Sunday, August 12, 2012

"lama jugak ni awak kena stay di ICU..."


“syu,mlm ni kalau free call akak..dah lama tak dengar suara awak..”saya menerima mesej dari kakrin, salah seorang ustazah yang sering saya bertalaqi dengannya.(mempelajari Al-Quran terus dari sebutan guru)


“hehe…baikkk kak rin…” tokojut den ahhh…rindu lah tuhh…huhu..bukan main susah selama ni kak rin nak mengatakan ‘rindu’ atau ‘sayang’ pada saya..jika rindu katakan rindu,jika sayang luahkan sayang...biasalah, tuk guru hamba kan…hehe

Agak lama tiada kesempatan untuk berjumpa dengan kakrin sejak saya pulang dari menunaikan umrah 3 minggu lepas…memandangkan kakrin agak sibuk bila memasuki bulan Ramadhan…

Perkenalan saya dengan kakrin di sebuah kedai jubah, tika itu (fuhh..mcm tajuk lagu la plak ) sedang asyik membelek2 jubah, ditegur oleh seseorang… “beli lah..memang sesuai pun dengan awak…” itulah kali pertama kami berkenalan…ketika itu dia menjadi pembantu kedai….dan tak lama kemudian, kami  bersua kembali di sebuah program sehinggalah dia menjadi sifu untukku…

Jika diimbas kembali kenangan lalu,hampir setahun lebih saya mengambil masa untuk membetulkan makhraj dan beberapa cara bacaan yang lain…mungkin sebelum ini saya kurang terdedah kepada individu yang dapat membantu dengan lebih dekat lagi….

Teringat saya ketika berada di madinah…ditegur oleh jemaah dari Mesir… “ Malizia??” dengan dialek arab,dia bertanya adakah saya berasal dari Malaysia…

“aiwah…”saya menjawab sambil tersenyum…

“saya dengar, orang dari Malaysia, semuanya mengaji dengan merdu…boleh awak bacakan ini untuk saya?” ( dah translate yerr…hehe…) sambil dia menunjukkan Surah Al-fatihah…

Sambil tersenyum plus malu-malu kucing( geli la plak ), saya  menyambut permintaannya….setelah selesai,wajahnya kelihatan sungguh………….tak tau nak habaq lagu mana….”subhanallah…masyaAllah…your voice is very good…and your makhraj is very clear…..in Malizia,is it got any class that teach about quran?” dia bertanya sekadar ingin mengetahui situasi di Malaysia…

Saya menjelaskan serba sedikit situasi di Malaysia….. rupa-rupanya beliau adalah seorang ustazah yang mengajar kelas Al-Quran di Mesir….dan ketika itu, wajah kakrin bermain2 dalam fikiran saya….kerana dial ah yang banyak membantu saya dalam mendalami lebih banyak ilmu…

“akak rasa pas dengar cara bacaan quran awak ni,nak kena masuk ICU ni…..lama jugak ni nak kena stay dalam ICU…” itulah teguran kakrin beberapa tahun yang lepas….harus lah saya lebih berusaha dengan gigih…

Perasaan yang paling gembira bila mana saya dah grad dari ‘kolej kakrin’ dan seterusnya dibenarkan untuk mengambil sanad di Yayasan Restu…..ya…saya berharap ,sebelum saya meninggalkan dunia ini, biarlah saya dapat menyempurnakan cara bacaan Quran mengikut sebagaimana kekasih hati saya Rasulullah saw…

Bidang pembacaan al-Quran amat mengutamakan sandaran dalam memastikan ketepatan bacaan. Imam Ibn Jazari (wafat 833H) telah menggariskan antara rukun pembacaan al-Quran yang sahih adalah kesahihan sanad (sandaran) periwayatan bacaan. 

Al-Dani (wafat 444H) menyatakan Kesahihan sanad pembacaan al-Quran adalah suatu yang dituntut, terutamanya bagi seseorang yang bertaraf ahli atau pakar dalam bidang bacaan al-Quran dalam memperteguhkan dakwaan mereka terhadap sesuatu bacaan. Ini kerana pembacaan al-Quran yang tepat itu pasti dikaitkan dengan sumber pengambilan bacaan tersebut dari guru sebelumnya secara pembelajaran sebutan dari mulut ke mulut. 

Keahlian dan kepakaran seseorang yang bertaraf Qurra’ dalam pembacaan al-Quran hanya akan dapat dibuktikan dengan adanya kesinambungan periwayatan bacaan tersebut tanpa putus kepada Rasulullah s.a.w. yang disertai dengan pengiktirafan guru yang menganugerahkan beliau Sanad tersebut.Sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi pembacaan al-Quran telah diwarisi secara penyampaian dari mulut ke mulut bagi menepati bacaan yang telah di turunkan kepada Baginda s.a.w. secara Tartil (bertajwid) menepati firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya:

“Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)”  (Al-Furqan: 32) 

Mungkin ada segelintir dikalangan kita yang memandang ringan pada makhraj huruf….apa itu makhraj??makhraj ialah tempat keluar huruf, untuk sesiapa yang belum tahu atau terlupa…
aiippp…jangan main-main…kesalahan makhraj ni boleh lari maksudnya tau….tetapi saya bukanlah orang yang paling layak untuk sampaikan ilmu ini,sekadar berkongsi…



 Cara Sebutan Asas Huruf Arab (Makhraj)
  1. Alif - Membuka bibir dan belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan
  1. Baa - Merapatkan kedua bibir
  1. Taa - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
  1. Tha - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
  1. Jim - Tengah lidah ditekan ke lelangit
  1. Ha - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
  1. Kho - Mengangkat belakang lidah hingga bersambung ke lelangit lembut
  1. Dal - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
  1. Zhal - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
  1. Ro - Belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan dengan bergetar
  1. Zai - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
  1. Sin - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
  1. Syin - Tengah lidah ditekan ke lelangit
  1. Sod - Hujung Lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
  1. Dhod – tepi lidah ke gigi geraham atas,kiri atau kanan,kanan lebih baik.
  1. Tho - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
  1. Dho - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
  1. Ain - Ditekan suara pada pertengahan kerongkong
  1. Ghain - Mengangkat belakang lidah sehingga bersambung ke lelangit lembut
  1. Fa - Permukaan bibir bawah ditekan kehujung gigi kacip atas
  1. Khob - Pangkal lidah ditekan ke anak tekak
  1. Kaf -Pangkal lidah ditekan ke lelangit belakang
  1. Lam - Bahagian depan lidah ditekan ke gusi hadapan
  1. Mim - Merapatkan dua bibir dengan merendahkan tutupan
  1. Nun- Hujung lidah ditekan kegusi hadapan
  1. Wau - Membulatkan dua bibir
  1. Ha - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
  1. Lam Alif - Menyambungkan sisi lidah dengan gusi
  1. Hamza - Ditekan suara hujung kerongkong pada peti suara
  1. Ya - Tengah lidah ditekan ke lelangit

Lepas tarawikh, baru teringat mesej kakrin petang tadi…..

Tuutt…tuutt….tuutt…tuutt… “Assalamualaikum akak….”sembang panjang kami…..terus saya menceritakan detik2 pertemuan dengan ustazah dari Mesir ketika di Madinah….

Terdengar suara kakrin ketawa kecil mungkin dek kerana lawak yang saya selitkan ketika bercerita….”ececeecece…kembang lah tuh kak, ada orang  puji makhraj syu….ecececewahhh…”…yalah,guru mana yang tak seronok bila melihat anak didiknya makin bertambah baik dengan apa yang diajar…

Pelajarilah lagi ilmu quran...bukan sahaja makhraj,tetapi panjang panjang pendek,ilmu tajwid dan lain-lain....InsyaAllah….mudah-mudahan kita sentiasa tergolong di kalangan mereka yang berusaha mendekatkan diri dengan Al-Quran….

Wallahualam....

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...