Friday, July 25, 2008

'ALAQ





Beberapa tahun lalu,ada sekumpulan pelajar di Arab,telah mengumpulkan maklumat mengenai embriologi daripada al-quran.

"...maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak tahu mengenainya."(surah An-Nahl:43)

Jadi,kumpulan pelajar tadi pun menterjemahkan maklumat berkenaan ke dalam bahasa Inggeris dan kemudiannya berjumpa Profesor Dr Keith Moore untuk mendapatkan keterangan terperinci tentang apa yang disebut dalam Al-Quran mengenai embriologi. Keith Moore ialah seorang profesor embriologi dan pengerusi jabatan anatomi di Universiti Toronto, Kanada dan beliau juga seorang yang pakar dalam bidang ini.

Selepas membuat kajian yang lebih terperincin mengenai tafsiran ayat-ayat Al-Quran, beliau mengatakan bahawa fakta yang terkandung dalam Al-Quran mengenai embriologi adalah amat bertepatan dengan fakta sains moden. Namun, beliau tak dapat memberi penjelasan bagi ayat Al-quran tersebut disebabkan beliau tidak mempunyai fakta mengenainya.

"bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah."(Surah Al-'Alaq:1-2)

Perkataan 'alaq, bermaksud segumpal darah,selain itu,ia juga bermaksud sesuatu yang bersifat seperti lintah(cara makannya dan kedudukannya yang tergantung).

Profesor Keith Moore, pada permulaannya tidak mengetahui sama ada janin(embrio) mempunyai sifat seperti lintah. Selepas membuat kajian dengan terperinci,beliau amat terkejut kerana mendapati 'alaq benar-benar menyerupai lintah.Oleh itu, dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan embriologi, beliau berjaya mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai bidang ini.

Profesor Keith Moore dapat menjawab sebanyak 80 soalan yang ditujukan kepada beliau dalam bidang tersebut yang mana dipetik dari al-quran dan hadis.Menurut Profesor Keith,jika soalan-soalan ini diajukan pada 30 tahun yang lalu,sudah tentu beliau tidak dapat menjawabnya kerana kekurangan fakta.

Sebelum ini,Profesor Keith telah menulis sebuah buku 'the developing human'.Namun, selepas mendapatkan maklumat yang banyak mengenai embriologi,beliau sekali lagi menerbitkan buku tersebut edisi yang ketiga.melalui buku tersebut,beliau telah berjaya memenangi Anugerah Buku Perubatan Terbaik.Buku ini juga telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dunia dan menjadi rujukan bagi pelajar perubatan tahun pertama.

Pada tahun 1981, semasa Persidangan Perubatan ke-7 di Dammam, Arab saudi, Profesor keith menegaskan bahawa ayat al-quran mengenai embriologi pastinya datang dari Allah dan turunkan pada Rasulullah SAW kerana manusia pada zaman itu tak mungkin pernah terfikir tentang perkara ini....

Wallahualam....

Saturday, July 5, 2008

Ya ALLaH....AkU MeNGakui akAn KekUasAaNMu......

Photobucket

Kelas Miss Lau hari nih mula seperti biasa...sebelum mula kelas..dalam hati aku berharap agar kelas haematology pagi nih..bukan saja kelas biasa..tp sebagai "kelas ibadah" utk aku...

Miss Lau mcm biasa..soalan pertama dia..
"you orang nak mula new chapter dulu ke..atau nak kuiz dulu??"
"of course la kuiz dulu miss...nanti kitorang lupa apa yang kitorang baca..pastuh kalau dapat result teruk..miss kata kitorang malas plak.penat kitorang baca sampai x cukup tidur...tgk kitorang nih..asyik menguap jer.mata pun dah lebam..tidur lambat semata-mata nak nak jawab yang terbaik tau utk kuiz pagi nih... .."
satu kelas mula riuh-rendah...
"ala..you orang nih..kalau dpt result teruk..you salahkan i..kata lecturer kedekut markah..so hari nih you tanda sendiri..tukar kertas dengan kwn..then tgk sendiri aper salah you.."adeh..kitorang plak yang kena...tp betul kot...hehe...
so kali nih...kuiz pun mula cam biasa...and bila dah habis kuiz..masing-masing tanda kertas kawan yang lain...
"alamak miss...kali nih kawan plak yang kedekut markah!"
masing-masing bagi alasan....huhu...
Bila dah settle semuanya..baru lah miss lau mulakan lecture dia...
DISODERS OF IRON METABOLISM : IRON DEFICIENCY ANAEMIA
semuanya miss lau terangkan seperti biasa...Sampai lah satu topik tuh...
Iron transportation / absorption..........
"dua bahagian yang terlibat dengan proses nih....duodenum dan upper jejunum..."


Photobucket
"di bahagian lumen..ada dua transporter.....divalent metal transporter I and heme carrier protein I akan bawa ferrous......"
proses yang diterangkan miss lau tuh..buatkan aku bertambah kuat ingatan ku pada Yang Maha Kuasa....aku dapat bayangkan.....dua petugas,divalent metal I dan heme carrier protein I yang setia dengan tugasnya...yang sentiasa menjalankan tugas mereka.....setia menanti 'tetamu' mereka..encik ferrous...dan memimpin encik ferrous dengan penuh hati-hati pergi ke sempadan negeri lumen..kemudian dua petugas tersebut..kembali ke tempat mereka..dan menanti dengan penuh setia,tetamu yang dinanti-nantikan..yang mana tetamu inilah akan beri 'kuasa' kepada planet mereka yang bernama manusia.....dan di sempadan negeri lumen...dua petugas yang lain,hephaestin dan ferroportin,akan bawa encik ferrous ke tempat yang lebih selamat...dan seterusnya..
di sini..aku dah nampak 'kerjasama' antara petugas tuh...elok je apa yang mereka lakukan..penuh teliti...dah macam pernah terima arahan....Subhanallah...betapa hebatnya ciptaan Mu Ya Allah....
transporter-transporter nih...sangat setia...sentiasa menjaga amanah yang disampaikan..tapi kita??!
Adakah kita dapat menjaga amanah yang Allah beri?!
Adakah kita sentiasa mengikut apa yang diperintahkan Allah??
Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan..tapi terlalu sedikit kita menunjukkan rasa syukur kita terhadap kurniaan Allah tuh....
Sama-samalah kita renungkan.....

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...