman. Ilmu pengetahuan dapat mendefinisikan konsep 'ketiadaan', yang berada di luar batas pemahaman manusia, hanya dengan menyatakannya sebagai 'titik bervolume kosong'. Sebenarnya, 'sebuah titik tak bervolume' bererti 'ketiadaan'. Demikianlah alam semesta muncul menjadi ada dari ketiadaan. Dengan kata lain, ia telah diciptakan. Fakta bahawa alam ini diciptakan, yang baru ditemukan fisika moden pada abad 20, telah dinyatakan dalam Alqur'an 14 abad lampau: "Dia Pencipta langit dan bumi" (QS. Al-An'aam, 6: 101)
Teori Big Bang menunjukkan bahwa semua benda di alam semesta pada awalnya adalah satu wujud, dan kemudian terpisah-pisah. Ini diartikan bahwa keseluruhan materi diciptakan melalui Big Bang atau ledakan raksasa dari satu titik tunggal, dan membentuk alam semesta kini dengan cara pemisahan satu dari yang lain.

Big Bang, Fakta Menjijikkan Bagi Kaum Materialis
Big Bang merupakan petunjuk nyata bahwa alam semesta telah 'diciptakan dari ketiadaan', dengan kata lain ia diciptakan oleh Allah. Kerana alasan ini, para astronomi yang meyakini paham materialis sentiasa menolak Big Bang dan mempertahankan gagasan alam semesta tak hingga. Alasan penolakan ini terungkap dalam perkataan Arthur Eddington, salah seorang fisikawan materialis terkenal yang mengatakan: "Secara filosofis, gagasan tentang permulaan tiba-tiba dari Alam yang ada saat ini sungguh menjijikkan bagi saya".Seorang materialis lain, astronomi terkemuka asal Inggris, Sir Fred Hoyle adalah termasuk yang paling merasa terganggu oleh teori Big Bang. Di pertengahan abad 20, Hoyle mengemukakan suatu teori yang disebut steady-state yang mirip dengan teori 'alam semesta tetap' di abad 19. Teori steady-state menyatakan bahwa alam semesta berukuran tak hingga dan kekal sepanjang masa. Dengan tujuan mempertahankan paham materialis, teori ini sama sekali berlawanan dengan teori Big Bang, yang mengatakan bahwa alam semesta memiliki permulaan. Mereka yang mempertahankan teori steady-state telah lama menentang teori Big Bang. Namun, ilmu pengetahuan justeru meruntuhkan pandangan mereka.
Pada tahun 1948, Gerge Gamov muncul dengan gagasan lain tentang Big Bang. Ia mengatakan bahawa setelah pembentukan alam semesta melalui ledakan raksasa, sisa radiasi yang ditinggalkan oleh ledakan ini haruslah ada di alam. Selain itu, radiasi ini haruslah tersebar merata di segenap penjuru alam semesta. Bukti yang 'seharusnya ada' ini pada akhirnya diketemukan. Pada tahun 1965, dua peneliti bernama Arno Penziaz dan Robert Wilson menemukan gelombang ini tanpa sengaja. Radiasi ini, yang disebut 'radiasi latar kosmis', tidak terlihat memancar dari satu sumber tertentu, akan tetapi meliputi keseluruhan ruang angkasa. Demikianlah, diketahui bahwa radiasi ini adalah sisa radiasi peninggalan dari tahapan awal peristiwa Big Bang. Penzias dan Wilson dianugerahi hadiah Nobel untuk penemuan mereka.
Pada tahun 1989, NASA mengirimkan satelit Cosmic Background Explorer. COBE ke ruang angkasa untuk melakukan penelitian tentang radiasi latar kosmis. Hanya perlu 8 minit bagi COBE untuk membuktikan perhitungan Penziaz dan Wilson. COBE telah menemukan sisa ledakan raksasa yang telah terjadi di awal pembentukan alam semesta. Dinyatakan sebagai penemuan astronomi terbesar sepanjang masa, penemuan ini dengan jelas membuktikan teori Big Bang.
Bukti penting lain bagi Big Bang adalah jumlah hidrogen dan helium di ruang angkasa. Dalam berbagai penelitian, diketahui bahwa konsentrasi hidrogen-helium di alam semesta bersesuaian dengan perhitungan teoritis konsentrasi hidrogen-helium sisa peninggalan peristiwa Big Bang. Jika alam semesta tak memiliki permulaan dan jika ia telah ada sejak dulu kala, maka unsur hidrogen ini seharusnya telah habis sama sekali dan berubah menjadi helium.
Segala bukti meyakinkan ini menyebabkan teori Big Bang diterima oleh masyarakat ilmiah. Model Big Bang adalah titik terakhir yang dicapai ilmu pengetahuan tentang asal muasal alam semesta. Begitulah, alam semesta ini telah diciptakan oleh Allah Yang Maha Perkasa dengan sempurna....


Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihtatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang. (QS. Al-Mulk, 67:3)
Wallahualam....
Hasil karya Harun Yahya

Wednesday, October 15, 2008

ESQ Training...

Photobucket
Training ESQ akan diadakan pada 29-30 nov nih.....harap sgt rakan2 dpt join...best...ESQ nih buatkan kiter kenal saper diri kiter...matlamat hidup kiter..dan yang paling penting..buatkan kiter dekatkan diri dengan Allah...

Saturday, October 4, 2008

BaliK KampUnG....


Hmm......raya kali nih saya diberi kepercayaan oleh ayahanda..utk drive sendiri balik kg..huhu..beshnya...yezzzzZZZzzzzZZaaaaa..akhirnya...dpt gak nk merasa drive jauh2...petang raya pertama tuh..baru lah kami satu family bertolak dari perak ke kedah...

Mula-mula...ok jer...syok je drive....masuk je highway...fuhhhh..lagi seronok...leh speed lagi nih...Baru saya perasan..keta ayah dah tak nampak kat depan..Alamak..ayah dah jauh ke depan....

"takpa..kak ngah ingat jalan balik kampung.."..tiba-tiba akak saya bersuara...

wahhh..banyak gak keta petang nih....tiba-tiba saya terfikir..ntah-ntah dalam banyak2 keta nih..ada terselit orang yg saya kenal...hehe..mana tau kan...

lama-lama..saya makin laju plak....seronok la plak dpt speed nih...makin lama...makin laju...

Dalam seronok2 tuh...ayah saya call....

"ai kak su....laju ja bawak....".....eh...elemek...ayah ada kat belakang rupanya..macam mana leh tak perasan nih...adeh...xper2...slow balik...apa susah...terus jadi pemandu berhemah..hehe.....Kalu macam situasi tadi..bila ayah saya ada kat belakang..kiranya ayah saya nampak saya drive macam mana..baru lah saya nak slow kan keta...tapi kalu ayah tak ada kat belakang....takkannya....Time tuh terus saya teringat Allah ya Basir....Yang Maha Melihat....selama nih..Allah sentiasa perhatikan apa yang saya dah buat sepanjang hidup saya...Langsung tak ada sedetik pun yang Allah tak perhatikan....Macam mana lah hidup saya selama nih....Allah sentiasa melihat apa yang saya buat untuk diri saya..untuk sahabat..untuk umat Islam...untuk Islam sendiri....baik ke.....buruk ke....semua Allah perhatikan....Tiba-tiba rasa malu pula dengan Allah....macam mana kalu saya ditayangkan semula apa yang saya dah buat sepanjang 19 tahun di BUMI ALLAH nih....apa yang saya dah buat untuk Islam???!!!!!Ya Allah...aku hambaMu yang hina..sentiasa memerlukan petunjukMu Ya Allah...kadang-kadang aku alpa...kadang-kadang aku lupa padaMu....ampunkan aku Ya Allah...ampunkan aku Ya Allah...ampunkan aku Ya Allah...

Bila dah hampir 2 jam saya drive..abang saya pula nak drive..katanya boring dok belakang...Saya takkan mengalah...Saya tetap nak merasa drive sampai kedah...abang long oh abang long..sabor je la yer..adikmu ini memang macam nih..huhu...On the way nak balik kampung tuh..mulut saya nih pun kadang-kadang pedas ckit..adus...sabar..sabar....jangan mcm nih....

Tiga jam berlalu...barulah saya rasa penat..ishk...betul2 penat nih..bukan main-main penat nih..adus.....time tuh mula lah teringat masa saya sekolah kat genting..Sekolah menengah swasta saleha genting highlands....sebuah sekolah yang bukan saja agak sosial..tp dalam masa yang sama mengajar saya erti berterima kasih....Dulu-dulu.......sebulan sekali balik rumah...sebulan sekali tuh jugak mak ngan ayah kena susah payah pegi amik saya....kadang-kadang...hujung minggu kalau ayah free...ayah g lawat saya...Bila ayah datang..hati nih suka je...tapi time tuh tak pernah amik tau..macam mana susahnya ayah nak pegi sana...dah la nak naik genting..jalan simpang siur....celah-celah bukit lah...tapi bila mak ngan ayah tak datang...asyik-asyik call bila nak datang jenguk lagi...sepanjang tuh..ayah tak pernah merungut sebab penat drive jauh2...yang saya perasan..bila saya turun je dari bilik...muka ayah sentiasa tersenyum...walaupun sebenarnya ayah penat sesangat...kesiannya ayah...kesiannya mak....mak..ayah...kak su minta maaf...sebab dulu kak su lupa nak ucapkan terima kasih sebab mak ngan ayah sanggup datang jauh2 jenguk kak su....saya baru merasa drive tiga jam nih...dah penat sangat..barulah saya dapat merasakan macam penatnya ayah dulu nak g jenguk saya kat genting....Ya Allah....tetapkan lah jiwa ini agar terus jadi seorang anak yang sentiasa berterima kasih pada ibu bapa....

Jam 10 malam...barulah saya sampai di kampung...sepupu2 ngan pak sedara sibuk bakar lemang..mak sedara sibuk kat dapur...saya terus cari tok wan....

"Assalamualaikum tokwan...cucu tok wan yang ceria nih dah balik...."terus salam dan cium tangan tokwan...mulalah konon nak bercerita...

"tokwan...tadi kan...kak su sendiri yang drive balik sini...dari perak...tokwan terkejut tak??hehe..."

"uiii.......baguiihhhh lah....senang la mak ngan ayah kak su nanti...berani cucu tokwan nih..."

"hehe...cucu sapa...."...Rindu saya kat tokwan dah lepas...even maktok dah 13 tahun meninggalkan kami semua...tapi tokwan sentiasa bercerita pasal maktok..termasuk lah kalu bab2 kuih raya nih....saya rindu sangat2 ngan maktok...pantang dengar saya satu family nak balik kampung..terus je masak special...

Malam tuh...sebelum tidur..saya muhasabah semula...apa yang saya dah buat hari nih...Sepanjang perjalanan tadi...baru saya teringat...kadang-kadang mulut saya pedas...pantang nampak orang tak bagi signal..pantang nampak orang tetba keluar dari simpang..ada je yang saya nak bebelkan...teringat dengan sorang akak yang saya rapat nih....bila kita duduk je kat tempat pemandu nih...automatik mulut kita susah nak jaga...orang yang duduk sebelah boleh lah kata...SABAR....tapi orang yang drive nih...susah nak SABAR...kadang-kadang je yer..saya tak kata semua orang...=p.....

So..apa-apa pun...kena juga latihkan diri jadi penyabar....Sabar itu sifat Allah.....(^_^)

Wallahualam...

Sunday, September 28, 2008

Raya..Raya..Raya...

Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “...supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya...” (Surah Al-Hajj, ayat 37)

Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir bagi memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong. Umat Islam disunatkan terus bertakbir bermula selepas Maghrib menjelang malam hari raya pertama hingga imam selesai membaca khutbah selepas solat sunat hari raya keesokannya.

Dalam ertikata sebenarnya, Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda:

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".

Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

Jelas di sini, Aidilfitri bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau budaya.
Ia juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan.

Dalam kita menyambut 1 Syawal, sayugialah umat Islam semuanya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.

Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.

Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27)

Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai.

Firman Allah bermaksud: "Takutilah Allah Subhanahu wa Taala yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.”
– (Surah An-Nisa': 1)

Kesimpulannya, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.

Wallahualam...

Monday, September 15, 2008

Palestin....Bilakah akan terbela nasibmu....



( karya Habiburrahman El Syirazy )

TANTANGAN SI KECIL MUHAMMAD AL DORRAH KEPADA SELURUH TENTARA ISRAIL SEDETIK SEBELUM AJALNYA DATANG MENJELANG
Dengan membusungkan dada
Dada yang merah menyala
Dengan mengepalkan tangan kanannya
Tangan yang merah menyala
Ia teriakkan sebuah tantangan
Tantangan yang merah menyala
Kepada seluruh tentara Israil yang durjana
“Ayo, tembakkan seluruh peluru kalian
Pada dadaku dan dada seluruh anak palestina
Maka kalian akan kalah bersama keputusasaan
Dan kami akan menang bersama keyakinan!”

DOA SI KECIL MUHAMMAD AL DORRAH UNTUK ARIEL SHARON SANG JAGAL MANUSIA SEDETIK MENJELANG AJALNYA DATANG
Dengan bibir bergetar menahan derita, derita anak-anak Palestina
Ia berdo’a untuk Ariel Sharon sang Jagal Manusia
Aku doakan kau Sharon semoga berumur panjang
Agar kau dapat terus menyalurkan hobi gilamu
Membunuh anak-anak kecil tanpa dosa
Di palestina dan di mana saja
Sejarah akan menulismu sebagai musuh manusia
Batu-batu akan merajammu serta-merta
Dan tuhan akan membinasakanmu dengan penuh murka
Dan mengutukmu dengan sejadi-jadinya
Kelak di neraka!

CARA ORANG PALESTINA BERBUKA PUASA
Orang-orang Islam sedunia berbuka puasa
Dengan kurma dan makanan yang lezat lainnya
Tapi orang-orang Palestina berbuka puasa
Dengan batu-batu dan luka-luka menganga.....

Renung-renungkanlah wahai teman..

Hulurkan bantuan rakan-rakan melalui :
Aman Palestin Berhad
Maybank Malaysia Berhad
562263010787
Bank Muamalat Malaysia Berhad
12070005133717
Bank Islam Malaysia Berhad
12029010047880


SELAMATKAN AL-AQSA, BEBASKAN PALESTIN

Wednesday, August 27, 2008

Mak......Ayah......


Sebaik sahaja tiba di stesen komuter bangi...selepas baru tamat dari program...'1st National confrence of future doctor'...baru saya sedar..kak umi tak ada bersama saya...baru ja sebentar tadi..dia berpesan...supaya sama-sama pulang menaiki train...Allah!kesiannya kak umi..kena tinggal...takut juga dia tak biasa...tak sampai 5 minit...ada pula announcement....train ke rawang lambat tiba....

Tiba-tiba...."awak..kawan awak yang kat sana tuh panggil awak.."

eh..kak umi..dah sampai..alhamdulillah...leganya...Nasib baik....kalau tak...huhu...

Bila dah lama tunggu train tuh..agak-agak kepala lutut nih pun dah longgar..baru lah train tiba...Fulamak!Ramainya orang..padat giler...macam sardin..Aduih..nak tak nak...kena la himpit-himpit gak..tiba-tiba dengar kak umi bersuara..."la..ingatkan kat mesir je macam nih..kat malaysia pun sama.."

hehe..sabar je lah kak umi yer...sebaik sahaja masuk dalam train...

"aik..kat dalam train pun ada burung nuri..."hatiku bergetus....Hmmmm..manusia....kalau dah diri tuh islam...wat la cara islam...cuba lah bawa sikit imej islam tuh...nih tak..nak jadi hamba budaya barat gak!!Ingat lah sedara..awak tuh HAMBA ALLAH....bukannya hamba budaya barat.....Pelik..dia macam bangga je dengan imej macam tuh...rambut terpacak.....bermacam2 warna...eeeeeeeeeee.....pelik sungguh manusia nih.....

tak lama tuh..masa dalam train..saya ternampak satu pasangan suami isteri nih...kat sebelah mereka..ada dua orang kanak-kanak lelaki..kembar...comel sungguh...dua-dua berpakaian sama....dah nama pun kanak-kanak...tak boleh duduk diam lah...dua-dua duduk kat tepi tingkap..mereka nampak terpegun je dengan 'alam' yang mereka tengok tuh...bangunan tinggi melangit....tak lama tuh..terdengar si isteri berkata sesuatu kat si suami...

"abang..ada nyamuk tuh..."..si suami cepat-cepat lah 'bunuh' nyamuk tuh..saya ingatkan nyamuk tuh ada kat kanak-kanak tadi..rupanya..kat tingkap...dah tuh....kat atas jauh dari kanak-kanak tuh...time tuh..saya rasa terharu...yerlah...pasangan nih terlampau sayangkan anak2 mereka sampaikan nyamuk yang jauh sebatu tuh pun...terus di'bunuhnya'.....tuh lah kasih sayang mak dan ayah...sanggup curahkan segala-segalanya..sanggup bersusah payah untuk anak-anak...segala-galanya hanya untuk manusia yang bergelar ANAK....
Photobucket

TETAPI......bila anak tuh dah besar...sanggup ke dia korbankan segala-galanya untuk mak dan ayah...boleh ke kasih sayang seorang anak..menandingi kasih sayang mak dan ayah???

owh...saya terlupa..setiap orang ada cara tersendiri macam mana nak balas kasih sayang mak dan ayah tuh...mungkin...kasih sayang tuh di balas dengan penipuan dari anak-anak....yang menipu mak dan ayah...kononnya hendak keluar pergi study group....tapi...pergi keluar ngan boyfriend or girlfriend...dah gatai sangat!!!!ala....lupa lah...nih lah cara nak balas kasih sayang mak dan ayah....

masa kecil dulu...mak dan ayah cakap dengan perasaan kasih sayang dengan anak-anak....so...sekarang dibalas dengan.......

"mak nih bising lah!!"

"suka hati orang lah!!orang dah besar la ayah!"

"ahhh!!mak asyik salahkan orang je...nape??orang nih jahat sangat ke???!!!"

berkecai hati mak dan ayah...bila si anak yang selama nih....mereka menatang bagai minyak yang penuh....tapi sekarang....mungkin mereka 'dibakar' dengan dinyalakan lagi oleh minyak petrol....kesiannya mak dan ayah...eh..lupa lagi..nih lah cara nak balas kasih sayang mak dan ayah kan??!!!!!!!

"sampai sana...belajar elok-elok...ingat mak dan ayah kat sini..jadi anak yang baik yer.."

belum sampai 'sana'...tanduk yang ke 19...dah naik...mula terfikir..jauh dari mak dan ayah...confirm mak dan ayah tak tau apa aku buat kat sini....mula lah keluar malam-malam...pergi tempat tak berfaedah...sempoinya hidup....takper..mak ayah jauh....pastuh..nih juga salah satu cara nak balas kasih sayang mereka...kan??!!!kesiannya mak ayah..kat kampung..mengharapkan anak-anak yang jauh..dapat belajar bersungguh-sungguh...tapi....opppsss..lagi-lagi lupa...nih la cara terbaik nak balas kasih sayang mak ayah...

"sampai sana nanti...jadi muslimah sejati yer...pakai tudung elok-elok macam nih...tutup aurat macam nih...yer.."

bila sampai je kat 'sana'...habis dibukanya....tayang sana...tayang sini...tapi bila balik kampung...adeh....bukan main sopan....ayu je...bertudung litup...tapi kenapa belakang mak ayah...tak pakai macam tuh!!!dah berani sangat ke?!!dah berani sangat ke nak tanggung dosa?...

Apa-apa pun....ingatlah....kita nih harapan mak ayah.....even kita duduk jauh berbatu-batu pun....bawalah imej yang baik.....ingat...mak ayah dah banyak sangat-sangat kasih sayang yang dicurahkan....tunjukkan lah yang kita nih betul-betul sayangkan mak ayah kita....bukannya rugi pun....jadilah yang terbaik untuk mereka...selagi kita boleh dengar suara mereka di alam nyata nih....

wallahualam....

Monday, August 11, 2008

SaHabaT..tEguR..TegUr...SahaBaT.....


Mungkin di antara kita, ada yang merasakan, diri mereka hebat, dan tidak perlu menerima nasihat orang lain. Macam-macam kerenah sahabat kita sekarang nih.....Ada yang boleh terima nasihat, dan ada yang, kalau kita beri nasihat, dikatakan nak mengajar dia pula.....Masalahnya sekarang nih, bukan kita nak mengajar, tetapi, nak menegur, kalau dah terang-terang dia ada buat salah.....Mungkin bagi dia, dia tak salah....Tapi apa pandangan orang disekitarnya....

Itulah manusia,mungkin dengan perasaan ego yang still bertakhta dihati....Tak dapat nak diperangi.....

kita kena ingat, setinggi mana pun ilmu kita, kalau tak amalkan... tak ada gunanya!!!!Lebih baik ilmu yang sedikit, tapi diamalkan.... Kalau kita asyik sebut-sebut pasal tatacara hubungan antara lelaki dan perempuan,tapi diri sendiri pun still tak nak jaga..tak boleh juga...Padahal..kita sendiri tahu ayat al-quran pun dah sebut....tapi kadang-kadang tuh..siap boleh bagi dalil lagi....nak buktikan dia tuh tak salah....kalau pandai cakap saja..tapi tak nak buat....tak guna jugak brother!!....dalam ayat Al-Quran pun dah terang-terang katakan...

"wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(Itu) sangatlah dibenci Allah di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."( As-Saff : 2-3)

Hah!!dah terang-terang pun..Kita pun mesti dah biasa dengar, orang yang ada fikrah, tapi still duduk berdua-duaan dengan orang tak sepatutnya....bagi dia, dia tak salah,kononnya nak duduk berbincang itu ini..tapi..sebenarnya....confirm hati tuh susah nak jaga...biarlah kata adik angkat ke..abang angkat ke...tak pasal-pasal terangkat jugak nanti.Kalau orang dah tegur tuh..terima lah dengan hati yang terbuka..jangan ingat bila ilmu tuh dah menggunung,diri tuh dah power sangat sampai orang lain tak boleh tegur!Takut2 apa yang diamalkan dari ilmu yang ada tuh just setinggi istana pasir yang memang paling rendah sekali untuk kategori istana pasir.....Kita ni manusia biasa..takkan dapat lari dari semua tuh...Kalau boleh..jagalah setakat mana yang kita mampu....Kalau ada yang kata..

'saya nak dia berubah..sebab tuh saya rapat dengan dia...kami sama-sama tegur antara satu sama lain....InsyaAllah....akan diberkati..'

Adoi!!!!ayat bukan main lagi..nih pun lagi satu hal...kalau kita nak ubah seseorang tuh....tambah2 bagi kes muslimin nak tegur muslimat...atau sebaliknya...rasanya..bukan senang nak menjadi!Sama-sama kejutkan untuk qiam...sama-nak buat solat sunat..tapi nih bukan caranya....ingat...MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA!!
Kalau saya nak tegur lebih-lebih nih..saya sendiri pun tak cukup ilmu sangat...tapi kita sama-samalah tegur antara satu sama lain..saling lengkap-melengkapi...tapi..kena ingat juga...tak pasal-pasal..ada pula yang fikir..'owh..saling lengkap-melengkapi..jadi saya kenalah lengkapkan hidup si dia supaya sama-sama tak terus hanyut dengan duniawi.."adeh..nih pun satu hal...Faham-faham lah....tak kan tuh pun nak kena bagitau apa maksud yang tersirat....
So..sahabat-sahabat....ingatlah..kalau ada yang tegur kita..terimalah dengan hati terbuka...sahabat kita tuh tegur ada sebab..sebab dia sayangkan kita..sebab dia taknak kita terus hanyut....bukannya nak lawan siapa lagi power bab nak 'membasuh' nih!!apa-apa pun..sayangi sahabat kita....termasuk akak-akak yang sentiasa membimbing kita supaya kita sedar siapa kita....huhu..sayangnya akak-akak kat MSU nih....terima kasih akak-akak sekalian...tak yah sebut nama kot..rasanya...masing-masing sedar diri sapa yang saya maksudkan nih...ehem....ehem...adeh..terbatuk lah plak...=p

Saturday, August 2, 2008

PeMiSAh AnTaRa...........


Sebaik sahaja mendengar cerita dari kak faiz...mengenai seorang pengkaji laut....yang memeluk Islam selepas berhadapan dengan ciptaan Allah...yang membuatkan kita ta'jub dengan kebesaran Allah.Ianya membuatkan saya berfikir panjang....

Mungkin sebelum ini..saya pernah mendengar fenomena seperti ini..tetapi...saya tak terfikir untuk terus kaji dan meneliti perkara ini....

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing."(Surah Ar-Rahman : 19-20)

Dalam ayat ini, perkataan barzakh digunakan untuk menunjukkan makna pemisah atau pengasing antara dua benda, tetapi bukan dalam bentuk jisim. Selain tu, perkataan maroja bermaksud, berjumpa atau bercampur. Pengunaan dua perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza dan menyukarkan ahli-ahli tafsir pada zaman dahulu yang mana,mereka membuat tafsiran mengenai kedua-duanya, iaitu berjumpa dan bercampur, tetapi pada masa yang sama terdapat panghalang atau pemisah antara kedua-duanya.

Namun, sains moden ada juga menjumpai satu fenomena di mana apabila air tawar(sungai) dan air masin (laut) berjumpa dan bercampur, terdapat pemisah antara kedua-dua air ini. Ini menyebabkan terdapat perbezaan antara kedua jenis air ini, dari segi suhu, kemasinan dan kepekatan.

Photobucket
Air laut Mediterranean ketika masuk ke lautan Atlantik di teluk Gibraltar.

Sains moden sekarang dapat memberi penjelasan tentang fenomena ini( terdapat pemisah antara kedua-dua jenis air ini). Pada peringkat awal, memang terdapat pemisah antara dua jenis air ini, apabila bertemu di kuala sungai. Tetapi apabila memasuki kawasan laut, air tawar (sungai) dengan sendirinya menjadi masin.

Fenomena yang terdapat dalam al-Quran dijelaskan oleh dr. William Hay, seorang saintis marin dan Profesor Sains Geologi di University Colorado, Amerika Syarikat.Fenomena ini juga diceritakan dalam ayat al-Quran seperti di bawah.

".....dan menjadi suatu pemisah antara dua laut?"(Surah An-Naml : 61)

Fenomena ini berlaku di beberapa buat tempat contohnya pemisah antara Lautan Mediterranean dan Lautan Atlantik di Giblartar. Apabila al-quran menyebut tentang kewujudan "dinding dan batas" bersama-sama pembahagi tersebut.

Photobucket
menunjukkan kadar garam di suatu muara. Dapat dilihat di sini adanya perbezaan antara air sungai dan air laut. (Introduction Oceanography, Thurman, p. 301)

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang mnghalangnya."(Surah Al-Furqan : 53)

Sains moden telah menemui bahawa di kuala-kuala sungai , iaitu suatu tempat di mana kedua-dua jenis air tadi bertemu, berlaku keadaan yang berbeza daripada apa yang berlaku di tempat dua lautan bertemu. Sains moden juga menemui bahawa bahan yang menyebabkan penukaran air sungai menjadi air masin apabila memasuki kawasan lautan di kuala-kuala sungai dikenali sebagai pycnocline zone with a marked density discontinuity separating the two layers. Fenomena ini juga hanya berlaku di sesetengah tempat; antaranya di Mesir, di mana sungai Nil bertemu dengan Lautan Mediterranean......

Wallahualam.....

Friday, July 25, 2008

'ALAQ





Beberapa tahun lalu,ada sekumpulan pelajar di Arab,telah mengumpulkan maklumat mengenai embriologi daripada al-quran.

"...maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak tahu mengenainya."(surah An-Nahl:43)

Jadi,kumpulan pelajar tadi pun menterjemahkan maklumat berkenaan ke dalam bahasa Inggeris dan kemudiannya berjumpa Profesor Dr Keith Moore untuk mendapatkan keterangan terperinci tentang apa yang disebut dalam Al-Quran mengenai embriologi. Keith Moore ialah seorang profesor embriologi dan pengerusi jabatan anatomi di Universiti Toronto, Kanada dan beliau juga seorang yang pakar dalam bidang ini.

Selepas membuat kajian yang lebih terperincin mengenai tafsiran ayat-ayat Al-Quran, beliau mengatakan bahawa fakta yang terkandung dalam Al-Quran mengenai embriologi adalah amat bertepatan dengan fakta sains moden. Namun, beliau tak dapat memberi penjelasan bagi ayat Al-quran tersebut disebabkan beliau tidak mempunyai fakta mengenainya.

"bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah."(Surah Al-'Alaq:1-2)

Perkataan 'alaq, bermaksud segumpal darah,selain itu,ia juga bermaksud sesuatu yang bersifat seperti lintah(cara makannya dan kedudukannya yang tergantung).

Profesor Keith Moore, pada permulaannya tidak mengetahui sama ada janin(embrio) mempunyai sifat seperti lintah. Selepas membuat kajian dengan terperinci,beliau amat terkejut kerana mendapati 'alaq benar-benar menyerupai lintah.Oleh itu, dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan embriologi, beliau berjaya mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai bidang ini.

Profesor Keith Moore dapat menjawab sebanyak 80 soalan yang ditujukan kepada beliau dalam bidang tersebut yang mana dipetik dari al-quran dan hadis.Menurut Profesor Keith,jika soalan-soalan ini diajukan pada 30 tahun yang lalu,sudah tentu beliau tidak dapat menjawabnya kerana kekurangan fakta.

Sebelum ini,Profesor Keith telah menulis sebuah buku 'the developing human'.Namun, selepas mendapatkan maklumat yang banyak mengenai embriologi,beliau sekali lagi menerbitkan buku tersebut edisi yang ketiga.melalui buku tersebut,beliau telah berjaya memenangi Anugerah Buku Perubatan Terbaik.Buku ini juga telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dunia dan menjadi rujukan bagi pelajar perubatan tahun pertama.

Pada tahun 1981, semasa Persidangan Perubatan ke-7 di Dammam, Arab saudi, Profesor keith menegaskan bahawa ayat al-quran mengenai embriologi pastinya datang dari Allah dan turunkan pada Rasulullah SAW kerana manusia pada zaman itu tak mungkin pernah terfikir tentang perkara ini....

Wallahualam....

Saturday, July 5, 2008

Ya ALLaH....AkU MeNGakui akAn KekUasAaNMu......

Photobucket

Kelas Miss Lau hari nih mula seperti biasa...sebelum mula kelas..dalam hati aku berharap agar kelas haematology pagi nih..bukan saja kelas biasa..tp sebagai "kelas ibadah" utk aku...

Miss Lau mcm biasa..soalan pertama dia..
"you orang nak mula new chapter dulu ke..atau nak kuiz dulu??"
"of course la kuiz dulu miss...nanti kitorang lupa apa yang kitorang baca..pastuh kalau dapat result teruk..miss kata kitorang malas plak.penat kitorang baca sampai x cukup tidur...tgk kitorang nih..asyik menguap jer.mata pun dah lebam..tidur lambat semata-mata nak nak jawab yang terbaik tau utk kuiz pagi nih... .."
satu kelas mula riuh-rendah...
"ala..you orang nih..kalau dpt result teruk..you salahkan i..kata lecturer kedekut markah..so hari nih you tanda sendiri..tukar kertas dengan kwn..then tgk sendiri aper salah you.."adeh..kitorang plak yang kena...tp betul kot...hehe...
so kali nih...kuiz pun mula cam biasa...and bila dah habis kuiz..masing-masing tanda kertas kawan yang lain...
"alamak miss...kali nih kawan plak yang kedekut markah!"
masing-masing bagi alasan....huhu...
Bila dah settle semuanya..baru lah miss lau mulakan lecture dia...
DISODERS OF IRON METABOLISM : IRON DEFICIENCY ANAEMIA
semuanya miss lau terangkan seperti biasa...Sampai lah satu topik tuh...
Iron transportation / absorption..........
"dua bahagian yang terlibat dengan proses nih....duodenum dan upper jejunum..."


Photobucket
"di bahagian lumen..ada dua transporter.....divalent metal transporter I and heme carrier protein I akan bawa ferrous......"
proses yang diterangkan miss lau tuh..buatkan aku bertambah kuat ingatan ku pada Yang Maha Kuasa....aku dapat bayangkan.....dua petugas,divalent metal I dan heme carrier protein I yang setia dengan tugasnya...yang sentiasa menjalankan tugas mereka.....setia menanti 'tetamu' mereka..encik ferrous...dan memimpin encik ferrous dengan penuh hati-hati pergi ke sempadan negeri lumen..kemudian dua petugas tersebut..kembali ke tempat mereka..dan menanti dengan penuh setia,tetamu yang dinanti-nantikan..yang mana tetamu inilah akan beri 'kuasa' kepada planet mereka yang bernama manusia.....dan di sempadan negeri lumen...dua petugas yang lain,hephaestin dan ferroportin,akan bawa encik ferrous ke tempat yang lebih selamat...dan seterusnya..
di sini..aku dah nampak 'kerjasama' antara petugas tuh...elok je apa yang mereka lakukan..penuh teliti...dah macam pernah terima arahan....Subhanallah...betapa hebatnya ciptaan Mu Ya Allah....
transporter-transporter nih...sangat setia...sentiasa menjaga amanah yang disampaikan..tapi kita??!
Adakah kita dapat menjaga amanah yang Allah beri?!
Adakah kita sentiasa mengikut apa yang diperintahkan Allah??
Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan..tapi terlalu sedikit kita menunjukkan rasa syukur kita terhadap kurniaan Allah tuh....
Sama-samalah kita renungkan.....

Sunday, June 29, 2008

SeMinAr MemaHami CabaRan SauDarA BarU.....

THE LORD OF THE 'ALAMIN

"THE MIGHTY ALLAH SUBHANA WA TAALA"

Photobucket


Pada 29 jun lalu,saya telah menghadiri satu seminar di dewan MBSA Shah Alam....pagi itu,sebaik sahaja tiba di sana,saya telah berkenalan dengan seorang peserta yang mana..nak kata saudara baru..xderlah baru sangat....NorKhaleeda namanya..manis orangnya....dari rupanya dah boleh agak dia nih chinese...Tak lama tuh..terdetik juga hati saya nak tanya soalan....Dah berapa lama dalam Islam?Macam mana perasaan mula-mula peluk agama islam...Semuanya di jawab tenang...Dia pun sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 org anak....Sempat juga dia nasihatkan saya...

"Kalu syuhada mau cari suami...cari yang ada agama ya...Yang ilmu agamanya bagus...."

Saya hanya tersenyum...memang itu lah impian seorang wanita..nak sehidup semati dengan seseorg yang sememangnya tinggi ilmu agamanya....

Tak lama tuh...baru lah penceramah yang pertama masuk ke dewan...dengan muka yang ceria...Dia perkenalkan diri sebagai Ustaz Redhuan Tee....Ustaz memang ceria orangnya..dan terlampau semangat setiap kali hendak menyampaikan sesuatu...Kadang-kadang suara kuat..kadang-kadang nada sayu...tapi kalu time suara dia kuat..adeh....dasyat gak...Ustaz memulakan ceramah dengan menceritakan tentang cara kita 'menjual' islam....Padanya..orang-orang Islam sekrang nih..suka 'mensensasikan' hal-hal negatif orang islam yang lain..kalau kiter buat macam tuh..macam mana kita nak tepis tanggapan yang negatif dari orang bukan islam...

Ustaz lebih banyak menceritakan perihal Buddha...orang cina...Ustaz ada sebut pasal cara nak tarik perhatian orang cina supaya datang ke masjid...kata dia...dekat Malaysia nih...tak ada lagi masjid cina...masjid india dah ada..kenapa taknak tubuhkan masjid cina...kalau bina masjid...bahagian bumbung masjid tuh cuba tambahkan binaan-binaan 'lentik'...kemudian dekat sign board masjid tuh..tambahkan tulisan cina ckit..mesti ada orang cina yang tertarik...yerlah...orang cina kan suka kalau benda-benda yang berkaitan mereka....kak khaleeda mengangguk2 tanda setuju...

lepas tuh ustaz mula bandingkan ajaran buddha dan agama Islam....topik yang ustaz sentuh mula-mula sekali tentang "integriti menurut buddha" iaitu 10 larangan dalam kehidupan...di sini saya senaraikan semua 10 larangan tuh...



  1. JANGAN BUNUH HIDUPAN BERNYAWA


  2. JANGAN MENCURI


  3. JANGAN BERZINA(ELAK PERGAULAN LUAR BATAS)


  4. JANGAN BERDUSTA


  5. JANGAN MINUM ARAK


  6. JANGAN GUNA SEBARANG WANGI-WANGIAN


  7. JANGAN MENONTON SEBARANG HIBURAN


  8. JANGAN TIDUR ATAS KATIL BESAR/LUAS


  9. JANGAN PAKAI EMAS PERAK


  10. JANGAN MAKAN LEPAS TENGAH HARI

semua nih larangan buddha...kemudian ustaz terangkan satu-satu setiap larangan tuh......"JANGAN BUNUH HIDUPAN BERNYAWA"....ini memang x sesuai la dalam agama kita..sebab kalau Allah larang kita bunuh hidupan bernyawa...mestilah kita tak boleh makan benda berdarah...so..maknanya..mesti lah Allah akan ciptakn struktur gigi kita lain...tak perlu nak ada 32 batang gigi untuk makan sayur-sayuran je..mungkin kita hanya memerlukan gigi central incisor dan lateral incisor....


Kalau orang yang betul-betul ikut ajaran buddha,dia takkan duduk serumah dengan lelaki sebelum dia berkahwin..


Buddha juga tentang sekeras-kerasnya perbuatan minum arak...Semua agama menentang tp still ada kilang arak yang besar-besar...terutama kat shah alam nih....


buddha pun x benarkan hiburan...sampai ustaz kata....entah-entah kalau buddha still hiup..dia pun x bagi dengan 'jom heboh'...satu dewan gelak....kak khaleeda siap kata..


"yalah....orang islam sekarang..cakap tak serupa bikin..."

yerlah...nak buat mcm mana...bukan senang nak suruh semua orang jadi baik....kita sendiri pun..bukan main susah nak jaga diri...ustaz pun ada kata..orang melayu nih suka buat benda yang dia sendiri tak paham..contoh pasal kisah satu stesen radio nih...time tuh ustaz tgh dengar berita yang stesen radio tuh sampaikan..tetba..tak lama pastuh...pasang lagu sepanyol....ustaz terus call dj radio tuh dan terus tanya dj tuh faham ke tak maksud lagu tuh..dj tuh kata tak..ustaz suruh tanya orang atasan yang setkan lagu tuh..orang tuh pun kata tak faham maksud lagu tuh...adeh...tol gak...

Ustaz Redhuan kata..dia x larang cina nak masuk kristian...tapi...aper kurangnya ISLAM?Ada satu kes yang ustaz cerita,ada seorang lelaki nih..dia dah peluk islam selama 25 thn....dah ader 3 orang anak yg masing2 sedang menuntut di ipt,tapi katanya..sepjg dia dlm islam..dia xtau langsung satu huruf arab pun!dan yg paling mengejutkan..dia langsung tak dapat rasakan kewujudan Allah swt...masa anak2 bawa dia ke masjid...dia ikut jugak and solat macam biasa...tp just ikut imam je...bacaan dlm solat pun langsung dia xtau sampailah ada satu hari tuh..seorag wanita bawa dia ke gereja...time tuh baru dia rasa kewujudan tuhan..... At the end,lelaki tuh nak convert to kristian plak....

Ustaz kelihatan sebak sangat masa ceritakan kisah nih....

"kenapa boleh jadi macam nih!"....persoalan dituju kepada semua peserta...

"kenapa masjid tak boleh tunggu 24 jam utk org masuk islam tapi gereja boleh?!Cuba bayangkan...suatu hari..tgh2 mlm anda didatangi seorang sahabat yang ingin masuk islam..so anda suruh dia mengucap dulu...then anda kata kat dia yg daftar esok pagi waktu pejabat kat jabatan agama...mcm mana tetba..sejam pas dia mengucap...dia meninggal??dah tentu lah family dia ingat dia still dalam agama mereka...padahal...dia dah masuk islam...family dia confirm nk kebumikan dia cara agama mereka..mcm mana nih??"

saya pun terfikir juga pasal nih...Kegagalan kita....kita hanya tunggu orang datang..tapi kita tak pergi pada orang...kalu kristian...mereka pergi pada sasaran..bukan hanya menunggu!....

So..sahabat..ingat lah yer...apa2 pun....kita tak boleh buat dulu..baru kaji...tapi kena kaji dulu sebelum buat sesuatu...sempat juga ustaz bergurau...
"tgk mcm negara kita..naik minyak dulu..baru kaji.."

Tuesday, June 24, 2008

MeNjadiKan kULiaH SebAgai IbadAh....

Dalam masyarakat, termasuk di kalangan ulama-ulama serta mubaligh-mubaligh, sepertinya telah menjadi darah daging sebuah penyataan Iaitu: "Kejarlah akhirat, tapi kejar pula dunia. Fifty-fiftylah, 50% untuk dunia, 50% untuk akhirat".
Pada mereka yang berfahaman fifty-fifty ini hanya dengan melaksanakan sembahyang, haji, puasa, doa, baca Al Quran itu saja yang dikiranya amalan akhirat. Sedangkan bila bertani, berdagang, berkebun, berternak, kerja di pejabat, memimpin masyarakat dianggap sebagai amalan dunia.
Dengan demikian amalan dunia itu tidak perlu lagi diselaraskan dengan ajaran Islam. Seolah-olah amalan dunia dan amalan akhirat itu terpisah. Perkara dunia sendiri, perkara akhirat sendiri.Kekeliruan ini perlu dibetulkan. Mari bersama-sama kita kaji ketidakbenaran dalam memberikan pengertian dunia dan akhirat.
Sebelum itu, mari kita lihat pengertiannya yang sebenar satu persatu.
Apa itu dunia? Dunia yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang dibuat atau dikerjakan yang tidak mendatangkan pahala di akhirat atau tidak mendapat keredhaan ALLAH SWT.
Apa itu akhirat? Akhirat ialah sesuatu perkara yang dibuat atau yang dikerjakan sehingga kita mendapat pahala dan ganjaran atau mendapat keredhaan ALAH SWT.

Amalan atau pekerjaan akan menjadi amalan akhirat bila mengikuti lima syarat berikut:
1. Niatnya betul.
2. Perkara yang hendak dilakukan tidak melangar syariat
3. Pelaksanaan mengikuti syariat
4. Hasilnya tidak digunakan untuk hal yang melanggar syariat
5. Tidak meninggalkan ibadah asas dalam ajaran Islam (Solat, Puasa, Zakat).

Sesuatu perkara atau pekerjaan yang kita laksanakan akan jadi amalan akhirat (diberi pahala) bila memenuhi lima syarat tadi. Jika sebaliknya, jadilah amalan itu sebagai amalan dunia. Ertinya tidak mendapat keredhaan ALLAH SWT (ia tidak dapat pahala). Bahkan adakalanya amalan tersebut boleh membawa kepada dosa.


Photobucket

Sekarang kita lihat bagaimana kegiatan kuliah yang kita jalani boleh menjadi sebuah ibadah kepada ALLAH dan menjadi amalan akhirat.
1.Niat yang benar dalam menuntut ilmu adalah untuk merasakan kebesaran Tuhan. Boleh juga berniat untuk melepaskan diri dari kebodohan atau menuntut ilmu fardhu kifayah sehingga dapat menyelesaikan masalah umat Islam dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, dan seni budaya. Jangan belajar kerana menginginkan gaji, nama atau pangkat, untuk bermegah-megah dan ingin masyhur. Jika menuntut ilmu hanya ingin mendapatkankerja dan mendapat gaji sahaja, maka kuliah selama 4 tahun (kalau lancar) hanya akan jadi amalan dunia dan tidak akan bererti apa-apa di akhirat.
2. Ilmu yang dipelajari mesti sah mengikut syariat dan tidak melanggar syariat.
Contohnya: ilmu usuluddin, fiqh,perubatan, engineering, dan lain-lain. Jangan belajar ilmu yang haram seperti ilmu sihir.
3. Pelaksanaannya mengikuti syariat Islam. Umpamanya tidak bergaul bebas lelaki Perempuan, tidak membuka aurat.
4. Hasil dari belajar tadi, ilmunya digunakan untuk manfaat diri dan masyarakat. Masyarakat jadi cerdik dan tidak jahil dengan adanya mereka. Baik dengan lahirnya pakar-pakar dalam Ilmu Islam atau ilmu kemahiran seperti engineer, jururawat,doktor, guru, dan berbagai pekerjaan yang lain. Dengan demikian, semua ini dapat membantu membangun syiar Islam di semua aspek kehidupan dan Islam akan jadi mulia dengan adanya ahli-ahli ilmu yang bertanggungjawab.
5. Ketika menuntut ilmu, jangan sampai meninggalkan ibadah-ibadah yang asas seperti mempelajari ilmu fardhu ain, sembahyang, dan puasa. Kadang-kadang, kerana sibuk belajar dalam kuliah atau mengerjakan tugas, solat kita lalaikan atau dilaksanakan di akhir waktu. Jika demikian adanya, walaupun 4 syarat terdahulu sudah dapat dilaksanakan tetapi ketika syarat terakhir ini diabaikan maka belajar kita hanya akan jadi amalan dunia saja.

Wallahualam....

Sunday, June 22, 2008

PoHon SyuHaDa

Jagalah dirimu dari api neraka dengan bersedekah walaupun dengan separuh biji kurma dan kalau tidak dapat, maka dengan kata-kata yang baik.
(Muttafaqun 'alaih)


Ahad, 5 Ogos 2007
Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil, Nama Baru Untuk Bint Jbeil:“Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah”(Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri ‘Pohon Para Syuhada’, sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel)

Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara tiba-tiba wujud pada pohon tersebut.Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap, sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada.

Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yang terukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid dalam peperangan yang terbaru itu.Para penduduk bandar tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati jumlah dedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah 43 helai.Minggu ini, Bint Jbeil mengenang semula jasa-jasa para syuhada tersebut yang mengorbankan jiwa mereka setahun yang lalu dalam peperangan dengan Israel .

Waktu di mana kejadian ini berlaku adalah dianggap sebagai keajaiban daripada Allah sebagai sanjungan kepada para syuhada tersebut."Pada malam Sabtu yang lalu, kami menganjurkan sebuah majlis sambutan untuk meraikan kemenangan dalam perang setahun yang lalu," kata seorang penduduk."Kami tempat duduknya di dalam dewan itu, beliau menanyakan tentang pohon itu dan melihatnya dengan penuh hormat setelah Haji Selim Bazzi (seorang yang terhormat di bandar itu) menerangkan kepadanya mengenai idea monumen berkenaan dan bagaimana ia dibuat.

Tiada sebarang daun pun yang kelihatan pada waktu itu. Segalanya adalah seperti biasa".Para imigran Lebanon telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada Amerika, Kanada dan Australia , sementara yang lain daripada kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau Teluk, telah mula memenuhi bandar ini untuk melihat sendiri monumen itu.“Bint Jbeil telah digelar sebagai Ibukota Perjuangan dan Pembebasan, ibu kepada para syuhada dan sebuah kota para pelaksana revolusi,” komen daripada penduduk yang lain, “Kini ia mempunyai nama yang baru : Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas bandar yang suci ini dan para syuhadanya serta para pejuangnya dan semoga Allah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.Allaahu Akbar!Selawat!!!Isnin, 6 Ogos 2007Keajaiban Pokok Ini Adalah Satu Anugerah Allah Untuk Seluruh Manusia Sebagai Petunjuk Kepada Ketinggian Darjat Dan Maqam Para Syuhada Di Bint Jbeil Yang Sanggup Menyabung Nyawa Mereka Untuk Menghadapi Kezaliman Israel di Lebanon...Allaahu Akbar!!!

PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucket
Photobucket
Inilah wajah pemilik pohon yang penuh dengan keajaiban itu...Semoga Allah sentiasa merahmatinya...

Photobucket
Pemilik pohon ajaib, Haji Soliman Daoud (Abu Mohammad) sedang ditemuramah oleh wartawan TV al-Manar milik Hizbullah

Photobucket
Seorang Ulama yang turut datang melihat keajaiban pohon tersebut sedang diberi penjelasan tentang kejadian yang mengujakan itu...

Photobucket
Salah seorang pengunjung sedang mengungkapkan luahan rasa hatinya terhadap keajaiban pohon yang disaksikannya dengan mata kepalanya sendiri...
Wallahua'lam

Saturday, June 21, 2008

MaDah waNitA soleHaH

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
wanita melayu terakhir
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada, Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"
wanita solehah

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...