Saturday, March 6, 2010

Cabaranku.....

Alhamdulillah....selesai berjumpa Miss Mathevi..merangkap supervisor...saya bergegas ke Masjid Jamek di Seksyen 16...semalam...6 mac...berlangsungnya sambutan maulidurrasul...pelbagai aktiviti..dan Nisa' Shah Alam antara NGO yang bertanggungjawab menguruskan Nisa' Indoor Games(NIG)..NIG bermula pagi hingga ke tghari...diri nih sepatutnya berada di tempat program sebagai urusetia NIG..tapi apa kan daya....perlu selesaikan hal yang lebih penting...lebih kurang jam 1 tghari...saya tiba di tempat program....NIG pun dah berakhir..alamatnya tolong2 kemas je lah...

"ye cik syuhada...jemput lah petang ni...ada memanah...RM 10 utk join..ada 11 kali percubaan..tapi utk krew Nisa' Shah Alam..free jer...datang yer.."salah sorng urusetia muslimin...Khider mengingatkan...
apa??!!!!memanah??ishk..tak sabar dah nih...saya mula memasang angan2...untuk tubuhkan kelab memanah Nisa'...wahhh.....

"ok syu..apa lagi...petang ni syu pergi main..survey dulu...akak tunggu syu untuk tubuhkan kelab memanah nisa'....cabaran nih syu..."..kak lin..Ketua Nisa' Shah Alam berharap sesuatu..sambil tersenyum dalam keletihan..huhu..kesian akak..all out utk NIG kat masjid nih...

Selepas solat Zohor...saya sebagai presiden kelab memanah Nisa' Shah Alam(secara tak rasminya..hehe) dan kak yuni sebagai timbalan presiden(secara tak rasminya juga)...menjalankan tugas yang diberi..jeng3x..mission imposible....
Tiba di tapak aktiviti memanah...petugas yang kendalikan aktiviti ini menerangkan serba sedikit langkah2 yang patut di ambil....rasa macam sedang dilatih untuk pergi berperang lak..=p..saya yang terawal di beri peluang melancarkan serangan..ehem3x....

Sebaik sahaja tangan saya memegang busur...mula merasakan aura lain macam...seperti berada dalam peperangan zaman dulu2.berdebar2 lak....mula terkenangkan Rasulullah saw....para sahabat..dan juga Sa'ad ibn Abi Waqqas yang merupakan pemanah terbaik di kalangan para sahabat Nabi..Sa'ad dilantik menjadi panglima perang ketika Peperangan Qadisiyyah menentang Parsi Sassanid. Sesuai dgn kegemarannya, Sa'ad telah menerapkan kemahiran memanah di dalam tenteranya utk menewaskan tentera Parsi yg ketika itu menggunakan tentera bergajah.

Serangan panah yg banyak dari jarak jauh mampu membuatkan struktur serangan tentera bergajah Parsi kucar-kacir dan menyebabkan pasukan ini tewas dan maut. Dengan langkah yg bijak, ini dapat menjimatkan jumlah tentera pejalan kaki daripada bertempur secara berdepan dgn tentera Parsi.subhanallah.....kagumnya...

Sebaik sahaja meletakkan satu panah pada busur..dengan berhati2 dan penuh strategi...saya melepaskan panah berkenaan.....tapi....tak kena....oh tidak....cuba lagi....dan langkah berikutnya...alhamdulillah....semakin mahir memanah....dah tak terkeluar sasaran.....mula timbul keazaman....APA YANG SAYA SASARKAN...PASTI SAYA AKAN CUBA SAMPAI DAPAT...insyaAllah....jadi langkah saya selepas percubaan memanah pada petang itu...senaraikan 100 perkara yang ingin saya capai dalam hidup....dan tubuhkan Kelab Memanah Nisa' Shah Alam...=)

Moga Allah permudahkan segalanya...

* seronok memanah nih..tak caya...cuba la..nanti join Kelab memanh Nisa' Shah Alam...=p

1 comment:

kct said...

cayalah syu...besnyer...slah satu sunah nabi..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...