Tuesday, September 19, 2017

Kita pergi menghadap Ilahi


Malam tadi, lepas selesai on call, hajat syu nak singgah di bahagian unit kecemasan untuk tengok apa-apa yang patut. Tak sampai setengah minit, seorang pesakit yang tidak sedarkan diri di bawa ke unit kecemasan. Pesakit tersebut seorang nelayan, lemas selepas botnya terbalik di lautan.

Pagi ni terfikir untuk pergi lawatnya di wad. Salah seorang doktor dari unit kecemasan semalam maklumkan pada syu bahawa pesakit semalam sudah meninggal dunia. Syu terdiam.

Kematian yang pasti. Ada yang menghadapi kematian selepas menderita sebarang penyakit, ada yang menghadapi kematian dalam keadaan sihat tapi secara tiba-tiba. Tapi kita, hanya mampu usaha untuk kumpulkan 'bekalan' di sini sebagai petanda kita bersedia bila-bila masa sahaja untuk kembali pada Yang Mencipta kan kita.

Walaupun kita semua tahu, kematian itu sesuatu yang pasti, kita pernah belajar mengenai alam kubur, kita tahu wujudnya syurga dan neraka, tapi kadang-kadang kita seakan-akan lupa. Tak salah untuk kita sentiasa bermuhasabah tentang mati, tapi jangan cari mati. Ada je dari kita yang masih boleh berbicara tentang kematian, tapi tindakannya langsung tak menggambarkan apa yang sedang dia katakan. Tanggungjawab dengan Allah susah sangat nak penuhkan, Solat entah ke mana. Anak isteri masih tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kalau masih ada yang baru nak berubah, belum terlambat. Tapi tak bermakna boleh lengah-lengahkan. Buat semula check list amanah kita dengan Allah. Tak tahu solat, belajar semula solat. Tak kisah la umur anda 15 tahun, 20 tahun, 40 tahun, walaupun dah 50 tahun sekalipun, belum terlambat. Yang terlambat bila anda menyesal dan nak taubat saat-saat anda dah nazak nyawa di hujung tanduk. Dah lama tak baca Quran sebab tak tahu baca...cari individu yang boleh bantu. Paling penting, saat bila mana anda terasa nak bertaubat, terus tadahkan tangan dan mohon agar Dia Yang Maha Penyayang bantu anda untuk kembali padaNya.

Wallahualam

Syuhada Salleh
10.33 am
Palghar, Mumbai

Sunday, September 17, 2017

Kebenaran yang menyakitkan



Selepas dapat tahu kebenaran di sebalik kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ada beberapa perkara yang syu terfikir sebaik persoalan itu ditimbulkan oleh orang sekeliling. Antaranya, kebiasaan pusat tahfiz, bangun awal pagi untuk meneruskan aktiviti mereka, tetapi ketika kejadian, mereka masih tidur, syu terfikir, ini juga rahsia Allah mengapa Allah 'izinkan' mereka untuk tidur lagi waktu tu sehingga ditakdirkan mereka semua syahid dan kembali kepada Sang Pencipta. Semuanya rahsia Allah.

Kemudian, tempoh masa untuk mencari dalang di sebalik kejadian ni juga agak cepat. Allah memelihara mereka yang ikhlas di jalanNya dari terus menerus difitnah. Jutaan tahniah pada PDRM dengan gerak kerja yang pantas. Namun, sebaik mengetahui mereka yang bertanggungjawab dengan kebakaran ni, hati syu remuk. Allah, geng 'budak-budak' rupanya yang buat semua ni. Betapa dasyatnya sehingga 'budak-budak' ni boleh merancang untuk membalas dendam sedemikian rupa dengan sangat terperincinya dan 'jayanya' sehingga mampu meragut nyawa.

Makin parah generasi kita sekarang. Makin mengganas masalah generasi kita sekarang. Allah...perkara yang menakutkan. Ramai yang tuding jari pada ibu bapa budak-budak ni. Sehingga ada keyboard warrior yang rasa nak bakar budak-budak ni dan letakkan di hadapan ibu bapa mereka untuk saksikan apa yang dah mereka didik anak-anak mereka. Wallahualam, kita tak tahu salah siapa, salah ibu bapa yang kurang beri didikan agama, atau salah masyarakat yang mudah meminggirkan remaja yang bermasalah atau salah remaja tu sendiri sebab tak tahu jaga diri dan jaga iman atau mungkin salah kita sendiri sebab tak cukup kerja dakwah. Semoga Allah ampuni kita.

Syu tahu dalam doa-doa yang sahabat- sahabat syu titipkan setiap kali lepas solat, ada terselit doa untuk anak-anak dan bakal anak-anak. Teringat syu dengan satu doa yang pernah salah seorang sahabat syu kirim pada syu ketika syu menunaikan umrah sebelum ni.

" syu..doakan akak dan keluarga tetap mendirikan solat ye.."

Permintaan doa yang ringkas tapi besar impaknya andai kita dan keluarga lalai. Ya Rab..Generasi apa ni yang sedang membesar dalam masyarakat kami ni. Generasi yang mana lagi kita nak harapkan untuk teruskan kerja Islam. Allah...

Teruskan doa sahabat-sahabat untuk zuriat dan keturunan kalian. Mohon la pada Dia yang sentiasa menanti bait-bait doa dari hamba-hambaNya. Mohon la agar zuriat dan keturunan kita tetap mendirikan solat, taat padaNya dan keturunan yang tidak mengulangi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Bawa la isteri atau suami kalian lebih dekat pada Yang Menciptakan perasaan 'cinta' agar seluruh keluarga kalian tetap terpelihara dalam rahmatNya. 

Teruskan berdoa..

Doakan senjata mukmin (^_^)

Tuesday, September 12, 2017

Hari Merdeka Kami di India

Assalamualaikum buat semua yang sudi singgah di teratak syu..hehe

Sebenarnya syu nak share sikit macam mana kami sambut merdeka di tempat orang. Masa hari merdeka baru-baru ni, salah seorang teman syu beli manisan untuk diberi kepada doktor-doktor dan staff disini. Jadi, kami mulakan langkah dengan berjumpa beberapa doktor dan staff. Sambil perkenalkan tujuan kami berikan manisan di sini adalah sempena menyambut Hari kemerdekaan Malaysia yang ke-60. 

Dan ketika itu, ada beberapa dari mereka yang kata,"ohh, that is why all of you look so nice today." tersengih kami sambil menerangkan baju tradisional kita, baju kurung dan baju melayu serta dua dari teman kami berbaju kurti. Tapi baju kurti ni sama dengan orang-orang kat sini. hehehe


Selepas teman syu, Adilia siapkan video sempena Hari Merdeka, tiba-tiba video tu jadi viral di kalangan staf di sini. Dan sejak tu juga, syu nampak kebanyakan doktor-doktor yang sebelum ni hubungan kami agak tegang, tapi jadi makin ok lepas mereka tengok video tu. Mungkin mereka terharu kot. haha. Maksud syu, agak tegang hubungan sebelum tu, lebih kurang mereka kurang bercakap dengan kami, tak pasti sama ada disebabkan masalah bahasa perantaraan atau pun mereka kurang gemar dengan kehadiran orang asing. huhu. Syu faham je, bila dah masuk alam pekerjaan, menjadi satu kebiasaan jika wujudnya sebarang masalah berkait dengan hubungan antara seseorang yang lama dan baru. Tapi, perlu juga pecahkan tembok yang menghalang untuk bina hubungan yang lebih baik kan. Setuju ke setuju? Heeeee.

Saturday, September 9, 2017

Muka kembang semangkuk

Alhamdulillah..hari ni hari keenam selepas syu buat rawatan akar gigi di Dhawale Hospital ni. Sambil menyelam minum air. Hehe..Rawatan gigi di sini bagi syu agak murah dibandingkan dengan harga di klinik gigi swasta di Malaysia. Syu berhajat untuk buat crown di sini. Gigi syu yang belah atas, bahagian tepi belah kiri patah separuh. Sebabnya syu tak sempat habiskan rawatan akar gigi kat Malaysia, tiba-tiba je patah separuh.. Masa tu tengah kunyah daging..haha..adoiyai

Seriously, masa tu syu down sangat. Sedih kot bila nak senyum kita terasa gigi cacat sikit . Tapi adik bongsu syu kata, nampak comel bila syu senyum dengan gigi tu..hahahah..sabaq ja la. Syu berani untuk buat crown kat India ni pun lepas kawan kelas syu start dulu. So, dia pun kata berbaloi harga sini nak dibandingkan di Malaysia dan di tambah pulak, mudah dari segi komitmen dan masa. Kalau di Malaysia, syu kena drive jauh sikit dan perlukan masa dan tenaga untuk ke klinik kerajaan dan swasta. Tapi kat sini, dentistry ni memang dalam hospital,so sambil-sambil je la kan. Haaa, mudah gitu kan.

Hari isnin baru-baru ni syu mulakan rawatan. Sepatutnya selasa syu perlu sambung untuk rawatan tu, tapi tiba-tiba syu ada masalah. Petang isnin lepas balik ke asrama, pipi belah kiri syu dah mula membengkak. Tapi syu tak sakit. Cuma kebas tu masih ada dan masih rasa kuat lagi kesannya. Bila malam,semakin bengkak, sehingga la ke hari esok, syu terus ke dentist untuk tunjuk muka syu. Pakai mask la syu masuk hospital masa tu. Maluuu . Bila sampai je depan dentist,syu bukak mask syu, terus dentist tu terkejut.

" ohh my god. How it could be happen like this...what are you taking? Are take any hot food or drink? " haaa sudah. Bertubi-tubi soalan yang ditanya.

"Ohh yahh.. Are taking the medicine that i had prescribed to you? Are taken the antibiotic? " gottchaaa...hua hua hua..habis...

" sorry doctor. I'm not take any medicine that you asked me to take..because on that time, i go back to hostel to take my money,but i feeling nausea and vertigo. So i just stay and not go to pharmacy. " sepatutnya syu perlu ke farmasi di hospital untuk beli ubat yang dentist tu pesan, tapi tak larat. Syu cuma abaikan je.

"Ohh my god doctor. So, moral of the story, you should listen to your doctor even though you are a doctor." Huhu..kan dah kena berleter dengan dentist. Jadinya, lepas tu syu just follow the flow. Ambil antibiotik yang dentist tu pesan, dan dalam masa yang sama, syu ambil ubat homeopathy, arnica untuk surutkan bengkak syu. Alhamdulillah hari ni semakin baik. Walaupun syu dah macam orang cucuk botox tak jadi tu, tapi still ada banyak perubahan yang boleh nampak kat muka syu nak dibandingkan dengan hari selasa baru-baru ni.
Doakan syu ye.

Thursday, September 7, 2017

Latihan klinikal di India

Assalamualaikum buat teman yang masih sudi singgah di teratak syu. Baru sedar, syu dah lama tak update entry baru. Last update, September 2016. Huhu.

Ok..hari ni dah masuk sebulan lebih syu berada di India. 1 Ogos 2017 yang lepas, syu dan batch syu mula menjalani latihan klinikal di Hospital Dhawale. Kami akan berada di sini sehingga bulan 12. Setakat ni, semuanya ok. Semakin hari, semakin bertambah pengalaman dan semakin mula dapat menyesuaikan diri di tempat orang. Hospital Dhawale ni terletak di Palghar, Mumbai. Kawasan ni bukan la sebuah bandar, tapi lebih kepada pekan kecil.

Jika kami nak ke tempat yang agak jauh, tak lain tak bukan, memang kena naik tren la. Sangat padat la tren kat sini. Dan boleh syu katakan, tren ada lah pengangkutan terbesar kat sini. Patut la kalau kita tengok cerita hindustan, keretapi antara 'watak' penting dalam sesebuah cerita..Wajib ada..haha...

Dalam tempoh sebulan lebih kami di sini, kami dah mula berjalan ke beberapa tempat. Antaranya Dadar dan Churh gate. Di Dadar kami survey kedai yang menjual buku medical. Kecil kedainya tapi banyak jugak pilihan buku medical dan homeopathy. Selesai berkampung beberapa jam di kedai buku, kami mula tawaf ke kedai-kedai di sekitar Dadar sementara tunggu waktu tren kami. Ok..banyak pilihan saree dan kain untuk dibuat baju kurti. Menarik..tapi masa tu penat, dan syu tak bersedia nak memilih dan shopping kain-kain saree. Huhu..wajib ikut mood, kalau tak, entah apa lah yang syu pilih.

Dan beberapa minggu seterusnya, kami ke Church Gate. Di sana terdapat Gateway of India. Dan syu juga perasan, bangunan di sekitar Church gate cantik. Nanti syu update entry yang lain berkaitan Church Gate. InsyaAllah.

Doakan urusan kami di sini dipermudahkan ye.
~ Sharing with love ~
(^_^)

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...