Tuesday, April 5, 2011

Moyang kami, Opu Daeng Perani

Menurut buku Sejarah Kedah oleh Haji Buyong Adil (DBP,KL,1980) di halaman 34 dan 35 terdapat catatan mengenai campur tangan Pahlawan Bugis Lima Bersaudara (PBLB) dalam krisis perebutan takhta di Kedah. Mereka yang terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Chelak, Daeng Kemasi, Daeng Menambun dan Daeng Merewah telah berhasil menewaskan angkatan Raja Kecil dari Siak yang membantu adinda tiri Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II merampas kuasa.

Dalam tahun 1136H (1724M) sekali lagi Raja Kechil berhasil merampas semula takhta lalu diberikan semula kepada adinda tiri Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II dan baginda sekali lagi telah meminta bantuan PBLB itu. Biarpun Raja Kechil berjaya dikalahkan serta diusir, Daeng Parani telah terkorban akibat ditembak tetapi tidak dinyatakan di mana pula lokasi peristiwa itu berlaku dan di mana pula jenazahnya yang hanya dikatakan dimakamkan di Kedah tanpa menyebut secara khusus lokasinya.

Hasil kajian Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya (UM), didapati makam berkenaan berada di Kampung Ekor Lubok, Sidam Kiri, Kulim 16 km dari bandar Sungai Petani.

Allahyarham datuk saya, Haji Hassan Che Awang yang lahir pada 7 September 1922 dan pernah menuntut ilmu agama Islam di Kelantan dari tahun 1949 hingga 1957, merupakan zuriat Daeng Parani tertua di situ ketika ditemuramah oleh beberapa pihak.

Menurut cerita dari Allahyarham moyang saya, Che Awang,moyangnya Daeng Perani itu adalah seorang pahlawan yang handal selain pendakwah Islam, penegak kebenaran dan begitu mudah memberi pertolongan apabila diminta. Itulah sebabnya apabila Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II perlukan bantuannya dia terus membantu sebanyak dua kali sekalipun upah yang dijanjikan ketika meberikan pertolongan awalnya dahulu khabarnya masih terhutang.

Menurut penjelasan bapanya yang diperolehi secara lisan, Daeng Parani terkorban kerana tembakan curi di Pinang Tunggal yang terletak kira-kira 5 km dari kampung tersebut setelah gencatan senjata diumumkan. Jenazahnya telah dibawa dengan perahu secara sulit tanpa disedari oleh sesiapa termasuk sebilangan pengikutnya lalu dimakamkan di sini yang mana ketika itu masih dipenuhi hutan tebal.

Disebabkan bimbang akan terus diburu musuh-musuhnya, mereka mengambil keputusan menghapuskan gelaran nama sekalipun mereka adalah zuriat Daeng Parani yang beristerikan Tengku Aishah iaitu adinda Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II. Dahulu kampung ini bernama Telok Bagan, kemudian diubah namanya kepada Pantai Sepom dan akhir sekali hingga kini dinamakan pula Kampung Ekor Lubok.Sepom adalah nama lain bagi asam kumbang yang pohonnya terdapat di sini ketika ia mula-mula diteroka dulu.



Kewujudan makam ini telah lama diketahui oleh beberapa pihak. Tetapi cuma baru-baru ini ia diiktiraf sebagai makam milik Daeng Parani, bukan orang lain... Lalu sebuah majlis telah diadakan untuk mewar-warkannya, satu majlis besar yang dihadiri ramai anak cucu keturunan Daeng Parani, juga lain-lain terutama mereka yang memiliki titisan darah anak-anak Raja Bugis



Di papan tanda ini dinyatakan bahawa Daeng Parani adalah anak kepada Opu Tendriburang Daeng Rilaga, anak kepada Lamaddusalat, Raja Bugis di negeri Luwuk.Usah pedulikan ejaan Daeng menjadi Dahing atau apa-apa ejaan yang berbeza. Yang penting isinya sama. Saya lebih selesa menggunakan ejaan Daeng yang selalu menandakan pahlawan Bugis yang berdarah raja...

Daeng Parani datang ke Tanah Melayu sebelah sini bersama adik-adiknya Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Kemasi dan Daeng Chelak. Lima orang adik-beradik anak Raja Bugis ini sangat berpengaruh dalam mencorakkan suasana dan budaya politik Tanah Melayu abad ke 18.

Papantanda ini turut menyatakan mereka berasal daripada keturunan seorang raja perempuan Bugis yang dikenali sebagai Siti Malengkek. Raja ini pula dikatakan berasal daripada keturunan Ratu Balqis yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman AS.



Keberanian, kepahlawan serta pengaruh kekuasaan lima beradik anak Raja Bugis ini sangat terkenal di bumi sebelah sini. Dan sebagai abang sulung, Daeng Parani merupakan ketua yang merangka setiap pembabitan mereka dalam apa-apa hal di Tanah Melayu termasuk peperangan dan pentadbiran.



Penanda yang terletak betul-betul di kawasan kepala makam ini pula menyebut petikan daripada sejarah kerajaan Mempawah di Pulau Borneo di mana Daeng Parani juga digelar sebagai Perajurit Agung Sastra Johon (rasanya Johan) Pahlawan... Sayangnya baginda mangkat lebih awal daripada adinda-adindanya apabila terkena peluru meriam dalam satu peperangan di Kedah... Kalau tidak, kemungkinan besar baginda juga menjadi raja dan pemerintah negeri sepertimana adinda-adindanya....



Tertera nama dan tahun kemangkatan baginda.Cerita Makam Daeng Parani ini masih ada kena-mengena dengan cerita makam-makam di Johor yang dibuat sebelum ini iaitu Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab , Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang dan Makam (tomb) of Laksamana Bentan . Ini kerana selepas kenaikan anak kepada Bendahara Tun Habab sebagai Raja Johor baru bergelar Sultan Abdul Jalil IV akibat kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di tangan Laksamana Bentan, muncul seorang anak raja yang dikenali sebagai Raja Kecil mengaku dirinya adalah anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Lalu Raja Kecil yang menuntut takhta Johor telah menyerang dan menjatuhkan Sultan Abdul Jalil. Anak Bendahara ini telah mendapatkan pertolongan anak-anak Raja Bugis untuk mengembalikannya ke atas takhta. Maka muncullah Daeng Parani dan adik-adiknya menyerang dan berjaya mengalahkan Raja Kecil. Pertolongan anak-anak Raja Bugis telah menyebabkan mereka diberi jawatan pemerintahan kedua tertinggi dalam Johor dan jajahan takluknya iaitu jawatan Yam Tuan Riau.



Makam abang sulung kepada anak-anak Raja Bugis yang berjaya menguasai beberapa buah negeri di Tanah Melayu!

Wallahualam...

16 comments:

aL sYa said...

daeng perani juga moyang saya =)

AMIR SYAFIQ said...

Saya juga!

Unknown said...

Sy pon :)

Unknown said...

Sy pon :)

Norly said...

Yer sama

Norly said...

Yer sama

Anonymous said...

Kampung Ekor Lubok, atau Lubok Ekor? Sebelah Sungai Muda (ikut google map)?

Unknown said...

Cuba kamu kamu semua cakap bugis...kalau btul moyang kamu org....

Unknown said...

Cuba kamu kamu semua cakap bugis...kalau btul moyang kamu org....

HellMe!i! said...

Salam... Just perkongsian... hari ni 19/11/18 sy jmpe sorang pkcik yg berasal dri melaka... Kebetulan pkcik ni tgh bersih kn ank dye yg tgh sakit, sye(male nurse) saje tegur pkcik ni... borak punye borak tibe2 dye tnye, samar2 jew dgr "en. ni keturunan bugis ke ?" sye tau keturunan sblh mk saye mmg bugis tapi xtau kisah lnjut nye...
pkcik 2 pn bg tau sye ni keturunan Daeng Parani... dye pn cerita arr kisah salasilah mne keturunan 5 beradik ni dlm mase 15 min...
sye xpndai ckp bugis, xtau arr mak, tokwan, tokcik2 sye tau x ckp bugis... tapi sye berminat nk tau kisah ilmu daeng parani ni...

Helmi N4aHKL

Unknown said...

Sama lah.

Cinta said...

Kita sama

nini zul said...

saya juga berketurunan almarhum daeng parani... tinggal di Makam Diraja Langgar, Alor Setar... boleh email saya zuhainy83@gmail.com

nini zul said...

terima kasih atas perkongsian ini

mdsalleh said...

Keturunan itu berasal-usul dari darah (DNA), bukan dari bahasa/cakapan...Bahasa itu hanyalah skdr nilai tambah, yg hampir2 kpd penjejakan keturunan...!!!🙏🙏🙏

Anonymous said...

Salam. Saya baru sahaja semak leluhur saya dgn seseorang yg ahli dgn mata batinnya, petunjuk leluhur Sy adalah daeng Parani. Melalui Ibu saya dari Melaka, kg melekek tengah. Ada sesiapa tahu macam mana nak semak nasab?

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...