Friday, October 29, 2010

Yeeeaaaaaaa....Jom tingkatkan ekonomi negara!!

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina
(sumber : Malaysia Kini)

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP..


Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.


Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.



Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:

•Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
•Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
•Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak
proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

-------------------------------------------------------------------------------

Geram??sakit hati??jom kita buat transformasi!!x perlulah sekadar mengeluarkan kata2 tak puas hati,menyatakan itu dan ini pada PM kesyangan rakyat nih.tapi gunalah kuasa ditangan anda...siapa2 yg x daftar mengundi lagi,cepat2 g daftar dan mengundi.

Risau,dengan tangan2 pemimpin macam nih lah, Malaysia akan 'didatangi tetamu' yg x diundang sepertimana 'tetamu' itu datang ke Indonesia.

Gempa Padang , Ombak tsunami

”Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadap perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.(16:Al-Isra')

"keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari Ayat-Ayat Allah maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat keras siksaan-Nya."(52:Al-Anfal)

Wallahualam

Monday, September 27, 2010

Macam mana nak tackle dia yer...

Hari ni ke kolej sekadar nak ambil slip exam...utk mid sem..sebaik sahaja memasuki kawasan MSU...dari jauh kelihatan seorang muslimat yang bertudung labuh bulat lengkap dengan jubah,tersenyum pada saya..seakan2 saya mengenali dirinya...its a time to recall...huhu..

Yesssss...dah ingat..baru kali ke 2 pertemuan dengannya...
"Assalamualaikum...akak lupa la..nama saper yer..tapi akak ingat muka awak..."tegur muslimat berkenaan...

"Waalaikumussalam akak..saya syuhada...kak aki kan..."...terharu saya..masih diingati wajah yang ceria ini..hehe

"balik raya mana??"kak aki sekadar bertanya ringkas dengan senyuman yang masih terukir diwajahnya...

"saya balik manjung,perak...akak kat mana yer??saya berbalas sambil hati teragak2 asalnya berdasarkan loghat ala2 kedah gituh...seronok la sembang..

"akak kedah..."

"la ya ka..saya pun kedah jugak..kat sg petani..."..huhu...dan2 nak ngaku orang kedah..yalah..nak cuba dekatkan diri ngan dia..pasnih jumpak org penang..ngaku penang lak..jumpa perak..ngaku perak lak..jumpa kelantan..ngaku sedara ramai kat kelantan lak..strategi nak dekatkan diri..hoho...=p

Teringat saya pertemuan kali pertama dengan Kak Aki...hari tuh..di MSU..sebaik parking motor...dari jauh saya ternampak muslimat yg bertudung labuh bulat dengan berjubah berjalan menuju ke atas...biasa lah..pantang sikit jumpa seseorang yang gaya dia macam nih dalam kolej...dengan environment kolej macam nih..peka la sikit kan..bukan memilih...tapi sekadar nak menambah jumlah sahabat dalam medan yang sedang saya serta sahabat2 lain tempuhi...medan dakwah...

Saya bergegas cuba ekori dia dari belakang...tak boleh jadi..kena 'tackle' gak dia sampai dapat..dia berhenti di depan lif...sesi menunggu lif..huhu..mata nih asyik2 x henti2 nak pandang dia..cuba jugak jenguk2 beg sandang yang dia bawa..seperti tulis sesuatu..owh..bekas student uitm....

Sebaik pintu lif terbuka...ada 2 pintu lif yg terbuka serentak...saya sekadar terus mengekori muslimat berkenaan...dalam lif agak padat..alhamdulillah saya berkesempatan berdiri sebelahnya..saya nampak dia tekan button 7..alamak..saya nak g tingkat 14..ishk..kena cepat2 pasang strategi nih sebelum terlepas..apa lagi..
saya pun...jeng3x...

"opppss...maaf..x sengaja...maaf ye..maaf sgt2...."sambil mengukir senyuman dalam muka orang bersalah, saya meminta maaf selepas konon2 tertolak dia ke tepi..langkah pertama untuk berkenalan..huhu..dia hanya senyum...ok..NEXT STEP....

"baru masuk ke??tak penah nampak pun..."berdebar2 juga saya bertanya..

"yer2..baru masuk..."..dia masih nampak x biasa lagi dengan saya walaupun senyuman masih lagi x lekang dari wajahnya...its ok...

"nama sapa yer??umo braper?amik kos aper??.."bertubi2 saya bertanya soalan..nada kelam kabut ckit la..

"rasa2 nya..akak lagi tua kot..umo 25..pnggil je kak aki..akak amik kos BMS(bachelor in medical science)....."...jawapan yang memuaskan...

hah..tidakkkkk..lif dah sampai ke tingkat 5..sikit lagi ke tingkat 7....dah xder masa...ahhh...x kira..apa nak jadi...jadi lah...

"owh...saya syuhada...errmm..akak...saya nak no telefon boleh??.."berdegup kencang jantungku...adehh lahh...takut dia x bagi..susah la tambahkan 'sahabat' nanti...wajah dia agak tekejut tapi senyuman dia..ada lagi..bagus betul..

"heeee..boleh jer....019-*******...."fuh..alhamdulillah...sebenarnya saya malu jugak..sebab dalam lif tuh..yg padat tuh...hanya kami berdua yg bercakap..orang lain diam je...sebaik pinti lif terbuka..dia terus keluar dan sempat berpaling ke belakang....

"jangan lupa miss call akak yer..."...dia terus pergi...yeesss..misi sukses...hehe..

InsyaAllah kak...syu doakan...moga2 ukhwah kita akan terus bercambah...mekar di dunia dakwah..dunia yang sememangnya memerlukan sahabat untuk teruskan perjuangan...jika tidak..masakan Nabi Musa berdoa supaya Allah mengurniakan Nabi harun sebagai sahabatnya...Manusia sememangnya perlukan sokongan. Perlukan motivasi. Selain motivasi utama Allah dan Rasulnya,kehadiran insan-insan disekelilingnya sentiasa memberi makna.

Setiap hari kita akan berjumpa insan baru dalam kehidupan. Hargai mereka dan jangan lupakan sahabat yang lama. Tautlah ukhuwah seramai mungkin agar kencangnya dunia dakwah ini. Hidup didunia tidak lama, jangan sesekali kita sia-siakan ukhuwah di persinggahan sementara ini...

Wallahualam

Thursday, September 16, 2010

KAU SEDANG DIUJI....

"Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya." (As-Saff : 2-3)

Dah hampir pukul 2 pagi...tapi mata masih degil bangat nak dilelapkan...maybe disebabkan kata2 dari seseorang....tak tahu lah nak digambarkan mcm mana..sedih...kecewa...yang pasti diri ini dah belajar sesuatu...

So disebabkan mata nih dah degil..terdetik nak share dalam entry kali nih..berkaitan ayat dari Surah As-Saff....ayat yang sering bermain di kata2 setiap insan yang berada dalam landasan DAKWAH....

Mengapa kita sering mengatakan apa yang kita tidak kita kerjakan?Kita sudah lupakah pada tafsir surah As-Saff, ayat 2-3 itu?

sengaja saya bold kan ayat ini...sebab dikalangan kita nih..terlalu ramai yang hanya pandai berkata-kata...

Teori mudah...praktikalnya susah...

dalam tak kita sedar...kita sedang diuji dengan ayat2 yang sering bermain di bibir para2 pencinta dakwah..apa yang kita ucapkan, akan dijadikan tanggungjawab pada kita, dan akan diuji sejauh mana kita mengamalkan apa yang kita katakan.

Anda sedar anda sedang diuji sekarang??

Muhasabah diri kembali...back to Allah...

Sekadar ingatan untuk diri sendiri...

Monday, August 9, 2010

Akhirnya......

Assalamualaikum wbt...
first skali, saya nak.....---->mcm nk bg ucapan lak...huhu..
nak wish...congratz tuh my dear sister..kak ngah cyg..tahniah..dh grad pun...pasnih..leh mulakan hidup baru..ehem3x...

Buat kakngah...segala penat lelahmu selama ini..terbayar..buat mak....seronok yang tak terhingga...buat ayah....berbunga2 hati ayah kan..hehe...buatmu syuhada...x sabar nak grad..lambat lagi larrr...aiyaaaaa....xper..teruskan usaha!kuatkan semangat...tingkatkan keyakinan...target----->rahsia!!...=p....nanti dah bergelar ehem2x..baru tau...





Akhirnya..penantian itu satu penyeksaan..kan3x..terutamanya bila kiter ternanti2 kan sesuatu yang amat kita berharap...

jodoh??jeng3x...

perkahwinan??wauuuuu....

peminangan???errrkkkkk...

Mr Right???hmmmmmm....

Lagi???......errrmmmmm

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Ramadhan????yessssssss....
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan...kehadiranmu penuh penantian..bagi insan penebus kesalahan,orang beriman sering mengimpikan lailatul qadr 1000 keberkatan, hadiah Tuhan buat hamba kesayangan..yang sentiasa mengharapkan pertemuan selepas kematian...moga barakahmu sentiasa berkekalan..hayya ya sahabat...hayati Ramadhan dengan penuh kesyukuran!



Monday, August 2, 2010

"saya suker dapat boyfriend cam awak.."..wekkkkk

Alhamdulillah...hari nih agak banyak urusan yang dapat diselesaikan...jam 8 mlm tadi pula...dipanggil mengajar...
Habis je mengajar..kak hajar ajak teman ke tesco extra..nak beli baju untuk anaknya,sofia...huhu..comelnya tengok baju2 dia...kata kak hajar,cepat sungguh anak dia membesar...

"dia dah gemuk tau..."bersungguh2 kak hajar bercerita perihal anak sulungnya...seronok dengar kisah ibu muda nih..pasangan pimpinan pmi yang pertama menikah masa dua2 still bergelar student...tinggi pengorbanan yang diperlukan...=)

selepas dah memilih baju2 yang cumey tuh..kami terus ke kaunter untuk settlekan bayaran...sambil2 tengah beratur tuh...telinga saya secara tak sengaja 'tertangkap' perbualan orang di belakang saya...jeng3x...maaf la yer..bukan sengaja..dari perbualan mereka...memang nampak gaya kununnya couple yang romantik...kononnya...
"awak nak tau sesuatu????saya suker dapat boyfriend cam awak..."kata si gelifriend--->amik ayat ustaz hasrizal...

"owh ye ker....naper??..."tanya si buayafriend...

"sebab awak tinggi..saya kan rendah..at least takderlah saya rasa rendah sangat bila dapat boyfriend yang tinggi macam awak..."...dengan nada manja habis dia membalas pertanyaan buayafriend dia...

"kalau lelaki yang kat depan tuh..awak suker tak??"

"nop...saya suker lelaki yang macam awak jugak..."kedengaran gelak tawa terkekeh-kekeh yang manja dari mereka berdua...owh....sungguh romantik nada kalian berdua hinggakan beta rasa nak gelak guling2 kat depan tuan hamba berdua..sebab aper beta nak gelak guling2???sebab beta rasa tuan hamba berdua belum matang...hoho---->gelak mencurigakan...

lepas selesai membayar..sempat saya memandang pasangan bahagia tuh...owh...sungguh bahagia...dengan kepala si perempuan 'sangkut' kat bahu si lelaki sebab situ je yang dia rasa leh sangkut kepala...anggaran umo antara 19-22 thn...tak segan langsung dengan kami yang masing2 bertudung bulat di hadapan mereka....tak segan langsung dengan mata2 yang memandang mereka termasuk mata kami berdua ditambah mataku yang ader extra sepasang 'mata' lagi...saja je nak tengok..mereka ader perasaan malu atau tak..ishk3x...rupa2nya dah hilang deria malu...

kesiannyaaaaaaaaaa kat mak ayah mereka....kesian sungguh...hmmm...oittt..nak couple sangat eh???couple lahh...ader aku kisah??------>ayat kak salmah...sowi akak..
tapi kan...kalu nak couple2 sampai gaya cenggituh..g couple kat tempat yang Allah tak nampak aper yang korang buat..yess..cari tempat tersembunyi...ader kah??wujud kah???tempat yang Allah tak nampak???

and again....sorry 2 say...u all nih memang x matang lagi...sebab aper tau I kata u all nih x matang...sebabnya..

- nak top up untuk calling2 pakwe/makwe..masih gunakan duit mak ayah yang bagi..atau duit tajaan mara/ptptn and etc...
- sanggup bergayut sampai tengah2 malam jam 3-4 pagi...tapi kalau nak solat...2 minit...itupun kalu solat..
- bila clash/putus ngan pakwe/makwe...sedih giler la konon...rasa diri keseorangan la kononnya...abis yang selama nih mak ayah korang tuh??
- kalau check kat phone...lebih banyak call pakwe/makwe dari call mak ayah..
- sanggup tunggu pakwe/makwe abis kelas even amik masa yang panjang...agak2 la
kan..kalau dah jadi suami isteri yang sah..ader ke pengorbanan smpai tahap camtuh skali??terlebih dah rasa manis b4 kahwin...lepas kahwin...kemanisan tuh habis..hilang..itupun kalau jadi kawin..
- sanggup jugak baca msg yg pakwe/makwe bagi, berkali2..tanpa rasa jemu semata2 nak lepaskan rindu yang bersarang di hati..tapi susah utk berulang2 baca Al-Quran dalam sehari untuk lepaskan rindu pada Dia yang teragung..ruginya...tak dapat rasai erti kemanisan Allah 'berbicara' denganmu...

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya) yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah pertunjuk Allah Allah memberi hidayah pertunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah pertunjuk kepadanya."(Az-Zumar : 23)

sebenarnya..banyak benda yang jelas menunjukkan diri kalian yang bercouple dengan cara begini.usia begini...x matang...sorry...I x sengaja nak berkata begitu..tapi realiti..

mungkin juga bila ader diluar sana yg konon2 couple islamik la sgt..kata..
"kami takkan bersentuh2....kami jaga pergaulan..kami akan elakkan zina.."...beta mau tanya...zina hati boleh ke kalian elakkan???fikir dalam2...fikir masak2...masak betul2..bukan separuh masak..



nih juga ingatan buat diri sendiri...agar berhati2...suatu hari nanti...akan diuji..Allah akan uji apa yang kita keluarkan...
"Wahai orang-orang yang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."(As-Saff:2-3)

Minta maaf sangat2..kalau ada yang terasa hati..tapi niat di hati..sekadar mahu mengetuk pintu hati2 yang terlalu asyik mngejar cinta manusia..sehingga boleh mengundang maksiat yang berleluasa..sanggup ketepikan cinta yang teragung,cinta Allah,cinta Rasul..mungkin kita patut sedar..kenapa jika kita buat maksiat..xder perasaan aper2..perasaan berdosa..Allah dah hijab hati kita dari rasa berdosa..Ya Allah...bantu aku dan sahabat2 dalam mengharungi ujian yang mendatang...
Kembalilah pada Tuhan mu Yang Maha Penyayang..Maha Pengampun...
Wallahualam....

Saturday, July 24, 2010

Mulakan hidup baru dengan si dia....

Alhamdulillah...berakhirnya orientasi sempena sambung degree nih...kalau nak dibandingkan orientasi kali nih dengan orientasi masa diploma dulu...saya lebih sukakan yang masa diploma dulu...tak nak la bagitau sebab apa kan..=p
tapi masa hari pertama saya masuk dewan untuk orientasi..pada isnin lalu..tiba2 saya jadi rindu pada barisan fasilitator masa dulu..akak2 dan abg2 yang sempoi...yang sangat pandai nak 'berlakon' untuk buat surprise befday boy pada minggu orientasi dulu..dari orientasi 2007...saya mula kenali kak mus.. kak fiza..kak nani..bro knie a.k.a abg bob...abg zaini..kak zila..wahhhhh...masih kuat terpahat di ingatan nih gelagat setiap fasi...huhu...

Sepanjang orientasi...macam besa..still perkara sama yang perlu didengar...huhu...tetapi...ada satu yang saya terkesan...bukan nak bandingkan..tapi terpaksa...mungkin juga sahabat2 dah tau...di setiap kampus..akan ada satu golongan student nih yang bukan saja study tetapi buat gerak kerja...DAKWAH...dan kerja mereka nih...sentiasa fikir macam mana nak tarik student2 lain untuk join program mereka....antara strateginya...jeng3x...

- 100 terawal mendapat sarapan percuma
- 50 terawal mendapat goodies special
- setiap peserta akan mendapat sijil
- setiap peserta akan mendapat pisang percuma---->gurau je...hehe

macam2 difikirkan plan untuk tarik student lain join program mereka..jenuh perah otak...semuanya kerana nak student lain merasai betapa nikmatnya jika diri berada dalam majlis2 ilmu...dekatnya diri dengan Allah...

tetapi..masa orientasi...sewaktu slot memperkenalkan kelab dan persatuan di MSU..ada sebuah kelab nih...pada mulanya...sekadar explain aktiviti yang dibuat..so..bila dah explain...of course la mereka nak student baru join mereka juga...jadinya..antaranya tarikan yang dijanjikan presiden kelab berkenaan...

"adik2 nak join tak kelab kami..beruntung kalau adik2 join kelab kami...yang pasti...kelab kami dah melahirkan banyak couple....mana taknya..bila dah join kelab nih...g program sama2...mula2 tak kenal..lama asyik jumpa dalam program..lepas tuh kena meeting sama2..makan dalam pinggan yang sama...bila cik adik dahaga...cik abang akan hulurkan air...mata bertentang mata...masa nih lah ada kejutan lektrik..pastuh..lama2...couple..g dating..g library sama2...g kelas sama2..pergi balik sama2...best kan???..."...kedengaran sorakan bergema dalam dewan...hmmmm...adakah nih strategi mereka gunakan untuk meramaikan ahli kelab mereka...sekaligus melahirkan lagi ramai couple2...pada masa yang sama...sebuah persatuan yang menjalankan gerak kerja dakwah nih..perlu bekerja keras lagi...

Teringat saya pada kata2 dalam sebuah buku...
"Allah amat menyayangimu...tetapi perbuatanmu terlalu melampau...Dia menjadikan hatimu satu, tetapi engkau mengisinya dengan pelbagai kecintaan. Engkau lebih cinta pada seruan nafsu dan syaitan, bahkan engkau berpaling dari seruanNya melalui petunjuk RasulNya..."

Buat teman seperjuangan saya sekalian..apa lagi yer strategi kiter???sama2 kiter fikirkan...kuatkan lagi usaha kiter...tapi ingat..jangan sampai tergelincir dari matlamat dakwah yang sebenar....memang ramai yang berjuang fisabilillah...tetapi berapa ramai yang berjuang fillah??

berkaitan orientasi kali nih...adakah orientasi 2010 nih mimpi ngeri???haha...main2 je..marah plak abg2 and akak2 fasi utk orientasi kali nih..akak2 and abg2 pun sempoi gak...cuma saya terasa agak boring sebab terpaksa dengar briefing benda yang sama macam saya dgr masa 2007 dulu...tapi xper...refresh smula..almaklumlah...nak mulakan hidup baru dengan si dia iaitu bachelor in biomedical science...kali nih...lebih banyak strategi kehidupan yang ku belajar dari senior2...strategi nak hadapi si BBM nih...dan juga..strategi study oleh kekanda kesayanganku...laksa penang a.k.a kak ngah...owh kekandaku laksa penang..akan adinda asam pedas laksanakan semua tips2 study mu itu...hehe..tiba2 terasa lapar...

Wallahualam....

Wednesday, July 14, 2010

Akak..cepat balik...

Buat Kak Salmah yang amat lah disayangi....

Masa Ada tulis entry nih..of course akak kat hospital...macam mana lah akak sekarang nih yer...
Tadi..pas Ada balik dari mengajar kul 9 mlm td..Ada terus pegi cari sesuatu untuk akak..excited la Ada..nak g melawat akak esok...
Sushi dah semestinya dalam list yang Ada nak beli untuk akak...hehe...
Dan yang lain..Ada baru nak fikir2 jap..destinasi Ada x lain x bukan...singgah kat kedai pak cik giant...pusing2 kat situ....

Baru lah nampak apa yang perlu dibeli...dah selesai beli...jalan2 jap..ala..tempat kita selalu pusing dulu2...yang akak asyik2 kena temankan Ada je...time tuh akak pun..layannnnn..kerenah Ada...sabar sungguh akak nih...terharu Ada..

Jalan sorang2..layan perasaan kat kawasan belakang..opppsss...Ada ternampak sesuatu lagi yang akak suka...jeng3x...nih dia...tadaaaaaaaaaaaa



Bunga...pasu pun Ada beli siap dah..nanti takut kat sana takder pasu...terpaksa la potong botol mineral buat pasu..huhu...

Masuk je kedai tuh...Ada terdiam la plak...

"sowi...itu bunga roses sudah habis lorr..."....kata cik pekedai tuh..
"aiyaaaa...saya mau bunga roses juga..cuba check betul2..kot2 tertinggal dalam peti ais..."hoho...ntah apa2...
Tapi Ada minta ampun minta maaf banyak2 kak...bunga yang akak suka takder lah..dah habis..jenuh Ada paksa cik pekedai bunga tuh..suh keluarkan bunga feveret akak..tapi dah habis gak...lama sungguh Ada kat kedai bunga tuh...nak buat keputusan beli bunga yang leh buat akak tersenyum...hmmmm...at last..carnation jadi pilihan hati...nak wat camna..harap akak tersenyum (^____________^) macam nih...=p

Cepat baik ye kak..bilik nih rasa kekurangan tanpa akak...

tapi kak..deep down inside my heart..i'm so sad....

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...