Wednesday, December 14, 2011

Penyejuk mata....bersediakah anda??

Jika ditanyakan pada kebanyakan teman-teman hawa,apa yang diharapkan setelah hidup berdua dengan si dia?dah tentu masing2 mengatakan,ingin menjadi isteri solehah..ingin menjadi penyejuk mata buat suami tercinta...

Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia?

Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka. Tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?

Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.

Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda , bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.

Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.

Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali.

Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.


Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.

Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah?

Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai.

Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?

Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari.

Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?
Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang.

Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.

” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”

Tuesday, December 13, 2011

Nak jadi macam mereka....

Terlihatkan artis-artis sekarang yang kununnya hot la sangat dan ada yang menjadikan artis-artis yang 'panas' nih sebagai role model...membuatkan saya terasa rimas...lemas dengan impian masing2 nak jadi macam depa yg dok dalam tv tuh...

Aduhhh...kenapa figure2 yang macam nih jadi role model??
dah takdak orang lain kaaaa....

nak jadikan artis-artis nih role model??
nak ikut cara pemakaian??nak ikut cara make up???hair style??mana satu yang menarik???hebat sangat ke mereka??bagus sangat ke mereka??dengan dress up yang tak cukup kain..bedak tebal seinci..bibir dah macam mulut ikan..nih lah role model terbaik untukmu wahai teman2 hawa sekalian...

Ramai yang lupa pada wanita-wanita yang hebat dalam dunia Islam...wanita-wanita yang membantu menaikkan Islam tercinta...

1.Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.

2.Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.


3.Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.

4.Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

5.Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.

6.Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.” Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya.

7.Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini? Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini? Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.

8.Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan. Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

9.Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH” Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji?

Buat teman-teman hawa sekalian...perempuan yang bagaimana yang teman-teman ingin contohi?
Buat teman-teman adam sekalian...perempuan yang bagaimana kau akan kau jadikan isteri?
Sedarkah kita,wanita-wanita dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya wanita-wanita yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan.

Wallahualam...

Monday, November 28, 2011

Saat2 malaikat Izrail merenung wajah kita..kita pulak...

Cuma nak sharing sesuatu...semalam,sempat menonton satu cerita bertajuk '100 hari'
cerita yang menarik dan membawa peringatan yang bagus...menitis jugak la air mata ni...sedih campur takut...Allahu Robbi...hanya Allah yang tahu ajal kita semua...

'100 hari' mengisahkan tentang 2 orang lelaki iaitu sorangnya bos dan sorang lagi pemandu dia..bosnya agak lalai sikit dalam kehidupannya dan pemandunya tu yang hidup bersederhana dan pentingkan agama...dan dua2 meninggal dalam kemalangan..kisah nih nk ingatkan kita tanda-tanda kematian...dan ingat..malaikat Izrail datang mengintai kita 70 kali sehari...

Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35) Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.


Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Cer kita bayangkan,setiap hari,

saat2 malaikat izrail datang merenung wajah kita,kita sedang bergelak tawa,ntah apa yg seronok sangat tuh..."wahahahaha...lawak giler larr citer ko nih...memang patut pun kita gelakkan dia..."

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang berdating sakan dengan buayafriend/gelifriend.."rindunya kat darling,ari ni kita dating lama2 ye..meh kita dok kat tempat gelap sikit..baru lah orang tak nampak..." anda ingat anda berdua??tettttttt!!!salahhhhh!!!!sebenarnya anda bertiga..malaikat Izrail temankan sekali..jeng..jeng..jeng...

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang menggenggam erat tangan buayafriend/gelifriend sambil berkata "owh sayang,abang takkan tinggalkan sayang..tiada saper yg dapat pisahkan kita..."---->kamu ingat kamu tu berkuasa sangat?!!

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang berpelukan dengan buayafreind/gelifriend

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang asyik bersuka ria hingga lupa pada Allah sedangkan kita akan bertemu dengan Allah sebentar lagi..."jom kiter g lepak2 kat Times square..enjoy2 beb..hidup cuma sekali!"

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang melakukan maksiat

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang asyik dok makan 'ketupat'(mengumpat)...nyumm..nyumm..sedapnya 'ketupat' yg dia makan sampai tak pandang kiri kanan dah.

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang lalai dalam kehidupan

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,aurat kita terbuka sana sini...kita sedang membungkus aurat bukannya menutup aurat..

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang meninggalkan solat

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang makan di siang hari di bulan Ramadhan

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita sedang memberikan rasuah

saat2 malaikat izrail datang merenung wajah kita,kita sedang mempertikaikan lagi bab hukum Allah

saat2 malaikat Izrail datang merenung wajah kita,kita pulak asyik dok merenung gambar2 atau video2 yg 'kebiruan' dan bukan2 di internet,majalah,hphone atau mana2 lahh...

Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’

”Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

xder saper pun yang dapat tau keadaan dan bila ajalnya akan tiba...tak kira tua,muda,sihat,kaya atau miskin...bersiap sedia lahhh..
MEMANG xder siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab tuh ramai yang masih leka dan xder persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Kita masih leka....
Wallahualam....

Thursday, November 24, 2011

Cemburunya kat dia....

Semalam,usrah pertama setelah cuti agak lama...dan dipenghujung sesi usrah,salah seorang sahabat berkongsi tentang kehidupanya setelah berkahwin...masih bergelar pengantin baru...inai pun masih dijari =)...agak lucu bila mendengar cerita,bagaimana risaunya perasaan dia setelah berkahwin...mula timbul perasaan cemburu pada suaminya...dan tiba2,saya terkenangkan satu sesi usrah,4 tahun yg lalu...hari itu,entah macam mana boleh termasuk bab bidadari syurga....biasa lah,usrah akhowat,memang akan terlencong sikit dari topik asal...kejap-kejap sharing...cerita atau tips..macam2...

Selesai usrah...saya ditegur naqibah saya..mungkin dilihatnya saya lebih banyak mendiamkan diri kalau nak dibandingkan hari2 biasa,saya sering bercakap tanpa ada signal nak berhenti...

"syu cemburu kat bidadari syurga...nanti dia ambil suami syu kat sana...."..saya menjawab dengan wajah penuh kesedihan...ishk...ishk...

"syu,tak perlu rasa cemburu...sebab nanti kita yang jadi ketua bidadari..."naqibah saya tersenyum...bila terkenangkan semula situasi berkenaan,aduh,4 tahun lepas,pemikiran saya yang kurang matang...huhu..malunya...dan kemudian,oleh kerana risau dengan perasaaan cemburu saya pada bidadari syurga yang berlanjutan sehingga 2 tahun selepas sesi usrah berkenaan,saya dihadiahkan sebuah buku yang sangat menarik..."Bidadari syurga...agar engkau lebih mulia darinya"...


Buku berkenaan dihabiskan dan dihadamkan betul-betul...dan tak cukup dengan itu...saya search di internet...perihal cemburu pada bidadari syurga ( sampai macam tu sekali yea tahap cemburu ni)...ishk...ishk...ishk....

Seorang penceramah di suatu majlis ilmu tidak lama dulu pernah berpesan : “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci dan cemburu di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyattttt..

Memang tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang
bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Hmm…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham
pun bila mendengar atau membaca Qur’an.

Ini jawapan Ustaz dato Abu Hassan Din al-hafiz tentang cemburu pada bidadari syurga

“Di syurga nanti, selagi kita tak berenggang dengan suami,suami kita seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah kita risau sangat. Yang penting sekarang,usahakan agar kita bersama suami dapat menjadi ahli syurga."

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari.Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.(fuhh..lega)



So,dah nampak kan?? cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang je kan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.hohoho~

Dan ingatlah,apabila kita memilih untuk patuh sebagai hamba Allah lalu membuktikan kehambaan kita dengan menjadikan setiap aktiviti hidup sebagai ibadah untuk dipersembahkan kepada Allah, menjaga setiap peraturan yang Allah tetapkan dalam syariat walaupun terpaksa mengharungi seribu rintangan dan cabaran, maka kita telah pun menempuh jalan kebenaran.Jalan kebenaran ini secara automatik melayakkan kita menandingi pesona lahir dan batin para bidadari di syurga.Ketika itu, tiada lagi kebimbangan , tiada lagi kecemburuan kerana pastinya suami yang menjadi ahli syurga akan lebih terpesona dengan isterinya yang telah mencipta banyak kenangan pahit , manis, susah dan senang ketika di dunia.


Jika kecantikan lahiriah tidak mampu kita miliki di dunia, maka jangan kecewa. Usahakanlah setakat yang termampu dicapai berpandukan syariat,tetapi yang paling penting ialah memfokuskan usaha kepada membina kecantikan dalaman hati yang penuh rasa kehambaan kepada Allah.

Bagi mereka yang telah dikurniakan kecantikan lahiriah di dunia, lebih-lebih lagi perlu bersyukur dan pastikan kecantikan dalaman juga menghias di diri..Segalanya bermula di sini...Di dunia nih.Allah beri kita peluang.Terpulang kepada diri untuk merebutnya....

Dah la..tak payah risau.Relekssss larrr...Perasaan cemburu tu sebab kurangnya kefahaman tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

Kalau nak sentiasa bersama suami disyurga nanti banyak-banyakkanlah amalan bersama suami supaya boleh masuk syurga sama-sama....InsyaAllah....

~Semoga Allah tunjukkan jalan buat kita....Amiin~

Pssstttt...ader cemburu lagi ke??hehe...

Tuesday, November 22, 2011

Pemuda itu...

Assalamualaikum teman2 imtiyaz...sekadar nak sharing sesuatu.

Petang tadi,singgah di Giant untuk settle kan segala mcm bil kat rumah sewa ni.lepas dah uruskan sumenya,saya menunggu kak linda yang tengah excited beli chocolate blog yang sodap tu...sambil menunggu tu..tiba-tiba seorang pemuda yang saya jangka usianya lebih kurang 23-25 melintas di hadapan saya...saya hanya terpandang dan tertunduk...dan dia tersenyum dan tertunduk...sesuatu yang membuatkan saya terfikir sesuatu....

Sebelah kakinya dah xder...dia berjalan menggunakan tongkat kiri dan kanan...perlahan-lahan dia melangkah....dari air mukanya,seperti seorang ustaz...tiada gaya seperti bekas mat rempit....

"kesiannya...mungkin accident tu..." adik kak linda berbisik pada saya...ya..mungkin juga...

ya Allah...aku bersyukur dengan nikmatmu ini...kaki yang sangat2 berguna...terfikir saya bagaimana dia menguruskan kehidupan harian...bagaimana dia ingin mengambil wudhuk jika di tempat berkenaan takder bangku khas disediakan....

Terdetik dalam hati.Alhamdulillah,saya masih ada kaki.Betapa nikmatnya rezeki. Cuba nak bezakan sikit dengan pemuda tu.kehidupan kita lebih baik. Sekurang-kurangnya. Boleh guna dua kaki dengan sempurna.kalau nampak kucing,boleh kejar..kalau ternampak harimau,leh lari...kalau ternammpak gas pemedih mata dilepaskan,boleh berlari sepantas kilat...Kalau taknak berjalan kaki,merangkak...Guna kemudahan yang ada.Mudah bukan?Semudah 1,2,3...Jadi, kenapa yang dah sempurna ni mahal sangat nak mengangkat tangan menadah syukur?


Ya,saya sendiri pun terkadang TERRRRlupa,TERRRRlalai atau pandang enteng dgn tuntutan dariNya.InsyaAllah. Di perbaiki dari semasa ke semasa.

Muhasabah semula,
Pernahkah kaki ni dibawa ke disko atau tempat hiburan?
berapa kali kaki nih ke masjid?dua kali setahun?(raya puasa dengan raya haji)
pernahkah kaki ni dibawa ke tempat2 ceramah agama??
Pernahkah kaki ini menyepak kucing,binatang kesayangan Rasulullah( memang nak kena sekeh laju2 kalau dia ada depan saya)

mungkin ada diantara kita menganggap...nikmat adalah rezeki yang kita dapat(duit,makanan)...sedangkan,nikmat yg Allah bagi terlalu banyak...tapi terlalu sedikit kita bersyukur dan menunjukkan tanda syukur kita dengan nikmatnya yang ada...

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu sesunggguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ( An-nahl : 18)

dan ingat..kaki ini lah yang menjadi saksi di sana kelak...apa yang sudah kita lakukan dengan kaki yang ada??

Janji Allah SWT: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7

Buat pemuda itu,
saya mendoakan agar saudara tabah menghadapi ujian,jangan terasa rendah diri dan ingatlah andai diri bermanfaat pada islam,saudara lebih sempurna dari mereka yang lengkap kedua-kedua belah kaki tetapi menggunakan kaki ke arah maksiat.mudah-mudahan saudara sentiasa diberi petunjuk Allah dan dilindungi Allah.

Jadikan kesempurnaan itu satu perkara yg buat kita lebih menadah syukur padaNya...

Wallahualam...

Sunday, November 13, 2011

Surat untuk Abang dari adik

Sedihnya kisah ni..

-Surat Untuk Abang Dari Adik-

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..




Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku....

Friday, November 11, 2011

Rindunya pada arwah tokwan...

Alhamdulillah...baru pulang dari sekolah adikku...atas urusan,'ambil buku rekod pelajar....terasa seperti pergi ambil buku rekod anak pula ya..=p

Sekarang,masih menunggu kepulangan bonda tercinta pulang dari kerja..dan kemudian kami akan berangkat ke kampung,di Pulau Pinang...

Sejak arwah tokwan meninggal,makin jarang kami pulang ke kampung...Rindunya pada arwah tokwan...seseorang yang kerap memanggil saya dengan gelaran 'doktor syuhada'...sentiasa membakar semangat diri ini untuk terus menuju ke matlamatku...

Masih saya ingat,hari yang sama,Jumaat...pada 10 Julai 2009...arwah pergi meninggalkan kami selama-lamanya...

"Tokwan meninggal...tiba2 rebah..." suara kakakku tersekat2...

Saya menangis...blur...terkejut...terdiam...terduduk dalam surau di kolej...

"Ya Allah...ubati aku dengan ayat-ayat cintaMu Ya Allah..."sambil memegang terjemahan Al-Quran...saya terus membuka kalam suci itu...hati terubat olehnya....



Pemergianmu,dengan cara yang baik...tokwan meninggal,tiba2 rebah ketika menyampaikan khutbah jumaat...khutbahnya disambung oleh imam ke 2....

Setiap kali hendak tidur,harapan ku agar dapat 'bertemu' tokwan dalam mimpi...hanya sekali saya bermimpi...saya lihat arwah hanya tersenyum dari jauh melihat diri ini...

Ketika arwah masih ada,hidupnya lebih banyak dihabiskan di masjid...imam masjid....kejap2,tokwan pergi nikahkan mereka yang dah sampai seru...kehidupannya sibuk dengan program2...

Arwah seorang yang kuat semangat..rajin melayani kerenah cucunya...cucu yang kecil dilayani kerenah mereka..cucunya yang dah besar,dinasihati dan mendengar luahan masing2....arwah juga seorang yang penyabar,mungkin juga disebabkan kata orang,"biasalah..orang lama...mestilah penyabar..."..tapi bagiku,disebabkan imannya yang menebal dalam jiwa...masih ingat saya suatu ketika dahulu..."ishk,tokwan tak marah ka kat depa...tak baik depa buat lagu tuh...geram kaksu.."

"takpa lah...buat apa nak marah...biaq p lah...toksah dok amik kisah lah..." aduh...penyabar tokwanku...alhamdulillah..patutnya,saya kena contohi...ya..tokwan sentiasa berusaha mencontohi akhlak2 Rasulullah saw...subhanallah...

ketika saya kecil...masih saya ingat...apabila mendengar imam membaca khutbah selepas solat sunat aidilfitri...saya bertanya pada bonda..."mak,suara imam ni macam suara tokwan kan..."

"memang tokwan pun..."bonda menjawab sambil tersenyum....

"la ya kaa..."saya terus menyelak sedikit tabir...terlihat arwah tokwan,sedang berdiri di hadapan...

Masih terasa kesedihannya,lepas saya terbaca post mengenai arwah,di blog yang saya tidak kenali empunya blog tersebut...berkemungkinan seorang, guru http://ependidikanislam.blogspot.com/2009/08/imam-basiri-masjid-lebai-hashim.html



keratan akhbar metro ni masih ku simpan sampai sekarang...Hanya doa yang mampu diri ini kirimkan buatmu....
~Al-Fatihah~

Tahun 2009,membawa iktibar pada diri ini...Julai 2009,arwah tokwan meninggal ketika melaksanakan tugasnya sebagai imam...pada bulan Julai 2009 juga,allahyarhamah Yasmin Ahmad meninggal dunia ketika masih dalam kariernya sebagai penulis,pengarah filem dan penerbit dan kemudian allahyarham Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia ketika masih bergelar pendakwah dalam dunia nasyid...masing-masing meninggal dalam karier mereka...

Apakah karier kita??siapa kah kita??jika kita seorang pejuang Islam,meninggal ketika masih dalam medan dakwah...subhanallah..alhamdulillah....

Bayangkan jika hidup kita,siang malam,tak henti2 langgar perintah Allah...tidak tahu bersyukur atas apa yang Allah dah berikan...masih mempersoalkan 'kenapa nak pakai tudung?'...masih menganggap dirinya muda dan ajal maut hanya untuk mereka yang sudah 'tua'..solat masih diremehkan...puasa tunggang langgang...zakat susah nak dikeluarkan...mata tak pernah dijaga...zina mata,zina hati,zina tangan...dan Izrail menjalankan tugasnya ketika hidup kita dalam kemungkaran...nauzubillah....

Renung-renungkan lah...kita masih ada waktu...

Mudah-mudahan,diri ini juga menjadi seseorang yang mana,lahirnya ke dunia,dia menangis,dunia gembira...dan bila dia meninggal,dunia menangis,dia gembira...

Wallahualam...

Tuesday, November 8, 2011

Fantastiknya Mr. Fox

Pagi tadi,dengan secara tak sengaja,tertekan channel StarMovie di astro..dan dalam masa yang sama,cerita yang agak best ditayangkan...Fantastic Mr. Fox...wuuuu..comel2 la watak2 dalam filem ni...

Apa yang best sangat filem ni??apa yang baagusss sangat filem ni..sebab dia bagus la saya terasa nak sign in dekat 'www.blogger.com' dan terus klik 'new post',then mengarang sikit pagi ni sebelum menjalankan kerja2 suri rumah separuh hari..hehe...sebaik menonton filem ni,saya terfikirkan sesuatu...ada perkara yang menarik boleh diambil iktibar dalam cerita ni...



Filem ni dihasilkan dari rakaman pergerakan patung2 kecil yang chumel...Ia menggunakan teknik stop motion dan berdasarkan novel Fantastic Mr Fox (1970) karya Roald Dahl (1916 – 1990), seorang lagi pengarang yang amat saya minati cerpen-cerpen beliau. Pengarah filem ni, Wes Anderson pun minat banget pada Roald Dahl.Memang detail lar setiap pergerakan tu..Misai MrFox tu pun ada bergerak-gerak..hehe



ni lah the brains...Mr Fox...=)



and this is his wife, the brains behind the brains,Mrs Fox...ibarat sayap kiri seorang pejuang...hehe =)



The gang...=)

Ok, sekarang nak cerita sikit tentang MrFox ni..watak ni George Clooney yang bawa.Kisahnya tentang seekor musang yang suka mencuri...ishk3x..nak buat macam mana,dah tak ada apa nak buat...Dia mula berubah setelah bertemu Mrs. Fox...ehem..ehem...mereka berkahwin dan memulakan hidup baru di sebuah rumah banglo(dalam pokok)..Berhampiran dengan rumah tu ada 3 orang jiran yang akhirnya jadi musuh MrFox ni..

Paling kelakar bila part meet the neighbours time..hoho...Ada sorang pengusaha ladang ayam, ermm..lagi 2 orang lupa sapa tah..(kalau rajin,download la citer ni)..Macam mana diorang boleh jadi musuh nih????jeng...jeng...jeng...Mestilah disebabkan MrFox tu suka pergi mencuri di ladang-ladang manusia ni..Hampir tiap malam kena ceroboh..Siapa tak tension kan??Then,ada la sorang peladang yang agresif dan bengis tu melancarkan misi besar-besaran untuk tangkap si Mr Fox ni..

Memang kelakarlah!!! Especially bila tengok diorang pakat-pakat gali tanah melarikan diri dari peladang-peladang tu..

Gang2 peladang tu ada menangkap salah sorang kawan Mr.Fox ni..eh..silap..salah seekor kawan Mr Fox ni...so..Mr Fox and the gang nak dapatkan semula kawan mereka...selepas Mr Fox memberikan sedikit taujihad,baru lah semua gang dia bersemangat..huhu...apa yang menarik part ni??bila mana,Mr Fox bertanyakan setiap dari mereka,apakah kelebihan masing-masing...ada yang boleh berlari laju..ada yang boleh menggigit kayu.dan ada yang badannya kecil,mampu menyusup ke mana2 lubang.




Sama seperti kita yang berada dalam gerakan islam...mungkin ada individu merasakan diri mereka tak ada kelebihan yang boleh disumbangkan pada jemaah...dun worry...juz look at ur self...and try to check again...maybe ada bakat yang tersekat yang patut dikeluarkan...

Ada yang boleh menjadi ketua...ada yang bijak dalam hal kewangan...ada yang pandai menguruskan hal2 pentadbiran...ada yang mampu membuat kerja2 IT...setiap dari kita,penting pada jemaah...berdiri di posisi mengikut kelebihan atau minat masing2...teringat pada perumpamaan yang diberikan salah seorang sahabat...dalam berpersatuan,ibaratnya seperti lengkapnya sebuah rumah...ada yang boleh menjadi tingkap,ada yang boleh menjadi lantai,bumbung,tiang dan sebagainya...

So..come on la sahabat...kuatkan semangat...cari kelebihan yang ada pada diri...bangun dan terus maju...setiap dari kita ada kelebihan tersendiri...(^___________^)

Wallahualam...

Sunday, November 6, 2011

Aku dah terkorban??

Alhamdulillah....malam ni cuba mencuri sedikit masa untuk mengisi ruangan Imtiyaz...agak busy dirumah....almaklumlah,raya kan...Sebelum tu,nak ucap Selamat menyambut aidiladha...mudah2an...kita mengambil iktibar di hari yang suci ini...

Jika kita imbas kembali,peristiwa pengorbanan yang berlaku pada dua insan mulia dalam mentaati perintah Allah swt,mungkin kita patut renungi pada diri kita,sejauh manakah pengorbanan kita untuk Islam?adakah cukup keyakinan kita pada Allah selama ini?apa yang kita dah lakukan untuk naikkan Islam?Allah....muhasabah semula...



P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N



Satu perkataan yang terlalu mendalam maksudnya...mungkin juga boleh dikaitkan dengan pengorbanan seorang ibu untuk anaknya?
atau pengorbanan seorang ayah untuk anaknya?
mungkin juga pengorbanan seorang suami untuk isterinya??atau pengorbanan seorang isteri untuk suaminya??
ke pengorbanan seorang buayafriend untuk gelifriendnya??eeeyaaarrkkk..."lautan api sanggup ku renangi..."

terlalu banyak untuk kita kaitkan...

Pengorbanan juga tidak boleh dipisahkan dengan individu2 yang bergerak dalam dunia perjuangan.Tingginya pengorbanan yang perlu dicapai agar tetap dalam jalan dakwah....

Pesan murobbi..."berkorban lah untuk Islam...siap sedia untuk berkorban segala2nya...dan juga,pastikan...sejauh mana kalian sanggup berkorban untuk islam ketika di alam kampus,hebat dalam dunia perjuangan..begitu juga lah kalian perlu tetap bila dah keluar dari dunia kampus...ingat,di luar sana sangat2 perlukan kita semua...jangan jadi seperti sahabat2 kita yang dah 'syahid'...masa kat kampus,bukan main hebat,sanggup berkorban masa study,masa hujung minggu untuk program2..tapi bila dah keluar kampus,kahwin,hilang semua pengorbanan tu..lari entah ke mana...cuba contact,langsung tak dapat...takut2 dirasakan pengorbanannya utk islam dah banyak...dia nak rehat sat...ingat,tiada istilah rehat dalam kamus hidup seorang pejuang islam...rehat kita cuma kat sana yang kekal abadi..."

Bondaku juga penah berpesan.."penting sangat pengorbanan dalam hidup berpersatuan nih...dalam gerakan...kita kena korbankan harta,masa dan tenaga...lagi satu,ada jugak anak2 perempuan ni,sebelum kahwin,aktif dalam gerakan...tapi bila dah kahwin,payah dah nak aktif...pasai suami tak bagi bergerak,suami tak paham..pasai tu pentingnya kaksu kena cari suami yang paham...senang nak bergerak...biar sama2 bergerak...sama2 sanggup berkorban..."pesanan bonda yang agak membuatkan saya berdebar2....ya,buat mereka yang bergelar srikandi islam...sudah tentu mengharapkan pertemuannya dengan pejuang Islam juga...yang mengizinkan dirinya untuk terus berkorban untuk Islam....tips dari seorang ustazah untuk teman2 muslimat,hadiahkan Al-Fatihah buat roh bakal suami kita setiap kali sebelum tidur..untuk saya,kalau mampu,setiap kali lepas solat fardhu hadiahkan Al-Fatihah buat dirinya...mudah2an Allah lindungi dirinya dari fitnah dunia dan berdoalah untuk bakal suami kita....siapakah jodoh kita??jeng..jeng...jeng.....

"Ya Allah,andai ketika ini dia bukanlah seorang pejuang Islam,Kau berikanlah dia hidayah dan bukakan lah jalan untuknya ke medan dakwah...andai ketika ini dia adalah seorang pejuang islam,kau tetapkan dirinya dalam medan ini...Kau jadikan lah dia seorang mukmin sejati...Kau berilah dia hidayah dan curahkanlah rahmat ke atas dirinya....Lindungilah dia dari fitnah dunia...mudah2an baitulmuslim yang terbina antara kami dapat melahirkan generasi penyambung perjuangan Rasulullah saw..."

Teruskanlah berdoa agar kita dan si dia,sama2 dapat berkorban untuk Islam...

Kesempurnaan pengorbanan terletak pada adanya sesuatu yang terkorban dari orang yang berkorban.

Pertama: Pengorbanan harta benda
Apabila harta benda dikorbankan, berlaku kekurangan harta benda dan wang ringgit miliknya. Hingga diri dan keluarganya hidup di tahap paling sederhana. Tidak boleh mendakwa dirinya pejuang yang banyak berkorban andainya hidup semakin mewah, semakin senang dan harta semakin bertimbun.
Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a pernah ditanya apabila beliau mengorbankan semua hartanya ke jalan Allah, apa lagi yang tinggal untuknya? Beliau menjawab: "Allah dan Rasul!"

Kedua: Pengorbanan masa
Untuk membangunnya kejayaan umat, banyak masa perlu digunakan. Tidak boleh "part time" atau kalau ada masa baru hendak berjuang. Melainkan hilang segala masa relaks, masa santai dan privacy. Terlalu sempit ruang waktu untuk urusan peribadi dan keluarga.
Sayidina Umar Ibnu Khattab pernah berkata: "Aku tidak dapat tidur di siang hari kerana bimbang urusan aku dengan rakyat tidak selesai, dan aku juga tidak dapat tidur di malam hari kerana bimbang kalau urusan aku dengan Tuhanku tidak selesai."

Ketiga: Pengorbanan tenaga
Diri sendiri itulah merupakan sumber tenaga untuk dikorbankan. Tenaga yang tercurah untuk perjuangan Islam itu tidak lagi dapat digunakan untuk menambah pendapatan atau mengumpul kekayaan.

Keempat: Pengorbanan perasaan
Kedapatan juga umat yang mahu berkorban membangunkan Islam tetapi memilih dalam bentuk yang seronok, pujian dan sanjungan. Atau bentuk-bentuk yang tidak sampai menanggung derita jiwa kerana menghadapi tentangan. Apa jua jenis risiko yang bakal dihadapi akan diusahakan menghindarinya. Sedangkan memang menjadi sunnatullah para pejuang terpaksa banyak menekan perasaan kerana risiko yang dihadapi.

Kelima: Pengorbanan fikiran
Sayidina Umar Ibnu Khattab sangat dukacita andainya umat ini terdiri dari orang yang lemah mentalitinya walaupun bertaqwa. Anehnya kepintaran dan ketinggian mental umat Islam lebih banyak digunakan untuk membangunkan material. Umat perlukan mastermind yang mampu merancang, buah fikiran yang bernas, minda yang bersih. Kepintaran diperlukan untuk mengupas isi Al Quran dan mencapai ilmu Islam yang lainnya. Individu muslim yang pintar perlu berkorban demi kedaulatan Islam.

Keenam: Pengorbanan nyawa
Ini yang dilakukan oleh para sahabat. Milik manusia yang paling disayangi ialah nyawa. Para sahabat menukar ganti nyawa mereka demi untuk kemuliaan Islam kerana Allah SWT.

So..apa lagi..tanya pada diri,jawab sendiri...
Adakah kita berkorban atau kitakah yang terkorban. Apa yang terkorban dalam hidup kita demi kepentingan Islam?

Perlu lahir dari kalangan umat ini semangat pengorbanan yang dimiliki oleh Rasulullah dan para sahabat. Perlu ada di kalangan umat ini "figure" yang memiliki jiwa besar umpama Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.

Perlu ada golongan yang keluar merentasi desa, menyeberangi lautan, mendaki bukit bukau, mengharungi onak dan duri, berkelana di rimba, terbang ke tujuh benua demi membuktikan kecintaannya kepada agama Allah SWT mengatasi kecintaan kepada yang lain.

Perlu ada golongan yang mengorbankan hartanya, masa, tenaga, perasaan, fikiran malah nyawa sekalipun. Jika bukan kita yang berkorban untuk Islam, siapa lagi yang boleh kita harapkan?

Bangun jangan tak bangun....
Wallahualam...

Tuesday, November 1, 2011

Apa pandangan orang pada kita??

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.



"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Ingatlah,biarlah 1000 manusia memandang rendah pada kita asalkan Allah yg 1 memandang mulia pada kita...Dan jangan lupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Monday, October 24, 2011

Kerana wanita, jatuhnya sebuah kerajaan...

"Mak...best tau forum syurga cinta tu...isi2 yg prof muhaya bagi,ringkas,padat dan berisi..." saya sekadar berkongsi dengan bonda tercinta apa yang saya perolehi di KAMU 2011 dan salah satunya forum syurga cinta...

dan kemudian....sembang santai kami menjadi sebuah perbincangan yang makin menarik....dari sharing "syurga cinta"...masuk ke gejala sosial remaja masa kini...dan kemudian...sedikit sejarah

"cuba kaksu tengok...kerajaan Rom tu jatuh sebab apa?sebab seorang wanita..."

"haaaa....Rom jatuh sebab seorang wanita??" aduh,diri ini memang tak cukup ilmu sejarah lagi...baru ku tahu akan hal ni...hebatnya penangan seorang wanita...

Siapakah wanita yang berjaya memikat seorang lelaki yang paling berkuasa di dunia ketika itu dan sekaligus berjaya menggugat empayar Rom??

Ini dia cik puan tuh....

Cleopatra Ptolemy VII (atau Cleopatra VII Thea Neotera atau Cleopatra Philopator— Januari 69 SM – 12 Ogos 30 SM)...Beliau dikenali sebagai wanita paling bahaya dalam sejarah, penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia, iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius (atau Marc Antony). Lagendanya diturunkan melalui mitos-mitos, buku-buku, novel-novel malah filem-filem.

Keperibadiannya yang berbeza, daya penarikan yang unik dan bercita-cita serta berwawasan jauh menjadikannya ratu berani yang hampir menakluki seluruh dunia. Kehidupannya ibarat sebuah teka-teki yang mengagumkan. Walau bagaimanapun, di sebalik mitos, terdapat satu keperibadian yang menakjubkan, iaitu baginda mengimpikan sebuah empayar dunia, ratu kepada dunia. Baginda menjadi ratu kepada sebuah negara yang hampir sama usia dengan tamadun itu sendiri. Piramid Firaun itu adalah purba baginya sepertimana purbanya Cleopatra kepada kita.

40 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, Cleopatra telah menggugat Empayar Rom yang sedang meningkat kuasa malah lebih mengancam daripada kuasa lain di dunia. Kerana itu, sesetengahnya mengatakan baginda bermisteri dan mengagumkan.

Hebat sungguh penangan wanita ini...dan dalam dunia sekarang...ada juga tokoh2 dunia yang jatuh kerana W.A.N.I.T.A.

1) John Profumo (Setiausaha Negara AS) kerana Chritine Keeler

2) Bill Clinton (AS President) kerana Monica Lewinsky





3) Silvio Berlusconi (President Itali) kerana Lusinan


4) Gary Hart (President Parti Demokrat AS) kerana Donna Rice


5) Eliot Spitzer (Gabenor New York) kerana pelacur mahal


Tak kurang juga ada pemerintah di negara tercinta ini,yang gagal menjalankan amanah yang diberi hanya kerana wanita..

Ada juga segelintir mujahid di luar sana yang sebelum ini hebat dalam dunia perjuangan,tetapi terhenti di pertengahan jalan atas sebab lalai dengan wanita....dan kerana wanita juga...mampu meniupkan semangat jihad, menjadi tulang belakang seorang pejuang Islam..

Pesanan buat teman2 muslimat di luar sana,jangan salah gunakan kelebihan yang ada pada diri kalian...Jangan menjadi fitnah buat para pejuang Islam..tetapi jadilah lilin yang membakar api semangat juang buat yang bergelar S.U.A.M.I.



Wallahualam....

Thursday, October 20, 2011

"Feel the experience....catch the moment..."

Hujung minggu nih anda di mana??

dah ada program sendiri??kalau belum..jom kita ramai2 ke Shah Alam....

Ada program best!!jom =)

Di Stadium Melawati & Perbadanan Perpustakaan Awam Shah Alam
22 Oktober - 23 Oktober 2011




HARI PERTAMA
22 OKTOBER 2011 (SABTU)

9.00am – 1.15pm Sidang Meja Bulat Gerakan ...Mahasiswa
9.00am – 1.15pm Sidang Dewan Mahasiswa(MajlisPerwakilanMahasiswaNasional)
1.15pm – 2.30pm Solat Zohor & Rehat
2.30pm – 4.30pm Bergerak Ke Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)
4.30pm – 5.00pm Solat Asar & Rehat
7.00pm – 9.00pm Solat Maghrib,Kuliah Ust Ridhuan,Solat Isya',Solat Hajat
9.00pm – 11.00pm Sembang Santai Pimpinan Anak Muda
bersama“Facebookers”&“Bloggers”
9.00pm – 11.30pm PERASMIAN KAMU '11 oleh MB,
Sembang Santai Pimpinan Anak Muda bersama
“Facebookers”&“Bloggers”,Persembahan Santai Shahir AF

HARI KEDUA
23 OKTOBER 2011 (AHAD)

8.00am –5.00pm Futsal “Anak Muda Sayang Malaysia”
9.00am – 1.15pm Simposium Dakwah Kampus (SIMDAK)
11.30am – 1.30pm Bengkel Personaliti Anggun
1.30pm – 2.30pm Solat Zohor Berjemaah & Rehat
2.30pm – 4.30pm Forum "SyurgaCinta"
4.30pm – 5.00pm Solat Asar
5.00pm – 6.00pm Penyampaian Hadiah Futsal, Anugerah Tokoh Atlit Mahasiswa
7.00pm-9.00pm SolatMaghrib, Cakna Palestine
Oleh:Ustaz Syed MohdNorhisyam,SolatIsya’
9.00pm – 11.00pm Konsert Kesenian “Gegar Anak Muda”,Penyampaian Anugerah
(AnugerahTokohMahasiswa)
PERASMIAN PENUTUP KAMU’11
oleh: YB. Dr. HjhHalimahBinti AliSee More
By: Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS)


Forum Syurga Cinta..
Bersama Panel 1- Ustaz Zaharuddin 2- Prof Dr Muhaya... Moderator oleh Imam Muda Asyraf... jom dengar!!!

Prof. Aziz Bari: Siapa Kurang Ajar Pada Raja-Raja Melayu?

Pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.“Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?“Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk “Ehhh….look who’s talking?” menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.Selain itu, kuasa menggistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya.



Menurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu danmahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.“Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis. Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya),” katanya.
Dr Mahathir selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Parit, semalam dilaporkan berkata tindakan Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Ahkbar milik UMNO, Utusan Malaysia juga memetik mantan perdana menteri itu berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

“Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” kata Mahathir.

Bagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan UMNO yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka.

“Dua tahun lalu, dia (Dr Mahathir) kata OK bagi pihak Istana menyingkirkan (Menteri Besar Perak Datuk Seri) Nizar (Jamaluddin).

“Dan awal tahun ini pula, beliau berkata dirinya tidak pernah merampas kuasa sultan dalam pelantikan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Selangor (selepas Sultan bertitah baginda tidak lagi mempunyai kuasa melantik SUK).”

Pada 11hb. Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3hb. Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi. Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, pemimpin BN, khususnya UMNO dan media-media miliknya memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja.

Sumber : http://dinmerican.wordpress.com/

----------------------------------------------------------------------------------
Proffesor Aziz Bari digantung tugas dan dilarang jejakkan kaki ke UIA. Penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada Peringkat Sarjana Muda hingga ke Doktor Falsafah (PhD).

Monday, August 22, 2011

"Ibu,pulangkan duit yang adik pinjamkan..."

Dua hari yang lalu,saya pergi menjalani community service di rumah orang2 tua di Puchong...syaratnya untuk memenuhi subjek yang saya ambil untuk semester nih....dalam masa yang sama agak excited la sebabnya tak pernah lagi saya melawat rumah orang2 tua...Lebih kurang jam 2.30petang kami bertolak dari MSU...

Sebaik tiba disana,kami mula bertemu dengan pengasas rumah orang2 tua tersebut...dibahasakan dirinya dengan panggilan 'mak'....kemudian,mak menerangkan serba sedikit sejarah tempat tersebut...

"ada anak2 yang busy sangat dengan kerja,dihantarnya ibu bapa mereka kat sini..."

Panjang lebar mak menerangkan berkaitan penghuni rumah tersebut..

"ada nak tanya soalan??"mak bertanya setelah selesai menerangkan segala2nya perihal tempat tersebut...

"mak,kalau raya ke...anak2 yang hantar ibu bapa diorang kat sini...diorang datang bawa balik kejap tak??atau macam mana??"saya mengajukan persoalan..

"tak...dorang mana ada ambil bawa balik...duduk je lah kat sini sampai akhir hayat..."

Hmmmm...anak2 yang macam nih..tak kenang jasa atau macam mana yer...teringat satu kisah....

-----------------------------------------------------------------------------

"ibu, nanti kalau adik dah jadi doktor,adik nak jaga ibu...adik nak besarkan rumah nih macam rumah banglo....untuk ibu jugak....adik nak bahagiakan ibu...adik nak ibu rasa bahagia sgt2..." tersenyum mak cik muna dengan anaknya,amira,anak bongsunya satu2nya anak yang paling cemerlang nak dibandingkan dengan anak2nya yang lain...dan tahun tersebut dia bakal menduduki peperiksaan yang akan menentukan arah tujunya lepas ini...

Selang beberapa tahun kemudian,dia dah dapat melihat anaknya bergelar seorang doktor...hati ibu mana yang tak gembira melihat anaknya berjaya...

Setelah dua tahun anaknya menjalani kehidupan sebagai seorang dokor,disebabkan kesibukan dalam kerjayanya,anaknya jarang pulang ke kampung tetapi ada juga dia bertanya khabar makcik muna.

Suatu hari,anak sulung makcik muna,azhar menghubungi amira untuk berbincang sesuatu...

"adik,along nak bagitau nih,insyaAllah kami dalam plan nak ubahsuai bilik air kat rumah ibu ni...nak besarkan sikit dan nak tambahkan sikit palang besi kat tepi dinding bilik,nak mudahkan ibu sikit...ibu pun dah tua...jadi along nak minta la adik hulurkan sikit duit...yelah,along pun tak mampu macam kamu,nak harapkan angah kamu tuh,dia pun keja kampung je..."

"owh...berapa yang along nak??takperlah...nanti adik bank in kan kat akaun along..maaf la..adik tak dapat balik hujung minggu nih,sibuk pastuh dah janji pun dengan anak2 nak bawa jalan2..."

"ya ke...along rasa kamu dah lama tak balik jenguk ibu kan..takperlah,kamu pun sibuk..."

Hampir beberapa bulan berlalu,Amira pulang juga ke kampung halaman....gembira sungguh hati mak cik muna dengan kepulangan anaknya...anak kedua makcik muna yang memang tinggal berhampiran sibuk menyediakan juadah istimewa buat adik tersayang...

Selepas makan malam,diruang tamu,Mira meminta sesuatu...

"adik tengok bilik air pun dah besar...mesti dah settle semuanya kan??so..boleh tak adik nak ibu ganti semula duit adik yang adik pinjamkan pada ibu hari tuh...tak pun,kalau along nak tolong bayarkan utk ibu pun takper..."

"eh...kamu pinjamkan??!!kita ubahsuai bilik air rumah ibu jugak,bukan rumah orang lain..."terkejut azhar dengan kenyataan adiknya...

"ala...adik penat la keja siang malam..jumpa patient macam2 kerenah...tuh hasil usaha adik..jadi tak salah kalau adik berkira sikit...along,angah dan ibu mesti fahamkan..."

------------------------------------------------------------------------------

Kisah realiti...bukan fantasi...kisah yang saya perolehi dari mereka yang terdekat dengan saya...muhasabah utk kita semua....Selepas solat,seringkali kita berdoa utk ibu bapa kita...tapi jangan dilupa berdoa jugak untuk diri kita sendiri agar menjadi anak yang soleh/ah sehingga ke akhir hayat...berdoa lah agar kita menjadi anak yang mengenang jasa ibu bapa kita sehingga kita mati!

Nauzubillah andai diuji dengan kesenangan,kita lupa pada ibu bapa kita....jika sekarang kita sangat menyayangi ibu bapa kita,berdoa lah agar kita tetap menyayangi mereka sehingga ke hujung nyawa kita...Allah mampu untuk bolak balikkan hati hamba2Nya...berdoa lah agar Allah pelihara hati kita...

Sungguh...berdoalah...wallahualam...

Thursday, August 11, 2011

Baru je bagi...dah dapat balik...

Subhanallah...nikmatnya berada dalam bulan Ramadhan ni...

Rasulullah Saw. telah bersabda dalam salah satu haditsnya, “Bulan ini (ramadhan) juga merupakan bulan simpati kepada sesama. Pada bulan inilah rezeki orang-orang beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalas dengan keampunan dosa-dosanya dan dibebaskan dari api neraka Jahannam dan dia juga memperoleh ganjaran yang sama sebagaimana orang yang berpuasa tadi tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu.” Yang dimaksud “memberi makan” di sini tidak hanya berbentuk satu porsi makanan, tetapi “walau hanya sebutir kurma, atau seteguk air, atau seisap susu.”

Tazkirah di masjid Al-Itisam tadi ada tekankan bab bersedekah..tiba2 teringat saat2 berbuka puasa di masjid negeri sabtu yang lalu...

Alhamdulillah...sabtu yang lalu,saya berkesempatan berbuka bersama2 sahabat di Masjid Negeri...memang meriah....dan kebiasaannya,seawal jam 6 ptg,orang ramai mula mencari atau tanda tempat utk mereka berbuka di kawasan yang disediakan pihak masjid....makanan dibungkus dan diletakkan lebih kurang utk 4 orang setiap hidangan...lengkap dgn kurma,nasi bungkus,air,kadang2 ada kuih,dan bubur lambuk....jam 6.30 petang memang dah penuh ruangan berbuka tu....kalau tiba lewat,berkemungkinan makanan dah habis..tapi tuh lah,nak kata..rezeki Allah tu ada di mana2 je...


masa nih,awal lagi sekitar jam 5.15 petang


jeng..jeng....masa nih lebih kurang jam 6.30 petang...masing2 dah mula tunggu untuk berbuka...


selalunya ada tazkirah sebelum berbuka

Saya dan sahabat2 tiba di masjid lebih kurang jam 5.30petang di masjid...selepas solat,terus ke tempat berbuka mencari tempat yang paling strategik utk muslimah2 macam kami..hehe...

Tak lama tuh,ada sedikit hal yang berlaku yang menyebabkan saya dan beberapa sahabat ke hulu ke hilir dalam masjid utk menyelesaikan sedikit masalah...dan ketika itu jam dah mula menunjukkan 7.15 petang,dah hampir waktu berbuka...sewaktu saya melintasi kaunter pertanyaan di masjid,terdengar perbualan antara pak guard dan juga sorang makcik...

"encik,kat mana nak ambil makanan berbuka??"tanya makcik tuh dalam reaksi yang agak risau...

"laaaaa....puan datang waktu nih,memang mustahil la nak dapat makanan..dah habis la tuh sbb biasanya org datang dlm 6.30 ptg..nih lg berapa minit je nak berbuka..."xplain pakguard tuh..tapi nampak dia releks....gaya dia tak membantu..

"alamak..macam mana..saya tak bawa apa2 makanan nih...."makcik tuh bertambah risau..saya lihat ditepinya,anak2nya kecil2 lagi dalam 5 org...saya anggarkan yg sulung darjah 2 dan yg bongsu 3 tahun.

"kenapa makcik??"saya terus bertanya...sekadar nak cuba bantu mana yang mampu..

"makcik datang nak berbuka dengan anak2 kat sini,makcik tak tahu kena datang awal..tapi ni makcik tak bawa apa2 makanan utk berbuka.."sambil tertunduk makcik tuh memandang anak2nya di tepi...

"owh..makcik tunggu kejap..tunggu kejap ja..jap lagi saya datang semula..."saya terus bergegas ke tempat saya dan sahabat2 tadi duduk dan ambil set makanan saya...

"makcik,nih ada lebih utk makcik..tapi nih je yang tinggal..."

"terima kasih nak...terima kasih..."terpancar sedikit kelegaan diwajah makcik tu...kesian saya tengok anak2 makcik tadi..kecil2 lagi...anak2 nih lain sikit ragamnya..kalau dah lapar...mula la mereka tak senang duduk nanti...lepas bersua dgn makcik tadi,saya kembali ke tempat saya semula...ternampak seorang sahabat yang hadir disitu,bertegur sapa lah kami...

"syu dah berbuka ke?"

"sudah2...dah minum air tadi..."jawab saya serba salah..nak kata dah makan..belum lagi...tapi terasa kenyang bila teringatkan hal tadi..

"ada makanan tak??"kak rin bertanya dalam nada risau,yelah,kalau datang lambat ke masjid,berkemungkinan habis makanan...mana taknya,terlalu ramai yg berbuka disitu..meriah...

"ada kot..."saya jawab simple sambil tersenyum....saya yakin ada rezeki saya lepas ni...

"akak tanya ada ke tak??nah,ambil nih,ada lebih makanan..."kak rin menghulurkan sebungkus nasi dan sebekas bubur lambuk pada saya..

Tiba2 datang sorang sahabat tegur kakrin,"kak,makanan nih ada lebih,sapa yg tak dapat lagi yea..."

"haaaa..bagi pada adik nih...dia tak buka lagi tuh..."sahabat tuh terus menghulurkan nasi sebungkus,bubur lambuk sebekas dan air mineral sebotol....

"alamak kak,xper2...syu dah ada nih akak bagi tadi..."serba salah saya nak terima buat kali kedua...

"takperlah...amik...rezeki syu...".....

Baru beberapa minit saya menghulur sesuatu,tiba2 saya menerima semula bahkan dua kali ganda....niat..jaga niat kita dalam setiap amalan kita...dan yakin dgn Allah...tak perlu risau atas apa yg kita hulurkan..tak perlu risau terasa kekurangan...Allah maha Pemurah..perbanyakkan bersedekah...anggap je,sedekah kita tuh ibarat simpan duit kita dalam bank...bank akhirat..biasanya duit yang kita simpan akan dilihat dalam buku bank dan di update dari semasa ke semasa...'buku bank akhirat' kita pula nanti tersenarai duit yang kita 'masukkan' setiap hari....memang kita memberi,tetapi terhimpun di sana..InsyaAllah...bersedekah lah walaupun sedikit, amalan ini merupakan antara amalan kebiasaan Rasulullah di bulan Ramadhan....

Rasulullah Saw. adalah orang yang paling pemurah dan dibulan Ramadhan beliau lebih pemurah lagi. Kebaikan Rasulullah Saw. di bulan Ramadhan melebihi angin yang berhembus karena begitu cepat dan banyaknya. Dalam sebuah hadits disebutkan, “Sebaik-baiknya sedekah yaitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR. Baihaqi, al-Khatib, dan Tirmidzi).

Wallahualam....

Tuesday, August 9, 2011

"Laaaa...bulan puasa ke sekarang nih?"

Alhamdulillah....malam nih dah masuk malam 10 ramadhan dah...tiba2 terasa cepat.....Macam mana puasa kita??amalan kita sepanjang Ramadhan...adakah kita manfaatkan sebaiknya Ramadhan kali ini...Ada golongan yang berusaha mengambil peluang sebaik2nya di bulan ramadhan ni..ada golongan yang tak terasa bezanya bulan ini dgn bulan yang lain...sepatutnya,malam ramadhan,penuhi dgn beramal ibadah..tapi mereka duduk di bangku taman2,sibuk dgn hal yg lain....

Balik tarawikh tadi,ternampak satu couple,jiran dpn umah sewa ni,sronok dok berdating smbil si buayafriend hidupkn api rokok utk gelifriend dia..alamklumlah,student,bila berjauhan dari family,dia jadi lain macam sikit la...saya pun try la g tegur sapa..jiran tetangga la katakan,kena la amik berat....

Cik Syu :Assalamualaikum....
Buayafriend & gelifriend :aaaaaa.....
Cik Syu :eerrrrrr...islam ke??
Buayafriend : ha'ah...islam...
Cik syu : Laaaaaaa..islam ke...minta maaf la yea...tak elok la wat gini...(dlm masa yg sama si gelifriend trus lari masuk umah)....org masjid pakat2 baru blik tarawikh..malu la diorng tengok...balik je la yea dik...asal mana nih??study lg ke?
Buayafriend : aaa..dah keje...dok cnih jah...
Cik Syu : oghe kelate kor?
Buayafriend : ho...kelate..dok bachok..
Cik Syu :laaa...kak pung kelate jugok...teghe...namo gapo???(tetiba ja mengaku org kelantan..hoho...)
Buayafriend : apih...mitok maah kak deh....mitok maah....balik dulu lah...
Cik Syu : owh..apih...ya2...sila2..balik2...elok lah tuh....(uissshhh...buat malu abg aku ja,nama sama...minta maaf la abg long naa)

Yang buayafriend dah mula hidupkan enjin motor dan terus balik...yang sigelifriend tadi tak keluar2 dah rumah...

Saya pun terus melangkah masuk rumahku syurgaku...baru nak kunci pintu,tiba2 je nampak gelifriend tadi,melambai2 ke arah saya dan berlari ke pagar rumah saya...

Gelifriend : kak,minta maaf la yea..tadi saya lari masuk sebab saya malu dgn akak...
Cik Syu : xper2 dik..(sambil saya menghulurkan tangan nak salam)
Gelifriend :kak,minta maaf la ye...bau rokok kat saya...
Cik Syu : xper dik...nama saper??asal mana??
Gelifriend : mak ngan ayah saya asal kedah
Cik Syu :laaaa..sama lah akak...akak pun kedah jugak..kat Sg Petani...(haaa sudah...mengaku kedah lak..huhu)
Gelifriend :tapi saya asyik pindah2..pernah dok kat manjung,kat Desa Bayu yang umah banglo2 tuh...
Cik Syu : subahanllah dik...sekarang nih akak dok manjung la kat desa bayu tuh...(balik2..tempat saya jugak disebutnya..adussss)ermm...yelah,adik kena pandai jaga diri...bulan2 puasa nih...tak elok la..family kita jauh..nih lak keliling umah family,apa la diorang kata nanti...student MSU jugak kan??amik kos aper dik??
gelifriend :ha'ah...yea..sy amik TESL...
Cik Syu :minta maaf la akak tanya adik islam ke tak tadi..sebab akak tak nampak gaya islam..ingatkan...errmm..yerlah..bdk2 umah akak panggil umah adik umah satu malaysia sebab campur india,cina and melayu kan korang...bla..bla..bla..(sempat la dalam 5 minit kami berta'ruf sebentar...cuma saya rasa terharu sikit sebab dia sudi datang ke rumah saya dan minta maaf atas perbuatan dia..tak macam couple yang pernah saya tegur di kolej tempoh hari..yang gelifriendnya dah memang tak tahu malu..dimana kau letakkan malumu wahai si adik manis??

Hmmm...kesiannya...kesedaran dgn kehadiran Ramadhan nih kurang...Allah...masing2 sibuk 'berpesta' ibadah tapi mereka sibuk dgn dunia yg mereka cipta sendiri...Sejauh mana kita menghargai kehadiran Ramadhan ni.adakah sekadar berpuasa di siang hari??

"alah...aku posa kira ok lah tuh.....dari tak posa..."..
Cukup???cukup dgn puasa SAHAJA???adusssss...ruginya...rugi giler beb!!...Bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan kot,takkan nak sia2 kan macam tuh je...saya sendiri pun dah terasa keberkatan bulan nih dari awal Ramadhan lagi selepas pelbagai hal yang berlaku pada saya sendiri(lain kali saya share)...

Barangsiapa yang berpuasa karena iman dan mengharap ridha Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. [HR. Bukhari]



Cuba renungi wahai diri...wahai diri yang sentiasa meminta2 padaNya tetapi amalanmu boleh dihitung dengan tak sampai 5 jari!!!apa yang kau buat utk tunjukkan rasa syukurmu padaNya??!!
Renungkan duhai diri yang mudah lupa pada kasihNya!!
Hitunglah!!!
Muhasabahlah dirimu!!!
Hisablah dirimu sebelum kau bakal dihisab diakhirat kelak!!

Sebelum Ramadhan bermula dulu..
Adakah kau benar2 merancang sesuatu utk Ramadhan kali ini??!!
Kau terima borang kosong untuk diisi azam puasa tahun ini??
Ingatkah lagi apa yg tersenarai dalam borang itu??!
Berapa percent kah yang sudah tercapai hasratmu itu??
Berapa juzu' kah quran yang kau baca?atau berapa ayat Quran je yang kau baca sepanjang Ramadhan bermula??atau pun adakah kau sudah sentuh Quran dalam Bulan Ramadhan Bulan Quran????
Berapa surah kau dah dapat hafaz??
Adakah kau penuhi janji untuk ber'dating' dgnNYA dikala insan lain lena dibuai mimpi?
dan bagaimana dengan azam2 mu yang lain?? macam mana??!
Solatmu bagaimana??!!
Auratmu yang terdedah bagaimana??sampai bila kau ingin ianya dilihat mereka yang haram melihatnya....sampai bila???!!tunggu diusia tuamu??adakah kau yakin umurmu panjang??entah esok entah lusa kita akan bertemu denganNya...janganlah kau jadi hamba yang degil...
Usaha lah duhai diri yang tak pasti bila ajalmu bakal tiba!!
Mujahadah dan teruslah bersabar!

Ya Allah,
andai ini Ramadhan terakhirku..
jadikanlah ia yang paling termanis dalam hayatku..
jadikanlah madrasah tarbiyyah ini tempat untukku perbaiki akhlakku yang masih ada calarnya..
Ya Allah, sentuhilah hati aku..
sedarkanlah aku andai aku mensia-siakan Ramadhan ini..
anugerahkanlah daku petunjuk untuk berjalan di atas kebenaran..
kuatkanlah aku..

Sunday, June 19, 2011

Inilah A.Y.A.H

Dalam perjalanan pulang ke rumah pagi tadi...saya terserempak dengan seorang lelaki yang menaiki motor sambil memegang besi buaian baby yang telah dibuka cantuman (agak2 boleh imagine tak keadaannya),yang saya agak besi tuh berat sikit....dari air mukanya dah jelas dia cuba menahan kepayahan membawa besi2 tersebut dengan sebelah tangan lagi memegang handle motor.

Dalam hati bermuhasabah..inilah pengorbanan seorang ayah...terfikir nasibnya apabila anak kecilnya itu dah besar..adakah anaknya akan berkorban seperti mana ayahnya lakukan??...adakah anaknya tahu betapa tingginya nilai pengorbanan seorang ayah...mudah2an soleh lah anaknya...InsyaAllah..

Tiba2 teringat pada ayah...Apa yang ayah saya sedang buat ketika ini...Terus saya dail,'ayahanda' pada handphone comel saya...

Ayah,abi,papa,bapak,walid,daddy,...apa pun yg anda panggil..mereka tetap mempunyai tanggungjawab yang sama...

Di sini saya ada sedikit perkongsian buat kalian, KHUSUSNYA buat diri kita yang bergelar seorang ANAK.

Fakta menarik mengenai seorang AYAH

1.Ayah mulai merancang hidupmu ketika tahu bahawa ibumu telah hamil (mengandungmu).

2.Ayah tidak suka menitiskan air mata......ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya,dia sangat gembira sampai-sampai keluar air dari matanya (ssst......tapi sekali lagi ini bukan menangis).

3.Ayah paling tahu bagaimana mendorong ayunan cukup tinggi untuk membuatmu senang tapi tidak takut.

4.Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkatmu dibahunya.

5.Ayah mengangkat beban berat dari bahumu dengan merengkuhkan tangannya disekeliling beban itu.

6.ketika kamu masih kecil,dia memelukmu untuk mengusir rasa takutmu.......ketika dikau bermimpi akan dibunuh monster.

7.Ayah membiarkan kamu menang... dalam permainan ketika kamu masih kecil, tapi dia tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.

8.Ayah tidak akan memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi dia tidak akan tidur semalaman. Siapa tahu kamu memerlukannya.

9.Ayah menganggap kamu harus berdiri sendiri (berdikari), jadi dia tidak mahu memberitahumu apa yang harus kamu lakukan, tapi ia akan menyatakan rasa tidak setujunya.

10.Ayah ingin anak-anaknya memiliki lebih banyak peluang daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesusahan,tidak bergantung pada sesiapapun,tapi selalu memerlukan kehadirannya.

11.Ayah tidak ada di dalam album foto keluarga, kerana dia yang selalu memotret.

12.Ayah selalu tepati janji! Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang kawan, meskipun ajakanmu untuk pergi sebenarnya lebih disukainya.

13.Ayah selalu sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan kawan-kawan mereka.kerana dia sedar itu adalah akhir dari masa kecil mereka.

14.Ayah membantu membuat impianmu menjadi kenyataan bahkan diapun meyakinkanmu untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah dia melepaskanmu.

15.Ayah mungkin tidak tahu jawapan segala sesuatu, tapi dia membantu kamu mencarinya.

16.Ayah mungkin nampak garang di matamu, tetapi di mata kawan-kawanmu dia nampak baik dan penyayang.

17.Ayah lambat mendapat teman, tapi dia bersahabat seumur hidup.

18.Ayah benar-benar suka membantu seseorang.......tapi dia susah meminta bantuan.

19.Ketika ayah di dapur,memasak bagaikan penjelajahan ilmiah. Dia memiliki formula resipi tersendiri, dan hanya dia sendiri yang memahami bagaimana memasak menurut resipi sendirinya itu. Dan hasilnya?... .mmmmhhh..."tidaklah terlalu mengecewakan" ^_~.

20.Ayah mungkin tidak pernah menyentuh penyapu ketika masih muda, tapi dia boleh belajar dengan cepat.

21.Ayah akan sangat suka membelikanmu makanan selepas dia pulang kerja, walaupun dia tidak dapat sedikit pun bagian dari makanan tersebut.

22.Ayah selalu berdoa agar kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan jarang sekali mendoakannya.

23.Ayah sering memberikan kamu semangat ketika kamu mengatakan “ ayah,keputusan peperiksaan saya menurun…” dan dia akan berkata, “tak apa, cuba lagi..masih ada waktu…” dan ayah berusaha sehabisnya untuk TIDAK menunjukkan rasa kecewa dengan kamu.

24.Dia akan melupakan apa yang ia inginkan, agar boleh memberikan apa yang kamu perlukan.

25.Dia menghentikan apa saja yang sedang dikerjakannya, kalau kamu ingin berbual dengannya.

26.Dia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran sekolahmu tiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kerutan di dahinya.

27.Ayah akan berkata,”tanyakan saja pada ibumu" Ketika dia ingin berkata,"tidak".

28.Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anak gadisnya tidur di rumah kawan tanpa keizinannya.

29.Dan dia pun hampir tidak pernah marah,KECUALI ketika anak lelakinya tertangkap basah menghisap rokok.

30.Ayah sering memberi kata-kata peransang terhadap apa sahaja yang ingin kamu kecapi.

31.Ayah terlalu risau dan tidak boleh tidur sepanjang malam, ketika anak gadis kesayangannya di rantauan tidak memberi khabar selama hampir satu bulan.

32.Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu hal yang baik bahkan yang dipandang mulia disisi Islam.

33.Ayah lebih bangga pada prestasimu, daripada prestasinya sendiri.

33.Ayah hanya akan menyalamimu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah,kerana kalau dia sampai memelukmu,mungkin dia tidak akan pernah melepaskan pelukan darimu.

34.Ayah pernah berkata," kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya dipasar, tapi datang dan pesanlah langsung dari pandai besinya. begitupun dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kau ingin mendaptkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya".

35.Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan,"jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu".

36.Dan Untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan," janganlah bersedih meskipun kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah kepada anak-anakmu kelak! lelaki yang boleh melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tapi jangan pernah kau gantikan kedudukan Ayah di hatimu".

37.Ayah berkeras, bahwa anak-anakmu kelak harus bersikap lebih baik daripada sikap kamu dahulu.

38.Ayah boleh membuatmu percaya diri.......kerana dia sangat percaya kepadamu.

39.Kadang2,ayah sangat marah dengan sedikit kesalahan yang kamu lakukan sehingga membuatkan kamu menangis semalaman....tetapi kemarahannya hanya kerana ayah ingin kamu menjadi yang contoh terbaik utk adik2 kamu dan mahu kamu menjadi manusia yang menuju kesempurnaan...

40.Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik.

41.Ayah sentiasa memberi nasihat agar kamu menjaga kesihatan diri kerana dia risaukan dirimu.

42.Di hari pernikahan anak perempuannya,dirinya sebak kerana puteri kecilnya bakal dipertanggungjawabkan pada seorang lelaki.

43.Jika anak lelakinya pula yang bakal berkahwin,dirinya terlalu gembira,memikirkan putera kecilnya dulu sudah matang untuk memimpin sebuah keluarga.

44.Ketika majlis perkahwinanmu, ayah terlalu sibuk sehingga tiada selera untuk menjamah.

45.Ayah akan memarahimu andai kamu membuat perkara yang tidak disukai oleh Rasulullah saw.

46.Dan terpenting adalah.......Ayah tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana dia pun mencintaimu kerana Tuhannya.


Ayah paling gemari aktivit berbasikal jarak jauh....=)


Ayah bersama sumber inspirasinya...hehe


Ayah sentiasa menjadi pelindung buat mak....huuuuu




Masa nih ayah sambut raya kat tempat kerja..hehe...

Berusahalah menjadi anak yg soleh dan solehah untuk mak dan ayah kita..mudah2an abg long,abg ngah,syahid dan syafiq serta semua yg kaum lelaki,akan menjadi 'ayah' yang sentiasa menyuburkan cinta Allah dan Rasul kepada anak2 kalian suatu hari nanti =)

Buat ayahanda saya yang hensem,Tuan Haji Mohamad Salleh Bin Haji Hassan :kaksu minta maaf atas kesalahan yang kaksu TERbuat selama ini,tak sengaja...kaksu sentiasa berusaha jadi anak yang terbaik...anak2 ayah sayang sangat2 kat ayah...terima kasih ayah...jadi hero pada anak2 ayah dan khususnya mak....=)

Sudahkah kalian mendoakan ayah yang memerlukan doamu???dan semestinya doa utk ibumu jua..(n_n)

Dipetik dari : http://khairulabdulhalim.blogspot.com/
Diedit sikit2 oleh : Syuhada Salleh

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...