Wednesday, October 10, 2012

Teruskan berdoa untuk dia...Hilangkan keraguanmu...

"syuhada cuti lama-lama ni,ada orang datang meminang ke?" tanya Datin Faizah, ibu kepada salah seorang anak murid saya untuk kelas mengaji.

"eh..bukan kak...saya balik sebab cuti study week....hehe..."agaknya ingin menyakat saya kot...

"ermm..sebenarnya akak nak tanya syuhada lahh...syuhada dah ada someone ke?sebab akak berkenan nak kenalkan dengan anak sedara akak yang baru jadi doktor...." terkejut saya..terdiam saya...krekk..krekk..bunyi cengkerik...

"aaaaa...kak..saya...ermm..saya balik dulu la yea...."anaknya melompat kegirangan seakan-akan merestui apa yang ibunya perkatakan...hari ini je,bercakap soal jodoh...ianya bukanlah sesuatu yang mudah...bukan juga semudah a.b.c...atau nak sedap lagi...sesenang alif...ba..ta...tetapi ia suatu perkara yang sangat berat...ala-ala apa orang kata..macam kena hempap batu gituh(no..no..no...ini saya yg kata)...erkk..gituh ke perasaan bila start fikir bab jodoh ni??..setiap orang,lain pula perasaannya....

Teringat saya sewaktu sebelum mengerjakan umrah dulu,terlalu ramai yang meminta untuk doakan bab jodoh mereka...

"syu..doakan saya cepat kahwin yea.."

"syu...doakan akak bertemu jodoh yang baik yea..."

syu...syu...syu....ye..ye..ye...

"insyaAllah...syu sentiasa doakan yang terbaik.. =) " ok...nampak tak apa yang saya nampak??ehem...ehem...ehemm....betapa ramainya yang sangat risau bab jodoh...sama ada bertemu jodoh dengan orang yang sebaiknya atau sebaliknya.....dan untuk saya....of course la kena risau gak...jangan memain...kalau silap pilihhh..uiii...abisss....pilih bukan sebarang pilih...pilih seorang bakal imam untuk diri kita dan bakal ayah untuk anak-anak kita nanti..

Sering saya mengingatkan pada teman-teman terdekat...kalau nak jodoh yang baik..kita berusaha untuk ke arah yang positif...kalau nak jodoh yang cintanya kuat pada Allah...kita juga kena kejar cinta Allah dulu...dan dalam masa yang...doa dengan detail....ibarat kita nak mencari maklumat dengan pakcik google lah...contohnya kalau saya nak cari sesuatu maklumat...saya taip 'bunga'....owhh..ini terlalu umum......saya taip lagi...'bunga ros'...owh tidak..bukan ini yg saya nak...saya taip lagi...'bunga ros dari kertas'....yesss...tepat....keluar lah gambar ros kertas yang dibuat dari kertas untuk dijadikan contoh bunga yang saya nak buat menggunakan kertas...

jadi...kalau kita nak sesuatu...doakan dengan jelassss...Allah tahu hambaNya nak yang macam mana...tapi Allah sekadar ingin mendengar kesungguhan hambaNya... kadang-kadang...tak kurang juga,ada yang berdoa tetapi tak cukup yakin dengan Allah...adusss...dia ragu dengan Allah lahhh...elemek....point paling penting hamba nak sentuh, yang nih lah...uihhh..bukan main,dari tadi dok membebel sana sini,rupa2nya ini yea....ye...ramai yang berdoa pada Allah untuk dapatkan jodoh yang terbaik tapi terhijab oleh keraguan pada Allah padahal doa dia dah baikk dah

”ya Allah aku memohon pasangan yang terbaik di sisiMu ya Allah”… tapi masa memohon jodoh pada Allah timbui dalam hati yang perasaan yang dia ragu dengan Allah…

"ishk...macam mana kalau Allah bagi aku jodoh yang tak baik.....mana tahu itu lah jodoh yang Allah kata terbaik untuk aku"
"macam mana kalau jodoh yang terbaik kat sisi Allah tuh jodoh yang tak hemsem/ jodoh yang tak cunnn...."

"abislah aku kalau tetba jodoh yang baik untuk aku ni,jodoh yang cacat..ahhhhh...sudahhh..." dan pelbagai lagi keraguan kita pada Allah yang kita tidak sedari. Selagi kita dok rasa dalam hati macam tu, ia akan terus hijab akibat keraguan pada Allah.Kita dok sibuk-sibuk dok meminta-minta...tetapi kita ragu pada Allah...kita fikir negatif pada Allah.... Yakinlah seandainya Allah berikan pasangan yang terbaik di sisiNya pasti yang diberikan itu memenuhi kehendak hati kita dan menyenangkan hati kita. Ketika kita sedia menerima pasangan kita, pastinya ketika itu kita menerima sepenuhnya pasangan kita tu kerana dia jodoh kita. Jika ia jodoh kita…. Allah pasti mengaturkan semuanya terbaik buat kita. Kenapa still nak ada keraguan pada Allah?

Apa yang penting???!!(nada wonderpets)adalah keyakinan kita pada Allah bahawa pasti ketika kita meminta yang terbaik, Allah akan berikan yang terbaik. Pasti diberikan Allah seorang pasangan yang mampu membahagiakan hati kita.InsyaAllah... So...seringlah back to Allah agar jiwa kita sentiasa menyala-nyala api cinta kita pada Allah....datang dari hati yang ikhlas bukannya dari fikiran...bukannya buat-buat cinta plak eh...

Pulanglah pada Allah dalam apa jer kita lakukan. Buka minda kita ni,pertahankan kesedaran ini. Redha dan berserah pada Allah Yakinlah tidak lama lagi teman-teman akan mendapat jodoh.Yakinlah bahawa Allah sedang membuka jalan untuk pasangan kita bertemu dengan kita dalam satu suasana yang pasti menjadi ingatan kita buat selama-lamanya. Allah sedang aturkan tidak sesaat awal dan tidak sesaat lewat…tepat pada waktunya Untuk diri kita pula, teruskan memohon pertolongan Allah dengan SABAR dan BERDOA. Buangkan perasaan keraguan ni, sedarilah Allah setiap saat.. di sana pasti kita akan merasa yakin dengan Allah setiap detik dalam hidup nih.

Teringat kata-kata seorang teman..."syu nih dok bagi nasihat bab nih macam syu dah anak 4..huhu...."....heeee...memang dah anak empat pun...anak kucing dua,anak mata dua...sekadar sharing pengalaman orang terdekat....Wallahualam..

Sunday, August 12, 2012

"lama jugak ni awak kena stay di ICU..."


“syu,mlm ni kalau free call akak..dah lama tak dengar suara awak..”saya menerima mesej dari kakrin, salah seorang ustazah yang sering saya bertalaqi dengannya.(mempelajari Al-Quran terus dari sebutan guru)


“hehe…baikkk kak rin…” tokojut den ahhh…rindu lah tuhh…huhu..bukan main susah selama ni kak rin nak mengatakan ‘rindu’ atau ‘sayang’ pada saya..jika rindu katakan rindu,jika sayang luahkan sayang...biasalah, tuk guru hamba kan…hehe

Agak lama tiada kesempatan untuk berjumpa dengan kakrin sejak saya pulang dari menunaikan umrah 3 minggu lepas…memandangkan kakrin agak sibuk bila memasuki bulan Ramadhan…

Perkenalan saya dengan kakrin di sebuah kedai jubah, tika itu (fuhh..mcm tajuk lagu la plak ) sedang asyik membelek2 jubah, ditegur oleh seseorang… “beli lah..memang sesuai pun dengan awak…” itulah kali pertama kami berkenalan…ketika itu dia menjadi pembantu kedai….dan tak lama kemudian, kami  bersua kembali di sebuah program sehinggalah dia menjadi sifu untukku…

Jika diimbas kembali kenangan lalu,hampir setahun lebih saya mengambil masa untuk membetulkan makhraj dan beberapa cara bacaan yang lain…mungkin sebelum ini saya kurang terdedah kepada individu yang dapat membantu dengan lebih dekat lagi….

Teringat saya ketika berada di madinah…ditegur oleh jemaah dari Mesir… “ Malizia??” dengan dialek arab,dia bertanya adakah saya berasal dari Malaysia…

“aiwah…”saya menjawab sambil tersenyum…

“saya dengar, orang dari Malaysia, semuanya mengaji dengan merdu…boleh awak bacakan ini untuk saya?” ( dah translate yerr…hehe…) sambil dia menunjukkan Surah Al-fatihah…

Sambil tersenyum plus malu-malu kucing( geli la plak ), saya  menyambut permintaannya….setelah selesai,wajahnya kelihatan sungguh………….tak tau nak habaq lagu mana….”subhanallah…masyaAllah…your voice is very good…and your makhraj is very clear…..in Malizia,is it got any class that teach about quran?” dia bertanya sekadar ingin mengetahui situasi di Malaysia…

Saya menjelaskan serba sedikit situasi di Malaysia….. rupa-rupanya beliau adalah seorang ustazah yang mengajar kelas Al-Quran di Mesir….dan ketika itu, wajah kakrin bermain2 dalam fikiran saya….kerana dial ah yang banyak membantu saya dalam mendalami lebih banyak ilmu…

“akak rasa pas dengar cara bacaan quran awak ni,nak kena masuk ICU ni…..lama jugak ni nak kena stay dalam ICU…” itulah teguran kakrin beberapa tahun yang lepas….harus lah saya lebih berusaha dengan gigih…

Perasaan yang paling gembira bila mana saya dah grad dari ‘kolej kakrin’ dan seterusnya dibenarkan untuk mengambil sanad di Yayasan Restu…..ya…saya berharap ,sebelum saya meninggalkan dunia ini, biarlah saya dapat menyempurnakan cara bacaan Quran mengikut sebagaimana kekasih hati saya Rasulullah saw…

Bidang pembacaan al-Quran amat mengutamakan sandaran dalam memastikan ketepatan bacaan. Imam Ibn Jazari (wafat 833H) telah menggariskan antara rukun pembacaan al-Quran yang sahih adalah kesahihan sanad (sandaran) periwayatan bacaan. 

Al-Dani (wafat 444H) menyatakan Kesahihan sanad pembacaan al-Quran adalah suatu yang dituntut, terutamanya bagi seseorang yang bertaraf ahli atau pakar dalam bidang bacaan al-Quran dalam memperteguhkan dakwaan mereka terhadap sesuatu bacaan. Ini kerana pembacaan al-Quran yang tepat itu pasti dikaitkan dengan sumber pengambilan bacaan tersebut dari guru sebelumnya secara pembelajaran sebutan dari mulut ke mulut. 

Keahlian dan kepakaran seseorang yang bertaraf Qurra’ dalam pembacaan al-Quran hanya akan dapat dibuktikan dengan adanya kesinambungan periwayatan bacaan tersebut tanpa putus kepada Rasulullah s.a.w. yang disertai dengan pengiktirafan guru yang menganugerahkan beliau Sanad tersebut.Sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi pembacaan al-Quran telah diwarisi secara penyampaian dari mulut ke mulut bagi menepati bacaan yang telah di turunkan kepada Baginda s.a.w. secara Tartil (bertajwid) menepati firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya:

“Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)”  (Al-Furqan: 32) 

Mungkin ada segelintir dikalangan kita yang memandang ringan pada makhraj huruf….apa itu makhraj??makhraj ialah tempat keluar huruf, untuk sesiapa yang belum tahu atau terlupa…
aiippp…jangan main-main…kesalahan makhraj ni boleh lari maksudnya tau….tetapi saya bukanlah orang yang paling layak untuk sampaikan ilmu ini,sekadar berkongsi…



 Cara Sebutan Asas Huruf Arab (Makhraj)
  1. Alif - Membuka bibir dan belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan
  1. Baa - Merapatkan kedua bibir
  1. Taa - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
  1. Tha - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
  1. Jim - Tengah lidah ditekan ke lelangit
  1. Ha - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
  1. Kho - Mengangkat belakang lidah hingga bersambung ke lelangit lembut
  1. Dal - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
  1. Zhal - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
  1. Ro - Belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan dengan bergetar
  1. Zai - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
  1. Sin - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
  1. Syin - Tengah lidah ditekan ke lelangit
  1. Sod - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
  1. Dhod – tepi lidah ke gigi geraham atas,kiri atau kanan,kanan lebih baik.
  1. Tho - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
  1. Dho - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
  1. Ain - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
  1. Ghain - Mengangkat belakang lidah sehingga bersambung ke lelangit lembut
  1. Fa - Permukaan bibir bawah ditekan kehujung gigi kacip atas
  1. Khob - Pangkal lidah ditekan ke anak tekak
  1. Kaf -Pangkal lidah ditekan ke lelangit belakang
  1. Lam - Bahagian depan lidah ditekan ke gusi hadapan
  1. Mim - Merapatkan dua bibir dengan merendahkan tutupan
  1. Nun- Hujung lidah ditekan kegusi hadapan
  1. Wau - Membulatkan dua bibir
  1. Ha - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
  1. Lam Alif - Menyambungkan sisi lidah dengan gusi
  1. Hamza - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
  1. Ya - Tengah lidah ditekan ke lelangit

Lepas tarawikh, baru teringat mesej kakrin petang tadi…..

Tuutt…tuutt….tuutt…tuutt… “Assalamualaikum akak….”sembang panjang kami…..terus saya menceritakan detik2 pertemuan dengan ustazah dari Mesir ketika di Madinah….

Terdengar suara kakrin ketawa kecil mungkin dek kerana lawak yang saya selitkan ketika bercerita….”ececeecece…kembang lah tuh kak, ada orang  puji makhraj syu….ecececewahhh…”…yalah,guru mana yang tak seronok bila melihat anak didiknya makin bertambah baik dengan apa yang diajar…

Pelajarilah lagi ilmu quran...bukan sahaja makhraj,tetapi panjang panjang pendek,ilmu tajwid dan lain-lain....InsyaAllah….mudah-mudahan kita sentiasa tergolong di kalangan mereka yang berusaha mendekatkan diri dengan Al-Quran….

Wallahualam....

Sunday, August 5, 2012

Allah's Guest Part 1 ( Aku tiba di Kota Cahaya )

Dengan lafaz Basmallah, saya memulakan kembali untuk mengisi teratak imtiyaz yang sudah lama agak bersawang...buzy sangat kot...huhu.... Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman menjadi tetamu Allah..International exposure to jeddah, program bersama-sama teman2 satu kos dan beberapa orang lecturer..

Alhamdulillah pada pagi Jumaat, 6 Julai 2012 yang lalu,kami selamat tiba di airport Madinah... Sebaik sahaja kaki ini melangkah keluar dari flight, terasa bahangnya keadaan di sana dan kami dimaklumkan suhu ketika itu hampir 50 darjah celcius... "akak...panasnya...silau mata syu..tak tahan..." saya sedikit mengadu pada kak suraya yang baru saya kenali sebelum menaiki flight... 


"syu....macam mana Rasulullah dan sahabat2 dulu berjuang ya..." kak suraya bermuhasabah sebentar...

Airport Madinah

Allahurobbi...terus mengalir air mata saya...Allah...teringat saya bagaimana hebatnya Rasulullah dan sahabat2 baginda menghadapi peperangan dahulu kala antaranya Perang Badar, Perang Uhud.....hebatnya mereka...kalau nak diikutkan dengan ketahanan fizikal dan mental, ianya dimiliki oleh semua orang tapi apa yang mereka miliki ialah keimanan yang tinggi dan kesatuan yang utuh. Hebatnya tentera Islam dahulu kala.. bukan sahaja hebat di medan perang bahkan hebat juga hubungan dengan Sang Pencipta..

Selepas memasuki ruangan airport Madinah, menanti untuk 'ditapis' oleh bahagian imigresen...tapis jangan tak tapis...sampai di sana, saya dah dapat merasakan orang arab ni agak garang-garang ye..itu di mata kita..tapi di mata mereka,bukan lah garang mana pun..huhu..

Selepas selesai segala urusan,kami mula menaiki buroq kami menuju ke hotel...hotel berkenaan terletak agak dekat dengan masjid nabawi...sebaik tiba sahaja di hotel berkenaan....

ini lah bilik kami =)




Sementara menunggu giliran untuk mendapat kunci bilik, kami ambil masa pusing2 di kedai yang berada di sekitar hotel...


"malaysia bagus...one malaysia....mari beli..." tegur salah seorang pak arab dari sebuah kedai sebaik ternampak kami.

"ni mesti banyak tengok tv3 nih..." bisik salah seorang teman saya...terpengaruh dengan media la ni pak2 arab ni..kui..kui..kui...

"erkk..miss...diorang boleh cakap melayu lahhh..."miss halijah tersenyum melihat gelagat kami yang terpinga2 dengan suasana di situ...

"Miss, mana masjid nabawi??"saya terpusing2 di sekitar hotel mencari masjid nabawi...ingin melepaskan rindu yang selama ini bersarang di hati...


"cuba awak pandang belakang awak..." tegur Miss Halijah sambil tersenyum...

Subhanallah, Masjid Nabawi tersergam indah di depan saya...Ya Allah...terasa sebak di hati...tak sangka diri ini dapat hadir ke sini...

"ok..lepas ni,mandi,siapkan diri,6.30 tunggu kat lobi kita pergi solat maghrib..jangan lupa bawa uncang kasut ya....kat sana banyak air zam-zam...merata-rata...minum lah puas2 nanti...."pesan Miss Halijah bertindak sebagai ummi kami di sana...

"Baikkkkk...." bersemangat kami...tak sabar nak menjejakkan kaki ke sana...tak sabar nak solat berjemaah di sana..tak sabar untuk segala2nya lah....

Kami mula bergerak menuju ke masjid...hati makin berdebar-debar...



Tiba sahaja di pintu masjid, kelihatan pegawai keselamatan wanita yang lengkap berpurdah sedang membuat pemeriksaan beg para jemaah...masuk sahaja dalam ruangan masjid, Miss halijah menunjukkan tempat air zam-zam...wahh...berderetan air zam-zam....

deretan air zam-zam dalam masjid


Azan maghrib berkumandang merdu memecah kesibukan kota Madinah petang itu...berpusu-pusu penduduk di situ memasuki masjid untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang muslim....

Selesai solat maghrib...saya bermuhasabah sebentar...diri ini seakan-akan masih tidak percaya telah tiba di bandar Islam yang pertama...Alhamdulillah ya Allah....

Sunday, June 3, 2012

Persiapkan dirimu...

Pernahkah kalian terfikir cara kalian bakal menghadapi sakaratulmaut??atau pernah bermimpi sebegitu?Pernah terfikir bagaimana kalian mengakhiri hidup di dunia yangpenuh fitnah ini??oppsss..bukan kalian je...tapi termasuk saya...

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut. Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)


Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti. “Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”. (Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut). 

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menghadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkum. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”. 

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”. Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti. Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللَّÙ‡ “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432]. 
Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! " Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita. 

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah). Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah). 

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah. “Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab” (Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.) “Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah” (Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) 

Kepada Allah kita berserah.

Sunday, April 1, 2012

Sejauh mana kau memahami ayat-ayat cinta Allah?

"awak baca quran dengan mendayu dan sangat bagus cara bacaan awak...dah tentu awak tahu setiap maksud ayat-ayat quran yang awak bacakan..."tegur seorang wanita dari mesir pada sahabat saya ketika dia mengerjakan umrah.

"tapi saya tak tahu kesemua maksud ayat-ayat quran yang saya bacakan..."

"apa??sangat pelik...awak baca quran dengan bagus sekali,tapi awak tak tahu apa yang awak bacakan??" wanita berkenaan kelihatan sangat terkejut.

uiiii...tersentak sahabat saya tu...
"sejak tuh syu,baru kita terasa,kita semua nih sibuk berlumba-lumba,siapa baca Quran paling sedap,ngan taranum bagai,tapi kita kurang pentingkan bab tadabbur quran ni.."

Apa yang dimaksudkan dengan Tadabbur?
Tadabbur adalah berfikir secara menyeluruh yang sampai pada akhir dari indikasi kalimat dan tujuan-tujuannya yang jauh.
Makna tadabbur Al-Qur’an adalah berfikir dan memperhatikan ayat-ayat Al-Qur’an untuk memahaminya, mengetahui makna-maknanya, hikmah-hikmahnya, dan maksudnya.
Tanda-tanda tadabbur:
* Bersatunya hati dan fikiran ketika membaca, cirinya adalah berhenti kerana ta’ajub dan mengagungkan.
* Menangis kerana takut pada Allah.
* Bertambahnya khusyu’.
* Bertambahnya iman, cirinya adalah berulang-ulang membaca ayat-ayat tersebut secara refleks.
* Senang dan bahagia.
* Gementar kerana takut pada Allah Ta’ala kemudian dia dikuasai oleh harapan dan ketenangan.
* Sujud untuk mengagungkan Allah ‘Azza wa Jalla.



10 Kunci Tadabbur Al-Quran

1. Cinta pada Al-Qur’an
Tanda-tanda hati cinta pada Al-Qur’an :
* Senang bertemu dengannya
* Duduk bersamanya dalam waktu yang panjang tanpa bosan
* Rindu padanya
* Banyak bermusyawarah dengannya, percaya penuh dengan bimbingan-bimbingannya, dan kembali padanya ketika ada masalah dalam kehidupan baik yang kecil maupun yang besar.
* Mentaatinya baik perintah maupun larangan.

2. Tujuan-tujuan membaca Al-Qur’an
Di antara tujuan membaca Al-Qur’an adalah :
* Berharap pahala
* Bermunajat pada Allah
* Berubat
* Ilmu
* Amal

3. Mendirikan solat dengan membaca Al-Qur’an

4. Membacanya pada waktu malam

5. Mengulang-ulang mengkhatamkan Al-Qur’an dalam seminggu atau sebagiannya

6. Membacanya dengan hafalan

7. Mengulang-ulang ayat

8. Mengaitkan lafadz dengan makna

9. Membaca dengan tartil

10. Membaca dengan keras/kuat

Jom kita sama2 tadabbur Al-quran

Fikir --> Maksudnya menggunakan akal yang bijak dalam memikirkan sesuatu.
Perhati --> Maksudnya melihat dengan teliti, peka atau ambil peduli
Faham --> Maksudnya mengetahui sesuatu itu dengan lebih mendalam
Menghayati --> Mengalami, merasai atau terkesan sesuatu dalam hati.

Wallahualam (^_^)

Diringkas oleh Abu Shiddiq Asy-Syirbuni dari Mafatih Tadabburil Qur’an wan Najah fil Hayah, Tulisan : DR. Kholid bin Abdul Karim Al-Lahim (Ustadz Al-Qur’an wa ‘Ulumuhu di Universitas Al-Imam Muhammad bin Su’ud Al-Islamiyah)

Monday, January 30, 2012

Calon suami saya mesti tinggi ye...

Di suatu petang dalam keadaan angin bertiup sepoi-sepoi language, dua orang sahabat sedang duduk bersembang santai di tepi tasik shah alam yang cantik....

"mira,kalau mira nak suami..nak suami macam mana??" wawa bertanya dengan wajah yang penuh tanda soal dan penuh minat...

"hmmmm...kalau mira...mira nakkan calon suami yang tinggi..."mira menjawab dengan tersangatlah penuh pengharapan jugak...

"la...kenapa tuh je kriteria yang mira letakkan??kenapa mesti 'tinggi'??" wawa seakan2 masih kurang berpuas hati dengan jawapan mira...

"errmmm...sebab...mira suka orang tinggi la...ala,yang nak kahwin tuh,mira..wawa cari lah ikut yang wawa minat..." mira menjawab dengan slumber.

"mira,jangan terlalu memilih...cukup la kalau calon suami tuh ada agamanya,kuat hubungannya dengan Allah..abis,kalau datang seorang lelaki meminang mira,lelaki tuh baik dari agamanya,tapi cuma kurang ketinggian,mira nak tolak macam tuh je?" wawa cuba menyedarkan sahabatnya kembali...tapi mira sekadar senyum menadah telinga...

"wawa...maksud mira tadi..mira nak lelaki yang tinggi...tinggi ilmunya,tinggi ketaatannya pd Allah...tinggi semangat juangnya dalam medan dakwah,tinggi tanggungjawab sebagai imam pada mira,tinggi tanggungjwbnya pd keluarga...tuh la mira cuba nak sampaikan..." mira tersenyum lebar...ditambah kerana berjaya menyakat sahabat kesayangannya itu....wawa tersenyum sambil menyekeh2 sahabatnya...

----------------------------------------------------------------------

Kriteria Umum Seorang Suami Pilihan

Kriteria yang pertama adalah keutamaan kepada yang baik agamanya. Ini diukur kepada akidahnya dan bagaimana dia beramal dengan Islam. Adakah ia menjaga solatnya, akhlaknya, dan seumpamanya. Ini adalah berdasarkan hadis ini:

“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)

Kemudiannya, hendaklah lelaki itu yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik bagi memimpin sebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)

Ini adalah bagi menjamin antaranya keselamatan, kebahagian, nafkah (kewangan), dan pengurusan yang baik. Dalam persoalan lelaki sebagai pemimpin, lelaki dilebihkan dalam beberapa hal, antaranya adalah keupayaan fizikal yang melebihi wanita, dan kebolehan untuk bergerak dalam melaksanakan kerja/tugasan di luar.

Di samping itu, lelaki/suami juga perlulah berupaya mendidik keluarganya ke arah agama dan kehidupan yang baik. Ini adalah bagi menjamin kesejahteraan dalam berumahtangga, melahirkan zuriat yang soleh-solehah serta menjamin kebaikan di akhirat kelak. Oleh itu, bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, suami juga perlulah memiliki ilmu yang sewajarnya bagi menjamin keluarga sentiasa dalam keadaan yang aman, harmoni dan bahagia.



-----------------------------------------------------------------------------------

Mudah-mudahan,dengan sikap 'berhati-hati' kita dalam memilih calon imam, akan terbina baitul muslim yang berjaya,penuh sakinah mawaddah warahmah... =)

Sumber : http://ibnusulaiman.wordpress.com
Diedit sikit2 oleh : imtiyaz

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...