Monday, August 15, 2016

Marshmallow Muslim @ Homemade Marshmallow

Assalamualaikum semua, Semoga sentiasa berada dalam keberkatan Allah swt.

Hari ni adalah hari untuk pendaftaran masuk semester baru..Sedar tak sedar, Syu dah masuk tahun tiga.. Rasa sekejap sangat masa berlalu...huhu..laju betoi.. Line celcom pun tak selaju ni...krik..krik..

Ok..Syu rasa berbesar hati sangat nak share perkara baru..ehem..ehem...Syu baru je cuba nak berniaga..hehe... Bisnes apa? Jeng..jeng..jeng...Marshmallow..heeeeee...Bukan apa, Syu ni peminat marshmallow, tambah kalau celup coklat, perghh...memang sedapp..mak mertua lalu pun tak perasan..hoho~
 Bila dah suka, tapi suatu hari tu Jakim ada keluarkan statement kata mostly masrhmallow yang ada tak ada halal jakim, jadinya was-was la kan..Adehh.. Nak tak nak, cuba-cuba la buat sendiri.

Lepas seminggu lebih percubaan, sehari dua ke tiga kali cuba, setelah berkilo gula dan gelatin habis, baru la menjadi rupa dan rasa marshmallow yang nak. Sedih wooo bila dok cuba-cuba, lepas tu tak jadi. Lembik la, macam dodol..Dodol pun keras sikit dari tu.. Tapi, sekali bila dah jadi, rasa macam dah berjaya dalam hidup tuu..keh..keh..keh..

Marshmallow yang Syu buat ni pun, tak guna Corn Syrup, tapi syu gantikan dengan glucose syrup yang Syu buat sendiri. Bukan apa, corn syrup tu murah dari gula tebu dan lebih merbahaya dari gula tebu. At least, Syu nak hasilkan produk yang tak la bahaya sangat..hehe

Sumber gelatin pun Syu guna Halagel punya gelatin.. Di tempat syu agak susah nak cari gelatin halagel tu, Syu baru jumpa kat Mydin Seksyen 18 je. Semalam pun, terjumpa pelanggan baru yang kata, susah dia nak cari gelatin halagel ni. Ok, sebenarnya semalam buat pertama kalinya Syu bawa semua marshmallow syu ni jumpa pelanggan..heeeeee...

Alhamdulillah, respon semuanya memberangsangkan. Ramai yang suka marshmallow Syu ni. 

"emmm...sedap.." sambil buat mata terbeliak lepas cuba marshmallow Syu.

"Alhamdulillah, ada jugak marshmallow muslim punya. Lepas ni dah takyah risau la nak bagi anak-anak akak makan.." respon seorang ibu muda

Alhamdulillah, Syu pun rasa seronok dapat sediakan marshmallow untuk peminat-peminat marshmallow tanpa rasa was-was lagi untuk makan.


Ni marshmallow yang dah dibungkus dan sedia untuk dijual semalam. Nama produk Syu, 'Pluffy Sweet'.. Boleh whatsapp Syu, 019-4152316, kalau nak order. Untuk penduduk Shah Alam, Syu mohon maaf sangat-sangat, sebab tak buat perkhidmatan COD, tapi boleh selfpick di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam. Dan kalau ada yang nak selfpick di area Cyberjaya pun boleh, boleh datang di Cyberjaya University College of Medical Sciences ( CUCMS ), tapi kena deal semula, Syu cuma bawa ke kolej masa hari yang Syu ada kelas. Whatsapp Syu untuk kita sembang-sembang pasal benda fluffy ni dan bila nak pick. Daaaaaannnn, Syu akan pos dengan selaju yang boleh pada peminat marshmallow yang ada di seluruh Malaysia. 

Ini pula marshmallow perasa peppermint, ada chocolate rice sekali dalamnya. Sedappp sangat. Baru cuba resepi ni hari Sabtu baru-baru ni. Setakat ni Syu cuma buat dua perasa, vanilla dan peppermint choco.

Apa-apa pun, whatsapp Syu, 019-4152316 untuk nak sembang fluffy..hehe. Ok, dah nak masuk kelas, jap g Dr. Ibrahim nak jumpa semua student. Maybe sempena masuk semester baru hari ni.

' Sharing with love '
Syuhada

Monday, June 6, 2016

Bot Tersadai di atas rumah

Kejadian bot tersadai di atas rumah memang menakjubkan. Menurut seorang penduduk disitu, kejadian Bot tersadai di atas sebuah rumah adalah bukti pertolongan Allah kepada mereka yang berkenaan.

Rumah yang ditimpa Bot itu milik seorang suri rumah di mana suaminya ketika itu bekerja di Medan. Beliau sememangnya terkenal baik hati dan suka menolong orang kampung. Oleh kerana rumah beliau 2 tingkat, maka dia mempelawa orang-orang kampung untuk menyelamatkan diri dengan naik ke tingkat atas rumahnya.

Air Tsunami yang mengalir ketika itu sudah mencecah paras leher penduduk kampung di tingkat atas rumah, dan masing-masing sudah bermaaf-maafan kerana menyangka ajal mereka sudah semakin hampir. Ketika itu ada seorang lelaki yang berjaya memanjat siling rumah dan menanggalkan atap rumah dan membawa mereka yang di tingkat atas rumah naik ke bumbung rumah.

Tiba-tiba datang satu Bot menuju ke arah rumah mereka. Sangkaan mereka itu adalah Bot Penyelamat kerana ia bergerak menongkah arus dan bukannya mengikut arus. Sehinggalah bot berkenaan menimpa rumah tersebut dan tersadai di atas rumah. Ketika itu baru diketahui sebenarnya bot berkenaan bergerak sendiri dan tiada sesiapa pun yang memandu ke arah rumah itu.

Pertolongan Allah pula datang apabila tiba-tiba ada  setandan buah kelapa yang datang ke arah Bot berkenaan lalu diambil oleh salah seorang yang berada di atas rumah berkenaan. Dan di dalam bot berkenaan pula ada sebilah parang yang dapat diguna untuk membelah buah kelapa berkenaan. Air kelapa itu diminum dan isinya dapat dimakan oleh mereka yang berada di dalam bot atau rumah berkenaan bagi mengurangkan rasa lapar dan dahaga sementara menunggu bantuan datang.

Seramai 59 orang yang terselamat berada di dalam rumah dan bot yang berkenaan. Kini rumah berkenaan telah dibeli oleh pihak Kerajaan dan dijadikan salah satu Monumen Sejarah Tsunami.

Seramai 982 nama dicatat sebagai Korban Tsunami di kampung ini dan nama-nama mereka dipamerkan dalam rumah berkenaan.

" Silakan masuk ke dalam rumah ini untuk melihat gambar-gambar kejadian tsunami..tapi maaf, saya tak dapat nak mengikut masuk sekali, kerana saya masih terasa kejadian ini seakan-akan baru semalam terjadi.. " penduduk di situ masih trauma walau 12 tahun berlalu..

~ Ibrah di Banda Aceh ~

Monday, May 30, 2016

Saksi Bisu di Kg. Punge

“Siapa yang tak heran, kapal sebesar dan seberat ini bisa sampai di sini. Inilah bukti betapa dahsyatnya air bah itu,”

Pagi berikutnya, kami di bawa ke PLTD Apung.

PLTD (Pembangkit Listrik Tenaga Diesel) Apung di Kg. Punge, Blancut, Banda Aceh. Kapal ini merupakan sumber tenaga eletrik bagi wilayah Ulee Lheue.

Kapal ini memiliki berat 2600 tan dengan panjang 63 meter dan luas 1900 m2.Dengan ukuran serta berat kapal ini, tidak dapat saya bayangkan betapa dasyatnya gelombang Tsunami ketika itu sehingga mampu menghempaskan kapal ini sejauh 4-5 Km lebih dari letak awalnya iaitu di sekitar Pelabuhan Ulee Lheue.

Dari 11 orang anak kapal dan beberapa warga yang berada di atas kapal ketika tsunami terjadi, hanya seorang yang terselamat. 

Paling menyayat hati, bila mana kami dapat tahu bahawa terdapat dua buah rumah yang tertimbus di bawah kapal ini, dan di bawah kapal ini masih terdapat mayat-mayat penduduk kampung. Tak terdaya untuk nak mengubah kedudukan kapal ini. Terkubur la mereka di bawah sana.

Namun, penduduk kampung menyaksikan suatu keajaiban yang berlaku, kapal ini seakan-akan berpusing ke arah selatan dari menghempas masjid yang berada hanya beberapa meter sahaja.

Kini, kapal apung ini dijadikan salah satu tempat sejarah, agar generasi akan datang tahu peristiwa yang pernah menjadi detik hitam penduduk Aceh.

Di sekitar kawasan kapal ini, dibina sebuah tugu, dan disitu diukir nama-nama penduduk kampung itu yang terkorban.Pada tugu itu juga, tertera waktu kejadian tsunami yang melanda kampung tersebut dan di sekeliling tugu, dibina dinding dari tembaga, yang menceritakan peristiwa PLTD menghempas kampung tersebut.

12 Tahun berlalu Tsunami melanda Aceh,Berbagai ibrah dan keajaiban.

syuhadasalleh.blogspot.my

Saturday, January 2, 2016

Saya dalam dunia Homeopathy

Assalamualaikum semua, alhamdulillah..setelah hampir tiga tahun menyepi, saya kembali ke sini..hehe.

Bukan sengaja menyepi, tapi tiba-tiba hilang ingatan sekejap, huhu..lupa password untuk masuk ke teratak saya ni. Alhamdulillah ada rezeki untuk kembali.

Buat pengetahuan teman-teman blogger dan silent reader semua, sekarang ni saya dah mula menyambung ke second degree. Ramai yang tanya, kenapa tak proceed pada master?

"kenapa tak sambung master ?" soalan yang kerap ditanya. Sebab apa saya sambung second degree? Suka hati kucing saya la nak sambung degree ke master..hehe..gurau je. Saya sambung dalam bachelor in Homeopathy Medical Science, dan ketika saya mula memohon dan daftar masuk bidang ni, tiada lagi Master dalm homeopathy di Malaysia ni.. Yang ada cuma degree.




Saya sambung di Cyberjaya University College of Medical Sciences. Selepas saya dah masuk semester kedua, baru lah saya terdengar dari beberapa individu di kolej yang CUCMS dah mula menawarkan Master dalam bidang homeopathy ni.

Setakat ni, respon orang-orang yang saya kenali mengenai bidang yang saya ambil ni, masing-masing memberi respon positif.

" Owh...doktor homeopathy la ni nanti.." saya tersengih-sengih je lah dengan respon mereka.

Antara yang saya tertarik ketika dalam minggu kelas persediaan yang saya hadiri lepas daftar masuk, salah seorang lecturer kami, highlight tentang perkataan 'complementary'...Ya..Homeopathy adalah perubatan yang melengkapkan. Homeopathy dan allopathy ( perubatan moden ) saling lengkap melengkapi.

Contohnya, kalau sesuatu penyakit itu masih di peringkat awal ( acute ), ia sangat sesuai di rawat melalui homeopathy. Contoh yang lain, keadaan yang emergency atau terlalu chronic, ianya perlu melalui allopathy.

Jadi, dari sudut pandang saya, tak perlu nak memenangkan mana-mana pihak, sebab masing-masing mempunyai peranan sendiri. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Saling lengkap melengkapi.

Mudah- mudahan, kita dapat membantu masyarakat di luar sana dengan cara yang terbaik.

Ikhlaskan hati.

Wallahualam

Wednesday, October 10, 2012

Teruskan berdoa untuk dia...Hilangkan keraguanmu...

"syuhada cuti lama-lama ni,ada orang datang meminang ke?" tanya Datin Faizah, ibu kepada salah seorang anak murid saya untuk kelas mengaji.

"eh..bukan kak...saya balik sebab cuti study week....hehe..."agaknya ingin menyakat saya kot...

"ermm..sebenarnya akak nak tanya syuhada lahh...syuhada dah ada someone ke?sebab akak berkenan nak kenalkan dengan anak sedara akak yang baru jadi doktor...." terkejut saya..terdiam saya...krekk..krekk..bunyi cengkerik...

"aaaaa...kak..saya...ermm..saya balik dulu la yea...."anaknya melompat kegirangan seakan-akan merestui apa yang ibunya perkatakan...hari ini je,bercakap soal jodoh...ianya bukanlah sesuatu yang mudah...bukan juga semudah a.b.c...atau nak sedap lagi...sesenang alif...ba..ta...tetapi ia suatu perkara yang sangat berat...ala-ala apa orang kata..macam kena hempap batu gituh(no..no..no...ini saya yg kata)...erkk..gituh ke perasaan bila start fikir bab jodoh ni??..setiap orang,lain pula perasaannya....

Teringat saya sewaktu sebelum mengerjakan umrah dulu,terlalu ramai yang meminta untuk doakan bab jodoh mereka...

"syu..doakan saya cepat kahwin yea.."

"syu...doakan akak bertemu jodoh yang baik yea..."

syu...syu...syu....ye..ye..ye...

"insyaAllah...syu sentiasa doakan yang terbaik.. =) " ok...nampak tak apa yang saya nampak??ehem...ehem...ehemm....betapa ramainya yang sangat risau bab jodoh...sama ada bertemu jodoh dengan orang yang sebaiknya atau sebaliknya.....dan untuk saya....of course la kena risau gak...jangan memain...kalau silap pilihhh..uiii...abisss....pilih bukan sebarang pilih...pilih seorang bakal imam untuk diri kita dan bakal ayah untuk anak-anak kita nanti..

Sering saya mengingatkan pada teman-teman terdekat...kalau nak jodoh yang baik..kita berusaha untuk ke arah yang positif...kalau nak jodoh yang cintanya kuat pada Allah...kita juga kena kejar cinta Allah dulu...dan dalam masa yang...doa dengan detail....ibarat kita nak mencari maklumat dengan pakcik google lah...contohnya kalau saya nak cari sesuatu maklumat...saya taip 'bunga'....owhh..ini terlalu umum......saya taip lagi...'bunga ros'...owh tidak..bukan ini yg saya nak...saya taip lagi...'bunga ros dari kertas'....yesss...tepat....keluar lah gambar ros kertas yang dibuat dari kertas untuk dijadikan contoh bunga yang saya nak buat menggunakan kertas...

jadi...kalau kita nak sesuatu...doakan dengan jelassss...Allah tahu hambaNya nak yang macam mana...tapi Allah sekadar ingin mendengar kesungguhan hambaNya... kadang-kadang...tak kurang juga,ada yang berdoa tetapi tak cukup yakin dengan Allah...adusss...dia ragu dengan Allah lahhh...elemek....point paling penting hamba nak sentuh, yang nih lah...uihhh..bukan main,dari tadi dok membebel sana sini,rupa2nya ini yea....ye...ramai yang berdoa pada Allah untuk dapatkan jodoh yang terbaik tapi terhijab oleh keraguan pada Allah padahal doa dia dah baikk dah

”ya Allah aku memohon pasangan yang terbaik di sisiMu ya Allah”… tapi masa memohon jodoh pada Allah timbui dalam hati yang perasaan yang dia ragu dengan Allah…

"ishk...macam mana kalau Allah bagi aku jodoh yang tak baik.....mana tahu itu lah jodoh yang Allah kata terbaik untuk aku"
"macam mana kalau jodoh yang terbaik kat sisi Allah tuh jodoh yang tak hemsem/ jodoh yang tak cunnn...."

"abislah aku kalau tetba jodoh yang baik untuk aku ni,jodoh yang cacat..ahhhhh...sudahhh..." dan pelbagai lagi keraguan kita pada Allah yang kita tidak sedari. Selagi kita dok rasa dalam hati macam tu, ia akan terus hijab akibat keraguan pada Allah.Kita dok sibuk-sibuk dok meminta-minta...tetapi kita ragu pada Allah...kita fikir negatif pada Allah.... Yakinlah seandainya Allah berikan pasangan yang terbaik di sisiNya pasti yang diberikan itu memenuhi kehendak hati kita dan menyenangkan hati kita. Ketika kita sedia menerima pasangan kita, pastinya ketika itu kita menerima sepenuhnya pasangan kita tu kerana dia jodoh kita. Jika ia jodoh kita…. Allah pasti mengaturkan semuanya terbaik buat kita. Kenapa still nak ada keraguan pada Allah?

Apa yang penting???!!(nada wonderpets)adalah keyakinan kita pada Allah bahawa pasti ketika kita meminta yang terbaik, Allah akan berikan yang terbaik. Pasti diberikan Allah seorang pasangan yang mampu membahagiakan hati kita.InsyaAllah... So...seringlah back to Allah agar jiwa kita sentiasa menyala-nyala api cinta kita pada Allah....datang dari hati yang ikhlas bukannya dari fikiran...bukannya buat-buat cinta plak eh...

Pulanglah pada Allah dalam apa jer kita lakukan. Buka minda kita ni,pertahankan kesedaran ini. Redha dan berserah pada Allah Yakinlah tidak lama lagi teman-teman akan mendapat jodoh.Yakinlah bahawa Allah sedang membuka jalan untuk pasangan kita bertemu dengan kita dalam satu suasana yang pasti menjadi ingatan kita buat selama-lamanya. Allah sedang aturkan tidak sesaat awal dan tidak sesaat lewat…tepat pada waktunya Untuk diri kita pula, teruskan memohon pertolongan Allah dengan SABAR dan BERDOA. Buangkan perasaan keraguan ni, sedarilah Allah setiap saat.. di sana pasti kita akan merasa yakin dengan Allah setiap detik dalam hidup nih.

Teringat kata-kata seorang teman..."syu nih dok bagi nasihat bab nih macam syu dah anak 4..huhu...."....heeee...memang dah anak empat pun...anak kucing dua,anak mata dua...sekadar sharing pengalaman orang terdekat....Wallahualam..

Sunday, August 12, 2012

"lama jugak ni awak kena stay di ICU..."


“syu,mlm ni kalau free call akak..dah lama tak dengar suara awak..”saya menerima mesej dari kakrin, salah seorang ustazah yang sering saya bertalaqi dengannya.(mempelajari Al-Quran terus dari sebutan guru)


“hehe…baikkk kak rin…” tokojut den ahhh…rindu lah tuhh…huhu..bukan main susah selama ni kak rin nak mengatakan ‘rindu’ atau ‘sayang’ pada saya..jika rindu katakan rindu,jika sayang luahkan sayang...biasalah, tuk guru hamba kan…hehe

Agak lama tiada kesempatan untuk berjumpa dengan kakrin sejak saya pulang dari menunaikan umrah 3 minggu lepas…memandangkan kakrin agak sibuk bila memasuki bulan Ramadhan…

Perkenalan saya dengan kakrin di sebuah kedai jubah, tika itu (fuhh..mcm tajuk lagu la plak ) sedang asyik membelek2 jubah, ditegur oleh seseorang… “beli lah..memang sesuai pun dengan awak…” itulah kali pertama kami berkenalan…ketika itu dia menjadi pembantu kedai….dan tak lama kemudian, kami  bersua kembali di sebuah program sehinggalah dia menjadi sifu untukku…

Jika diimbas kembali kenangan lalu,hampir setahun lebih saya mengambil masa untuk membetulkan makhraj dan beberapa cara bacaan yang lain…mungkin sebelum ini saya kurang terdedah kepada individu yang dapat membantu dengan lebih dekat lagi….

Teringat saya ketika berada di madinah…ditegur oleh jemaah dari Mesir… “ Malizia??” dengan dialek arab,dia bertanya adakah saya berasal dari Malaysia…

“aiwah…”saya menjawab sambil tersenyum…

“saya dengar, orang dari Malaysia, semuanya mengaji dengan merdu…boleh awak bacakan ini untuk saya?” ( dah translate yerr…hehe…) sambil dia menunjukkan Surah Al-fatihah…

Sambil tersenyum plus malu-malu kucing( geli la plak ), saya  menyambut permintaannya….setelah selesai,wajahnya kelihatan sungguh………….tak tau nak habaq lagu mana….”subhanallah…masyaAllah…your voice is very good…and your makhraj is very clear…..in Malizia,is it got any class that teach about quran?” dia bertanya sekadar ingin mengetahui situasi di Malaysia…

Saya menjelaskan serba sedikit situasi di Malaysia….. rupa-rupanya beliau adalah seorang ustazah yang mengajar kelas Al-Quran di Mesir….dan ketika itu, wajah kakrin bermain2 dalam fikiran saya….kerana dial ah yang banyak membantu saya dalam mendalami lebih banyak ilmu…

“akak rasa pas dengar cara bacaan quran awak ni,nak kena masuk ICU ni…..lama jugak ni nak kena stay dalam ICU…” itulah teguran kakrin beberapa tahun yang lepas….harus lah saya lebih berusaha dengan gigih…

Perasaan yang paling gembira bila mana saya dah grad dari ‘kolej kakrin’ dan seterusnya dibenarkan untuk mengambil sanad di Yayasan Restu…..ya…saya berharap ,sebelum saya meninggalkan dunia ini, biarlah saya dapat menyempurnakan cara bacaan Quran mengikut sebagaimana kekasih hati saya Rasulullah saw…

Bidang pembacaan al-Quran amat mengutamakan sandaran dalam memastikan ketepatan bacaan. Imam Ibn Jazari (wafat 833H) telah menggariskan antara rukun pembacaan al-Quran yang sahih adalah kesahihan sanad (sandaran) periwayatan bacaan. 

Al-Dani (wafat 444H) menyatakan Kesahihan sanad pembacaan al-Quran adalah suatu yang dituntut, terutamanya bagi seseorang yang bertaraf ahli atau pakar dalam bidang bacaan al-Quran dalam memperteguhkan dakwaan mereka terhadap sesuatu bacaan. Ini kerana pembacaan al-Quran yang tepat itu pasti dikaitkan dengan sumber pengambilan bacaan tersebut dari guru sebelumnya secara pembelajaran sebutan dari mulut ke mulut. 

Keahlian dan kepakaran seseorang yang bertaraf Qurra’ dalam pembacaan al-Quran hanya akan dapat dibuktikan dengan adanya kesinambungan periwayatan bacaan tersebut tanpa putus kepada Rasulullah s.a.w. yang disertai dengan pengiktirafan guru yang menganugerahkan beliau Sanad tersebut.Sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi pembacaan al-Quran telah diwarisi secara penyampaian dari mulut ke mulut bagi menepati bacaan yang telah di turunkan kepada Baginda s.a.w. secara Tartil (bertajwid) menepati firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya:

“Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)”  (Al-Furqan: 32) 

Mungkin ada segelintir dikalangan kita yang memandang ringan pada makhraj huruf….apa itu makhraj??makhraj ialah tempat keluar huruf, untuk sesiapa yang belum tahu atau terlupa…
aiippp…jangan main-main…kesalahan makhraj ni boleh lari maksudnya tau….tetapi saya bukanlah orang yang paling layak untuk sampaikan ilmu ini,sekadar berkongsi…



 Cara Sebutan Asas Huruf Arab (Makhraj)
  1. Alif - Membuka bibir dan belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan
  1. Baa - Merapatkan kedua bibir
  1. Taa - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
  1. Tha - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
  1. Jim - Tengah lidah ditekan ke lelangit
  1. Ha - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
  1. Kho - Mengangkat belakang lidah hingga bersambung ke lelangit lembut
  1. Dal - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
  1. Zhal - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
  1. Ro - Belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan dengan bergetar
  1. Zai - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
  1. Sin - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
  1. Syin - Tengah lidah ditekan ke lelangit
  1. Sod - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
  1. Dhod – tepi lidah ke gigi geraham atas,kiri atau kanan,kanan lebih baik.
  1. Tho - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
  1. Dho - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
  1. Ain - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
  1. Ghain - Mengangkat belakang lidah sehingga bersambung ke lelangit lembut
  1. Fa - Permukaan bibir bawah ditekan kehujung gigi kacip atas
  1. Khob - Pangkal lidah ditekan ke anak tekak
  1. Kaf -Pangkal lidah ditekan ke lelangit belakang
  1. Lam - Bahagian depan lidah ditekan ke gusi hadapan
  1. Mim - Merapatkan dua bibir dengan merendahkan tutupan
  1. Nun- Hujung lidah ditekan kegusi hadapan
  1. Wau - Membulatkan dua bibir
  1. Ha - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
  1. Lam Alif - Menyambungkan sisi lidah dengan gusi
  1. Hamza - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
  1. Ya - Tengah lidah ditekan ke lelangit

Lepas tarawikh, baru teringat mesej kakrin petang tadi…..

Tuutt…tuutt….tuutt…tuutt… “Assalamualaikum akak….”sembang panjang kami…..terus saya menceritakan detik2 pertemuan dengan ustazah dari Mesir ketika di Madinah….

Terdengar suara kakrin ketawa kecil mungkin dek kerana lawak yang saya selitkan ketika bercerita….”ececeecece…kembang lah tuh kak, ada orang  puji makhraj syu….ecececewahhh…”…yalah,guru mana yang tak seronok bila melihat anak didiknya makin bertambah baik dengan apa yang diajar…

Pelajarilah lagi ilmu quran...bukan sahaja makhraj,tetapi panjang panjang pendek,ilmu tajwid dan lain-lain....InsyaAllah….mudah-mudahan kita sentiasa tergolong di kalangan mereka yang berusaha mendekatkan diri dengan Al-Quran….

Wallahualam....

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...