Wednesday, November 17, 2010

Saper hensem...saper cantik???

Selepas selesai menemuramah pihak yg menerangkan berkaitan cupping technique atau berbekam,saya bersama ahli2 kumpulan yang terlibat dalam kajian ni,dibawa ke bilik rawatan,untuk lihat secara live suasana tuh..kajian berkaitan bekam sempena subjek 'Complementary and Alternative medicine'..belajar berkaitan perubatan alternatif...

Satu persatu peralatan ditunjukkan pada kami...dalam masa yang sama kami ditunjukkan juga peralatan untuk rawatan lain..antaranya acupuncture..

"ahh,yang nih jarum acupuncture...cucuk yang pertama tak sakit,tapi cucuk guna jarum yang sama untuk kali kedua,sakit sikit...jarum yang nih plak ada jugak digunakan untuk cucuk kat muka,rawatan untuk kecantikan pun boleh...ramai tak tahu..yang orang islam sekarang nih,sibuk2 nak cucuk botox...yang halal ada,tapi tak nak guna..mungkin tak tahu..."...masing2 kelihatan kagum mendengar sesuatu yang agak baru bagi kami..

"lepas nih,nak cantikkan muka,boleh la cucuk guna jarum nih je.."masing2 tersenyum...wahhhh...dah ada perancangan nak cantikkan lagi lah tuh...biasalah,perempuan...isu kecantikan nih memang sentiasa bermain2 dalam minda..

Masing2 dah mula plan bila nak g 'cucuk' kat muka..huhu

"akak nak wat jugak la rawatan yang guna jarum tuh.kulit akak gelap..huuuu"...salah sorang teman sekelas saya dah mula merancang...

"aikkk,akak gelap??kulit akak secerah nih pun akak kata gelap??"saya sekadar bertanya,terkejut sikit dengan statement 'gelap' dia tuh..adoi yaiii...kulitnya secerah-cerahnya,dikatakan gelap??aiyaaaaa,akak buta warna ke??huhu...

"takder lah,adik beradik akak semuanya cerah2 macam cina...akak paling gelap antara diorang sumer..tapi tuh lah,manusia kan..susah nak bersyukur dgn apa yang ada..tapi akak tetap nak wat gak rawatan tuh..heeeeee.."adeh la akak..huhu...

huhu,tuh la..manusia...adeh...
kalau anda perempuan,pernah tak mengalami situasi berkenaan?

'akak awak cantik...cerah yer dari awak..'

'adik awak comel yer...lain dari awak...'

'eh,betul ke tuh akak awak??dia kurus dari awak ye..beza betul...'


atau pernah terfikir macam nih??

'alangkah bahagianya kalau wajah aku sehensem kim bum...macho,ramai peminat..'

'kulit aku tak secerah dia...'

'ala,aku tak secantik dia...'

'bestnya kalau aku langsing macam mak cik lady gagah...'

macam2 lar..biasa lah..manusia..kadang2 terlupa untuk bersyukur dengan apa yang ada disekeliling kita.kurang bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat kita...kita selalu melihat yang di atas...segala2nya,kekayaan,kecantikan,..kita lebih lihat pada mereka yang berada lebih atas dari kita...

pernah suatu ketika,sedang asyik bersembang dengan sahabat2 serumah dan dalam masa yg sama ketika itu sibuk memikirkan macam mana nak dapatkan peti ais yang baru je diambil semula oleh housmate lama kami...

"kan best kalau kita dah ada peti ais..senang nak beli barang2 dapur untuk stok 3-4 hari..peti ais kecik pun jadi lah..."

"ha'ah eh..kecik pun jadi lah.."

macam pernah ku dengar ayat nih...sebelum nih..yesss..kat rumah sewa yang dulu..masa di rumah sewa yang dulu,peti ais boleh tahan jugak besarnya...tapi ada jugak dialog yg bising berkaitan peti ais...

"kan bes kalau peti ais kita nih jenis yang pintu dua tuh..besar sikit,pastuh yg boleh kuar air sejuk kat depan tuh..senang sikit...nak sumbat barang banyak2 pun boleh..kita kan ramai..."

well..well..well...itu lah manusia...


teman2 hawa,jgn dirisaukan sangat hal2 kecantikan nih...pandangan orang lain-lain...

kadang2,kiter nampak orang tuh cantik,tapi dimata orang lain,dia biasa je..

kadang2 kiter rasakan orang nih hensem gilerr,ada janggut sejemput,kulitnya hitam manis..tapi di mata orang lain,...'boleh lah,sedap mata memandang..'

kadang2 kiter tengok muka orang nih,macam muka orang pecah umah,asal senyum je dah rupa kambing yg sedang tersenyum,sekali pandang pun,jenuh nak tahan gelak nengok rupanya,ditambah dgn kesan2 jerawat + jeragat kat muka dah macam kawah kat bulan...tapi di mata teman kita,'dikau la my prince charming,hanya wajahmu yang ku termimpi2 setiap malam'...see??

rambut sama hitam,hati lain2...jgn pelik lar kalau tiba2 anda terdengar dialog2 macam nih..

'saya suka perempuan yang montel..'
'saya suka la lelaki gemuk..boleh lindungi saya..'
'kalau nak cari suami nanti,saya nakkan lelaki yang botak..cool..'

hehe...dah kata dah...taste orang lain2..

Releks larr...mungkin dgn diri kita yang ada sekarang nih,kita lah permaisuri hati si bakal suami tuh...segala2nya indah bagi si bakal suami tuh..so,tenang-tenang sudeyyhh...

be urself,jaga hati,jaga iman,jaga adab,jaga lah segala2nya...dan ituh lah kecantikan yg sebenar...bersyukurlah dengan apa yang ada...

wallahualam...

3 comments:

soutulmujahid.com said...

kim bum? dlm gambar tu ke? yuxxx

شاح اندرني said...

Salam.. Pengalaman yang dikongsikan menarik... :-)

Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon said...

betol 2..Salah satu sifat manusia yang diperkatakn Nabi adalah selalu tidak puas dengan apa yang dimilikinya. Apabila ia telah punya satu gunung emas, akan berusaha menggapai gunung emas yang kedua, ketiga dan seterusnya. Menjadi salah satu sifat manusia pula yaitu ingin mendapatkan perhatian dari orang lain. Bersyukur dgn apa yang ada, bersyukur juga ujian i2 sentiasa ada..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...