1. Hitam Kehijauan
Najis ini normal dan selalu didapati pada bayi newborn sehingga 3 bulan. Najis ini sedikit melekit dan dinamakan mekonium 
Bayi yang menyusu susu ibu sahaja. Jika bayi tidak membuang najis selama 5-10 hari tanpa gelaja demam, sakit perut dan menyusu seperti biasa adalah normal 
3. Kuning Coklat 

Bayi yang menyusu susu formula. Bayi mesti membuang najis setiap hari, jika tidak dikuatiri sembelit atau jenis susu formula yang tidak sesuai 
4. Hijau 
Bayi yang diberi supplemen zat besi untuk menambah darah 
5. Merah 
Bayi menyusu tertelan darah daripada puting luka. Segera membawa bayi berjumpa pakar kanak-kanak 
6. Putih
Segera bawa berjumpa pakar kanak-kanak kerana membuang najis tidak berwarna bermaksud mempunyai masalah pada organ hati dan hempedu (bukan keturunan mahsuri ya)
7. Mukus 
Berlendir dan seperti cirit-birit. Kemungkinan bayi dijangkiti bakteria. Perlu dipandang serius kerana boleh membawa masalah dehidrasi 
8.Coklat Gelap 
Jika mama dapati anak membuang najis berwarna coklat gelap, tahniah anak mama sudah menjadi seorang kanak-kanak yang berjaya 
Mama Papa kena ambil tahu 

