Thursday, November 4, 2010

"KULLU NAFSIN ZAIKATUL MAUT"

Malam itu,lebih kurang jam 10 mlm...sedang saya asyik membelek2 hiasan untuk goodies yang akan diberi masa walimah kakngah...tiba2 telefon berdering...sebaik sahaja kakngah menjawab panggilan..dia terdiam...

"syuhada,kenal abg mail kan...."

"ishk,abg mail mana nih..."saya cuba mengingati semula mana2 saudara saya yang bernama 'abg mail'...dalam fikiran saya,kakngah bercakap hal saudara mara,sebab masa tuh sibuk dgn jemputan2 utk walimahnya...


"abg mail uniten,skali ngan kakngah dulu...dia meninggal tadi.."

Saya terdiam...yer..masih ingat...mula terbayangkan Allahyarham..seorang yang hebat..walaupun kurang mengenali allahyarham, tetapi dari cerita kakngah,memang allahyarham seorang yang sangat2 dikagumi...disenangi sahabat2...perginya allahyarham membawa 1001 kenangan dikalangan sahabat2 seperjuangannya...


PEKAN: Seorang maut, manakala dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, malam ini.
Pada kejadian 8.15 malam ini, bas ekspres Transnasional dari Johor Baharu menuju ke Kuantan, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ismail Natayudden Hamdan, 25, akibat cedera parah di kepala dan badan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat, manakala dua mangsa yang parah, yang masih belum diketahui identiti itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, malam ini.

Menurut Yahaya, bas berkenaan membawa 33 penumpang: "Penumpang lain dan pemandu bas terbabit tidak mengalami kecederaan," katanya.

Beliau berkata, pemandu bas terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1985-BERNAMA

~Al-Fatihah untuk Allahyarham Akhi Ismail Naqiuddin Hamdan~

Insaf saya..yer..sememangnya ajal tidak mengenal siapa..cuba renungkan..seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.

Adakah kita sudah bersedia??tepuk dada tanya iman...

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku-Allahyarham Ustaz Asri Rabbani


Wallahualam

3 comments:

شاح اندرني said...

Assalamualaikum.. Innalilillah.. Tak jauh je dari kawan kolej Ana.. Semoga allahyarham di tempatkan bersama orang orang yang beriman

hazlin said...

dari Allah kita dtg, kepadanya kita kembali..
ada tengok di tv3...

SoutulMujahid said...

innalillah...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...