Sunday, September 6, 2009

Alhamdulillah...selesai sudah di Al-I'tisam

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.Alhamdulillah..saya baru sahaja selesai bertadarus 30 juzuk di Masjid Al-i'tisam...bersama2 adik2 maahad tahfiz Al-I'tisam...masing2 semangat..dah la comel2 belaka...muda2 dah nak jadi hafiz hafizah....bagusnya...=)

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-‘alaq:1-5)

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...