Friday, October 2, 2009

MaRaH keRrrrr????


"hah...paip patah??macam mana boleh patah nih??"..saya hanya bertanya..tapi tak marah yer...cuma terkejut.....

muka sahabat saya dah lain...nampak rasa bersalah + sedih + sedikit tension = tak tau nak explain camner...

dah takdir Allah....paip tuh nak patah....saya pun terfikir...mungkin juga paip tuh akan patah disebabkan tangan saya...bukan dia yang nak patahkan paip tuh...dah tentu la tak sengaja...so..buat apa nk marah2 kan....Hawa(bukan nama sebenar)..kiter tak marah tau...=p..

yerlah...benda dah jadi....marah pun tarak guna lagi ooo....buat tambah tension je nanti...kalau macam situasi seperti di bawah....

seorang anak dengan TAK SENGAJA telah memecahkan pinggan vantage kepunyaan mama yang mahal banget....lalu mamanya pun marah banget dan telah menghukumnya....untuk ini...cukup lah sekadar nasihat elok2 kat budak tuh...tak perlu lah marah2.....pesan lek lok.."intan payung..pasnih pegang pinggan mama elok2 yer sayang...."..dan...sama ke yer nilai pinggan tuh ngan nilai perasaan seorang anak kecil???

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh bawa manfaat dan ia juga boleh bawa mudarat. berpada2 lah.....

Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Selain tu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap. Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.

Allah berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ah? dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).

Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. tetapi, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya.bak kata P.Ramlee...sedangkan lidah lagi tergigit..ini kan pula suami isteri..=p

Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika takder persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri. ni lah yang sering timbul bila sifat marah dah mula menular dalam jiwa.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya. Bagi orang yang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Fikir2 kan lah..renung2 kan lah....psst..still got 3 more papers..huhu....

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...