Sunday, August 5, 2012

Allah's Guest Part 1 ( Aku tiba di Kota Cahaya )

Dengan lafaz Basmallah, saya memulakan kembali untuk mengisi teratak imtiyaz yang sudah lama agak bersawang...buzy sangat kot...huhu.... Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman menjadi tetamu Allah..International exposure to jeddah, program bersama-sama teman2 satu kos dan beberapa orang lecturer..

Alhamdulillah pada pagi Jumaat, 6 Julai 2012 yang lalu,kami selamat tiba di airport Madinah... Sebaik sahaja kaki ini melangkah keluar dari flight, terasa bahangnya keadaan di sana dan kami dimaklumkan suhu ketika itu hampir 50 darjah celcius... "akak...panasnya...silau mata syu..tak tahan..." saya sedikit mengadu pada kak suraya yang baru saya kenali sebelum menaiki flight... 


"syu....macam mana Rasulullah dan sahabat2 dulu berjuang ya..." kak suraya bermuhasabah sebentar...

Airport Madinah

Allahurobbi...terus mengalir air mata saya...Allah...teringat saya bagaimana hebatnya Rasulullah dan sahabat2 baginda menghadapi peperangan dahulu kala antaranya Perang Badar, Perang Uhud.....hebatnya mereka...kalau nak diikutkan dengan ketahanan fizikal dan mental, ianya dimiliki oleh semua orang tapi apa yang mereka miliki ialah keimanan yang tinggi dan kesatuan yang utuh. Hebatnya tentera Islam dahulu kala.. bukan sahaja hebat di medan perang bahkan hebat juga hubungan dengan Sang Pencipta..

Selepas memasuki ruangan airport Madinah, menanti untuk 'ditapis' oleh bahagian imigresen...tapis jangan tak tapis...sampai di sana, saya dah dapat merasakan orang arab ni agak garang-garang ye..itu di mata kita..tapi di mata mereka,bukan lah garang mana pun..huhu..

Selepas selesai segala urusan,kami mula menaiki buroq kami menuju ke hotel...hotel berkenaan terletak agak dekat dengan masjid nabawi...sebaik tiba sahaja di hotel berkenaan....

ini lah bilik kami =)




Sementara menunggu giliran untuk mendapat kunci bilik, kami ambil masa pusing2 di kedai yang berada di sekitar hotel...


"malaysia bagus...one malaysia....mari beli..." tegur salah seorang pak arab dari sebuah kedai sebaik ternampak kami.

"ni mesti banyak tengok tv3 nih..." bisik salah seorang teman saya...terpengaruh dengan media la ni pak2 arab ni..kui..kui..kui...

"erkk..miss...diorang boleh cakap melayu lahhh..."miss halijah tersenyum melihat gelagat kami yang terpinga2 dengan suasana di situ...

"Miss, mana masjid nabawi??"saya terpusing2 di sekitar hotel mencari masjid nabawi...ingin melepaskan rindu yang selama ini bersarang di hati...


"cuba awak pandang belakang awak..." tegur Miss Halijah sambil tersenyum...

Subhanallah, Masjid Nabawi tersergam indah di depan saya...Ya Allah...terasa sebak di hati...tak sangka diri ini dapat hadir ke sini...

"ok..lepas ni,mandi,siapkan diri,6.30 tunggu kat lobi kita pergi solat maghrib..jangan lupa bawa uncang kasut ya....kat sana banyak air zam-zam...merata-rata...minum lah puas2 nanti...."pesan Miss Halijah bertindak sebagai ummi kami di sana...

"Baikkkkk...." bersemangat kami...tak sabar nak menjejakkan kaki ke sana...tak sabar nak solat berjemaah di sana..tak sabar untuk segala2nya lah....

Kami mula bergerak menuju ke masjid...hati makin berdebar-debar...



Tiba sahaja di pintu masjid, kelihatan pegawai keselamatan wanita yang lengkap berpurdah sedang membuat pemeriksaan beg para jemaah...masuk sahaja dalam ruangan masjid, Miss halijah menunjukkan tempat air zam-zam...wahh...berderetan air zam-zam....

deretan air zam-zam dalam masjid


Azan maghrib berkumandang merdu memecah kesibukan kota Madinah petang itu...berpusu-pusu penduduk di situ memasuki masjid untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang muslim....

Selesai solat maghrib...saya bermuhasabah sebentar...diri ini seakan-akan masih tidak percaya telah tiba di bandar Islam yang pertama...Alhamdulillah ya Allah....

3 comments:

شاح اندرني said...

Salam.. Alhamdulillah Imtiyaz dah sampai di sana.. Pasti banyak perubahan.. Insya-Allah tahun depan Ana pergi pula bawa isteri.. Buat pegetahuan Imtiyaz, Shah dah nikah dan isteri Shah namanya Shuhadah.. Kami nikah 8/6/2012.. Sekarang dia mengandung 5 minggu.. Doakan kami.. :))

Syuhada Salleh said...

salam shah...

subhanallah...alhamdulillah...
mabruk!wahhhh...tahniah2....x jemput pun eh teman blogger ni...nama sama...shuhadah ;)

شاح اندرني said...

Bukan tak mau jemput.. Semua berlaku dgn pantas.. Bulan 2 kenal.. Bulan 5 tunang dan bulan 6 nikah.. Yup, mama sama.. Umur dia 20 tahun.. Semoga imtiyaz selamat di sana..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...