Tuesday, April 28, 2009

Kau hanya pinjaman....


Semalaman saya rasa tak sedap hati...fikiran nih terlampau memikirkan sesuatu..tetapi apa yang sedang saya fikirkan..saya pun tak tahu...

Terus saya capai handphone...dan menghubungi seorang lelaki yang amat bermakna padaku....

"assalamualaikum ayah...saja call ayah..nak dengar suara ayah..mak ngan yang lain2 semua sihat kan??".......

"waalaikumussalam...kak su...alhamdulillah..semua sihat...."ayahku laju je menjawab panggilan...

"kak su sihat??"

"alhamdulillah...kak su ok ja...study pun ok...cuma sem nih kena laju sikit study..sebab short sem kan..masa tak banyak..tuh yang lecturer nak ajar laju sikit tuh..."

"takpa lah..study leklok...masa nih ja pun nak busy2 ngan study..pasnih busy ngan benda lain pula kan...ayah nak bagitau nih...anak kucing mati sekor...kena langgar ngan anak jiran kita...mak cik piah yang bgtau...anak dia nampak..."

"hah..yang mana??!!"..tangki air mata ku mula menjalankan tugasnya...melepaskan sedikit demi sedikit air mata...biarkan bertakung...

"yang belang-belang tuh...."

saya tak terkata apa2...tuh lah anak kucing yang paling manja dengan saya...bila saja saya belai dia..pasti tertidur di riba....

"kak su call piqah pula..dia ada kat rumah la nih...ayah ada kat tempat keja..ok..jaga diri..study leklok..assalamualaikum..."

"waalaikumussalam......."sebaik sahaja mematikan panggilan....saya terus menangis...sedih...patut lah masa last cuti hari tuh...sewaktu saya nak pulang semula ke shah alam...anak kucing tuh hanya memerhatikan saya dari jauh...seperti dia tahu itu lah kali terakhir pertemuan kami...

mungkin ada sesetengah orang berpendapat...kucing je...releks la...bukannya orang pun yang nak sedih2 sangat tuh...tak semua orang faham perasaan nih...

salah seorang sahabat saya..mulalah mengatur kata...untuk pujuk saya....

"xperlah syu..sabar...kucing tuh Allah pinjamkan sekejap je...dalam sekejap tuh pun Allah dah beri sikit kebahagiaan kat syu...syu kena bersyukur sebab syu dapat merasai manisnya apa yang Allah anugerahkan nih...subhanallah...akak kagum...betapa besarnya kuasa Allah...Dia wujudkan kasih sayang antara manusia dengan haiwan yang kita tak boleh nak tau apa perasaan diorang..."

"tapi syu tau ape perasaan diorang...syu tau macam mana kucing tuh tengah sedih..syu faham...syu tau macam mana kucing tuh rasa disayangi...syu faham kucing2 tuh..."

"yer syu..akak faham...ok2...akak tau syu terlampau sayang sgt kat kucing..."

Dalam saya tengah menangis....tiba2 macam ada satu bisikan...'bukan ke kau dah janji hanya nak nangis untuk islam...kenapa kau masih menangis hanya untuk benda pinjaman??'

Terus saya berhenti...dah tak terkeluar air mata nih...seperti tangki air mata dah ditutup rapat...

Ya...kenapa saya masih menangis untuk benda pinjaman...betul....dulu saya dah berjanji hanya akan menangis untuk islam..air mata nih hanya untuk islam...saya tak boleh bersedih lagi...

masih saya teringat kata-kata salah seorang sahabat saya....

"akak tau..syu kan kuat semangat orangnya...mana boleh sedih2 sangat....akak nak syuhada yang sebelum nih..yang kuat semangat..ceria...sentiasa tersenyum......"

Ya....la tahzan....

Wallahualam.....

Sunday, April 26, 2009

Nisa' Indoor Games 2009



Nisa' Indoor games, saya serta 2 org sahabat dari MSU, menjadi pengadil pada hari yang penuh bermakna itu...
Dimulakan dengan perbarisan setiap kontinjen dari kesemua negeri di seluruh Malaysia...Masing-masing bersemangat..dan sebagai anak kedah(ayah anak kedah)...dah tentu tercari-cari kontinjen dari Kedah..ehem..ehem..."let's play..don't play-play!!!.."sorakan dari anak-anak kedah...fuh....
Kemudian, dengan ucapan dari ketua Nisa' Malaysia, kak mas...sangat tersentuh dengan kata-kata beliau...the last word, "working together, is a success..."

Game yang ada hari tuh, giant snake and ladder, ceper, chest, dam, karom, congkak... saya menjadi pengadil utk congkak...

Mula-mula tuh...steady lagi....lama-kelamaan, mata nih pun dah berpinar...dari pagi sampai ke petang tgk org main congkak..sampaikan mata pun dah naik cam biji guli dah...adoi..tapi yang penting,saya tau macam2 strategi setiap pemain gunakan..ada yang gerakkan tangan selaju habis, tapi muka still senyum je kat pihak lawan..bagus2...

yezzaaaaaaaaaaaaaa......let's play...don't play-play....


persembahan yang comel....=p

ketua Nisa' Malaysia..Kak Mas...sungguh menyentuh hati..


Perak muncul sebagai juara keseluruhan dan Kedah sebagai kontinjen terbaik...(dah agak dah..)..=p


antara barisan pengadil yang adil lagi saksama..=p

Sunday, April 19, 2009

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya."Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…

" Fulanah mula sebak."Tak.Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar."Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ..Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya.

Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah.

Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak.

Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu."Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

**********************************************************************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan! Jika dirimu bakal seorang isteri… Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam! Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan… Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri ..mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami… Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam.Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu… Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!
Wallahualam..

Friday, April 10, 2009

Adikku...


Kesempatan yang ada.saya gunakan untuk bekerja sambilan di sebuah pusat mengaji...
“Syuhada,hari nih awak ajar kelas yang hujung tuh ya..”
Owh..baik..bertindak mengikut arahan....
Hari nih cara aku mengajar macam biasa...Kadang-kadang..’dibuli’ juga dengan adik-adik tuh..adeh...
”Ustazah paling muda...senang la kena buli...tengok macam akak...masuk je kelas..tak adanya nak bagi muka...syu jangan bagi muka sangat dengan budak-budak tuh...naik lemak diorang nanti...syu tak yah risau lah..syu akan kahwin juga kalau garang pun......”
Adeh...sempat jugak kak faiz gurau macam tuh.....
…Ketika kelas baru bermula..semuanya agak terkawal…masa tuh..Cuma ader 3 org je adik-adik yg baru sampai kat tempat ngaji tuh…
Tiba-tiba 2 org dripada mereka bersuara…
”ustazah..nanti..ustazah jaga2 tau dengan budak nama Mira..Dia suka buat bising..Pastu suka kacau orang lain mengaji..”
Wah..otai mana nih..Saya tak dapat bayangkan adik Mira tuh macam mana...
Lepas 5 minit,kelas hampir penuh..Tiba-tiba pintu kelas sekali lagi terbuka..mulalah adik2 tuh tuding2 jari kat budak yang baru masuk kelas tuh sambil kata..
”tuh lah Mira..”
Adeh..comel giler lah si Mira tuh..x nampak macam seorang ’pembuli’...haha...
Lama-lama..kelas dah mula bising,..untuk tarik perhatian diorang.saya pun mula lah bercerita sekadar nak kurangkan bising...
”adik-adik....kalau nak Allah sayang..kena buat baik...tak boleh bising masa orang lain ngaji..tak boleh kacau orang lain ngaji...x boleh conteng dinding..Nanti..kalau Allah sayang..kita boleh masuk syurga...”
Semua terdiam...masing-masing mulut terlopong...Comelnya budak-budak nih...masing-masing dengan berbaju melayu,berbaju kurung dengan bertudung ala-ala Nabila dalam cerita ’mutiara hati’...Masa tuh aku terfikir...kekalkah budak-budak nih dengan tudung sampai ke usia remaja...budak-budak nih..bagaikan kain putih yang akan dicorakkan...kalau elok ibu bapa mereka corakkan..elok lah jadinya..tapi..kalau tak....nauzubillah...
”ustazah!Mira tarik tudung saya!”
”astaghfirullah...Mira....Mira nak Allah sayang tak??”
Mira mula diam....mungkin dia tahu aper yang saya mksudkan....Teringat pula saya pd adik bongsu kesayangan saya.Yang seusia dengan adik-adik disini..Dulu saya agak garang dgn dia...Biasa lah...time tuh.saya asyik fikir..tak nak manjakan dia..tapi dia tak pernah serik nak ambil hati saya.
Setiap kali pulang dari sekolah..Dia akan belikan coklat atau apa2 saja yang boleh menggembirakan saya..
”kak su....piqah beli coklat kat sekolah tadi..sedap tau coklat nih.Untuk kak su.....”
.Saya tahu..dia memang sayangkan saya..dan saya pun.terlalu sayangkan dia..dia satu-satunya adik perempuan yang saya ada..Dia juga suka bercerita...cerita apa2 sahaja yang berkaitan diri dia..sekolah dia...pelajaran dia...dan saya.kadang-kadang layan..kadang-kadang....hmmmm....
”kak su..tadi kat sekolah..kawan-kawan piqah semua suka cekodok yang kak su buat tuh...”
”kak su....piqah..”
Macam-macam yang dia nak bercerita..tapi..saya penah juga terlepas cakap...
”piqah.....boleh tak piqah diam jap..kak su penat sangat nih...”
yerlah...kadang-kadang..penat..tak terlayan...dia terdiam..mungkin..banyak yang dia nak ceritakan...tapi memandangkan sikap kakak dia yang langsung tak faham perasaan adik sendiri.....dia terus keluar dari bilik..Ya Allah...apa aku dah buat nih...kesiannya adik aku tuh..saya kuatkan juga...even dah separuh mati....
”sayang kak su nih nak cakap apa tadi??sorry lah sayang...tadi kak su penat sangat....ok...cerita lah..kak su nak dengar nih...”
Dia mula tersenyum....senyuman dia tuh dah mampu menghilangkan penat saya..biarlah saya penat macam mana pun....asalkan....dia bahagia...dia rasa diberi perhatian..dia dapat rasakan dirinya juga sentiasa bertakhta di hati aku...
Setiap kali saya prgi mengajar....setiap kali tuh juga..saya terbayang-bayangkan dia.
Dan sy sentiasa berdoa..agar mereka semua di lindungi Allah...dipelihara Allah...sampailah mereka remaja....tambah-tambah dua orang adik lelaki sy yg kian remaja..Syahid..Syafiq...pelihara lah diri kalian...jangan sia-siakan hidup..ingat apa tujuan kita dilahirkan ke dunia..sematkan diri kalian dengan didikan agama yang mak ayah dah tanamkan...suburkan dia dengan baja taqwa....agar lahir lebih ramai umat Rasulullah..yang akan sambung perjuangan baginda.....agar hidup ini..betul2 ada matlamat..bukannya hanya menjadi robot yang memang tak punyai perasaan......
Wallahualam.....

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...