Thursday, June 10, 2010

HADIRMU Dinantikan atau Ditakuti???

Sebak hati saya melihat adik saya,Syafiq...menangis sambil menatap gambar sahabatnya yang telah kembali ke rahmatullah...
"rasa cam baru ja syafiq jumpa dia..."teresak2 adikku sambil meluahkan kesedihannya...
saya sekadar memujuk memberinya sedikit semangat...
Hmmmm..."KEMATIAN"...
juz one word...
tetapi penuh misteri...hadirmu tak siapa yang tahu...
hanya Dia yang mengetahui segala-galanya...
Buat mereka yang beriman...hadirmu disambut dengan senyuman...
tanda berakhirnya penat lelah memperjuangkan hakNya...
Buat mereka yang GAGAL di dunia...namamu sentiasa ditakuti..
kerana terlalu sayangkan dunia...
cintakan dunia melebihi Penciptanya...
Bersedialah...setiap insan akan 'menyambut' kedatangannya....
bezanya...dengan senyuman atau ketakutan....

Remaja mati lemas dipukul ombak

LUMUT 5 Jun - Seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun mati lemas, manakala dua adik perempuannya tenat apabila dipukul ombak besar semasa bermandi-manda di pantai peranginan Teluk Senangin, Segari, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, kejadian itu berlaku semasa ketiga-tiga mereka sedang berkelah bersama ahli keluarga di pantai berkenaan pada kira-kira 2.20 petang.

"Ketika mereka sedang asyik mandi manda, satu ombak besar secara tiba-tiba memukul pantai. Kejadian itu disedari ayah mereka Kamaruddin Marbawi yang berada berhampiran, tetapi beliau hanya sempat menyelamatkan dua anak perempuannya," kata Mohd. Jamil kepada pemberita di sini.

Mangsa, Khairul Afizi Kamaruddin, yang merupakan anak sulung, hilang dibawa ombak, dan dijumpai terdampar tidak jauh dari tempat kejadian oleh pasukan bomba dan penyelamat yang tiba ke tempat kejadian setengah jam selepas kejadian, katanya.

Mohd. Jamil berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung dekat sini meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM).

Dua adik mangsa, Saidatul, 15, dan Dalilah, 14, dimasukkan ke unit rawatan rapi HSM dan dilaporkan masih kritikal, katanya.

Mayat Khairul Afizi dituntut ayahnya pada pukul 6 petang selepas dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Imran Ahmad berkata, sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sejurus mendapat maklumat.

Beliau menasihati orang ramai supaya berwaspada apabila mandi di kawasan pantai berikutan musim hujan yang menyebabkan ombak besar sering melanda pantai. - Bernama

Sedikit pesanan dari saya...mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham adik Afizi..

6 comments:

شاح اندرني said...

Assalamualaikum.. Semoga Adik Afizi di tempatkan bersama orang yang soleh.. Insya-Allah.. Amin... Al-Fatihah..

Bila waktu telah berakhir...

Anonymous said...

salam alaik..

nak tnyer pd ukhti syuhada..
walaupun soalan nie dh byk kali diutarakan oleh sestgh pihak..
kalu soalan nie ditujukan kpd ana..
ana pun bleh jawab..
tp tujuan ana nak tnyer nie bkn nak uji sesaper..
sbb kite sume lemah..
yg hebat dn kjuat hnye Allah swt..

Allah swt berfirman dlm Al-quran:
(kullun nafsin zaa ikatul maut..)
SETIAP YG BERNYAWA PASTI AKAN MERASAI KEMATIAN..

jd ana nak tnyer soalan pd enti..
sbg seorg muslim, apekah persiapan2 enti sblm mghadapi kematian..???

MAAF BERTNYA..
ANA PEMINAT ENTI SBNARNYA..

Anonymous said...

Minta pendapat, kalimah Allah pada kasut Crocs. Apa harus dibuat dengan kasut tersebut? Buang? Simpan?

Syuhada Salleh said...

To anonymous

waalaikumussalam...

ana bukan lah sebaik mana pun...
setakat perkara yang perlu diberi perhatian..dlm aper yang ana cuba jaga...

1)HablumminALLAH HablumminanNAS
2)Check sume tanggungjawab(amanah yang diberikan..cth memegang dlm barisan pimpinan sesuatu organisasi terutama yang bersangkut paut dgn perjuangan)
3)Cuba elakkan hutang
4)Jadikan hidup sebagai ibadah
5)Doa(mohon supaya akhiri hidup dgn khusnul khotimah)

mungkin enti/enta boleh share something...
wallahualam...

Syuhada Salleh said...

To anonymous

kalau boleh dikikis terlebih dulu..cuba dulu..
tapi jangan buang sebab takut2 lepas tuh ntah ke mana kasut tuh...

Cuba tanya pada yg lebih pakar...ana x banyak ilmu sgt.

Anonymous said...

jazakallah..

ana bukan nak minta ilmu yg ade pd enti..
tp skdr nak tnyer pndapat..

maaf ganggu..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...