Monday, June 14, 2010

Opppsss..TERbersin pula...

"acchhummmmm...."

"eh2..Ray bersin...hehe"..Ray,satu-satunya kucing keluargaku...lebih kurang 3 bulan dalam peliharaan kami..Seekor kucing jantan yang dibeli ayahandaku di Kedah..kiranya anak kelahiran Kedah jugak lah nih...huhu...
Gembira hatiku melihat setiap perkembangan yang ditunjukkan oleh Ray... mungkin perkara biasa bagi mereka yang kurang gemarkan kucing...
tetapi bagiku...owh...satu perkara yang menggembirakan...
Bila saya terlihat Ray bersin..lengkap..dengan mata yang tertutup ketika bersin...tanda kebesaran Allah...Subhanallah...

Mungkin sahabat2 ada yang dah tau fakta mengenai 'bersin'...=p
Kelajuan udara yang keluar sewaktu kita bersin boleh mencapai 70 m/detik (250 km/jam).Sebab itu lah mata kita automatik tertutup masa kita bersin..takut2 tersembul biji mata kita...uiihhh..menakutkan....

Nih lah Ray..anak jati Kedah...=p




Bersin..sesuatu yang akan berlaku dalam kehidupan..perkara yang simple...

Menyentuh tentang kehidupan, dua aspek yang turut dicakupi oleh Islam ialah adab ketika menguap dan bersin.Dua perkara yang lazim berlaku kepada kita, tanpa disedari telah digariskan oleh Islam adab-adabnya.

Menguap dan bersin secara tidak langsung memiliki kaitan antara satu sama lain, iaitu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 6223]

Adab Bersin

Bersin adalah sesuatu yang disukai oleh Allah s.w.t. sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis yang pertama di atas. Di antara sebab ia disukai adalah, bersin membersihkan rongga hidung dan tekak dari habuk, debunga, bakteria dan apa-apa lain yang mungkin memenuhi rongga tersebut. Bersin juga adalah satu cara untuk sistem badan menyesuaikan diri dengan perbezaan cuaca yang berlaku secara mendadak. Oleh kerana itulah seseorang itu lazim bersin jika dia bergerak dari tempat yang sejuk kepada panas atau panas kepada sejuk. Bahkan seseorang itu juga akan bersin semata-mata dengan melihat kepada keterikan sinaran matahari.

Mengingatkan banyak kebaikan bersin, ditambahi dengan faktor bahawa ia adalah sesuatu yang disukai oleh Allah, seeorang itu dituntut untuk memuji Allah ketika bersin. Bacaan pujian tersebut ialah “Alhamdulillah ‘ala kulli hal” yang bermaksud
“Segala puji bagi Allah dalam segala sesuatu”

Pernah seorang lelaki bersin ketika berada di tepi Abdullah bin ‘Umar al-Khattab. Lalu lelaki tersebut berdoa: “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah (Segala puji bagi Allah dan salam ke atas Rasulullah).” Berkata Abdullah bin ‘Umar: “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah? Bukan begitu yang diajarkan kepada kami oleh Rasulullah s.a.w., (sebaliknya) baginda mengajar kami berdoa: Alhamdulillah ‘ala kulli hal (Segala puji bagi Allah dalam segala sesuatu).”
[Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2738].

Seterusnya, apabila kita mendengar saudara kita yang bersin memuji Allah, hendaklah kita mendoakannya dengan berkata: “YarhamukalLah” yang bermaksud: “Semoga Allah merahmati kamu”. Kemudian bagi yang bersin, dia mendoakan kembali orang yang mendoakannya tadi dengan berkata: “YaghfirulLahu lana wa Lakum” yang bermaksud: “Semoga Allah mengampuni bagi kami dan bagi kalian”.
[Shahih al-Jami’ al-Shagheir, hadis no: 686]

Hikmah di sebalik semua ini ialah terjalinnya ikatan ukhuwah dan kasih sayang sesama umat Islam. Apabila kita mendoakan saudara kita yang bersin, dia akan merasa senang dengan kita. Seterusnya apabila dia mendoakan kita pula, kita pula akan merasa senang kepadanya. Hingga akhirnya terjalinlah ikatan ukhuwah dan kasih sayang semata-mata kerana bersin.

Seandainya orang yang bersin tidak memuji Allah, kita tidak dituntut mendoakannya. Pernah dua orang bersin berdekatan Rasulullah s.a.w., lalu baginda mendoakan seorang dan membiarkan seorang yang lain. Orang yang dibiarkan itu bertanya, mengapa baginda tidak mendoakannya? Baginda menjawab: “Orang itu memuji Allah (setelah bersin) manakala kamu tidak memuji Allah (setelah bersin).”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 6225]

Adab terakhir ketika bersin ialah menutup mulut dan hidung dengan tangan atau kain. Pada waktu yang sama hendaklah merendahkan muka dan suara. Jangan bersin sehingga menghamburkan air liur, bersin ke arah muka orang lain atau bersin dengan suara yang kuat. Abu Hurairah menerangkan adab Rasulullah s.a.w. ketika bersin: “Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, baginda meletakkan tangannya atau bajunya ke atas mukanya (mulut dan hidung) sambil merendahkan (atau sambil menundukkan muka dan) suaranya.” [Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 5029]

Adab Menguap

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita ketahui bahawa menguap adalah sesuatu yang berasal dari syaitan. Jika hendak dibandingkan dengan bersin, menguap adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah s.w.t.. Sebabnya, menguap adalah isyarat pemikiran yang lalai, tumpul lagi dibuai perasaan mengantuk. Padahal seorang muslim hendaklah sentiasa cergas, tajam lagi peka. Dia hanya mengantuk apabila tiba waktu kebiasaannya untuk tidur. Oleh kerana itulah, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (852H) dalam kitabnya Fath al-Bari (jld. 10, ms. 628) mengemukakan sebuah riwayat dari para sahabat yang menerangkan bahawa mereka tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menguap sama sekali.

Akan tetapi jika kita benar-benar terpaksa menguap, maka adab yang pertama ialah jangan mengeluarkan sebarang bunyi. Janganlah mengeluarkan bunyi “Haaa”, “Uhhh” atau sebagainya. Bunyi-bunyi seperti ini disukai oleh syaitan sehingga mereka ketawa kepada orang yang mengeluarkannya ketika menguap.

Ketika menyusun kitab Shahihnya, Imam al-Bukhari (256H) meletakkan satu bab khas yang berjudul “Sifat iblis dan tenteranya”. Di bawah bab tersebut, beliau mengemukakan hadis yang menerangkan sifat iblis dan syaitan yang ketawa apabila mendengar orang yang menguap mengeluarkan bunyi “Haaa”. Hadis yang saya maksudkan ialah:

“Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 3289]

Adab kedua jika terpaksa menguap ialah menutup mulut dengan tangan. Jangan membiarkan mulut ternganga sehingga jelas ternampak “intan dan berlian” yang melekat di celah-celah gigi. Rasulullah s.a.w. mengajar kita: “Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”
[Shahih Muslim, hadis no: 2995]

4 comments:

Anonymous said...

mntk izin utk copy paste artikel nie..

cumel kucing nie..
nk tnyer pndpt enti..
ana tgk filem the mummy..
dlm citer tue dikatakan bhwa Phraoh of Ramses 2 aka (Firaun) dlm filem the mummy sgt takutkn kucing..
ana ingin bertnyer naper Firaun tue sgt takutkn kucing..??

Anonymous said...

Manusia sering menghadapi pertarungan dalam dirinya sehinggalah beliau kalah atau menang, atau terus menghadapi pertarungan itu. Pertarungan ini adalah pertarungan yang sengit dan akan berterusan sehinggalah beliau menemui ajal.

Firman Allah SWT:
“Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”
(Asy-Syams:7-10)

Sabda Rasulullah SAW:
“Fitnah (cubaan) akan dibentangkan kepada manusia seperti tikar, satu demi satu. Mana2 hati yang dipengaruhinya tercatitlah di hati itu suatu titik hitam. Mana2 hati yang mengingkarinya tercatitlah pada hati itu satu titik putih, sehinggalah hati itu menjadi salah satu dari dua jenis hati; sama ada putih seperti batu putih yang tidak akan dicacatkan oleh sebarang fitnah atau menjadi hati yang hitam pekat, tidak mengenal maaruf dan mengingkari sebarang kemungkaran.”
(Hadith riwayat Muslim daripada Hudhaifah Ibn Yaman)

Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan:

1. Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Golongan ini tunduk kepada dunia dan kekal dalam keduniaan. Inilah golongan orang2 kafir dan orang2 yang menuruti cara mereka, iaitu orang2 yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka.

Dalam al-Quran Allah telah mensifatkan golongan ini dengan firman-Nya:
“Maka pernahkah kamu melihat orang2 yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat), maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran.”
(Al-Jaatsiyah:23)

2. Golongan kedua ialah golongan yang berjihad melawan dirinya, bertarung memerangi hawa nafsu. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat, apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah.

Firman Allah:
“Dan (juga) orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui.”
(Aali-Imran:135)

Golongan inilah yang disyariatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:
“Semua anak Adam itu bersalah dan paling baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat (daripada kesalahannya).”
(Hadith riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

3. Golongan ketiga ialah golongan orang2 maksum, seperti para Rasul dan Nabi2.
Dalam hal ini telah diriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih beliau berkata bahawa iblis telah menemui Yahya bin Zakaria lantas Yahya bin Zakaria berkata kepada iblis:”Ceritakanlah kepadaku tentang tabiat anak2 Adam di sisi kamu.” Iblispun berkata:
“Segolongan mereka ialah orang2 yang seperti kamu, mereka itu maksum, kami tidak mampu sedikitpun menggoda mereka dan golongan kedua ialah golongan yang menjadi seperti bola di tangan anak2 kamu. Hawa nafsu golongan ini telah menolong kami menawan mereka dan golongan ketiga pula ialah golongan yang amat sukar bagi kami, kami menemui salah seorang daripada mereka hinggalah kami berjaya mencapai apa yang kami kehendaki, tetapi kemudian beliau segera beristighfar, dengan istighfar itu beliau telah merosakkan apa yang telah kami dapati darinya, kami tidak pernah putus asa dari (menggoda)nya dan kami tidak akan mendapat kehendak kami daripadanya.”

humaira amani said...

salam..ada, ni kucg y ada ckp tu eh??comey2..sma cm michi,tp kucg akk 2 betina n ada kaler kuning sket.dia da dpt kwn,jiran sblah nyer..kucg akk tu dmand,nk kwn dgn jantan je..gediksss!heee...okla drpd dia duk brgelut dgn bunny, bek kwn dgn kucg gak kn..=).akk pn ske tgk kucg bersin.lg2 klu ank2 kucg y kck2 tu..siap tergolek2 bila bersin...sooooo cute!subhanallah..

Syuhada Salleh said...

salam kak nani..
hehe..yezzaaaaa..nih la kucing yg ada citer tuh...huhu

owh..kucing akak betina...ok lah tuh kak..kucing ada jantan..bleh la kiter jodohkan...nanti ada antor rombongan meminang utk michi..muehehehe....

pastuh leh wat kenduru whiskers utk kucing luar...hoho...~~~

kat umah tuh skrng dah dpt housemate br yg suker kucing gak..so leh la ada berciter2 psl kucing ngan dia lak...kalu x pas akak dh xder kat umah tuh...xtau nak berciter ngan saper psl dunia kucing...huhu..=p

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...