Monday, September 19, 2016

4 bahan Yang menghasilkan Marshmallow Syuuuuu

Assalamualaikum teman-teman. Semoga berada dalam rahmat Allah swt.

Ada yang dah pernah rasa marshmallow Syu? Fluffy tak? hehe... Terima kasih pada yang dah pernah order dan cuba. Untuk yang belum pernah cuba marshmallow syu, boleh whatsapp Syu, 019-4152316. Ok, hari ni Syu nak kongsi sedikit berkaitan bahan-bahan yang Syu gunakan untuk nak hasilkan marshmallow.

Untuk pengetahuan teman-teman, sebelum ni Syu ada letak marshmallow Syu di cafe CUCMS. Lepas seminggu, Syu pergi cek kat abang air yang tolong jualkan marshmallow tu, cuma 7 bungkus je terjual dalam masa 5 hari. Agak sedih, tapi lepas tu abang air tu bagi cadangan untuk letak apa-apa identiti kat bungkusan dan raga yang Syu letak marshmallow tu dengan identiti yang menunjukkan produk keluaran muslim.

"Bukan apa dik, abang dah jenuh explain ada setengah customer taknak percaya..abang dah bagitau kata marshmallow ni student kita yang buat..dia taknak percaya, dia kata entah-entah student tu beli kat luar then repackaging semula...dik buat la apa-apa yang menampakkan tu produk muslim atau apa-apa la yang orang percaya tu kamu yang buat. " abang tu sangat support.

" Pastu, saya nak teruskan lagi ke jual kat sini?" sekadar minta pendapat.

" eh..terus-terus..jangan berhenti..sedap kamu punya marshmallow. Abang dah rasa.. Biasalah awal-awal ni, memang perlukan masa sikit.." Alhamdulillah..Respon yang positif dari abang tu. 

Apa yang syu gunakan untuk hasilkan marshmallow? Cuma gelatin, gula, perisa dan pewarna. Gelatin tu ada tanda Halal jakim dan Syu guna keluaran Halagel. jadi, tak perlu risau tentang status halalnya. Di yakini  halal, 100% homemade.hehe


Marshmallow Syu ni tak letak corn syrup. Corn syrup ni lebih bahaya dari gula tebu biasa.Jadinya, corn syrup ni Syu gantikan dengan glucose syrup yang Syu buat sendiri.

Untuk yang nak order marshmallow, boleh whatsapp Syu 019-4152316.

Harga : ( Tidak termasuk kos postage )

250 gm : RM 14
500 gm : RM 24
1 kg      : RM 40

* Atau boleh juga selfpick di Alam Avenue Seksyen 16 Shah Alam

Perisa :

Vanilla
Rose
Strawberi
Coklat
Cappucino
Peppermint 

Ig : syuhada_marshmallow
FB Page : Syuhada Homemade Marshmallow

~ Sharing with love ~


Monday, August 15, 2016

Marshmallow Muslim @ Homemade Marshmallow

Assalamualaikum semua, Semoga sentiasa berada dalam keberkatan Allah swt.

Hari ni adalah hari untuk pendaftaran masuk semester baru..Sedar tak sedar, Syu dah masuk tahun tiga.. Rasa sekejap sangat masa berlalu...huhu..laju betoi.. Line celcom pun tak selaju ni...krik..krik..

Ok..Syu rasa berbesar hati sangat nak share perkara baru..ehem..ehem...Syu baru je cuba nak berniaga..hehe... Bisnes apa? Jeng..jeng..jeng...Marshmallow..heeeeee...Bukan apa, Syu ni peminat marshmallow, tambah kalau celup coklat, perghh...memang sedapp..mak mertua lalu pun tak perasan..hoho~
 Bila dah suka, tapi suatu hari tu Jakim ada keluarkan statement kata mostly masrhmallow yang ada tak ada halal jakim, jadinya was-was la kan..Adehh.. Nak tak nak, cuba-cuba la buat sendiri.

Lepas seminggu lebih percubaan, sehari dua ke tiga kali cuba, setelah berkilo gula dan gelatin habis, baru la menjadi rupa dan rasa marshmallow yang nak. Sedih wooo bila dok cuba-cuba, lepas tu tak jadi. Lembik la, macam dodol..Dodol pun keras sikit dari tu.. Tapi, sekali bila dah jadi, rasa macam dah berjaya dalam hidup tuu..keh..keh..keh..

Marshmallow yang Syu buat ni pun, tak guna Corn Syrup, tapi syu gantikan dengan glucose syrup yang Syu buat sendiri. Bukan apa, corn syrup tu murah dari gula tebu dan lebih merbahaya dari gula tebu. At least, Syu nak hasilkan produk yang tak la bahaya sangat..hehe

Sumber gelatin pun Syu guna Halagel punya gelatin.. Di tempat syu agak susah nak cari gelatin halagel tu, Syu baru jumpa kat Mydin Seksyen 18 je. Semalam pun, terjumpa pelanggan baru yang kata, susah dia nak cari gelatin halagel ni. Ok, sebenarnya semalam buat pertama kalinya Syu bawa semua marshmallow syu ni jumpa pelanggan..heeeeee...

Alhamdulillah, respon semuanya memberangsangkan. Ramai yang suka marshmallow Syu ni. 

"emmm...sedap.." sambil buat mata terbeliak lepas cuba marshmallow Syu.

"Alhamdulillah, ada jugak marshmallow muslim punya. Lepas ni dah takyah risau la nak bagi anak-anak akak makan.." respon seorang ibu muda

Alhamdulillah, Syu pun rasa seronok dapat sediakan marshmallow untuk peminat-peminat marshmallow tanpa rasa was-was lagi untuk makan.


Ni marshmallow yang dah dibungkus dan sedia untuk dijual semalam. Nama produk Syu, 'Pluffy Sweet'.. Boleh whatsapp Syu, 019-4152316, kalau nak order. Untuk penduduk Shah Alam, Syu mohon maaf sangat-sangat, sebab tak buat perkhidmatan COD, tapi boleh selfpick di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam. Dan kalau ada yang nak selfpick di area Cyberjaya pun boleh, boleh datang di Cyberjaya University College of Medical Sciences ( CUCMS ), tapi kena deal semula, Syu cuma bawa ke kolej masa hari yang Syu ada kelas. Whatsapp Syu untuk kita sembang-sembang pasal benda fluffy ni dan bila nak pick. Daaaaaannnn, Syu akan pos dengan selaju yang boleh pada peminat marshmallow yang ada di seluruh Malaysia. 

Ini pula marshmallow perasa peppermint, ada chocolate rice sekali dalamnya. Sedappp sangat. Baru cuba resepi ni hari Sabtu baru-baru ni. Setakat ni Syu cuma buat dua perasa, vanilla dan peppermint choco.

Apa-apa pun, whatsapp Syu, 019-4152316 untuk nak sembang fluffy..hehe. Ok, dah nak masuk kelas, jap g Dr. Ibrahim nak jumpa semua student. Maybe sempena masuk semester baru hari ni.

' Sharing with love '
Syuhada

Monday, June 6, 2016

Bot Tersadai di atas rumah

Kejadian bot tersadai di atas rumah memang menakjubkan. Menurut seorang penduduk disitu, kejadian Bot tersadai di atas sebuah rumah adalah bukti pertolongan Allah kepada mereka yang berkenaan.

Rumah yang ditimpa Bot itu milik seorang suri rumah di mana suaminya ketika itu bekerja di Medan. Beliau sememangnya terkenal baik hati dan suka menolong orang kampung. Oleh kerana rumah beliau 2 tingkat, maka dia mempelawa orang-orang kampung untuk menyelamatkan diri dengan naik ke tingkat atas rumahnya.

Air Tsunami yang mengalir ketika itu sudah mencecah paras leher penduduk kampung di tingkat atas rumah, dan masing-masing sudah bermaaf-maafan kerana menyangka ajal mereka sudah semakin hampir. Ketika itu ada seorang lelaki yang berjaya memanjat siling rumah dan menanggalkan atap rumah dan membawa mereka yang di tingkat atas rumah naik ke bumbung rumah.

Tiba-tiba datang satu Bot menuju ke arah rumah mereka. Sangkaan mereka itu adalah Bot Penyelamat kerana ia bergerak menongkah arus dan bukannya mengikut arus. Sehinggalah bot berkenaan menimpa rumah tersebut dan tersadai di atas rumah. Ketika itu baru diketahui sebenarnya bot berkenaan bergerak sendiri dan tiada sesiapa pun yang memandu ke arah rumah itu.

Pertolongan Allah pula datang apabila tiba-tiba ada  setandan buah kelapa yang datang ke arah Bot berkenaan lalu diambil oleh salah seorang yang berada di atas rumah berkenaan. Dan di dalam bot berkenaan pula ada sebilah parang yang dapat diguna untuk membelah buah kelapa berkenaan. Air kelapa itu diminum dan isinya dapat dimakan oleh mereka yang berada di dalam bot atau rumah berkenaan bagi mengurangkan rasa lapar dan dahaga sementara menunggu bantuan datang.

Seramai 59 orang yang terselamat berada di dalam rumah dan bot yang berkenaan. Kini rumah berkenaan telah dibeli oleh pihak Kerajaan dan dijadikan salah satu Monumen Sejarah Tsunami.
Seramai 982 nama dicatat sebagai Korban Tsunami di kampung ini dan nama-nama mereka dipamerkan dalam rumah berkenaan.

" Silakan masuk ke dalam rumah ini untuk melihat gambar-gambar kejadian tsunami..tapi maaf, saya tak dapat nak mengikut masuk sekali, kerana saya masih terasa kejadian ini seakan-akan baru semalam terjadi.. " penduduk di situ masih trauma walau 12 tahun berlalu..


Bot yang tersadai di atas sebuah rumah


Kini, bot dan rumah tersebut dijadikan tempat pelancongan dan kerajaan ada membayar pampasan kepada pemiliknya.



~ Ibrah di Banda Aceh ~

Monday, May 30, 2016

Saksi Bisu di Kg. Punge

“Siapa yang tak heran, kapal sebesar dan seberat ini bisa sampai di sini. Inilah bukti betapa dahsyatnya air bah itu,”

Pagi berikutnya, kami di bawa ke PLTD Apung.

PLTD (Pembangkit Listrik Tenaga Diesel) Apung di Kg. Punge, Blancut, Banda Aceh. Kapal ini merupakan sumber tenaga eletrik bagi wilayah Ulee Lheue.

Kapal ini memiliki berat 2600 tan dengan panjang 63 meter dan luas 1900 m2.Dengan ukuran serta berat kapal ini, tidak dapat saya bayangkan betapa dasyatnya gelombang Tsunami ketika itu sehingga mampu menghempaskan kapal ini sejauh 4-5 Km lebih dari letak awalnya iaitu di sekitar Pelabuhan Ulee Lheue.

Dari 11 orang anak kapal dan beberapa warga yang berada di atas kapal ketika tsunami terjadi, hanya seorang yang terselamat. 

Paling menyayat hati, bila mana kami dapat tahu bahawa terdapat dua buah rumah yang tertimbus di bawah kapal ini, dan di bawah kapal ini masih terdapat mayat-mayat penduduk kampung. Tak terdaya untuk nak mengubah kedudukan kapal ini. Terkubur la mereka di bawah sana.

Namun, penduduk kampung menyaksikan suatu keajaiban yang berlaku, kapal ini seakan-akan berpusing ke arah selatan dari menghempas masjid yang berada hanya beberapa meter sahaja.

Kini, kapal apung ini dijadikan salah satu tempat sejarah, agar generasi akan datang tahu peristiwa yang pernah menjadi detik hitam penduduk Aceh.

Di sekitar kawasan kapal ini, dibina sebuah tugu, dan disitu diukir nama-nama penduduk kampung itu yang terkorban.Pada tugu itu juga, tertera waktu kejadian tsunami yang melanda kampung tersebut dan di sekeliling tugu, dibina dinding dari tembaga, yang menceritakan peristiwa PLTD menghempas kampung tersebut.

12 Tahun berlalu Tsunami melanda Aceh,Berbagai ibrah dan keajaiban.

syuhadasalleh.blogspot.my

Saturday, January 2, 2016

Saya dalam dunia Homeopathy

Assalamualaikum semua, alhamdulillah..setelah hampir tiga tahun menyepi, saya kembali ke sini..hehe.

Bukan sengaja menyepi, tapi tiba-tiba hilang ingatan sekejap, huhu..lupa password untuk masuk ke teratak saya ni. Alhamdulillah ada rezeki untuk kembali.

Buat pengetahuan teman-teman blogger dan silent reader semua, sekarang ni saya dah mula menyambung ke second degree. Ramai yang tanya, kenapa tak proceed pada master?

"kenapa tak sambung master ?" soalan yang kerap ditanya. Sebab apa saya sambung second degree? Suka hati kucing saya la nak sambung degree ke master..hehe..gurau je. Saya sambung dalam bachelor in Homeopathy Medical Science, dan ketika saya mula memohon dan daftar masuk bidang ni, tiada lagi Master dalm homeopathy di Malaysia ni.. Yang ada cuma degree.




Saya sambung di Cyberjaya University College of Medical Sciences. Selepas saya dah masuk semester kedua, baru lah saya terdengar dari beberapa individu di kolej yang CUCMS dah mula menawarkan Master dalam bidang homeopathy ni.

Setakat ni, respon orang-orang yang saya kenali mengenai bidang yang saya ambil ni, masing-masing memberi respon positif.

" Owh...doktor homeopathy la ni nanti.." saya tersengih-sengih je lah dengan respon mereka.

Antara yang saya tertarik ketika dalam minggu kelas persediaan yang saya hadiri lepas daftar masuk, salah seorang lecturer kami, highlight tentang perkataan 'complementary'...Ya..Homeopathy adalah perubatan yang melengkapkan. Homeopathy dan allopathy ( perubatan moden ) saling lengkap melengkapi.

Contohnya, kalau sesuatu penyakit itu masih di peringkat awal ( acute ), ia sangat sesuai di rawat melalui homeopathy. Contoh yang lain, keadaan yang emergency atau terlalu chronic, ianya perlu melalui allopathy.

Jadi, dari sudut pandang saya, tak perlu nak memenangkan mana-mana pihak, sebab masing-masing mempunyai peranan sendiri. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Saling lengkap melengkapi.

Mudah- mudahan, kita dapat membantu masyarakat di luar sana dengan cara yang terbaik.

Ikhlaskan hati.

Wallahualam

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...