Tuesday, September 19, 2017

Kita pergi menghadap Ilahi


Malam tadi, lepas selesai on call, hajat syu nak singgah di bahagian unit kecemasan untuk tengok apa-apa yang patut. Tak sampai setengah minit, seorang pesakit yang tidak sedarkan diri di bawa ke unit kecemasan. Pesakit tersebut seorang nelayan, lemas selepas botnya terbalik di lautan.

Pagi ni terfikir untuk pergi lawatnya di wad. Salah seorang doktor dari unit kecemasan semalam maklumkan pada syu bahawa pesakit semalam sudah meninggal dunia. Syu terdiam.

Kematian yang pasti. Ada yang menghadapi kematian selepas menderita sebarang penyakit, ada yang menghadapi kematian dalam keadaan sihat tapi secara tiba-tiba. Tapi kita, hanya mampu usaha untuk kumpulkan 'bekalan' di sini sebagai petanda kita bersedia bila-bila masa sahaja untuk kembali pada Yang Mencipta kan kita.

Walaupun kita semua tahu, kematian itu sesuatu yang pasti, kita pernah belajar mengenai alam kubur, kita tahu wujudnya syurga dan neraka, tapi kadang-kadang kita seakan-akan lupa. Tak salah untuk kita sentiasa bermuhasabah tentang mati, tapi jangan cari mati. Ada je dari kita yang masih boleh berbicara tentang kematian, tapi tindakannya langsung tak menggambarkan apa yang sedang dia katakan. Tanggungjawab dengan Allah susah sangat nak penuhkan, Solat entah ke mana. Anak isteri masih tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kalau masih ada yang baru nak berubah, belum terlambat. Tapi tak bermakna boleh lengah-lengahkan. Buat semula check list amanah kita dengan Allah. Tak tahu solat, belajar semula solat. Tak kisah la umur anda 15 tahun, 20 tahun, 40 tahun, walaupun dah 50 tahun sekalipun, belum terlambat. Yang terlambat bila anda menyesal dan nak taubat saat-saat anda dah nazak nyawa di hujung tanduk. Dah lama tak baca Quran sebab tak tahu baca...cari individu yang boleh bantu. Paling penting, saat bila mana anda terasa nak bertaubat, terus tadahkan tangan dan mohon agar Dia Yang Maha Penyayang bantu anda untuk kembali padaNya.

Wallahualam

Syuhada Salleh
10.33 am
Palghar, Mumbai

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...