Sunday, September 17, 2017

Kebenaran yang menyakitkan



Selepas dapat tahu kebenaran di sebalik kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ada beberapa perkara yang syu terfikir sebaik persoalan itu ditimbulkan oleh orang sekeliling. Antaranya, kebiasaan pusat tahfiz, bangun awal pagi untuk meneruskan aktiviti mereka, tetapi ketika kejadian, mereka masih tidur, syu terfikir, ini juga rahsia Allah mengapa Allah 'izinkan' mereka untuk tidur lagi waktu tu sehingga ditakdirkan mereka semua syahid dan kembali kepada Sang Pencipta. Semuanya rahsia Allah.

Kemudian, tempoh masa untuk mencari dalang di sebalik kejadian ni juga agak cepat. Allah memelihara mereka yang ikhlas di jalanNya dari terus menerus difitnah. Jutaan tahniah pada PDRM dengan gerak kerja yang pantas. Namun, sebaik mengetahui mereka yang bertanggungjawab dengan kebakaran ni, hati syu remuk. Allah, geng 'budak-budak' rupanya yang buat semua ni. Betapa dasyatnya sehingga 'budak-budak' ni boleh merancang untuk membalas dendam sedemikian rupa dengan sangat terperincinya dan 'jayanya' sehingga mampu meragut nyawa.

Makin parah generasi kita sekarang. Makin mengganas masalah generasi kita sekarang. Allah...perkara yang menakutkan. Ramai yang tuding jari pada ibu bapa budak-budak ni. Sehingga ada keyboard warrior yang rasa nak bakar budak-budak ni dan letakkan di hadapan ibu bapa mereka untuk saksikan apa yang dah mereka didik anak-anak mereka. Wallahualam, kita tak tahu salah siapa, salah ibu bapa yang kurang beri didikan agama, atau salah masyarakat yang mudah meminggirkan remaja yang bermasalah atau salah remaja tu sendiri sebab tak tahu jaga diri dan jaga iman atau mungkin salah kita sendiri sebab tak cukup kerja dakwah. Semoga Allah ampuni kita.

Syu tahu dalam doa-doa yang sahabat- sahabat syu titipkan setiap kali lepas solat, ada terselit doa untuk anak-anak dan bakal anak-anak. Teringat syu dengan satu doa yang pernah salah seorang sahabat syu kirim pada syu ketika syu menunaikan umrah sebelum ni.

" syu..doakan akak dan keluarga tetap mendirikan solat ye.."

Permintaan doa yang ringkas tapi besar impaknya andai kita dan keluarga lalai. Ya Rab..Generasi apa ni yang sedang membesar dalam masyarakat kami ni. Generasi yang mana lagi kita nak harapkan untuk teruskan kerja Islam. Allah...

Teruskan doa sahabat-sahabat untuk zuriat dan keturunan kalian. Mohon la pada Dia yang sentiasa menanti bait-bait doa dari hamba-hambaNya. Mohon la agar zuriat dan keturunan kita tetap mendirikan solat, taat padaNya dan keturunan yang tidak mengulangi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Bawa la isteri atau suami kalian lebih dekat pada Yang Menciptakan perasaan 'cinta' agar seluruh keluarga kalian tetap terpelihara dalam rahmatNya. 

Teruskan berdoa..

Doakan senjata mukmin (^_^)

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...