Wednesday, March 30, 2011

Hikmah hukuman 100 sebatan...

Allah lebih mengetahui keperluan hamba-hambaNya... 100 sebatan untuk penzina yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi penzina yang sudah berkahwin...agak2 la kan....anda rasa berat ke hukuman nih??pernah anda terfikir mengapa sebegini yang ditetapkan Allah??Sesungguhnya Allah lebih mengetahui... Jika dikaji semula hikmah hukuman sebegini ditetapkan.....mungkin kita boleh kata..."oooooooo..patut lahhhh....subhanallah...."

Apabila Allah menjadikan manusia, Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri. Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukum dengan hukum hudud antaranya adalah hukum bagi mereka yang melakukan perzinaan. Apabila sabit kesalahan, terdapat 2 jenis hukuman bagi 2 kategori manusia yang melakukan kesalahan itu:

1. Sebat 100 kali untuk pesalah yang belum berkahwin.
2. Rejam sampai mati untuk pesalah yang sudah berkahwin.

HIKMAH DI SEBALIK PELAKSANAAN HUDUD INI: 1. Kehebatan Daya Tubuh Badan Manusia dan AIDS Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berkaitan dengan Imuniti Humoral atau T Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel (Cell-Mediated Immune System). B Limfosit dan T Limfost kedua-duanya di hasilkan di satu tempat di dalam badan manusia iaitu di bahagian belakang badan manusia, Sitem Sum-sum Tulang Belakang, or Tulang Tunjang Belakang.

AIDS ialah satu virus yang makanan kegemarannya adalah sel darah putih, yang mana kegemarannya virus AIDS ini ialah sel darah putih @ menghancurkan pertahanan manusia. Apabila pertahanan sel darah putih dihapuskan, maka dengan mudahnya manusia dihidapi pelbagai jenis penyakit. Sebab itu virus AIDS dikenali sebagai VIRUS KURANG DAYA TAHAN PENYAKIT

Apabila virus AIDS menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS (Acquired Immunologic Dificiency Syndrome). Jadi, bagaimana kita nak menghapuskan virus AIDS yang sudah pun memasuki badan manusia? Untuk menghapuskan virus AIDS, kuantiti Sel Darah Putih mestilah melebihi jumlah virus AIDS yang telah memasuki badan dengan nisbah 400%-500% persoalannya, bagaimanakah untuk menghasilkan 400%-500% antibodi itu?

HIKMAH KEPADA PENZINA YANG BELUM BERKAHWIN:

Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang pesalah itu dihinggapi HIV selepas perzinaannya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati sel-sel sum-sum tulangnya tidak lagi dapat menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel-sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia (air mani). Badan akan lemah dan AIDS akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.

Tetapi dengan syarat:

Ia mesti disebat dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru. Cara yang terbaik ialah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh dari AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi 2-5 kali ganda jumlahnya daripada jumlah virus AIDS di dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada virus AIDS sehingga ia dapat memusnahkan virus AIDS dan manusia terselamat daripada penyakit AIDS.

BAGAIMANA PULA DENGAN PENZINA YANG SUDAH BERKAHWIN??:

Jika sekiranya pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan mengahasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus AIDS dan rejam hingga mati merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Dan akhirnya, virus AIDS akan terkubur bersama pesalah tersebut, dan sekaligus menyelamatkan isteri dan anak-anak pesalah daripada dijangkiti AIDS. Tambahan pula, mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang halal lagi baik, tapi mereka sanggup mencari wanita lain yang haram hubungannya lalu berzina.

Maha suci Allah yang telah menciptakan kita. Dia yang menciptakan kita, Dia paling tahu segala-galanya tentang kita, makhluk-Nya yang lemah. Berbanding dengan hukuman zina pada hari ini, hanya dikenakan denda RM2,000-RM5,000. Yang manakah lebih baik?

1 comment:

Rafiuddin Ramli said...

+ hukuman yg ditetapkn Allah itu jika dilaksanakan mndpt keberktn drpd Allah S.W.T. + Allah akan mncmpkkn rasa gerun ke dlm hati2 mereka..

hukuman bg kesalahn2 ni dilakukn scr terbuka ttp perbicaraannya scr tertutup.

perkara sebaliknya pula brlaku pdzaman skrg apabila kes yg belum terbukti dihebahkn scr meluas manakala sume hukuman djlnkn scr trtutup.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...