Friday, February 18, 2011

Tulangku,tulangmu jua...

Kelas anatomy & physiology I pagi itu agak ceria diconduct oleh Sir hairulnizam...mungkin caranya yang dapat mencuri perhatian student2 dalam kelas nih...dalam masa yang sama menunjukkan aksi2 yang sgt2 diperlukan dalam kelas anatomy nih...huhu...

dan Subjek Anatomy & Physiology I merupakan subjek favourite saya...mungkin disebabkan silibus yang berkaitan sistem dalaman manusia...buatkan saya lebih banyak memikirkan kekuasaan Allah swt...

hari itu,kami mula masuk topik skeletal system..menarik...

pelbagai jenis tulang yang kami pelajari...tiba2 saya terpaku pada satu slide yang ditunjukkan oleh Sir..

"comparison of female and male pelves"




jika anda perhatikan ruangan berwarna merah ( pelvic brim ), terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan...yang perempuan bentuknya lebih luas berbanding lelaki...bagi yang perempuan,ianya utk menampung kandungan suatu masa nanti...subhanallah...betapa terperincinya ciptaan Allah...tak pernah saya terfikir berkaitan pelvic brim nih,wujudnya perbezaan saiz semata2 utk Allah mudahkan kaum wanita....mungkin ada di antara anda yang dah tau terlebih awal,tapi saya baru je tahu...huhu..

'Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata)" dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.' ( An-Naml : 93 )


Wallahualam..

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...