Saturday, May 21, 2011

"eh..tak nak insyaAllah2....kena hadir jugak!!"

"boleh janji tak pergi program nih nanti??"
"insyaAllah...saya cuba hadir.."
"eh..tak nak insyaAllah2....kena hadir jugak!!"
Situasi biasa,walaupun anda dah berniat untuk hadir,dan anda meletakkan anda akan hadir ke program andai diizinkan Allah.

"eh,nanti ingat tau,bawa barang2 yang diperlukan,"
"insyaAllah...."
"jangan insyaAllah je....kena janji betul2 nih.."
"ok2..nanti aku bawa semua sekali barang2 tu..."
"haaaahhhh...gitu lah...nampak la ko betul2 janji.."
apa??!!adakah perkataan 'insyaAllah' melambangkan orang itu tak janji betul2 dan sekadar nak melepaskan diri??

Hakikatnya...itulah situasi umat islam sekarang nih...menganggap penggunaan 'insyaAllah' sekadar utk melepaskan diri dan seakan2 dia akan menunaikan janji sedangkan dalam hatinya dah berniat tak nak buat..

kebiaasaan bila kita berjanji dengan seseorang...bila kita rasa kita mampu tunaikan janji kita,kita akan berkata.."OK,esok aku akan settlekan..." sedangkan kita merancang,Allah yang tunaikan...dan kebiasaannya juga,kebanyakan dari kita menganggap, bila berkata "insyaAllah..." macam nak tak nak je kan???tapi bila berkata .."OK".....yesss..orang tu akan tunaikan...

Allah SWT dah ajar makhlukNya agar mengucapkan kalimah ini. Kalimah ini sangat suci. Kalimah ini menunjukkan manusia yang mengucapkannya mempunyai rasa rendah diri terhadap RabNya. Rendah diri dengan mengakui bahawa hanya Allah SWT sahaja yang dapat memakbulkan dan merealisasikan apa yang diingini dan dirancangnya.

Allah SWT telah mengajar RasulNya, Muhammad SAW untuk mengucapkan kalimah ini. Ini telah diterangkan di dalam ayat 23-24, Surah Al Kahfi (Gua):
“Dan jangan sekali kali kamu mengatakan tentang sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi (23) kecuali (dengan menyebut): “Insya Allah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini” (24)

Situasi biasa juga...bila seseorang diajak ke sebuah program...dalam hati memang taknak join sekali,tapi ketika sedang diajak sahabatnya,oleh sebab taknak nampak sangat dia menolak..maka..terkeluarlah...

"insyaAllah..saya pergi.."

Jadinya,lepas nih,jangan salah anggap dan jangan salah gunakan 'insyaAllah' lagi...fahami betul2 penggunaannya yer =)

Wallahualam...

Thursday, May 19, 2011

Istikharah cinta..ehem..ehem...

Topik hangat ketika smart group( usrah ) bersama sahabat2 di Perdana baru2 ini..berkaitan soal jodoh..jeng3x...istikharah..

"kak, macam mana kita nak tahu istikharah kita tu,satu petunjuk atau tak??" tanya salah sorang shbt usrah.

"kita kena check jugak sama ada istikharah kita tu valid atau tak..sebabnya takut2 terdorong perasaan yang terlalu suka pada orang yang kita istikharah kan tuh..kena buat berulang kali..dan jangan anggap petunjuk tu hanya datang melalui mimpi..ada juga melalui sekeliling.."saya menenerangkan seakan2 sudah berpengalaman dalam hal nih...heeeee...maka bermulalah perbincangan yang panjang lebar....huhu...

Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya temukan berkaitan dengan istikharah.ehem3x..=p

Sumber : http://www.zaharuddin.net/

Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout), Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.

Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.
Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”

Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”

Perlu juga diingat bahawa :-

Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)

Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.

Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.


Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71)

Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)

Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Bagaimanapun, pada hemat saya, ia perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu, dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlualah diutamakan. Wallahu a’lam.




Saturday, May 14, 2011

Jika dulu....dulu...dan...dulu....

Kadang-kadang...hati dan minda mula bertentangan arus....
Tidak menjadi sekata...
Iman mula gugur layu satu persatu....
Akal lesu menjadi bisu...
Takkala nafsu mula bermaharajalela....

Sekadar merenungi apa yang terjadi..

Jika dulu ketika berada dibangku sekolah...masing2 ayu bertudung litup...
tetapi sekarang masing2 sibuk berlumba2 mempamerkan mahkota diri di facebook buat tatapan sang mata keranjang..sibuk berlumba2...siapa paling 'hot'...
sibuk berbangga dengan gaya berfesyen yang konon2 up to date tapi keredhaan Allah entah ke mana...sedangkan DULU!!"wehhh...budak laki tuh dah nampak rambut aku panjang mana...abis lah...dah dosa...."--->sambil teresak2 menangis...tetapi sekarang...bangga dengan diri yang tak cukup kain...tudung yang menutup kepala dulu,dah terbang ditiup angin taufan...



jika dulu...mana2 kawan lelaki tersentuh tangan mereka...."habis lah...aku berdosa...tadi si polan dah terpegang tangan aku...abis lah aku...Allah nak ampunkn aku ke tak..."
tetapi sekarang....tak segan silu tayang gambar berpelukan dengan buayafriend masing2...aduhhhhh....

Jika dulu....terpancar wajah seorang anak lelaki yang baik dari air muka masing2..terlalu baik...sampaikan pijak semut....semut pun tak sedar dirinya dipijak...
tetapi sekarang...terpancar wajah2 yang merosakkan si gadis yang perasan dirinya dicintai dari lubuk hati...

Jika dulu...masing2 berpakaian sopan...ayu...memang gadis melayu habis!tapi sekarang...mengalahkan artis barat...

Allah....mudahnya manusia berubah..

Manusia...hidupnya mengalir fitrah.Namun perlu diingat..fitrah itu kadang2 dengan mudahnya dilanggar oleh manusia yang berakal dan pemikiran yang sempurna..
Sempurnahkah akal bila sesuatu yang fitrah ditolak mentah2 tanpa biarkan akal dan minda membuat penilaian....?

Namun,fitrah yang terpesong bukan selamanya berada dilandasan yang tidak lurus itu.. Kita mampu betulkan apa yang sudah terpesong jauh... Biarlah akal, iman dan minda bersama2 di landasan yang satu...Membuat keputusan yang mampu membetulkan keadaan..

Bukan mudah nak jadi baik...dan bukan susah nak jadi jahat...andai diri ingin menginsafi segala2nya...tekadkan hati....pasakkan niat...hidayah milik Allah..andai diri perolehinya...genggamlah erat2...jangan biarkan ia pergi..sekali datang...andai terlepas,takut2 tiada lagi kunjung tiba...andai kita rasa sudah mula tersesat, jangan biarkan kita makin tersesat jauh...sebaliknya berpatah balik dan kembalilah ke jalan yang satu...

Iman...Jangan biarkan akal dan nafsu menguasaimu... andai iman juga mula dinodai, nafsu akan bertakhta dan setiap langkah yang hadir akan sentiasa dalam keadaan prasangka yang belum kita tahu dimana pengakhirannya....

Renungi kembali dirimu yang dulu..jika dulu kau seorang yang sempurna menutup aurat..kembali lah pada dirimu yang dulu..jika dulu kau seorang yang tegas dalam pergaulan lelaki dan perempuan..kembali lah pada dirimu yang dulu..sampai bila kau harus begitu..tiada rugi malah menguntungkan buat dirimu yang bakal bergelar seorang isteri suatu hari nanti..



Ingin hasilkan produk yang berkualiti...sediakan bahan asas yang berkualiti juga..
inginkan suami yang beriman..dirimu juga perlu berusaha memenuhi kriteria seorang wanita idaman buat sang pejuang Islam...

Berusaha + doa...insyaAllah...Allah akan makbulkan..=)

Saturday, April 9, 2011

Lintasan hati...jeng3x...!!

Lintasan hati??jeng3x....!!
Mungkin anda pernah mengalami situasi dimana, kejap2 rasa nak buat sesuatu.kejap2 rasa malas pula nak buat...kadang2 terdetik dihati untuk berbuat sesuatu amal..kemudian kita masih pertimbangkan sama ada nak buat atau tak....ditambah dengan malas + beralasan = rugi
Contoh situasi...

Tengah2 seronok dok layan 'mukabuku'...tiba2 terasa nak baca Quran...ishk...nak baca ke...atau..jap lagi lah..tunggu masuk waktu zohor pas solat lah baca...tangguh dulu baca quran...'baca' 'mukabuku' dulu...

Pernah suatu ketika,saya ditegur naqibah saya...
"akak...syu terasa nak ziarah kwn syu..tapi rasa malas la plak kak..."sempat saya mengadu lepas sesi usrah berakhir..bukan sekadar mengadu..niat dihati nak dapatkan juga kekuatan darinya...

"syu..sekali syu terasa nak buat baik...terus buat..jangan fikir 2-3 kali lagi...semua nih ilham dari Allah....ziarah shbt..satu aktiviti yg dapat eratkan lg ukhwah.."

"kalau boleh...aktiviti ziarah sahabat, syu kena tambahkn dlm senarai mutaba'ah amal syu...ok..lepas nih ingat pesan akak..kalau terdetik nk buat sesuatu amal kebaikan..terus buat..jgn fikir panjang lg yer...takut2 kiter dah x sempat nk buat amal tuh,Allah dah tarik dulu nyawa kita..."..zuuppppp...menusuk jantungku...



Teringat saya dengan satu hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."

Ibn Mas'ud r.a

Huraian
i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.

ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.

iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.

Iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.

Wallahualam...

Friday, April 8, 2011

Kelebihan Sayidina umar Dalam Ilmu Agama!

Kelebihan Sayidina umar Dalam Ilmu Agama!

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a:” Rasulullah SAW pernah bersabda:” Di dalam tidur ku, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepada ku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemari ku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar bin al-Khattab.” (Para sahabat nabi SAW bertanya:” Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab:” Itulah ilmu (agama).”



Huraian
Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang tafaqquh (mendalam ilmu agamanya). Dalam hal ini cuba kita renung sejenak tentang kisah Sayidina Umar Al Khattab RA.

Beliau adalah orang yang paling disegani dan paling digeruni semasa zaman jahiliah. Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti termasuk syaitan sendiri.

Apakah rahsianya Sayidina Umar boleh mencapai tahap tersebut? Jawapannya tidak lain ialah kerana beliau benar-benar mendalami ilmu agama. Sungguh banyak pengajaran yang dapat diambil daripada kisah beliau.

Di antaranya, kisah tentang beliau berkata dengan Hajar Al Aswad, kisah beliau tidak memotong tangan pencuri kerana terlalu fakir, kisah beliau memotong kedua-dua tangan pencuri kerana telah berdusta atas nama Allah, kisah beliau mengubah destinasi setelah mendapat berita wabak taun di negeri yang akan dituju, kisah tentang beliau berhijrah dan lain-lain.

Beliau dikenal sebagai khalifah yang paling adil. Mukmin yang mendalam ilmu agamanya memang lebih ditakuti oleh syaitan berbanding dengan orang yang banyak beribadah tetapi jahil tentang seluk-belok agama.

Ini berdasarkan hadis Nabi SAW bermaksud: Seorang Faqih adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang 'Abid (orang yang banyak beribadat)”(at- Tirmidzi dan Ibnu Majaah)

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tuesday, April 5, 2011

Moyang kami, Opu Daeng Perani

Menurut buku Sejarah Kedah oleh Haji Buyong Adil (DBP,KL,1980) di halaman 34 dan 35 terdapat catatan mengenai campur tangan Pahlawan Bugis Lima Bersaudara (PBLB) dalam krisis perebutan takhta di Kedah. Mereka yang terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Chelak, Daeng Kemasi, Daeng Menambun dan Daeng Merewah telah berhasil menewaskan angkatan Raja Kecil dari Siak yang membantu adinda tiri Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II merampas kuasa.

Dalam tahun 1136H (1724M) sekali lagi Raja Kechil berhasil merampas semula takhta lalu diberikan semula kepada adinda tiri Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II dan baginda sekali lagi telah meminta bantuan PBLB itu. Biarpun Raja Kechil berjaya dikalahkan serta diusir, Daeng Parani telah terkorban akibat ditembak tetapi tidak dinyatakan di mana pula lokasi peristiwa itu berlaku dan di mana pula jenazahnya yang hanya dikatakan dimakamkan di Kedah tanpa menyebut secara khusus lokasinya.

Hasil kajian Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya (UM), didapati makam berkenaan berada di Kampung Ekor Lubok, Sidam Kiri, Kulim 16 km dari bandar Sungai Petani.

Allahyarham datuk saya, Haji Hassan Che Awang yang lahir pada 7 September 1922 dan pernah menuntut ilmu agama Islam di Kelantan dari tahun 1949 hingga 1957, merupakan zuriat Daeng Parani tertua di situ ketika ditemuramah oleh beberapa pihak.

Menurut cerita dari Allahyarham moyang saya, Che Awang,moyangnya Daeng Perani itu adalah seorang pahlawan yang handal selain pendakwah Islam, penegak kebenaran dan begitu mudah memberi pertolongan apabila diminta. Itulah sebabnya apabila Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II perlukan bantuannya dia terus membantu sebanyak dua kali sekalipun upah yang dijanjikan ketika meberikan pertolongan awalnya dahulu khabarnya masih terhutang.

Menurut penjelasan bapanya yang diperolehi secara lisan, Daeng Parani terkorban kerana tembakan curi di Pinang Tunggal yang terletak kira-kira 5 km dari kampung tersebut setelah gencatan senjata diumumkan. Jenazahnya telah dibawa dengan perahu secara sulit tanpa disedari oleh sesiapa termasuk sebilangan pengikutnya lalu dimakamkan di sini yang mana ketika itu masih dipenuhi hutan tebal.

Disebabkan bimbang akan terus diburu musuh-musuhnya, mereka mengambil keputusan menghapuskan gelaran nama sekalipun mereka adalah zuriat Daeng Parani yang beristerikan Tengku Aishah iaitu adinda Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azam Shah II. Dahulu kampung ini bernama Telok Bagan, kemudian diubah namanya kepada Pantai Sepom dan akhir sekali hingga kini dinamakan pula Kampung Ekor Lubok.Sepom adalah nama lain bagi asam kumbang yang pohonnya terdapat di sini ketika ia mula-mula diteroka dulu.



Kewujudan makam ini telah lama diketahui oleh beberapa pihak. Tetapi cuma baru-baru ini ia diiktiraf sebagai makam milik Daeng Parani, bukan orang lain... Lalu sebuah majlis telah diadakan untuk mewar-warkannya, satu majlis besar yang dihadiri ramai anak cucu keturunan Daeng Parani, juga lain-lain terutama mereka yang memiliki titisan darah anak-anak Raja Bugis



Di papan tanda ini dinyatakan bahawa Daeng Parani adalah anak kepada Opu Tendriburang Daeng Rilaga, anak kepada Lamaddusalat, Raja Bugis di negeri Luwuk.Usah pedulikan ejaan Daeng menjadi Dahing atau apa-apa ejaan yang berbeza. Yang penting isinya sama. Saya lebih selesa menggunakan ejaan Daeng yang selalu menandakan pahlawan Bugis yang berdarah raja...

Daeng Parani datang ke Tanah Melayu sebelah sini bersama adik-adiknya Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Kemasi dan Daeng Chelak. Lima orang adik-beradik anak Raja Bugis ini sangat berpengaruh dalam mencorakkan suasana dan budaya politik Tanah Melayu abad ke 18.

Papantanda ini turut menyatakan mereka berasal daripada keturunan seorang raja perempuan Bugis yang dikenali sebagai Siti Malengkek. Raja ini pula dikatakan berasal daripada keturunan Ratu Balqis yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman AS.



Keberanian, kepahlawan serta pengaruh kekuasaan lima beradik anak Raja Bugis ini sangat terkenal di bumi sebelah sini. Dan sebagai abang sulung, Daeng Parani merupakan ketua yang merangka setiap pembabitan mereka dalam apa-apa hal di Tanah Melayu termasuk peperangan dan pentadbiran.



Penanda yang terletak betul-betul di kawasan kepala makam ini pula menyebut petikan daripada sejarah kerajaan Mempawah di Pulau Borneo di mana Daeng Parani juga digelar sebagai Perajurit Agung Sastra Johon (rasanya Johan) Pahlawan... Sayangnya baginda mangkat lebih awal daripada adinda-adindanya apabila terkena peluru meriam dalam satu peperangan di Kedah... Kalau tidak, kemungkinan besar baginda juga menjadi raja dan pemerintah negeri sepertimana adinda-adindanya....



Tertera nama dan tahun kemangkatan baginda.Cerita Makam Daeng Parani ini masih ada kena-mengena dengan cerita makam-makam di Johor yang dibuat sebelum ini iaitu Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab , Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang dan Makam (tomb) of Laksamana Bentan . Ini kerana selepas kenaikan anak kepada Bendahara Tun Habab sebagai Raja Johor baru bergelar Sultan Abdul Jalil IV akibat kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di tangan Laksamana Bentan, muncul seorang anak raja yang dikenali sebagai Raja Kecil mengaku dirinya adalah anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Lalu Raja Kecil yang menuntut takhta Johor telah menyerang dan menjatuhkan Sultan Abdul Jalil. Anak Bendahara ini telah mendapatkan pertolongan anak-anak Raja Bugis untuk mengembalikannya ke atas takhta. Maka muncullah Daeng Parani dan adik-adiknya menyerang dan berjaya mengalahkan Raja Kecil. Pertolongan anak-anak Raja Bugis telah menyebabkan mereka diberi jawatan pemerintahan kedua tertinggi dalam Johor dan jajahan takluknya iaitu jawatan Yam Tuan Riau.



Makam abang sulung kepada anak-anak Raja Bugis yang berjaya menguasai beberapa buah negeri di Tanah Melayu!

Wallahualam...

Friday, April 1, 2011

Pesan atuk pada cucu...

24 Mac yang lepas,saya telah kehilangan seseorang yang sangat dikasihi,datuk saya...bapa kepada ayahanda saya...
panggilan 'tokwan' utk datuk lebih sinonim dikalangan mereka yang tinggal di bahagian utara..sehinggakan bila saya sebut 'tokwan'..ada dikalangan sahabat saya yang masih konfius,tokwan tuh datuk ke atau nenek...
Pemergiannya buatkan saya mula rindukan segala nasihatnya...
Tiada orang tua dikampung,hilanglah serinya di rumah tersebut...

Masih saya ingat seketika dulu,setiap kali pulang ke kampung,saya akan duduk bersembang seketika,sekadar untuk menceritakan perihal diri saya di sekolah...

"tokwan,minggu depan kak su ada pertandingan hafazan dengan pertandingan khat...wakil sekolah...tokwan doakan kaksu ya..."...mohon saya sambil tersengih2 depan tokwan...

"insyaAllah...apa2 pun..mohon kat Allah...doa ja banyak2..tak rugi pun...ada apa2 masalah,mengadu ja kat Allah...Allah dengaq semua tuh..yang penting jaga solat 5 waktu tuh...dhuha dengan tahajjud jangan tinggal...." bersungguh2 tokwan memberi pesanan pada cucunya...

Bila saya lihat tokwan beribadah..rasa kerdilnya diri ini....puasa sunat isnin khamis,ditambah puasa lain selagi mana ada hari yang digalakkan berpuasa,selagi itu lah tokwan akan berpuasa...ditambah dengan qiam setiap malam....sebagaimana setianya serban dikepalanya ketika dia sihat,seperti itulah setianya tokwan menghadap Allah setiap malam,bermunajat memohon keampunan....hubungan dengan Allah sangat dijaga...

"nak berjaya dalam hidup,jaga hubungan dengan Allah...." berkali2 pesanan ini diingatkan...

"tokwan doakan kaksu cepat2 jadi doktor tau...." itu lah antara ayat2 yang akan disebut2 dihadapannya...dan kini,saya sekadar perlu berusaha untuk merealisasikannya walaupun tak sempat nak buktikan pada tokwan...

Malam selepas pemergian tokwan....anak2 tokwan merangkap bapa dan ibu saudara saya,duduk2 diluar rumah...menceritakan asal usul arwah tokwan dan keluarganya...

Sebagaimana yang diceritakan dan dikaji...tahu lah saya,asal keturunan saya dari Opu Daeng Perani,salah sorang pahlawan Bugis 5 bersaudara yang datang ke Tanah Melayu..Mereka yang terdiri daripada Daeng Perani, Daeng Chelak, Daeng Kemasi, Daeng Menambun dan Daeng Merewah .Saya mula memikirkan,pentingnya ahli keluarga yang terkemudian ini untuk mengambil berat akan hal2 ini.mengetahui asal usul keturunan masing2...

Entry akan datang,saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak kisah Daeng Perani..

*Al-Fatihah untuk Allahyarham Haji Hassan bin Che Awang...

Wallahualam...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...