Saturday, April 10, 2010

Hari Malas Sedunia.....

Dari pagi..entah apa yang dibuat...selalunya...ada saja kerja yang hendak dibuat...paling kurang pun..keluar jumpa sahabat dan selesai apa yang patut dibuat..
"akak pelik gak tengok ADA hari nih..selalunya jarang motor ADA ader kat rumah..nih seharian ADA langsung tak keluar.....hehe.."tegur salah sorang housemate...Adusss....ntah kenapa terasa malas benar...nak keluar jumpa sahabat pun malas...nak buat sesuatu kerja lagi lah malas....kalau nak ikutkan kerja...ada je kerja yg hendak dibuat...warrggghhh..bencinya situasi nih...saya pun..apa lagi...pergi ke lap top...go to google....search 'MALAS'...hoho..macam tak ada benda lain yang hendak dicari..semuanya kerana MALAS....terjumpa la website ehem3x....hehe...Irfan Khairi ......macam2 info....so terbaca entry dia berkaitan 'MALAS'....owh tidak2x...jgn disebut2 lagi perkataan tuh....

-----------------------------------------------------------------------------

Petikan dari blog Irfan Khairi...

Malas… bagaimana hendak membenterasnya? Untuk mengetahui cara membenteras penyakit malas, kita perlu faham, mana datangnya sifat “malas” ini.

Malas berpunca dari kita terlalu selesa dengan keadaan semasa kita (zon selesa/comfort zone). Untuk keluar dari zon selesa kita, kita akan rasa berat dan susah. Ini adalah normal bagi semua orang- setiap kali kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psychology akan menarikkan kita kembali ke zon selesa.

Berita baiknya adalah, zon selesa manusia berubah-ubah. Apa yang anda perlu lakukan adalah keluar dari zon selesa tersebut secara sedikit-demi sedikit dan pegang pada keadaan semasa yang baru. Lama kelamaan, zon selesa anda akan mengubah mengikut keadaan semasa anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda rajin membaca buku 30 minit sehari sahaja. Lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa anda). Anda perlu paksa diri anda keluar dari zon selesa itu secara perlahan… mungkin baca selama 45 minit. Sehingga suatu masa nanti, zon selesa anda akan berada pada tahap 45 minit. Apabila ingin membaca lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa baru). Apa yang anda perlu lakukan adalah ulangi langkah sehingga anda mencipta zon selesa baru.

Untuk membenteras sikap malas, anda perlu fahami “zon selesa” anda. Semua orang mempunyai zon selesa tersendiri dan ianya boleh diperbaiki. Bagi diri saya, membaca buku sehingga 4 jam adalah zon selesa saya. Membaca lebih dari 4 jam… terasa malas…
-----------------------------------------------------------------------------

Salah satu cara lagi untuk mengatasi sifat malas ialah dengan menghayati sabda Nabi:
“Orang yang CELAKA ialah orang hari ini lebih teruk dari semalam, orang yang RUGI ialah orang hari ini sama seperti semalam manakala orang yang BERUNTUNG ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
InsyaAllah kalau kita sematkan hadis ini di dalam hati kita, ia mampu menjadi satu garis panduan yang tidak ternilai dalam mengubah disiplin kita ke arah menjadi seorang manusia yang cemerlang di dunia dan di akhirat…

Psstt....tiba2 je dah jadi rajin balik...hehe..=p






1 comment:

Unknown said...

post yg sgt sesuaii dgn saya yang malas ini..hehe

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...