Tuesday, November 22, 2011

Pemuda itu...

Assalamualaikum teman2 imtiyaz...sekadar nak sharing sesuatu.

Petang tadi,singgah di Giant untuk settle kan segala mcm bil kat rumah sewa ni.lepas dah uruskan sumenya,saya menunggu kak linda yang tengah excited beli chocolate blog yang sodap tu...sambil menunggu tu..tiba-tiba seorang pemuda yang saya jangka usianya lebih kurang 23-25 melintas di hadapan saya...saya hanya terpandang dan tertunduk...dan dia tersenyum dan tertunduk...sesuatu yang membuatkan saya terfikir sesuatu....

Sebelah kakinya dah xder...dia berjalan menggunakan tongkat kiri dan kanan...perlahan-lahan dia melangkah....dari air mukanya,seperti seorang ustaz...tiada gaya seperti bekas mat rempit....

"kesiannya...mungkin accident tu..." adik kak linda berbisik pada saya...ya..mungkin juga...

ya Allah...aku bersyukur dengan nikmatmu ini...kaki yang sangat2 berguna...terfikir saya bagaimana dia menguruskan kehidupan harian...bagaimana dia ingin mengambil wudhuk jika di tempat berkenaan takder bangku khas disediakan....

Terdetik dalam hati.Alhamdulillah,saya masih ada kaki.Betapa nikmatnya rezeki. Cuba nak bezakan sikit dengan pemuda tu.kehidupan kita lebih baik. Sekurang-kurangnya. Boleh guna dua kaki dengan sempurna.kalau nampak kucing,boleh kejar..kalau ternampak harimau,leh lari...kalau ternammpak gas pemedih mata dilepaskan,boleh berlari sepantas kilat...Kalau taknak berjalan kaki,merangkak...Guna kemudahan yang ada.Mudah bukan?Semudah 1,2,3...Jadi, kenapa yang dah sempurna ni mahal sangat nak mengangkat tangan menadah syukur?


Ya,saya sendiri pun terkadang TERRRRlupa,TERRRRlalai atau pandang enteng dgn tuntutan dariNya.InsyaAllah. Di perbaiki dari semasa ke semasa.

Muhasabah semula,
Pernahkah kaki ni dibawa ke disko atau tempat hiburan?
berapa kali kaki nih ke masjid?dua kali setahun?(raya puasa dengan raya haji)
pernahkah kaki ni dibawa ke tempat2 ceramah agama??
Pernahkah kaki ini menyepak kucing,binatang kesayangan Rasulullah( memang nak kena sekeh laju2 kalau dia ada depan saya)

mungkin ada diantara kita menganggap...nikmat adalah rezeki yang kita dapat(duit,makanan)...sedangkan,nikmat yg Allah bagi terlalu banyak...tapi terlalu sedikit kita bersyukur dan menunjukkan tanda syukur kita dengan nikmatnya yang ada...

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu sesunggguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ( An-nahl : 18)

dan ingat..kaki ini lah yang menjadi saksi di sana kelak...apa yang sudah kita lakukan dengan kaki yang ada??

Janji Allah SWT: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7

Buat pemuda itu,
saya mendoakan agar saudara tabah menghadapi ujian,jangan terasa rendah diri dan ingatlah andai diri bermanfaat pada islam,saudara lebih sempurna dari mereka yang lengkap kedua-kedua belah kaki tetapi menggunakan kaki ke arah maksiat.mudah-mudahan saudara sentiasa diberi petunjuk Allah dan dilindungi Allah.

Jadikan kesempurnaan itu satu perkara yg buat kita lebih menadah syukur padaNya...

Wallahualam...

2 comments:

شاح اندرني said...

Salam Shu.. Kebetulan kawan Ana pun baru sahaja mengalami xciddent pada hari raya pertama.. Dia bukan mat rempit, bukan mat moto atau mat racing tapi seorang ustaz lepasan Diploma bahasa Arab dan Tamadun Islam di kolej Islam pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) tempat Ana belajar dan kami sama bagdes dan konvo sama sama.. Dia xcident pagi raya di mana kereta yg dipandu langgar kereta depan dan kereta belakang langgar kereta dia.. Dia kehilangan kaki kirinya di usia muda.. Menurut doktor kaki nya perlu dipotong agar kuman itu tak merebak ke jantung yg boleh menyebabkan maut.. Kita patut beryukur banyak banyak dan jaga langkah kita gar tidak menjejakkan kaki ke tempat maksiat tapi banyak jejeak ke masjlis ilmu atau tempat beribadah..

Syuhada Salleh said...

salam syah...

ye ke...innalillah...kesiannya dia....ye,kiter patut bersyukur sgt2...so,mcm mana kehidupan dia skrng ni??ok ke?

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...